FOLLOWER

Tuesday, January 19, 2016

DAH LAMA TAK MERAJUK



Pagi td saya merajuk dengan incik lalan,
Saya ingatkan dia suruh betulkn itu, betulkn ini, 
Incik lalan kata saya kuat bebel,‎
Dan ofcz lah saya touching,
Bukan membebel, tapi saya ni isteri yg prihatin.
(since khwin dah lama tak merajuk2 ni, gua kan rock. Haha)‎


‎Saya terus silent kn phone,
Merajuk. Plan nk merajuk sampai bersalin.



Dia tahu bini dia ni kuat sentap,‎
So dia pancing lh bini dia ni,
What ever is it,
I tak reply pun. Kn I merajuk.
(jenis saya, saya x mudah merajuk,
Tapi pantang saya, bila saya tegur untuk kebaikan, tapi tak diterima, saya akan mogok diam, disebabkan saya kuat bcakap, bila saya diam, incik lalan tahu something happen)



Ttbe tu yg jadinya gi klinik,
Keluar tnda nk bersalin (cecair coklat)
Terus panik. Bila panik cuma ingt suami,
Terus kol suami.
Terus cancel merajuk haha.‎‎



Dia tnya lg juga "nk hp ape? Nk bsalin dah kn"‎
Saya jawab "tak nak lah"


Jgn lh korg pk suami iols romantik ttbe nk belikn hp, idok ler wei, hp saya ni screen touch dah gila, korang bayangkan, screen sebelah kiri xbfungsi, sebelah kanan je boleh, nasib lh boleh zoom in zoom out, dapat lh guna lagi.. suami hnya rasa belas kasihan je. Sbb kkadang bila dia pinjm hp saya, dia sendiri aneh camna saya boleh guna lg hp ni.


‎Dalam masa yg sama,
Kesian tgk xde instagram. Oh, hidup kosong-kosong-kosong tnpa instagram. Hahahah.‎


Lady faizal,
Fatin Fashiekin

TANDA BERSALIN KE?

Harini ada appointment dengan nurse KK,
So macam biasalah, pi jumpa kk ain kat makmal utk test urin guna strip, then timbang berat, then ukur perut dan cek jantung baby.


Macamni ceritanya,
Masa otw nak ke KK, dah rasa ada something keluar, tapi saya buat tak tahu je, maybe keputihan lah. Masa jumpa kk ain kat makmal, ambil test strip urin, masa kat toilet pantiliner saya ada tompokkan coklat bserta lendir.


Alang2 dh sampai KK, saya tunjuk nurse gambar cecair coklat yang keluar, nurse terkejut dn kata "dik! Tu tanda nak bersalin tu!! Ko dah 38minggu kan? Tu tnda dik!"... cek jantung bby dan ukuran rahim, semua okey.


Nurse : ko ade rase perut keras tak dik? 

Saya : perut saya selalu keras kak. Huhu. 

*nurse pegang perut, pegang ari-ari*‎

Nurse : penuh betul perut ko ni dik. ‎Baby dah betul2 kat bawah juga ni!!


Saya : saya baca review org, mengenai brixton hiks lah, sepanjang mengandung tak pernah pun rase.‎


Nurse : pengalaman tiap orang mengandung lain-lain. Pengalaman bersalin pun lain. So akk nak ko berjaga-jaga.



*then nurse terangkan panjanggg lebar lah tentang persiapan-persiapan bersalin. Macam-macam dia terangkan, bagus betul nurse tu, cantik pun cantik.. putih pun putih..*


Apapun perasaan saya sekarang, saya rasa, lambat lagi kot bersalin. Serius tk rasa sakit apapun. Cergas bertenaga lagi tau, suruh saya panjat gunung kinablu pun mampu lagi rasanya. Haha. Yela, anak pertama bukaan kan lambat. Minggu depan kot bersalin. Tapi dah pesan pada baby, tk kisah lah dia nak keluar bila2, mommy, daddy dengan tok dia dah standby dah semua.



Esk ada appointment dengan pakar, so nak rujuk pakar pula macammana. semoga dipermudahkan lah. ‎


‎Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, January 16, 2016

MASIH AKTIF DAN LIGAT

Mempunyai suami yang merupakan saudagar pisang, oleh itu, wajib lah tahu semua resepi berkaitan pisang. Supaya tak terbazir.


Hari-hari duk pandang pisang kat rumah, rase kesian kat pisang-pisang tu. Nak buat pisang goreng dengan cekodok pisang, saya dah naik bosan dah.


