FOLLOWER

Tuesday, January 31, 2012

LAMBAIAN JANUARI

JANUARI 2012 bakal meninggalkan kita, dan FEBUARI 2012 sedang menuju kearah kita dengan langkah yang laju. Apa yang akan berlaku pada kita ? Kita sendiri tak tahu.

31hari ditahun 2012 telah berlalu, bermakna, 31hari yang lalu, telah berjalannya AZAM yang kita bina, bagaimana kita melaksanakannya :)

JANUARI 2012.
For me, pada 17Januari12 lepas, kejutan telah berlaku, bila fikir balik, rasa macam mimpi, dan saya tak kan lupa tarikh tu. Pahit manis masin masam dalam januari semua ada, kepada segala yang manis saya lalui, Allhamdulillah. Even its just 31days for january, sehari tu dapat merubah segalanya, mengenai rezeki dalam hidup, saya berserah pada Allah. Ada rezeki saya, adalah. Andai tiada saya tahu, pasti ada hikmahnya. Apa jua, Bersyukur kepada Allah ats segala yang ditetapkan.

JANUARI 2012,
Saya belajar, belajar untuk jadi seorang gadis yang ada untuk semua orang. Dan yang saya pegang kini "BAIK AKAN DIBALAS BAIK" dan kalau boleh, saya nak belajar untuk tak mengharapkan balasan orang. Dalam hidup kadang2 kite akan mudah terkecil hati, ye apabila kita buat kebaikan, dan dibalas keburukkan sure kita akan ingat dan terlintas "dulu aku tolong dia, sekarang dia langsung tak ada waktu aku susah" nope, saya tak nak jadi macamtu, saya nak belajar "JANGAN HARAPKAN BALASAN PADA SETIAP KEIKHLASAN" mudah2han kan ?

Kepada family, thankq sebab selalu give support apa yang ptut dan apa yang tk ptut dibuat. To incik Lalan, hey ! Tq sebb jadi jam lonceng saya, sentiasa berdering (mbebel) bila saya cuba melanggar azam 2012 saya. U know what, even ur mouth kept mbebel, sometimes its make me rasa lawak giler ! Then bila nak buat something, I know cikgu disiplin (him) sedang memrhati. Haha.

Apapun, for FEBUARI, Bismillahirohmanirrohim, semoga dapat dilalui dengan sempurna.

kpd u all yg still btangguh azam, let's do it together. yes, I know, its not easy. Saya pun rasa ssh, hehe. Mari kita mendisiplinkan diri bersama !

KELUARGA DIDAHULUKAN, AZAM DIUTAMAKAN ! InsyaAllah semoga diberkati Allah SWT :)

I love u,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 30, 2012

SUNDAY 29/1/2012

Assalamualaikum

oh Monday ! oh Sunday !
i love sunday like i love my boyfriend ;p
selalu tertunggu. selalu ternanti.

ok. semalam like always, lepas masak2
then bawa ke Melaka then we lunch together,
after that kami pergi tgk movie


movie start 3.20pm so before menanti movie start
kami try kerusi urut ini !!


serius rasa geli ! 
umpama ada jari jemari ghaib bergerak-gerak dibadan anda
incik lalan bila naik bt muka syok,
saya pula duk gelak-gelak sebab rasa macam digeletek. haha


actually mula2 tak nak naik juga,
but then, cuba banyak kali.

eh ! tgk lah cerita AWAKENING : UNDERWORLD


Tapi, sejujurnya jalan cerita yang terlalu simple dan tergantung,
tidak sehebat THE IMMORTAL atau TWILIGHT atau TRANSFORMERS
kalau u all yg tak pernah tgk siri awal movie ni sure tak faham.
actually saya pun tergolong diantra mereka yang tak faham,
so dalam panggung asyk tanya :

