FOLLOWER

Tuesday, January 17, 2012

FULLHOUSE


Thanks to ita (adik incik lalan) sebab bagi pinjam DVD FULLHOUSE ni
even tanpe keizinan sbb incik lalan main ambil je.
Dan saya nak kata saya suka cerita ni dan
saya nak kata saya nak bunga macam cerita ni 
dan saya nak kata saya nk bf handsome macam rain ! Hahah. *pang !


OH BELOG !

Assalamualaikum

pssstttt.. psstttt..

saya FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR nak edit blog.
saya nak ubah wajah blog saya.
TAPI, saya tak reti lah (-_-")
banyak kali cuba, banyak kali try
*hoi ! cuba dan try kan same. haish !

ok. saya banyak kali berusaha untuk mengubahnya ke arah yang lebih
membawa nikmat pada setiap mata memandang
*ayat kau bajet kan ?

TAPI, setiap kali usaha saya seperti membuahkan hasil,
kemudian minda saya akan berlegar-legar caption 
"hodoh lah ! serabut ni ? kau ingat cantik ?"

ala !!!! siapa boleh edit kan ni ??
saya bayar. tapi tunggu awal bulan. haha 

p/s : kalini no entry tentang ape saya buat,
sebab saya hanya edit template dan delete. tu je saya buat.


truly love u,
FatinFashiekin



Monday, January 16, 2012

REAL LIFE | REALITI KEHIDUPAN


If Wealth Was The Secret Of Happiness,
 Then The Rich Would Be Dancing In The Streets.
 But The Poor Kids Do That...

If Power Could Give Security,
 Then Officials Would Walk Without Bodyguards.
 But Those Who Live Simply
 Sleep Peacefully...

If Beauty And Fame Could Bring Ideal Relationships
 Then The Celebrities Would Have The Best Marriages.
 But Its Not So...

Therefore.. 
LIVE SIMPLY, WALK HUMBLY, 
LOVE DEEPLY And ENJOY GOOD HEALTH.

FatinFashiekin

GEMERSIK KALBU (OBSESIKU)

Lirik lagu : AQASHA-OBSESIKU

Mata mu
Bibir mu
Pipi mu dan Juga Senyum mu
Membuat aku lebur hanyut di dalam Ghairah kernamu..

Tubuh mu
Harum mu
Hati mu Oh Semua Aku Mahu,  

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara disetiap Pagi hari mu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga Kau Tahu
Ku Gilakan mu,

Aura mu memujuk rayu hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu

--------------------------------------------------------

Oh ! Jatuh cinta dengan kesantaian lagu ini. Relax, santai, manja, mengoda, nakal, lembut, romantik dan charming !! 

Bila dengar je terus bbm incik lalan :
"Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu, Luahkan Perasaanku, Membisikan Aku Cinta Kamu, 
Asmara disetiap Pagi hari mu,
Dengan harapan agar kau tahu, 
Semoga Kau Tahu
KU GILA KAN MU"

Then dia balas :
"Tak malu ea nak gigit2 telinga orang ??"

Me :
(-_-") 

Drama GEMERSIK KALBU di TV3 pada pukul 7malam tu sebenarnya adaptasi dari novel dan saya ada novel tu ! So ending story semua dah tahu. 

Dulu, LAGENDA BUDAK SETAN then STANZA CINTA then KASIH YANG SUCI then OMBAK RINDU then GEMERSIK KALBU. Rasa sangat berbangga kerana semua novel tu saya ada, bila orang lain sibuk ke stationery mencari novel2 tersebut, saya tersenyum riak dan berkata dalam hati "dah tahu dah endingnye~" hehe ;p

With love,
FatinFashiekin

Saturday, January 14, 2012

SEDETIK


Assalamualaikum

Harini terbangun dengan sendiri tanpa dikejut kerana kejutan diri sendiri setelah dilatih mengunci didalam hati. So sangat bersemangat ! 

K fine, ada cerita spontan nk share ni, 3 am, saya terjaga dan dalam terpisat pisat mata kemudian ternampak makhluk sedang duduk termenung dibirai katil. Hah ! Serius terkejut ! Rupanya danny, bila saya tegur kemudian dia terus baring dan pejam mata (sambung tidur) huh ! Ngeri okeh. Dah lah saya asyik terbayang cerita Santau Merasuk. Fuh ! Actually danny ni memang begitu lah gaya mengigaunya, tapi kalau dah sampai tahap termenung sorang2 kemudian pejam mata tidur. Tu menyeramkan. Bila pagi2 saya sound dia tak ingat apa2 (-_-")

---------------------------------------------------------

Rutin weekend :

6am : bangun pagi, pisat2 mata then merelaxkan mata sebelum mengejutkan mata yang lain (daniel)

7am : dah wangi, umpama model iklan gigi darlie, kesegaran terasa ! capai baju yang comel lotey dan bersiap ke madrasah aza.

