FOLLOWER

Monday, September 16, 2013

RESEPI SUP TULANG MUDAH


 
Saya pernah buat entry resepi ni.
Ok tak pa, saya repeat ye :)


BAHAN-BAHAN

1) Tulang / daging (agak-agak lah ye jumlahnya)
2) Lada Putih ( 2 sudu )
4) 8 biji bawang kecil
5) 4 biji bawang putih
6) 1 inci Halia
7) Daun Sup
8) Garam
9) Gula


CARA-CARANYA

1)Panas kan periuk, masukkan air separuh periuk. Biarkan air mendidih,
2)masukkan TULANG DAN DAGING kemudian rebus sampai empuk.
3)Letak garam secukup rasa. Jangan tawar ! Sup tak sedap tawar.
4)Sambil tunggu rebusan empuk. Tumbuk lada putih sampai betul-betul lumat.
5)Bawang kecil, bawang putih dan halia, uall kena blend kan bsama setengah cawan air.
6) APABILA REBUSAN EMPUK, Campurkan lada putih dan bahan yang dah di blend kan ke dalam periuk rebusan.
7)Tambahkan air ke dalam periuk rebusan, sebab kita akan rebus tulang dan daging tu selama 45minit pula untuk makesure daging betul-betul empuk.

MAKESURE EMPUK YE SAYANG SEKALIAN ! :)


Macam saya, johorean jawa. So wajib ada sambal kicap. Baru lah sedap--

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP :
1) Kicap
2) Gula
3) Bawang putih sebiji
4) Lada cili 15 biji
5) Minyak panas

Panaskan minyak, goreng lada cili dan bawang putih. Memang confirm meletup letup ye. Hati2 ye. Nampak garing, toskan.

Masukkan bawang putih dan lada dalam blender, 2 sudu gula dan separuh kicap.

Blend kan sampai lumat.
Siap !!!!

#resepifatinovela,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...