"eh perempuan ni pontianak ke ?"
"eh cerita ni macam twilight ke ?"
"eh kenapa serigala jadian nk budak tu?"
"hybrid tu ape?"
"eh kenapa dia kena sedut darah pontianak tu?
"Eh lycan takut dengan serbuk perak ke"
"eh kenapa lycan tu tiba2 jadi besar?"

nasib baik lah kat belakang saya masa tu tak ada org
kalau tak sure saya menjadi mangsa tengkingan dan tendangan. hehe
dan banyak kali juga lah incik lalan tension
tapi dia still terangkan *terima kasih
dan macam biasa 
ending sure TERGANTUNG (-_-")

with love, 
FatinFashiekin

Saturday, January 28, 2012

SETIAP CALAR ADA CERITA

Ada seorang makcik datang farmasi dan kata pada kak Ani :

"Siapa yang bawak kereta ---- kat depan tu ? Sayang nye keretanye.. Calar sane sini, tak dijage, kotor merah-merah"

Pergh ! Tak tahu lah nak kata pujian ke semangat. Nak je diceritakan pada makcik tu betapa busy jadual harian dan calar-calar dikereta adalah bahana lesen (P) saya sebelum bakal memiliki (L) :)

Calar pertama dikanan tyr blakg kiri,
Berpunca sebab abah buat parking baru then konon confident boleh masuk then tanpa sengaja, kereta terseret dengan didinding sehingga mengakibatkan kekemekkan dan keremukkan.

Calar ke dua dibahagian hadapan tyr kiri,
Berpunca sebab nak parking terlanggar pula tembok tepi jalan.

Yang seterusnya hanya secalit2.
Eh ! Berbangga tau. Dari kereta tu dara sampai sekarang, mcm2 kenangan kami bersama.

Ok. Nk infom tu je.
tk sgke ade cstmer perasan kecalaran itu. Masa bile aunty tu usha entah (-_-)

lagi satu, KEDAH 1 - JOHOR 3
Hahahha. Ada orang kedah tak mau pickup call sebab taknak terima hakikat kekalahan ditempat sendiri. HAHA

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MERAH BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum

saja mencelah untuk menyelitkan sedikit gambar my family,
dah lama tak letak gambar mama dan abah kan :)

abah ? semakin boolat. bila tgk kungfu panda sure toleh abah. hehe
mama ? selalu kata "kakak lagi buncit berbanding mama" *sigh (-_-)

sepanjang pi beraya semua tak percaya bahawa i'm their daughter
dan semua terkejut dan saya suka apa yang berlaku.
iaitu menjadi perhatian dan kemudian saya dapat angpau dari boss mama & abah
haaa, tersipu malu masa menyambut huluran demi huluran,
makanan demi makanan yang ada.


abah and mama, satu keluarga MERAH kau, 
mengalahkan tuan rumah.
over kan ??


karoke ! masa ni, speaker betul2 bersebelahan dengan telinga tau.
orag javanese kata "boleh budek" 
atau dalam google translation yang sebenar iaitu 
"boleh mengakibatkan pekak"

then,


semangat 1 MALAYSIA. haha
yang saya faham dan yang dia nyanyi cume
"gong xi gong xi gong xi nie"
mengelat ! macam tu saya pun reti. ;p


mama wif daniel.
aza je takada cuz dia dah balik asrama,
tapi masa onthway kesini pun dea kept calling nangis2 kata nak balik

dan last ! my lovely lil bro


Dinzly Danish atau nama pendek. awal.
see dapat angpau,
then balik je rumah


sampai je rumah, my lil bro tu bagi angpau dia pada saya
dan dia pesan
"kaktin, nah duit, nanti beli kan awal jajan banyak2 ea ?"



