FatinFashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Tuesday, September 25, 2012
THIS YEAR
FatinFashiekin
Monday, September 24, 2012
AYER KEROH MELAKA : DUA MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN 10 KENDERAAN
Dah masuk hway,
So macam biasa dengar berita kesesakkan lalu lintas. Sejujurnya, saya tak pernah ambil port dalam berita2 macamtu. Tapi semalam entah macammana rasa nak dengar. Dan betul ! Jammed teruk dari Tol ayer keroh hingga traffic light simpang 4 nak menghala ke MITC, bukit katil, tol semula dan ke bandar melaka.
Dah lah melaka ni, tak accident pun jammed teruk. So apatah lagi ada kes accident macamni. Dan melaka ni kalau jammed teruk, confirm dekat tol pn dah sesak, kalau da lepas tol ok juga, bayangkan kalau before exit pn dah jammed ?? Tak sanggup den. Dan saya pun ambil alternatif lain, call incik lalan dan dia suruh masuk jasin. Dah lah jasin tu jalan pekan kecil, dan saya pula tak tahu jalan, so melalui jalan mengikut arahan incik lalan je.. Sbb situ kawasan dia, dia ada farm kat situ.
Then masa nak onthewy balik, 8.45 macamtu lah.. Jalan still ditutup. Dan gelabah pula nak lalu mana (-_-) so cara terakhir, follow je lah kereta2 yang banyak tu.. Dan I'm did it ! Berjaya ! Huhu. Actually bab ingat jalan, bab cari jalan. Saya memang failed. Entah, dah namanya perempuan kan. Semua benda berharap pada abah dan incik lalan.
Ok. Nak cerita je yg saya berjaya melalui jalan baru tanpa memerlukan orang menjemput saya dan saya menjerit "macammana ni, macammana ni, macammana ni.." Hehe. Kalau call abah, abah alert lah juga risaukan anak dara dia ni. Abah memang penyelamat nusa dan bangsa, kalau sesat, abah datang tau kat saya. Tapi kalau call incik lalan ? Hah, segala-galanya dia suruh berdikari.
Perkara pertama dengar dia berleterr panjang, lepas tu baru dia kata "kat mana sebenarnya sekarang ?".. Ceh, spoil.. So then dia bg arah jalan mlalui phone. Ye, hp saya memang ada GPS tapi saya tak reti guna. Haha !
Ok. Nak pi kerja.
Gd morning,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BUDAK TERUJE
-kata my lil siblings (awal), yg puji bilik lawa wangi tu ok lah juga, tersenyum.. Part hantu tu spoil. Huhu
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, September 23, 2012
SYUKUR
As long ada insan kesayangan disisi,
As long masih mampu bernafas,
As long badan still sihat walafiat,
As long akal fikiran masih waras,
As long Allah masih mengurniakan rezekiNya yang halal buat kita,
Kita kena bersyukur !!
Semua nya dah cukup sempurna, semuanya dah cukup dan cukup :)
Kadang-kadang apa yang ada depan mata kita tak rasa apa,
Tapi apa yang orang lain ada, kita mula lah terasa.. Ishh, isshh, ishh.
Contoh saya :
Me : bestnye kalau lahir2 je anak dato'
Hati : eh ! Kau cucu datuk. Ok what.
Me : fine (-_-)
Me : bestnya kalau dapat makan KFC
Hati : baru semalam kau makan macD, apa bezanya ??
Me : betul juga.
Me : bestnya kalau dpt perut slim
Hati : dulu sebelm buncit kau bukan main berharap nak gemuk kan ??
Me : ye ye ye mengaku...
Me : bestnya kalau boleh bawa BMW. Fuhhh, hari2 konfem sgp basuh.
Hati : kereta sekarang pun tak terbela, kononnnn..
Me : ok, fine.
Contoh remeh temeh kan ? Tp tu lah contoh tak bersyukur.. So harini, kita belajar topik untuk lebih bsyukur ye :)
Ok. Gudnite.
Aha, incik lalan dapat jemputan supaya jadi lectre jemputan di UK (univesiti kelantan not united kindom), for me, its good. Boleh jadi side income juga, why not ? Tapi, trust me lah,. Orang disini yang akan menjadi mangsa.. Mangsa apa ? Mangsa peminjaman telinga. Hahaha
Ok lah.
Jom, let's sleep :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, September 22, 2012
HARI YANG DI GEMARI
Sangat menenangkan.
Pagi-pagi ambil aza dimadrasah,
Then terus ke pasar tani,
Balik dari pasar tani terus memasak.
Dan, 11.35am, I'm done.
Harini saya masak ikan talapia masak cili api. My favourite ! Then sayur tambahan dan tempe goreng kegemaran adik. Almaklumlah, javanese kan ? ;p
And now !
Settle ! Ini lah masanya untuk terdampar di ruang tamu sambil menonton tv, petang ni ada wardrobe sampai. Incik lalan harini busy sebab kakak kat melaka :)
Ok. Selamat berehat kalian.
Have a nice weekend.
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PSIKO
Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.
So kebiasaannya, orang psiko apabila marah, terus akan memaki hamun. Tapi apabila tersedar cepat kesalahan diri, bila tersedar sure meroyan ! Melutut di kaki 7 hari 7 malam pun sanggup.
Bukan tu je, kalau si psiko tu duduk pulau pinang dan si kekasih johor (sempadan singapore), nak memujuk punya pasal, sanggup bawa motor dan secepat mungkin dia akan tiba dihadapan mata anda semata-mata nak buktikan keikhlasan. Sapa sanggup drive utara selatan bawa motor non stop ? Org psiko je sanggup.