8am : sampai dpondk guard, macam biasa, guard selalu tak ada, 8jam bkerja tapi 8minit je dia ada. Haish. So layan diri, tulis nama sendiri seumpama saya ni bini guard yang tahu mana disimpan segala fail. Ahaha ;D

8.15am : tiba di aspuri (asrama putri) dan dari tingkat 1 saya merenung ketingkat 3 sebab asrama aza ditingkat 3 dan aza seumpama dapat menghidu bau kakaknya, saya baru dongak, dia dah muncul dengan beg yang besar2 *padahl tiap mgu blik (-_-")

9am : let's breakfast ! Lontong dan kopi tarik. Hah, tapi lontong tak sedap, tukar oder kepada nasi lemak+ayam drumstick. Even tak sedap dua2 habis.
Licin ! 

9.30am : bazar bukit gambir ! Mencari siput sedut. Dah lame giler tak makan siput sedut. Ok cari siput sedut, batang keladi, bawang putih, serai dan santan kelapa. Kemudian ada pula brader jual kebab, fine, tak tahan, perut meronta teringin, so kebab 2 untuk saya !

10am : sampai rumah dan call incik lalan, harini incik lalan pergi memancing so tanya bila dia balik dari Pulau Besar, dia kata maybe pukul 3ptg, so, ok ! Blh nak masakkan dia. TAPI ayam tak ada, aduh lupa beli. Tpaksa pk kan alternatif.

10.05am : pandang luar rumah semua kereta tak ada, abah hantar pi carwash, jiran saya ada buat carwash. Semangat punya pasal, kereta semua dihantar kesana.

10.07am : tenung skuter nouvo yang dah hampir bertahun tak disentuh, start skuter tu dan rasa seperti nasha aziz zaman muda2 ;p

10.15 : sampai Pasar Pagoh, 

10.30 : rumah ! Abah tengah menyiang siput, mama sedang menyiang batang keladi, awal sedang bermain dengan kereta dia, danny sedag memandag aneh kearah abah, aza sedang memunggah barangan yang baru dibeli. Saya ???? Memerhati dan mengingati tingkah laku mereka. Hehe

11am : buka blackberry dan menaip, after this nak memasak, makan dan petang nanti nak hantar lauk pada jantung hati *ok tu motif nak jumpa dia ;p

With love,
FatinFashiekin

Thursday, January 12, 2012

MY GUY


To him :)





with love,
FatinFashiekin

HIMPUNAN CERITA JANUARI

Assalamualaikum

Hai guys ! maaflah dah lama tak menaip.
sebenarnya banyak benda saya nak story tapi bila saya taip saya delete balik.
kt hp pun penuh dengan folder yg saya save,
konon nak taip dulu then baru publish but then sure saya delete balik.
nak tulis blogg ni pun kena lah ada feeling tau,
serius ok, bila ada feel jari ni asyik nak hentam keyboard je,
cube kalau tak de mood, sure tekan then delete then ulang perkara yg sama.
sampai kan menjerit "arghh ! tk tahu nak tulis ape !!"
over kan ?? saya pun tak tahu kenape 
*sambil buat muka comel yang sangat menganjing ;p
ok jom sambung.


Hows bout ur life ?
kalau me, macam biasa lah, kerja kerja kerja.
bak kata omputeh workaholic
kenalah rajin. nak cari rezeki. nak menyimpan. nak berjimat.
tu azam 2012 saya kan ??
permulaan 2012 ni berjaya lah mengekalkankan momentum 
Penjimatan yang berganda huhu