So, kene lah rajin memanafaatkan segala berkaitan pisang termasuk 1) daun pisang 2) jantung pisang 3) buah pisang.



Sebelum ni saya ada inform kan yang tak dibenarkan balik melaka selagi tak bersalin? Tapi, saya kan degil haha. Saya balik juga. Puas lah memujukkkk suami.. akhirnya dapat juga.. bukan apa, hati ni asyik ada kat rumah melaka. Dan yang pasti, siapa masakkan suami? Suami saya berjaya naik 5kg lps kwin dengan saya, so kalau saya biarkan confirm tak makan dia. Alasan "tak ada sapa nak masak"..



Sabtu saya kat melaka, incik lalan kerja, tapi dia pesan supaya saya duk diam2 dalam rumah jangan buat kerja rumah. Punnnn saya degil, kedudukan almari saya ubah, gigih menolak menarik mengangkat. Sental bilik air. Semua benda saya cuci. 



Pukul 12.45pm incik lalan parking kereta, saya terus kedapur buatkan incik lalan air. Dia masuk je rumah, dia menjerit "Ya Allah dia ni, tberanak awal jugaaa nanti niiii..."  -actually saya dah agak respon incik lalan.



Dan berbalik pada resepi pisang, semalam saya masak IKAN BAKAR ALA PORTUGESE. Cubaan pertama! Dan berjaya menambat hati suami. Lepasni incik lalan suh buat KETAM BAKAR ALA PORTUGESE pula. So daun pisang diperlukan dalam proses pembakaran ni.



Petang pula, saya buatkan incik lalan LEPAT PISANG kegemaran dia, incik lalan memang suka segala jenis lepat. Allhamdulillah, tak terbazir pisang kat rumah yg incik lalan bawa balik dari kebun.



Then, ingatkan nak buatkan incik lalan PENGAT PISANG pula, tapi incik lalan nak kekebun. So saya just prepare untuk dinner sahaja lah. Next time buat pengat pisang dan kek pisangggg..‎



Actually petang masa incik lalan dah pi kebun, saya buat karipap sardin, memandangkan cara saya kelim amat hodoh sekali. Tidak lah saya paparkan disini. Hahaha.‎



Seronok memasak kat rumah melaka ni sebab semua bahan adeee. Yela, incik lalan kan minat bakery, so semua complete, segala jenis tepung, segala jenis cetakkan, segala jenis acuan, semuaa ada. Mixer dengan oven jangan cerita lah kan, ofcz lah ada. So bila incik lalan ke kebun, macam2 experiment saya buat kat dapur. Kalau tak jadi, diam. Kalau jadi, saya belagak kat dia ;p



Bukan sahaja bakery, segala jenis rempah, semua complete juga. Yang perlu cuma beli bahan basah. Yang lain incik lalan dah siap kan. Dah ada. Seronok!!



Betul lah kata orang,
Nak tambat hati bini, sediakan dapur untuk dia. Tak dapat dapur cantik pun tak pe lah, kemas + bahan semua ada pun dah membahagiakan. Bukan apa, kalau dapur cantik tapi sana sini kosong, at last, jadi malas masak juga. Seronok bila tgk rancangan masakan, dan semua yang diperlukan ada kat dapur kita :)



Ok. Saya bakal menjangkau 39w mengandung,
Tapi masih aktif dan tak letih. Makin sarat, makin nak buat macam-macam. Baby dalam perut pun makin aktif, baca kt blog, orang kata makin sarat baby makin tak banyak gerak, but, saya rasa, makin sarat, makin aktif baby bgerak. Sampai saya naik risau dibuatnya.



Ok lah,
Bye. Muah


Lady faizal,
FatinFashiekin‎




Wednesday, January 13, 2016

AURA IBU MENGANDUNG



Tetibe dapat mesej macamni,
Hahaha. Its funny,
Dah 9bulan boyot tunggu mase bersalin,
Macam-macam tau,
Saya punnnn aneh...


Kak ani pun kate,
"Ekin ade gune-gune ea"
Hahahahaha



Dapat mesej mcamnilah,
Dengan en perdana muncul kembalilah,
Dengan tetibe dpt pujian macam-macam.



Sometimes rasa,
Ape kejadah semua ni,
Dah tahu kot saya ni tengah memboyot bulat dan sarat ni..bukannya masing-masing tak tahu, dah sah juga kat facebook tu gambar saya dn suami, dan dah sah kot saya ni memang sayang gila kat suami saya...



