FOLLOWER

Thursday, January 7, 2016

SIMPTOM MENGANDUNG 9 BULAN

‎Macam biasa, saya akan share simptom2 tiap bulan saya pregnant :) Allhamdulillah dah 9 bulan-- ok, jom baca ye.


1) sakit dibahagian ari-ari ‎
-kalau sebelum ni kerap sakit pinggang, sekarang, saya dah tak ada sakit pinggang, tapi sakit bahagian ‎ari-ari dan kelengkang. Rasa senak. Tapi ia normel, doctr kata sebab kepala baby ada kat bawah, tu yang rasa sakit. Paling sekse kalau dah baring nak bangun. Peh, bisa. Tak pun, dari kekanan dan mengiring ke kiri. Terasa senaknya.


2) mula rasa baby mengeliat 
-sebelum ni cuma rasa baby tendang, bagi saya antara tendangan dan mengeliat dihujung kehamilan. Mengeliat jauh lagi memberi kejutan. Haha. Yela, sekarang baby dah besar, dah penuh dalam perut, kepala pun betul2 ada dibahagian ari-ari kita. Bila baby pusingkan kepala/gerakkan kepala pun boleh terasa tau kat ari2. Kadang2 dia mengeliat tiba2, rasa terkejut dan rasa macam kena tumbuk je ari2. 


3) panas tiap malam
-aircond + kipas pun saya masih panas. Nak tidur pun suami berselubung selimut, saya pula kepanasan, bila suami sentuh pun dia kata "panasnya badan" yes, seriously rasa panas.. tu yang saya suka minum ice blend. Tengah2 malam buta mandi. Sebab panas sangat! 


4) kuat makan
-bab makan tak yah cerita lah kan, selera saya memang kalah buaya, semua saya ngap. Haha. Ni lagi lah dah nak bersalin, saya jadikan alasan "dah nak pantang" sebagai alasan utk makan semua benda. 


5) mengembang
-baju saya kebanyakkannya dah tak boleh kancing. Sebelum ni steady je. Sekarang makin ketat. Nak beli baru terasa membazir sebab dah nak bersalin. So terpaksa lah cover dengan cardigan / vest. Orang kata muka saya dh nampak bengkak, tangan pun bengkak, tapi, saya rasa, normel je. Cincin pun steady lagi boleh pakai.


6) tak boleh mencangkung
-kadang2 stok barang sampai farmasi, bila cangkung / bersila kat lantai alami masalah untuk bangun. Hehe. Dan celah kelengkang rasa sakit. Tapi saya abaikan je rasa sakit, saya dah mindset kan bila rajin bekerja, akan senang bersalin.


Ok. Tu je simptom saya,
Yang lain mcm biasalah mudah termengah.



Oh ye, saya ada terbaca tentang hypnobirthing / gentlebirthing, bukan lah saya berminat dengan water birth. Tak. Cuma berminat dengan cara bersalin dengan tenang tanpa mengharapkan painkiller. Menarikkan? 


Saya keliru is it I need epidural? Doctr dah pesan, kalau nak, saya kena request. Saya pula konon percaya pada kebolehan diri. Incik lalan pula asyik kata "awak tu bising mulut, kang menangiss je sakit" hahaha. 


So saya ambil keputusan, request epidural. TAPI cuna teknik hypnobirthing juga. Teknik bernafas. Teknik buat kita rasa calm dan relax. Kalau saya tak tahan baru saya suruh doc bagi epidural.


Bukan apa,
Incik lalan tu asyik "epidural-epidural-epidural" tak yakin betul dengan kebolehan isteri. Saya kata lah "dont worry, setakat push2 tu, senang je".. lalu, incik lalan buka hp dan tekan voice reminder, dia suruh saya rakam apa yang saya cakap. Hahahahaha. Dia kata kalau saya nangis sakit nanti dia nak mainkan semula voice reminder tu. Kurang asam (-_-)



Saya balas :
"Orang kata, kalau isteri solehah, isteri yang tak pernah sakitkan hati suami, isteri yang taat pada suami akan dipermudahkan bersalin, so saya rasa saya tergolong diantara yang tu, sebab saya solehah, isteri yang baik, tak pernah buat suami marah, tak pernah buat dosa kat suami, selalu dengar cakap suami, selalu cakap sayang suami, dan saya rajin pula tu, suka memasak untuk suami, rajin mengemas rumah suami, ironkan baju suami.. so saya isteri yang baik.. dan saya pun happy dapat suami yang baik.."


Incik lalan gelak besar bila saya senaraikan kebaikan dan kesungguhan saya.



Apapun,
Kita rancang, tuhan tentukan,
Semoga dipermudahkan :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...