with love,
FatinFashiekin

BLUR



" words, like eyeglasses, blur everything that they do not make clear "
-joseph jaubart


with love,
FatinFashiekin

Friday, January 27, 2012

YUNA-TERUKIR DIBINTANG

Assalamualaikum

bila dengar lagu YUNA yang baru ni,
serius masa drive tersipu-sipu dan tersenyum-senyum,
bagi mereka yang 30an seperti kak Aida dengan Incik Lalan 
memang serius benci yuna (-_-)
akuh tak tahu mengapa,
puas saya kata "dengar lagu ni, bestt ! lirik dia "
jawapan kak Aida "ah ! tk suka Yuna"
jawapan incik Lalan "muzik zaman ape ntah"
*sigh. cuba dengar guna hati, jangan guna telinga. best lah ! ;p

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu



bila dengar lagu ni, terus terbayang kan :


sambil berjalan perlahan kearah dea,
sambil tersenyum simpul terhadap dea,
sambil sembunyikan bunga ros ditangan,
sambil tersenyum manja buat dea,
sambil diiringi lagu YUNA-TERUKUR DIBINTANG ni,
lepastu berhenti dihadapan dia dan kata pada dea
"Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia"

with love,
FatinFashiekin

KU MAHU KAU TAHU

Kamu tak kaya raya,
Tapi kamu kaya dengan keperibadian yang membahagiakan kite :')

Kamu tak ada rumah besar,
Tapi kamu ada usaha utk bina rumah yg lagi bsar dmasa hdapan :')

Kamu tak suke bagi kite hadiah
Tapi kamu bagi kite hati kamu :')

Kamu tak banyak cakap bila dihadapan ramai orang dan semua kata kamu pemalu, tapi dengan kita kamu tunjuk perangai dan gelak sesuka hati kamu :')

Kamu tak pnh bagi rantai emas beribu-ribu untuk kite, tapi kamu bagi kite rasa makanan dari air tangan kamu sendiri :')

Kamu tak pernah pujuk waktu kite menangis dan bermasalah, tapi kamu akan marah kite dan suruh kite lebih berusaha berdikari sendiri:')

Kamu tak pernh kata nak kawin dengan kite, tapi kamu slu pertahankan hubungan kite dan minta kite bsabar, sbb kite th, kamu tgh berusaha untuk masa depan kita :')

Kamu memang tak handsome! Tapi kamu ade saya (FatinFashiekin) yang cantik :)

__________________________________________

P/s : actually 1stly mahu private kan statement diatas dan just for him but td dea kata, "wah bleh letak blog" so, terus publish. Hehe. Kadang2 perkara gelimat ni sesuatu yang sensetif kan ? But, hei !! This is my own diary ;p

Truly me,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 26, 2012

FAKTA BUKAN AUTA

Assalamualaikum..

facts about me.

1. i'm a very determined person when it comes to something that i really want. kalau sy mahu itu, sy akan dapatkan juga.no matter,i still want it. makin lama benda ni makin kuat dalam diri sy.

2. kalau sy suka satu benda, mmg akan suka dengan yang tu je.hp, fav jeans, fav person, fav colour.. n much more

3. i love to eat. sy suka cuba rasa sesuatu yang baru except makanan Jepun, don't know why, rasa nk termuntah, fav : msakan kampung, kek..
sume2 la. n kalau sy bosan, sy akan usha myresepi.com n suruh mama masak sedap2.

4. sy jenis yang kurang tidur during weekdays n oversleep during weekend.
kurang tdo makne nye sgt kurang. lebih tido maknenye sangaaat lebih.

5. sensitive. yang kadang2. tak bertempat. di tempat2 awam. mane2 je. sy boleh menangis smpai org sekeliling tgk.hambik kau.so jgn bg sy emosi.
or else sy jd cam budak kecik ilang mak dan ayah.*wuu. kasi warning awal2 ;p

6. sy suka jumpa si dia. rasa macam.. haih *melting ;p

7. sy mudah excited. apa2 je sy rasa excited. sy pun taktau kenapa sy slalu excited. tp, dgn cara begini lah, sy cepat happy.

