FOLLOWER

Saturday, January 16, 2016

MASIH AKTIF DAN LIGAT

Mempunyai suami yang merupakan saudagar pisang, oleh itu, wajib lah tahu semua resepi berkaitan pisang. Supaya tak terbazir.


Hari-hari duk pandang pisang kat rumah, rase kesian kat pisang-pisang tu. Nak buat pisang goreng dengan cekodok pisang, saya dah naik bosan dah.


So, kene lah rajin memanafaatkan segala berkaitan pisang termasuk 1) daun pisang 2) jantung pisang 3) buah pisang.



Sebelum ni saya ada inform kan yang tak dibenarkan balik melaka selagi tak bersalin? Tapi, saya kan degil haha. Saya balik juga. Puas lah memujukkkk suami.. akhirnya dapat juga.. bukan apa, hati ni asyik ada kat rumah melaka. Dan yang pasti, siapa masakkan suami? Suami saya berjaya naik 5kg lps kwin dengan saya, so kalau saya biarkan confirm tak makan dia. Alasan "tak ada sapa nak masak"..



Sabtu saya kat melaka, incik lalan kerja, tapi dia pesan supaya saya duk diam2 dalam rumah jangan buat kerja rumah. Punnnn saya degil, kedudukan almari saya ubah, gigih menolak menarik mengangkat. Sental bilik air. Semua benda saya cuci. 



Pukul 12.45pm incik lalan parking kereta, saya terus kedapur buatkan incik lalan air. Dia masuk je rumah, dia menjerit "Ya Allah dia ni, tberanak awal jugaaa nanti niiii..."  -actually saya dah agak respon incik lalan.



Dan berbalik pada resepi pisang, semalam saya masak IKAN BAKAR ALA PORTUGESE. Cubaan pertama! Dan berjaya menambat hati suami. Lepasni incik lalan suh buat KETAM BAKAR ALA PORTUGESE pula. So daun pisang diperlukan dalam proses pembakaran ni.



Petang pula, saya buatkan incik lalan LEPAT PISANG kegemaran dia, incik lalan memang suka segala jenis lepat. Allhamdulillah, tak terbazir pisang kat rumah yg incik lalan bawa balik dari kebun.



Then, ingatkan nak buatkan incik lalan PENGAT PISANG pula, tapi incik lalan nak kekebun. So saya just prepare untuk dinner sahaja lah. Next time buat pengat pisang dan kek pisangggg..‎



Actually petang masa incik lalan dah pi kebun, saya buat karipap sardin, memandangkan cara saya kelim amat hodoh sekali. Tidak lah saya paparkan disini. Hahaha.‎



Seronok memasak kat rumah melaka ni sebab semua bahan adeee. Yela, incik lalan kan minat bakery, so semua complete, segala jenis tepung, segala jenis cetakkan, segala jenis acuan, semuaa ada. Mixer dengan oven jangan cerita lah kan, ofcz lah ada. So bila incik lalan ke kebun, macam2 experiment saya buat kat dapur. Kalau tak jadi, diam. Kalau jadi, saya belagak kat dia ;p



Bukan sahaja bakery, segala jenis rempah, semua complete juga. Yang perlu cuma beli bahan basah. Yang lain incik lalan dah siap kan. Dah ada. Seronok!!



Betul lah kata orang,
Nak tambat hati bini, sediakan dapur untuk dia. Tak dapat dapur cantik pun tak pe lah, kemas + bahan semua ada pun dah membahagiakan. Bukan apa, kalau dapur cantik tapi sana sini kosong, at last, jadi malas masak juga. Seronok bila tgk rancangan masakan, dan semua yang diperlukan ada kat dapur kita :)



Ok. Saya bakal menjangkau 39w mengandung,
Tapi masih aktif dan tak letih. Makin sarat, makin nak buat macam-macam. Baby dalam perut pun makin aktif, baca kt blog, orang kata makin sarat baby makin tak banyak gerak, but, saya rasa, makin sarat, makin aktif baby bgerak. Sampai saya naik risau dibuatnya.



Ok lah,
Bye. Muah


Lady faizal,
FatinFashiekin‎




No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...