Nasib baik lah suami iols ni jenis memahami,
Yela, berkahwin dengan duda kelebihannya lebih neutral, dia relax je.. dia tak heran pun..‎ tak ada nak jelouse2 lah, tambah pula, dia tahu bini dia ni mane boleh hidup tak ada diaaaa.




So iols pun kata pada suami iols :
"Nampak x? Kecomelan bini awak ni? Walaupun peha ada sedikit selulit, tapi masih comel tau.. walaupun perut boyot dan berat badan hampir 70kg, pun comel tau, punnn menarik perhatian tau.."



Dengan slumber incik lalan balas :
"Ala, dieorang tak tahu yang suami sayang ni doktor, kalau dieorang tahu, mesti dieorang undur diri punyee..."



So me just mampu buat muke :
(-_______-")




Lady faizal,
FatinFashiekin



Saturday, January 9, 2016

PERSIAPAN SEBELUM BERSALIN



Harini merupakan hari last saya dibenarkan ulang alik pagoh-melaka, lepasni, tidak dibenarkan sama sekali. Bising gila incik lalan. Dia risau saya terbsalin tengah jalan. Dan dia risau dia dilabel suami yang tak ambil berat tgk isteri yang sarat mengandung ulang alik. So lepasni, dia yang ulang alik.


So, memandangkan hari last dibenarkan travel kesana sini sehinggalah habis pantang. Harini saya settle kan semuaaaa urusan.

1) servis kereta : pergi servis centre siap bawa bantal comel tau! Sbb tkt pinggang sakit duduk lama sangat. Brader yang kat kaunter terkejut bila tahu saya tengah tunggu hari je untuk bersalin. Haha. Terus kereta saya disiapkan dengan segera. Gi servis centre pun incik lalan follow dari belakang, bila saya dah sampai dan register, dia belikan makanan sbb dia tahu saya tk boleh lapar, bila saya lapar, saya pening-pening-nak muntah+mengada.


2) pergi parkson : lepasni 2-4 bulan saya maybe tak ada jalan2 shopping complex. So inform incik lalan nak carikan baju kerja baru untuk dia, yela, kesian suami, saya kat kampung berpantang, suami pula melusuhhh je pakaian. Kan kesian-- 


3) pergi jusco : petangnya pula, ke jusco, cari stok barang dapur, pun untuk kemudahan incik lalan. Belikan stok sardin + stok meggi + dan stok sewaktu dengannya. 


4) kemas rumah persiapan baby : dah mula susun atur semula bilik. Kalau sebelum ni katil kat tengah2. Sekarang, tolak ke dinding. Sebab risau nanti baby jatuh pula. Nak beli babycot incik lalan tak bagi. Incik lalan kata "selagi baby breastfeedg, tak ada maknanya nk masuk babycot".. so saya ikut je lah, so dinding-baby-saya-incik lalan. Bby tak boleh baring tengah, sebab incik lalan kena peluk saya. Hahahaha *pang*



Lady faizal,
FatinFashiekin





Thursday, January 7, 2016

SIMPTOM MENGANDUNG 9 BULAN

‎Macam biasa, saya akan share simptom2 tiap bulan saya pregnant :) Allhamdulillah dah 9 bulan-- ok, jom baca ye.


1) sakit dibahagian ari-ari ‎
-kalau sebelum ni kerap sakit pinggang, sekarang, saya dah tak ada sakit pinggang, tapi sakit bahagian ‎ari-ari dan kelengkang. Rasa senak. Tapi ia normel, doctr kata sebab kepala baby ada kat bawah, tu yang rasa sakit. Paling sekse kalau dah baring nak bangun. Peh, bisa. Tak pun, dari kekanan dan mengiring ke kiri. Terasa senaknya.


2) mula rasa baby mengeliat 
-sebelum ni cuma rasa baby tendang, bagi saya antara tendangan dan mengeliat dihujung kehamilan. Mengeliat jauh lagi memberi kejutan. Haha. Yela, sekarang baby dah besar, dah penuh dalam perut, kepala pun betul2 ada dibahagian ari-ari kita. Bila baby pusingkan kepala/gerakkan kepala pun boleh terasa tau kat ari2. Kadang2 dia mengeliat tiba2, rasa terkejut dan rasa macam kena tumbuk je ari2. 


3) panas tiap malam
-aircond + kipas pun saya masih panas. Nak tidur pun suami berselubung selimut, saya pula kepanasan, bila suami sentuh pun dia kata "panasnya badan" yes, seriously rasa panas.. tu yang saya suka minum ice blend. Tengah2 malam buta mandi. Sebab panas sangat! 


