FOLLOWER

Monday, January 23, 2012

ANTARA CUTI DAN MELAKA

Assalamualaikum

Eh ! Esok dah mula bertugas ye ? (-_-)
Cemburu nya tengok ahli keluarga yang masing-masing sedang meraikan cuti. Semasa masing-masing melayan drama-drama di TV, saya pula sibuk mengiron uniform kerja, esok kerja katakan.

Tapi Allhamdulillah juga lah kerana diberikan cuti selama 2 Hari. So 2 hari bercuti, Ahad spend for family dan Isnin actually for family too, but then masa breakfast tiba-tiba dapat BBM

Him : Gd morning ! Harini menu apa special ???
Me : Harini MC memasak. Napa ?
Him : Alaa, sian kite perut kempis ni dari semalam tak makan nasi.

(See terukkan ? Minta simpati. Nak tahu ape motif ? Dia nak kata lapar konon nak pengsan kemudian tk mampu drive kemudian minta saya hantar lauk kesana. Kejam tak ?)

Me : Pasar tutup dan minta maaflah ye, melaka sure jammed. Tak sanggup !
Him : tak. Lenggang giler. Betul ! Kite tinggal melaka, so kite tahu lah.

(Then masakkn jgalah bt dia, Bawal masak merah dengan Sayur Betik masak sambal. Dan dia memang terkejut dengan masakan betik tu. Haha. Pedulik apa, saya memang nak ajar dia masakan javanese *kejam sedikit tk pa)

Dan kemudian terima kasih lah pada beliau kerana berjaya memerangkap saya didalam jammed selama 1 jam. Actually maybe boleh lagi lama kot tp nasib baik lah saya hebat bab melanggar peraturan lalulintas, jalan 2 line saya masuk 3 line. Oleh kerana kereta saya comel, memudahkan saya menyelinap disebalik kereta-kereta disitu. HAHA.

Kepada Menteri besar Melaka, sila lah tambahkan lagi jalan alternatif ataupun bina jejantas yang boleh mengelakkan kesesakan lalulintas, antara jalan paling teruk dari Tol Ayer Keroh menghala ke Zoo. Jalan masuk utama adalah jalan yang sama menuju ke Zoo. Ditambah dengan orang nak masuk ke Bandar Melaka then bersesak pula dengan kereta yang jammed untuk mencari parking ke Zoo dan ingin masuk ke persimpangan Taman Tema Air Wonderland kemudian ditambah pula dengan kereta dari lorong bertentangan yang ingin menyeberang untuk ke Petronas Ayer Keroh. Apabila berjaya melalui Zoo baru nak menarik nafas lega, terpampang pula trafik light yang sangat menyebalkan dan menambah kesesakkan. So kesimpulannya, bina lah jejantas atau pun laluan bawah tanah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan dalam masa yang sama dapat menarik minat lebih ramai orang untuk keMelaka. Bukan apa, saya khuatir sebagai warga negeri lain akan mengangap Melaka sebagai sebuah Negeri Kesesakkan Lalulintas Kritikel bukan sebagai sebuah Pusat Pelancongan Negara. *Wah cadangan ! Konfident gituh ;p

Ok lah sambung topik. Dan kesimpulannya, sekarang saya nak tidur, esok saya nak kerja, dan saya tak mahu mengantuk ditempat kerja. Selamat Malam ! :)

Truly me,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...