8. sy selalu rasa semua perempuan cantik,it's true. that u're pretty for me ;)

9. Sy sgt sukakan rabbit ! Tapi saya alergik pada bulu rabbit. Dan mudah tebersin ;'( how ???

10. Merah. Hey ! I love red colour ok. Kalau nampak handbag or heels warne merah. Ouch rasa nak berdarah hidung ni. ;p

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 25, 2012

BERTUKAR !!

Assalamualaikum

hei ! dah lama tak snap gambar terbaru kan ?
rindu nye nak berangan sakan depan DSLR ni wey.
tapi bila tiba masa je sure tak ade mood.
ye, memang over kan ? nak shoot gambar perlu mood segala ?
bila panas konon HOT cuaca melebihi HOT diri sendiri ;p
 
Almaklumlah bila meningkat usia,
meningkat jua lah aktiviti,
so masa selalu tak da lah nak duk posing2 sakan ni,

kalau sebelum ni tengah hangat-hangat gituh dengan incik Lalan
boleh lah dia duk kata "sayangg, tgk sini abg nak ambil gambar nii"
sekarang ? saya yang duk kata, "jom ambil gambar nak ?"
tak pun "nak gambar macam orang tu ??"
dan dia cuma kata "dia putih, kamu hitam, kamu tak macam orang tu"
*sambil dia buat muka tak beremosi tapi saya yang emosi ;p
see, bagai kacang lupakan kulit. haha

kesimpulannya, saya dah bosan dengan pic header diatas.
TU JE (-_-")
yang lain tu pembayang kata
dan supaya korang dapat memahami isi hati saya.
ok. da jauh merepek. bye2.

gadis yang ingin kan perubahan,
FatinFashiekin

Tuesday, January 24, 2012

1 MALAYSIA : HANYA KERANA LIMAU

Gambar menunjukkan FatinFashiekin sedaya upaya menyembunyikan lapisan-lapisan lemak didagu, kemudia tidak dapat dibendung dengan kebulatan pipi yang dilihat terdampar di pinggul pipi. Haha (-_-") fine sile abaikan ketembaman atau kesengetan shawl yang sedang dipakai.

Petang tadi lah balik je kerja berkejar ke Madrasah Aza, malam pula tpaksa ke rumah Boss Mama dan Abah, kutip angpau lah ! Sudah saya katakan, minggu ini adalah minggu palingg busy bagi saya, penuhh je acara tau, after this rumah pula buat kenduri. Haa, Stop ! Sama macam kak Ain, bila sebut kenduri sibuk tanya "kenduri pertunangan ke?" Tak lah, kenduri untuk arwah Tok. Jemput lah datang eh ! :)

Then nak ucap tq pada uncle yang suka berburu (fine x tahu name uncle ni) tapi that uncle selalu datang farmasi untuk beli panadol dan tumpang cek darah, umur dalam 89 tahun, sentiasa bersama helmetnya yang dah terllu lusuh dan saya rasa ketebalan helmet tu umpama satu pinggan plastik je, serius k, gabus2 dan span dalam helmet pn tkeluar2. Kalau datang farmasi, dia parking motor depn farmasi dan tak matikan enjin nya. Sebab dia tak heran pn kalau mtr dia kena curi (sebb dia th mtr dia dah tlalu uzur) ada seorang isteri yang menghidap penyakit jantung. Haishhh, sedih je kalau tgk uncle ni.

Dipendekkan cerita so hubungan saya dgn uncle tu rapat lah, dan masa hari sabtu (hari trakhr farmasi buka sebelum CNY) saya pesan pada dia nak limau dan pesan bhwa farmasi tutp pd 9.30malam dan selepas tu farmasi akn ditutp utk bcuti. THEN, dalam pukul 9malam, cuaca hujan lebat sangat, uncle tu masuk farmasi dengan keadaan basah kuyup semata mata menghantar limau dan khuatir tak sempat beri pada saya. Sangat terharu masa tu !

