FOLLOWER

Thursday, September 27, 2012

BILIK TIDUR IDAMAN DENGAN GAMBAR YANG HOT

I don't know why, saya rasa bilik ni sangat moden, simple dan sexy.

Adakah mungkin sebab warna ?
Adakah mungkin sebab gambar perempuan yang tergantung tu ?? Huhu.

Kedua-dua kemungkinan tu memang ada. So, saya nak gambar bilik saya ada macamtu. Tapi tak ada lah nak bogel nampak bahu macamtu. Jangan buang tebiat oiii. Nanti kalau saudara mara datang rumah tumpang solat ke. Ternganga tengk gambar saya macamtu. Dan sedar diri hoi, badan tak melepak mana hoi ;p

So, sila ambil kan gambar saya ! Silaaa. Saya nak macamtu juga.. Ada mana2 photographer lain tak ? Asyik incik lalan je ambil kn gambar. Rasa sakit pula hati ni. Boleh lemah jantung dibuatnya.

Sebab ? Bila dia ambil gambar saya, mulut dia tak henti-henti membebel serta mengkritik:

1) "aduhh makin bulat muka dia ni la, macam bola dah !"

2) "hari2 makan apple, jangan makan nasi. Makin hari makin gemuk. Makin gemuk hari-hari"

3) "senyum macam cantik sangat, bukan cantik pun"

3 statement kat atas ni je mampu buat saya menangis air mata darah okeh. Peh, mana tak stress ?? Haha. Lagi2 kalau dia dah explain bab kalori lah. Seerius stress.

Actually tak amik hati pun, sebab statement dia : "ala kamu tu, kalau kite cakap berkias pun jawapannya 'ADA CAKAP KE? BILE' so sebabtulah ayat kite ni tak ada bkias2, straight je, senang faham, tu pn asyikk tak faham juga"

Cuma statement makan hati : "gemukk, kita kahwin lain" peh !! Memang makan jantung berulam hempedu ! Haha.

Nak buat joget ganggam style pulak lah tiap malam. Bagi langsing. Hahaha. Ok, bye.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 26, 2012

UBAT UNTUK HATI

"Seandainya kamu tidak mampu melihat kedepan kerana masa depanmu gelap tiada halatuju dan kamu tidak sanggup menoleh kebelakang kerana zaman lampaumu amat memeritkan,
Dongaklah keatas (dgn menadah doa) disitu kamu akan dapati satu kuasa yg amat menyayangi kamu,mengambil berat ttg dirimu, menjaga hal ehwalmu, menolong kesulitanmu, mendengar rintihanmu serta melihat segala usahamu..itulah ALLAH! DIA tidak mengambil sesuatu darimu melainkan ingin memberi kurniaan (yg terbaik), DIA tidak memberikan kamu rasa dukacita melainkan utk kurnia kegembiraan yg lebih lagi, DIA tidak menyekat sesuatu keatasmu melainkan utk beri anugerah yg lebih hebat, DIA tidak menimpakan kamu sesuatu musibah keatasmu melainkan DIA sayang kamu"

*da faham kan ?
So, Put ur trust on him ok :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IKIA (AQUARIA PET)

Jangan uall ingat melaka tak ada IKEA ok, cuma sebutan tu je lain sikit menjadi IKIA. Hehe. Sangat best ! Mula-mula sekadar terfikir mencari makanan kure2. Tapi bila ke sana macam-macam ada.

Dan saya sangat lega ! Kerana tak ada ular ! Fuhhhhhh. Saya alahan betul dengan ular, ampun maaf lah. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, so dapat tiket untuk tengk pameran ular. Sebelum masuk tu memang bersemangat waja lah. Fikiran terbayang-bayang pameran ular tu maybe macam zoo, ada macam2 binatang lain juga. Tapi ! Bila masuk je. Ternampak ular sawa besar mak oi kat tengah dewan ! Terus lari keluar dan muntah. Eee, bukan takut, tapi geliii.

Seriously, dan even uall guna handbag/wallet berharga rm100,000.00 tetapi menggunakan kulit ular. SORRY. Bagi percuma, letak berlian pun tak kan saya ambil. Huh, memang rasa nak pitam dan nak muntah kalau nampak ular / kulit ular / corak ular.. TERMASUK ULAR PLASTIK ATAU KAYU. Yg mainan tu. Sorry. Jangan bergurau dengan saya menggunakan itu, kerana anda akan berjaya mmbuat saya menangis dan memusuhi anda sepanjang hayat.

Ok, berbalik pada topik. Actually tempat tu baru dibuka, sebelum ni dikawasan batu berendam. So kalau uall nak apa2 peralatan/permainan atau apa2 lah untuk haiwan pliharaan uall, semua ada di IKIA tau. Pakaian hamster dan anjing pun ada. Dan mungkin juga bagi yang muslim, anda ingin memakaikan kucing anda pakaian ?? Anda boleh cuba. Haha

Ok. Lain kali kita berjumpa disana ye :)
Saya berminat pada kura-kura.
Anda ???

