FOLLOWER

Monday, September 30, 2013

USAH GELISAH DENGAN HIDUP DIDUNIA

CP dari Proff Dr Muhaya.
Tersenyum bila membacanya.

"USAH GELISAH"
Renungan bersama

-----------------------------------------------

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------------------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar kerosakan yang mahal.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus putus.

Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.

-------------------------------------------

Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

*sangat-sangat membahagiakan bila kita memahami konteks kesyukuran dan positif dalam hidup :')

*gambar tiada kaitan dengan post. Sesaje je ;p


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...