FOLLOWER

Monday, September 30, 2013

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG MUDAH TANPA KERISIK


 
 
Hai !
Last week menu saya buat kan incik lalan adalah asam pedas ikan sembilang.
Ada juga sampingan iaitu pajeri terung dan kangkung goreng belacan. Incik lalan pula cuma bawa telur masin 4 biji. Ok la tu kan ?Pajeri terung adalah percubaan pertama. Sumpah ! Seumur hidup tak pernah makan pajeri terung. Tanya ita (adk incik lalan) mgnai resepi pajeri terung, ita pun lupa. Kalau saya pula, memang tak pernah makan, dn tak terfikir nak buat. Tapi incik lalan minta sgt saya buat. Saya pun, buka iresepi, tapi sukatan salah. Dah macam pajeri kari terung haha. Tk pa, berlatih lagi ! ;p

Ok. Harini nak share resepi Asam Pedas Ikan Sembilang. Sup dan Asam Pedas adalah masakan paling senang. Kalau uol tak reti buat, mmg serius patut bengang. Setiap rumah ada cara tersendiri dalam penyediaan makanan. TAPI at least, basic tu kena lah tahu ye awek2 sekalian, barulah tak tercengang nanti :)


BAHAN-BAHAN

1) 3 ekor ikan sembilang.
2) 2 sudu Asam jawa (untuk digaul pada ikan)
3) 1 sudu Asam jawa (untuk dicampur dalam masakan)
4) 3 sudu minyak masak
5) 20 Lada kering (direndam dengan air panas selama 10minit)
6) 6 bawang merah
7) 3 bawang putih
8) 1 inci Halia
9) 4 cawan Air kosong
10) Daun Kesum / Bendi
11) Garam
12) Gula
13) Ajinamoto*no 5/6/7/8 hendak lah diblender hingga lumat.*


CARA-CARA

1) Bagi mengelakkan hanyir, gaul ikan sembilang dengan asam jawa selama setengah jam bagi mengelakkan hanyir (macam saya, saya rendam semalaman)
2) Tuang minyak kedalam periuk, apabila minyak panas masukkan bahan2 yang telah diblender, tumis hingga naik bau. Tambah kan air.
3) Campurkan asam jawa ke dalam masakkan, gaulkan. Masukkan garam / gula dan ajinamoto secukup rasa
4) Kecil kan api dan biarkan medidih, setelah mendidih, masukkan ikan sembilang berkenaan dan tutp seketika.
5) Setelah ikan sembilang masak, masukkan pula bendi untuk temph seketika (jangan biar sayur terlalu layu)
6) Masukkan daun kesum untuk menaikkan bau dan selera :)

SIAPPPPPP---

:)Camni lah mak mertua sayangg..
*sambil kibas2 shawl*


With love,
Fatinfashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...