4) kuat makan
-bab makan tak yah cerita lah kan, selera saya memang kalah buaya, semua saya ngap. Haha. Ni lagi lah dah nak bersalin, saya jadikan alasan "dah nak pantang" sebagai alasan utk makan semua benda. 


5) mengembang
-baju saya kebanyakkannya dah tak boleh kancing. Sebelum ni steady je. Sekarang makin ketat. Nak beli baru terasa membazir sebab dah nak bersalin. So terpaksa lah cover dengan cardigan / vest. Orang kata muka saya dh nampak bengkak, tangan pun bengkak, tapi, saya rasa, normel je. Cincin pun steady lagi boleh pakai.


6) tak boleh mencangkung
-kadang2 stok barang sampai farmasi, bila cangkung / bersila kat lantai alami masalah untuk bangun. Hehe. Dan celah kelengkang rasa sakit. Tapi saya abaikan je rasa sakit, saya dah mindset kan bila rajin bekerja, akan senang bersalin.


Ok. Tu je simptom saya,
Yang lain mcm biasalah mudah termengah.



Oh ye, saya ada terbaca tentang hypnobirthing / gentlebirthing, bukan lah saya berminat dengan water birth. Tak. Cuma berminat dengan cara bersalin dengan tenang tanpa mengharapkan painkiller. Menarikkan? 


Saya keliru is it I need epidural? Doctr dah pesan, kalau nak, saya kena request. Saya pula konon percaya pada kebolehan diri. Incik lalan pula asyik kata "awak tu bising mulut, kang menangiss je sakit" hahaha. 


So saya ambil keputusan, request epidural. TAPI cuna teknik hypnobirthing juga. Teknik bernafas. Teknik buat kita rasa calm dan relax. Kalau saya tak tahan baru saya suruh doc bagi epidural.


Bukan apa,
Incik lalan tu asyik "epidural-epidural-epidural" tak yakin betul dengan kebolehan isteri. Saya kata lah "dont worry, setakat push2 tu, senang je".. lalu, incik lalan buka hp dan tekan voice reminder, dia suruh saya rakam apa yang saya cakap. Hahahahaha. Dia kata kalau saya nangis sakit nanti dia nak mainkan semula voice reminder tu. Kurang asam (-_-)



Saya balas :
"Orang kata, kalau isteri solehah, isteri yang tak pernah sakitkan hati suami, isteri yang taat pada suami akan dipermudahkan bersalin, so saya rasa saya tergolong diantara yang tu, sebab saya solehah, isteri yang baik, tak pernah buat suami marah, tak pernah buat dosa kat suami, selalu dengar cakap suami, selalu cakap sayang suami, dan saya rajin pula tu, suka memasak untuk suami, rajin mengemas rumah suami, ironkan baju suami.. so saya isteri yang baik.. dan saya pun happy dapat suami yang baik.."


Incik lalan gelak besar bila saya senaraikan kebaikan dan kesungguhan saya.



Apapun,
Kita rancang, tuhan tentukan,
Semoga dipermudahkan :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


NAMA BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG

Cikgu sekolah adik saya datang farmasi,
(actually dia dh mgjr saya since saya sekolh rendah juga. Sekarang umur dalam 40an)


Dia tengk saya pregnant, dia pesan :
"Kin, kau jangan letak nama panjang-panjang kat anak kau ea"


Saya balas :
"Eh, nama adik ekin, ekin cari tau.. dinzly danish (sebab minat iqram dinzly) yang lagi sorang dinie daniel @ danny (sebab minat hero pearl harbour).. haha"


Cikgu balas :
"Cikgu tahu, sebabtu tiap kali turn adik kau, cikgu suruh dia tulis se‎ndiri sebab payah beno nak mengeja dengan membunyik. Kadang2 cikgu panggil je mamat. Senang. Anak kau ingat ea, jangan panjang2.."


Saya balas :
"3 harkat je cikgu. Kalau perempuan Kaseh Aneeqa Farzana kalau lelaki Ahmad Aqeed Faisal.." 


Cikgu balas :
"Tengk, 3 patah perkataan, jenuh nk menulis tau"



Ampun lah cikgu ye ;p
Ikutkan jiwe raga nak letak
"Chantique Tiffany Casandra Binti Ahmad Faizal"
Hahahahha‎




Lady faizal,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...