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 25, 2012

MIMPI

Anganan saya pada hari ini, hopefully, one day saya dapat menunaikan haji by my own money, then sponser my family, then ajak dan sponser pula sahabat handai yang disayangi. Menunaikan haji, beribadat dan berkumpul di Rumah Allah bersama-sama ! BY MY OWN MONEY !

Tanpa mimpi, impian tak mungkin jadi knyataan. Tanpa impian tak mungkin cita-cita dapat kita tunaikan :)

I'm hold : tak luak sedikit pun rezeki kita kalau kita ikhlas dan redha dalam hati untuk bantu orang lain, dalam erti kata lain, MENJADI ORANG YG DAPAT MBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN. Allah tu Maha Pemurah.

Cuba kau cuba, contoh : kau sembahyang di masjid, kemudian kau terpandang tabung masjid. Hati tergerak nak mderma, tapi bila kau tgk wallet, cuma ada rm10. Redha kan dan ikhlas kn hati, senyum dan bergembira dengan nilai yang kau dah sedekah tu dn tanam dalam hati "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI". Percaya lah, kau akan tenang gembira dan Allah murahkan rzeki kau :)

Bukan bermakna saya tulis post macamni so lepasni kau pi masjid masukkan RM10 dan berharap RM10 akan berubah menjadi RM100 dan kau tertunggu-tunggu. Kau ingat ASB ? Hehe. Ikhlaskan hati dan tawakal. Percayalah. Allah tak menjadikan sesuatu tu sia-sia.

Put ur trust on Him.
Put ur trust on Him.
Put ur trust on Him.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

THIS YEAR

Assalamualaikum

what ???? next week oktober ok.
so another 3 month untuk berakhirnya 2012.
seriously, perasaan nak memasuki 2013 membuatkan saya takut
dan selalu berfikir dan terfikir
"makin tua hoi !"
memang lah tak ada tua mana punn
cuma umur muda remaja semakin meninggal kan diri ni

serius risau okey !
semakin meningkat usia,
so semakin lah serius perkara mengenai future yg harus
difikirkan tau.

apapun untuk 2012 ni sangat berasa bangga,
azam berjaya di kekal kan prestasi yg baik !

this year tak ada pun shopping apa2 bnd remeh,
inflasi sifar.
saving more more more !
tak kisah orang nak kata kedekut ke apa,
tak pedulik ! haha

tempat tinggal : family
permakanan : family
kt farmasi  (makan) : pantry

see, dari situ dah jimat byak !
bab dating pula, 
saya tak bagi incik lalan ajak saya pi kdai makan
macam sebelum2 ni,
bila datingg je macam2 makan..,
this year banyak bila dating je
saya akan memasak dari rumah dan bawa ke melaka,
kami makan sama2 kat mana2
sambil tu dating lah.
see, jimat ! disamping dapat ambil hati dia
dan tunjukkan kewanitaan saya ni. HAHA
*point sebenar adalah ayt yg di bold kn


lepastu, still tak ada apa2 komitment langsung,
nikmat bujang ni sangat2 terasa,
kadang2 kesian tgk orang lain,
hutang kereta, rumah, dan lain2.
rasa lega duduk dengan family dan dekat dengan bf.
memang berbaloi !


with love,
FatinFashiekin



Monday, September 24, 2012

AYER KEROH MELAKA : DUA MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN 10 KENDERAAN

Ontheway ke Melaka semalam,
Dah masuk hway,
So macam biasa dengar berita kesesakkan lalu lintas. Sejujurnya, saya tak pernah ambil port dalam berita2 macamtu. Tapi semalam entah macammana rasa nak dengar. Dan betul ! Jammed teruk dari Tol ayer keroh hingga traffic light simpang 4 nak menghala ke MITC, bukit katil, tol semula dan ke bandar melaka.

Dah lah melaka ni, tak accident pun jammed teruk. So apatah lagi ada kes accident macamni. Dan melaka ni kalau jammed teruk, confirm dekat tol pn dah sesak, kalau da lepas tol ok juga, bayangkan kalau before exit pn dah jammed ?? Tak sanggup den. Dan saya pun ambil alternatif lain, call incik lalan dan dia suruh masuk jasin. Dah lah jasin tu jalan pekan kecil, dan saya pula tak tahu jalan, so melalui jalan mengikut arahan incik lalan je.. Sbb situ kawasan dia, dia ada farm kat situ.

Then masa nak onthewy balik, 8.45 macamtu lah.. Jalan still ditutup. Dan gelabah pula nak lalu mana (-_-) so cara terakhir, follow je lah kereta2 yang banyak tu.. Dan I'm did it ! Berjaya ! Huhu. Actually bab ingat jalan, bab cari jalan. Saya memang failed. Entah, dah namanya perempuan kan. Semua benda berharap pada abah dan incik lalan.