Me : uncle, kan hujan, nanti uncle tak sihat. Tgk da basah kuyup.
Uncle : tak pa, saya orang muda, saya sangat kuat (sambil tersenyum)
Me : uncle, semoga sihat selalu ye !!
Uncle : (ketawa)

Even kecik perkara yang dia buat, tapi keikhlasan dia saya akan ingat sampai bila2. May God will always bless Him.

Agaknya kalau ada pertandingan karangan bertajuk 1 Malaysia atau Perpaduan diantara Kaum. Sure saya dapat Gold medal dn wang tunai kan ? Haha ;p

Ok. Gd nite guys !

With love,
FatinFashiekin

Monday, January 23, 2012

ANTARA CUTI DAN MELAKA

Assalamualaikum

Eh ! Esok dah mula bertugas ye ? (-_-)
Cemburu nya tengok ahli keluarga yang masing-masing sedang meraikan cuti. Semasa masing-masing melayan drama-drama di TV, saya pula sibuk mengiron uniform kerja, esok kerja katakan.

Tapi Allhamdulillah juga lah kerana diberikan cuti selama 2 Hari. So 2 hari bercuti, Ahad spend for family dan Isnin actually for family too, but then masa breakfast tiba-tiba dapat BBM

Him : Gd morning ! Harini menu apa special ???
Me : Harini MC memasak. Napa ?
Him : Alaa, sian kite perut kempis ni dari semalam tak makan nasi.

(See terukkan ? Minta simpati. Nak tahu ape motif ? Dia nak kata lapar konon nak pengsan kemudian tk mampu drive kemudian minta saya hantar lauk kesana. Kejam tak ?)

Me : Pasar tutup dan minta maaflah ye, melaka sure jammed. Tak sanggup !
Him : tak. Lenggang giler. Betul ! Kite tinggal melaka, so kite tahu lah.

(Then masakkn jgalah bt dia, Bawal masak merah dengan Sayur Betik masak sambal. Dan dia memang terkejut dengan masakan betik tu. Haha. Pedulik apa, saya memang nak ajar dia masakan javanese *kejam sedikit tk pa)

Dan kemudian terima kasih lah pada beliau kerana berjaya memerangkap saya didalam jammed selama 1 jam. Actually maybe boleh lagi lama kot tp nasib baik lah saya hebat bab melanggar peraturan lalulintas, jalan 2 line saya masuk 3 line. Oleh kerana kereta saya comel, memudahkan saya menyelinap disebalik kereta-kereta disitu. HAHA.

Kepada Menteri besar Melaka, sila lah tambahkan lagi jalan alternatif ataupun bina jejantas yang boleh mengelakkan kesesakan lalulintas, antara jalan paling teruk dari Tol Ayer Keroh menghala ke Zoo. Jalan masuk utama adalah jalan yang sama menuju ke Zoo. Ditambah dengan orang nak masuk ke Bandar Melaka then bersesak pula dengan kereta yang jammed untuk mencari parking ke Zoo dan ingin masuk ke persimpangan Taman Tema Air Wonderland kemudian ditambah pula dengan kereta dari lorong bertentangan yang ingin menyeberang untuk ke Petronas Ayer Keroh. Apabila berjaya melalui Zoo baru nak menarik nafas lega, terpampang pula trafik light yang sangat menyebalkan dan menambah kesesakkan. So kesimpulannya, bina lah jejantas atau pun laluan bawah tanah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan dalam masa yang sama dapat menarik minat lebih ramai orang untuk keMelaka. Bukan apa, saya khuatir sebagai warga negeri lain akan mengangap Melaka sebagai sebuah Negeri Kesesakkan Lalulintas Kritikel bukan sebagai sebuah Pusat Pelancongan Negara. *Wah cadangan ! Konfident gituh ;p

Ok lah sambung topik. Dan kesimpulannya, sekarang saya nak tidur, esok saya nak kerja, dan saya tak mahu mengantuk ditempat kerja. Selamat Malam ! :)

Truly me,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...