Orang psiko juga biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "keras kepala" Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Usaha usaha dan usaha nak kita balik semula pada dia.
Cara menangani psiko
1) Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.
2) Setiap call, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali bagi feedback. Jangan angkat call dari dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.
3) Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.sangat kesian. Huhu.tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi psiko. Kan ?
"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"
Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.
Seperti yang saya kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.
Nota hati : ada sebab saya buat entry ni. Stress gila ok. Tolong lah jangan jadi psiko. Kalau awak nak teruskan juga, jangan risau, insyaAllah anda akan dihantar ke Pakar Psikitiari dengan jayanya. Hehe
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, September 21, 2012
PERKARA YANG SAYA HARUS LAKSANAKAN SEBELUM BERKAHWIN
So saya rasa why not kongsikan bersama. Sebab saya selalu dengar keluhan kawan-kawan dan dieorang kata "kalau lah aku masih bujang". That's y saya menitik berat kan "sebelum saya menamatkan zaman bujang saya"
1) Pelaburan. Penting sebab memastikan ada pelindungan kewangan. Yela, kalau2 terdesak nanti. Hehe. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.
2) Makesure rumah idaman kami berdua dah tersedia. Lepas kawin, cuci kaki je dan nikmati.
3) Bercuti ke tempat yang sangat-sangattt nak pergi ! ;D
4) Dating without make up. Semulajadi ! No foundation dan no compact powder supaya pasangan tk terkejut bila pandang pula nanti pada pagi selepas malam pertama. *pang ! Melampau kau ;p
5) Buat list kenapa nak bkahwin dan makesure dah bersedia. Then list tu bagi pada bakal suami. Tajuk "kenapa saya nak jadi isteri awak" supaya dia pn memahami dn mbantu merealisasikan apa yang diimpikan.
6) Mmastikan psediaan kwangan dah cukup hebat. SAVE ! SAVE ! SAVE ! Sekarang pn 2012 saya dah start bajet gila-gila. Pergi kerja bawa bekal. Dan sangat mengawal nafsu perbelanjaan.
7) Buat perjumpaan bsama bestfriend dan ajak mereka bcuti ! Single time. Let's have fun gengg.
8) Bt sesuatu yg disukai dan pasangan tak sukai dan paksa pasangan untuk join. Contoh ; pergi saloon. Ajak je ur partner. Treatment rambut dia. Why not ?
9) Bt pkara paling manis dan hebat untuk bakal keluarga mertua *wajib* saya kan suka bagi kejutan. Hehe
10) Sudah bersedia dengan bajet yang terancang untuk honeymoon terhebat. Tak kisah lah, even nak honey moon kat gunung ledang (30minit dari rumah). Yang penting, isikan masa tu mjadi sesuatu yang menyeronokkn !
11) your last real alone time. Dan hargaii. Pastikan masa bujang ni sangat-sangat dihargai. Lepasni dah busy dengan makan pakai suami dan anak-anak.
12) Diet yg serius ! Even kau kurus, ingt ! Six pack ! Perut tu, pastikan slim !
13) Segala hutang piutang adalah RM0.00 harus settle. Pay off as much credit card debt and student loans as possible.
14) Talk about future finances, Talk about family,Discuss future career, education, and moving plans! Meeting bersama pasangan untuk FUTURE adalah penting. Dan jangan semua benda nak buat lepas kahwin. Confirm delay je.
15) Go diving, Go Skydiving, Go SCUBA diving. Mampu ke saya buat ? Huhu. Tak pa. InsyaAllah. Citer pada incik lalan pn dia gelak guling-guling. Spoil (-_-")
16) Matang. Start thinking like a married person. Tak boleh malas-malas. Waktu solat harus tepat dan jangan dilambatkan ! Kalau kau delay, anak cucu kau cemane nti ? Jadi good wife, good mother, good daughter, good aunty, good sister, goodfriend and one day, goodgrandma :)
17) Cook for the future in-laws. Sedap atau tak, belakang cerita. Yang pentingg ikhlas.
18) Tanye pasangan dan tahu ape yg dia teringin sangat nak buat dan bg sokongan jangan asyik kata "tak boleh !"
19) Pemberian bermakna untuk pasangan dan apa yang dia nak sangat
20) Get life insurance. Pastikan kau dan pasangan ada insurance.
21) PENTINGGG. SEBELUM KAWIN. CARI SPONSER ! Hahah. Contoh : kak alai nak sponser wedding planner. Kak ani nak sponser goodie bag bserta kreativiti. Kak Aida nak sponser buat kuih muih dan bagi tetamu. Kawan-kawan incik lalan sponser gambar kwin free. Kak Ain sponser tenaga 7hari 7 malam rewang tanpa henti. Kak zura sponser honeymoon ke luarnegara. HAHAHA.
Ok. Bye.
Saya rasa idea number 21 tu berbaloi lah. Hehehe ;p
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, September 20, 2012
YOU
Wednesday, September 19, 2012
REZEKI
"ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA ALLAH BOLEH AMBIL BALIK."
Saya selalu ingat ! Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Walaupun saya bukan kaya raya, kalau saya mampu, saya akan tolong. Sebab saya tahu, Allah sentiasa memerhati kita, cuma kita perlu memilih, samaada baik atau buruk jalan yang kita pilih. Pahala atau dosa yang kita kehendakki.
Saya nak masuk syurga, saya nak tambah pahala. Kawan-kawan bimbinglah saya ye. Tolong jadi kawan yang dapat menyempurnakan iman saya. Tu yang saya perlukan :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DEK KERANA ANAK 😅
setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Pergi klinik pergigian gov, Mereka suruh saya "bertahan" sahaja. Tapi masalah nya, saya dah tak boleh tahan. Ye, sakit tak ...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...