 1)tak da lagi bersantai di cafe. no cappucino. no blackpapper chicken chop. 
no white coffee. no plum sweet potato.
2)weekend pula, kalau gian nak hangout, just tengk wayang,
so hanya habiskan RM20.00 sangat berbaloi daripada duk
belek2 baju di shopping complex.
3)kalau dating dengan incik lalan, bila dia ajak kelua je,
kebiasaan kami plan jumpa pukul 12tgahari,
datang dekat dia je memang beserta bakul makanan dn saya akan kata
"tk payah makan kedai, kite dah masakkan utk kamu"
so makan2 kat tasik kbiasaan kat taman seribu bunga, tgk2 org memancing,
dan saya memang suka kalau dia puji-puji masakan saya
dan saya akan masakkan dia masakan johor jawa ;p
nasib awop ler ye. hehe
4)kurangkan makan malam di kedai, sebelum ni sure adik mok 
(peniaga depan farmasi)akan take oder datang farmasi, 
sekarang saya no more makan malam. bertahan !
makan kat rumah masakan mama lagi best ! hehe
5)saya juga merupakan pengguna tegar contactlens, sebulan sure sekali
dan sekaranggg, tak mau dah, kalau beli pn kena jaga elok2
dan tak da mengada nak beli warna warni macam last year
p/s : saya bukan kedekut. tapi saya sedang study cara untuk mengawal
nafsu pembaziran saya nih. saya boleh ! :)

cerita selanjutnya,
u all tahu kan i lost my personal assistance,
my lil girl (aza) dah masuk asrama,
last week dia balik rumah dan maat dia serupa panda.
serius saya gelak teruk dan tanya dia "kenapa mata ? bengkak teruk??"
sambil gelak teruk, dia kata "nangis ler~" huhu
ala, ada snap gambr dia, tapi dia kata
"jangannn, malu lahh mata bengkak"


masa ni dengan family,
ajak aza keluar makan sebab dia dah lama tk keluar kemana-mana,
actualy my mom and dad masukkan dia ke madrasah, tk jauh pn,
tapi tak pernah berenggang kata kan. tu yg menangis je dia.
this saturday pun dia dapat outing,
pun minta saya jemput balik so pkl 7 pagi jmput dia, 
5pm htr balik asrama semula lh.
tapi i think sangat bagus masukkan aza dalam madrasah tau
dan banyak ibu bapa pun da terbuka minda utk htr anak mereke ke pusat pembelajaran macam tu.
sebab kalau kite tgk surrounding sekarg, ustaz ustazah pun dah semakin menonjol,
bukan tu je, dari segi ilmu ttg islam lebih ditekankan
tmbahan family zaman sekarang semua busy kan ? abah ada pesan juga
"abah tk harap anak abah kaya raya, 
abah tak harap anak abah bijak pandai, cukup sederhana dan tahu ilmu agama"
ok. ok. ye, jangan pandang sinis pada saye, ye saya selalu lewatkan solat.
okey. okey. huhu ;p

then, terima kasih untuk sweet flower ni ;)


 hah ! jangan buat fitnah,
bukan incik lalan yang bagi okeh,
my aunty., tq ye, minta main2 dapat pula,
balik je kerja tgk mama letakkan dalam pasu beserta air.
romantik gituh :)

then,


sekarang, aza dah tak da kat rumah,
so setiap kali balik kerja wajib check homework daniel
kemudian memaksa daniel membaca,
uh sangat tabik pada guru-guru okey.
dan yang paling fade up bila mengajar dia membaca
contoh : MEMANCING
so nanti saya akan suruh dia eja mengikut suku kata
M.E=ME. M.A.N=MAN. C.I.N.G=CING
M.E.M.A.N.C.I.N.G
tapi si daniel ni baca tahu tapi mengeja bunyinya pelik 
M.E=MEY so MEYMANCING (-_-")
so kalau BEBOLA dia bunyikan BEYBOLA
BE=BEY. ME=MEY. SE=SEY
aduhh. penat ulang2 explain tau. *stress.
sure blood pressure akuh tinggi tiap malam. huhu

then,


wishes for our relationship,
macam-macam dan panjang lebar keterangan saya disini,
dan semoga Allah memurahkan Rezeki kami
serta merestui hubungan kami dalam membina masa depan


*gambar diatas sangat bermakna
dia merangka, saya mengkritik *lagak Cikgu BM
pagi tadi dia dah htr pada Dr Nahariah.
dan Dr Nahariah kata perkara tu akan dibawa ke dalam meeting.
Ya Latiff. Ya Latiff. 

Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan

with love,
FatinFashiekin


Monday, January 9, 2012

SEPUCUK EMAIL UNTUK DIA

Kerana EMAIL


To Ahmad Faizal Sulaiman

I’m writing this letter to tell you goodbye. I will never admit to writing this, much less ever give it to you, but this is something I need to do for myself.I’m letting go. I’m letting go of everything I thought that we would become. I’m letting go of thinking of you every single day, more than once. I’m letting go of secretly hoping that we will one day end up together. I’m letting go of waiting. I have realized once and for all that I am not meant to be with you. You know how much I cared about you, so I will not go into that in this letter. I have told you how I feel about you for years. I allowed you into the deepest part of my heart. I allowed you to know me better than I knew myself, and for that I am extremely regretful. I have learned that no girl should ever open up as far as I opened up to you. Nothing is forever, and there is no reason to be so vulnerable. I gave you parts of myslf... I put you above myself…after all, everyone says it’s better to have loved and lost than never to have loved at all. I’m not so sure though, because you hurt me in a way that I didn’t know was possible. I loved you with every single part of me. I firmly believe that everything happens for a reason. I want you to know I think you are an amazing person. I don’t blame you for the way you hurt me. I recognize that was not your intention. I know you will do great things in life, and you deserve every inch of it. I need to tell you goodbye. I have learned that the way I care about you is much deeper than your present feelings for me, and I can’t truly move on until I cut you out of my life completely. I hope you don’t take this the wrong way. This is something I have to do for me, in order to love myself again. Thank you for everything you have taught me. Bye

Truly Me,
FatinFashiekin

_________________________________________

Hah ! Confirm u all pk saya clash dengan incik lalan kan ? Jangan senyum berpuas hati lah ye.

No laa,
actually check2 email then terjumpa pula email konon-konon nak minta putus, konon-konon merajuk, konon-konon nak tunjuk terer omputih, konon-konon nak kata ucapan terakhir, konon-konon tak ada perempuan lain lagi better dari akuh, konon-konon pasrah, konon-konon nak mulekan hidup baru ;p

TAPI,

Tak sampai 10 minit kot, gelak2 balik. Dan sekarang saya rasa ayat kat atas ni cukup koman bab kata incik lalan, atau dalam bahasa senag difahami ialah poyo (-_-")

Setiap hubungan sure ade dugaan kan ? But now, I'm smile. Hey ! don't worry, ada jodoh tak kemana dan Allah kan ada just raise ur hand and Pray :)

With love,
FatinFashiekin

Sunday, January 8, 2012

INSYAALLAH

Assalamualaikum

Istimewa to MY GIRLFRIEND yang dilanda kemurungan, kesedihan, dan stress. Sayang baca carefully ok .

Kesedihan hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.

Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh setiap orang *termasuk saya.


NOTED :
(Saya nak awak amalkan)

Semasa kesedihan :
Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Setelah hati kembali tenang :
Disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

__________________________________________

Sayang, u kena selalu ingat, ada yang lebih susah dari kite. Ye apa yang u rasa dan lalui tu sakit rasanya. Allah sedang menduga u, terima dengan Redha, masih ramai yang sayangkan u. I ada dekat dengan u Dunia Akhirat, doa i selalu ada untuk u. Kuatkn hati !! Ingat, bila sedih dan tak tahan untuk menangis, ambil wudhu', mgadu pada Allah. Rajinkan mulut baca “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..” Sebab I pn amalkan kalau tgah sedih atau panik. 

Please, kesat air mata tu, I risaukan u *kucup didahi

INSYAALLAH-MAHER ZAIN :
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

InsyaAllah
InsyaAllah you'll find your way

Everytime you make one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
You're so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah
Insya Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way 


Ur BestFriend Dunia Akhirat,
FatinFashiekin

Saturday, January 7, 2012

ABOUT 2012

Assalamualaikum

Seminggu sudah kita semua melewati 2012. Bila pandang kepada diri dan sekeliling macam-macam dah berubah, tahun 2011 dan 2012, then tersenyum, oh masa cepat betul berlalu. 

Buka balik diari lama dan tergelak sendiri, betapa poyo nye mengenang ape yang pernah dilakukan dahulu dan melihat apa yang ada sekarang. Gambar-gambar lama, then terus terfikir "euh, akuh kah ni ??" Sambil buat muka begini (-_-") 

Dulu uniform farmasi warna oren tau sebab company Pharmaton sponser bagi kepada staff, then dulu famouse tudung bunga-bunga, I think namanya TUDUNG ROSALINDA kot, so baju OREN, tudung HIJAU ! Blh imagine x ? Seluar HITAM ? Dapat imagine tak ? Hehe. *tapi akuh tetap berbangga dan rasa akuh kiut waktu tu. Hheehe. Then masa berlalu, bila pandg balik gambar saya, kak Ain dan Kak Ani. Baru lah perasan keperasanan kami dulu. Apa agak nya org pk tgk pakaian kami yang bewarna warni.
Nasib sekarang baju dah npk profesionel. Even org asyik pikir kami ni KASTAM (-_-") so pi kedai vcd cetak rompak. Kelam kabut owner kedai tu (-_-")

Macam-macam tempat dah pergi masa 2011. Everyweekend tu sure tak ada kat rumah lah, memang menantikan ahad for dating, tak pun even tak dating, sure ajak mama dengan abah keluar punye. Haish, so 2012 insyaAllah nak slow kan tapak kaki ni. Dah besar kot, so tk payah sana sini, anak dara duk rumah diam2, pakar kan jari jemari dengan masakkan, ni tak, always tertanya "eh ! Kdai makan mana best ? Try jom ??.." 

