FOLLOWER

Monday, September 16, 2013

RESEPI SIAKAP 3 RASA PALING MUDAH SENANG RINGKAS

 
BAHAN IKAN

1)Seekor ikan Siakap
2)minyak masak (untuk goreng ikan)
3)sedikit tepung jagung (lumur pada ikan so nnti bila dgoreng mjdi rangup)
4)Garam


BAHAN SOS

1) 1 tin nenas ayam brand 280g
2) 6 biji bawang merah - dipotong dadu
3) 2 biji bawang putih - dicincang halus
4) 8biji cili padi - dipotong kecil
5) 1 inci halia - dihiris halus
6) 1 biji tomato - dipotong dadu
7) 5 sudu besar sos cili
8) 5 sudu besar sos ikan
9) Garam secukup rasa
10) Ajinomoto secukup rasa
11) Gula secukup rasa
12) Minyak


BAHAN HIASAN
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA
A) kita bermula dengan BAHAN IKAN

1.  Ikan dibersihkan
2.  Lumurkan ikan dengan garam, kemudian tepung jagung luar dan dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan.

Bila siap bahan ikan. Toskan ikan dan ketepikan ye :)


BAHAN SOS
B) jangan risau, jangan khuatir. Senang ringkas dan mudah ye anak2 dara sekalian yg baru mencari resepi untuk bt siakap 3 rasa. Hehe

1)Tuangkan sedikit minyak dalam kuali, Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
2) Bila dh naik bau mengharum, masukkan sos cili, dan sos ikan
3) Kemudian masukkan nenas dan tomato
4) Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
5) SIAP !!


BAHAN HIASAN
C) bahan C ni terpulang pada kreativiti kalian lah ye. Hehe.

1) Taburkan daun sup/daun bawang.


SIAPPPPPPPP

Mudah kan ?
Senangkan ?

Selamat memasak ye.
Bye-bye-bye

#resepifatinovela,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 comments:

raymond said...

Wookeyyy

raymond said...

Boleh try dulu hehehe....

Unknown said...

Timakasih atas resipinya. Nak cuba buka puasa nnt . Mudah :)

Anonymous said...

Nk cbe jugak....

Anonymous said...

Da cube.... Senang sgt... Insyaallah.... Sedap... Pas buke kite rse.... ;)

Nurafiqahmj.blogspot.com

Anonymous said...

Sedap...nak sruh maid masak la

Unknown said...

baru nak try nieh..dah jadi mak dara baru hari ni tersedar kne pandai memasak..hhihi..tq ilmu ini ;)

sheila said...

Boleh try resepi ni.. haha.. 1st time nak masak siakap 3 rasa ni..

Miss Syazni Nasir (N.S) said...

Terima kasih saya dah mcuba sedap sgt mak mertua sy ckp..

Anonymous said...

yg bwg merah ptong dadu tu nk buh masa bila?

shila said...

Sdap nye

shila said...

Sdap nye

@ilatago said...

Yang xboleh blah b) tu
Haha
Terasa sgt

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...