Ok. Nak cerita je yg saya berjaya melalui jalan baru tanpa memerlukan orang menjemput saya dan saya menjerit "macammana ni, macammana ni, macammana ni.." Hehe. Kalau call abah, abah alert lah juga risaukan anak dara dia ni. Abah memang penyelamat nusa dan bangsa, kalau sesat, abah datang tau kat saya. Tapi kalau call incik lalan ? Hah, segala-galanya dia suruh berdikari.
Perkara pertama dengar dia berleterr panjang, lepas tu baru dia kata "kat mana sebenarnya sekarang ?".. Ceh, spoil.. So then dia bg arah jalan mlalui phone. Ye, hp saya memang ada GPS tapi saya tak reti guna. Haha !


Ok. Nak pi kerja.

Gd morning,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUDAK TERUJE

"Nak tidur dengan kaktin, bilik kaktin lawa wangi.. Boleh lah, awal tak takut hantuu.."
-kata my lil siblings (awal), yg puji bilik lawa wangi tu ok lah juga, tersenyum.. Part hantu tu spoil. Huhu

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 23, 2012

SYUKUR

Rasa tersenyum baca ayat ni tau. Rasa bersemangat, rasa bersyukur. Cukup lah jadi yang sederhana kan ?

As long ada insan kesayangan disisi,
As long masih mampu bernafas,
As long badan still sihat walafiat,
As long akal fikiran masih waras,
As long Allah masih mengurniakan rezekiNya yang halal buat kita,
Kita kena bersyukur !!

Semua nya dah cukup sempurna, semuanya dah cukup dan cukup :)
Kadang-kadang apa yang ada depan mata kita tak rasa apa,
Tapi apa yang orang lain ada, kita mula lah terasa.. Ishh, isshh, ishh.

Contoh saya :
Me : bestnye kalau lahir2 je anak dato'
Hati : eh ! Kau cucu datuk. Ok what.
Me : fine (-_-)

Me : bestnya kalau dapat makan KFC
Hati : baru semalam kau makan macD, apa bezanya ??
Me : betul juga.

Me : bestnya kalau dpt perut slim
Hati : dulu sebelm buncit kau bukan main berharap nak gemuk kan ??
Me : ye ye ye mengaku...

Me : bestnya kalau boleh bawa BMW. Fuhhh, hari2 konfem sgp basuh.
Hati : kereta sekarang pun tak terbela, kononnnn..
Me : ok, fine.

Contoh remeh temeh kan ? Tp tu lah contoh tak bersyukur.. So harini, kita belajar topik untuk lebih bsyukur ye :)

Ok. Gudnite.
Aha, incik lalan dapat jemputan supaya jadi lectre jemputan di UK (univesiti kelantan not united kindom), for me, its good. Boleh jadi side income juga, why not ? Tapi, trust me lah,. Orang disini yang akan menjadi mangsa.. Mangsa apa ? Mangsa peminjaman telinga. Hahaha

Ok lah.
Jom, let's sleep :)

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DIA DATANG

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 22, 2012

HARI YANG DI GEMARI

Ouh, I love sunday !
Sangat menenangkan.
Pagi-pagi ambil aza dimadrasah,
Then terus ke pasar tani,
Balik dari pasar tani terus memasak.

Dan, 11.35am, I'm done.
Harini saya masak ikan talapia masak cili api. My favourite ! Then sayur tambahan dan tempe goreng kegemaran adik. Almaklumlah, javanese kan ? ;p

And now !
Settle ! Ini lah masanya untuk terdampar di ruang tamu sambil menonton tv, petang ni ada wardrobe sampai. Incik lalan harini busy sebab kakak kat melaka :)

Ok. Selamat berehat kalian.
Have a nice weekend.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PSIKO

Psiko. Psiko. Psiko.
Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

So kebiasaannya, orang psiko apabila marah, terus akan memaki hamun. Tapi apabila tersedar cepat kesalahan diri, bila tersedar sure meroyan ! Melutut di kaki 7 hari 7 malam pun sanggup.

Bukan tu je, kalau si psiko tu duduk pulau pinang dan si kekasih johor (sempadan singapore), nak memujuk punya pasal, sanggup bawa motor dan secepat mungkin dia akan tiba dihadapan mata anda semata-mata nak buktikan keikhlasan. Sapa sanggup drive utara selatan bawa motor non stop ? Org psiko je sanggup.

Orang psiko juga biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "keras kepala" Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Usaha usaha dan usaha nak kita balik semula pada dia.


Cara menangani psiko

1) Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

2) Setiap call, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali bagi feedback. Jangan angkat call dari dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.

3) Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.sangat kesian. Huhu.tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi psiko. Kan ?


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang saya kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.

Nota hati : ada sebab saya buat entry ni. Stress gila ok. Tolong lah jangan jadi psiko. Kalau awak nak teruskan juga, jangan risau, insyaAllah anda akan dihantar ke Pakar Psikitiari dengan jayanya. Hehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...