Mengenai kehidupan pun ada up's and down, tapi Allhamdulillah, hey saya masih disini. Betul kan, masa merubah segalanya, try u all fikirkan, setiap kali kita ada masalah kita akan menangis, rasa hidup ni akan berakhir, then nak tempuh hari esok pun rasa frust. Tapi, tanpe kite sedar, kite melalui hari esok dan kite berjaya harungi masalah tu. Kalau nk fikir pasal masalah memang tak habislah kan. Tp Trime kasih to my twin (kak Ain) sebab selalu ade bile saye menangis dan stress ! Hey, saya sayang kamu ! Kotak hati saya ada pd kak Ain, so kalau saya punya umur tak panjang, kak Ain tahu segala dalam hati saya dan semoga dia blh sampaikan pada insan2 yg saya sayang :)

About him, bosan bercerita hal dia lah, asyik2 dia je kot, u all tahu kot ?? Kami ? Selalu bertengkar, selalu ketawa, selalu buat lawak tanpa motif. Kawin ? Nanti, kami punya plan ni berbagai bagai tau, untuk masa depan bersama, eh doakan lah terbaik untuk kami ye, Andai dia jodoh saya, semoga Allah merestui hubungan kami. Tapi andai dia bukan jodoh saya, Duhai Jodoh ! Datang lah jumpa saya cepat2 ! Nak kahwin ni ! Untung sapa dapat saya tau ! Haha ;p


Fine, about 2012.
Something about future sedang dirancangkan dan sedang dijalankan, semoga di luluskan dan semoga dapat dijayakan. Seriously kalau that thing diluluskan akan merubah 2012 kepada rutin baru dan selepasnya. 

Tetapi,
kadang2 saya terfikir, 
semoga tak diluluskan sebab saya takut memikirkan apa yang akan berlaku. saya rasa puas dengan apa yang saya ada sekarang. Saya rasa cukup dengan apa yang saya ada sekarang. dan saya rasa segalanya sempurna sekarang. 

Tetapi saya faham, satu langkah diperlukan untuk sebuah impian.

Kite merancang, Allah tentukan,
Segala keputusan hanya ditentukan oleh Allah bukan kita. Oleh itu, saya redha, andai diluluskan itu adalah rezeki, andai tidak diluluskan itu adalah petunjuk. 

Apapun yang telah ditentukan saya terima dengan hati terbuka :)

With love,
FatinFashiekin

Wednesday, January 4, 2012

A THOUSAND YEARS


"heart beats fast colour and promises
How to be brave
How can i love when
i'm afraid to fall but watching you stand alone
All my doubt suddenly goes away somehow

ONE STEP CLOSER

I have died everyday waiting for you
Darling dont be afraid i have loved you
for a thousand years
i will love you for a Thousand more

Time stands still beauty
I know she is
I will brave I will not let anything take away
what standing in front of me
Every Breath, Every hour has come to this

ONE STEP CLOSER
 
 I have died everyday waiting for you
Darling dont be afraid i have loved you
for a t housand years
i will love you for a thousand more

And all along i believed i would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I will loved you for a thousand more

ONE STEP CLOSER
ONE STEP CLOSER

I have died everyday waiting for you
Darling dont be afraid i have loved you
for a thousand years
i will loved you for a thousand more

And all along i believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I WILL LOVE YOU FOR A THOUSAND MORE"


Very lovely song ! seriously,
kak Alai (my boss) yang tunjuk lagu ni pada saya,
bila dengar lirik dia rasa tersentap dan menusuk.
dan saya akan buat muka macamni
 
 
menghayati gituh ;p
dan bila dengar lagu n saya bayangkan,
dan minda saya terus gambarkan something yang seperti :

1



2

he's not special for me but he absolutely perfect

3


4
 
 

I WILL LOVE YOU FOR A THOUSAND MORE

with love,
FatinFashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...