FOLLOWER

Thursday, January 12, 2012

HIMPUNAN CERITA JANUARI

Assalamualaikum

Hai guys ! maaflah dah lama tak menaip.
sebenarnya banyak benda saya nak story tapi bila saya taip saya delete balik.
kt hp pun penuh dengan folder yg saya save,
konon nak taip dulu then baru publish but then sure saya delete balik.
nak tulis blogg ni pun kena lah ada feeling tau,
serius ok, bila ada feel jari ni asyik nak hentam keyboard je,
cube kalau tak de mood, sure tekan then delete then ulang perkara yg sama.
sampai kan menjerit "arghh ! tk tahu nak tulis ape !!"
over kan ?? saya pun tak tahu kenape 
*sambil buat muka comel yang sangat menganjing ;p
ok jom sambung.


Hows bout ur life ?
kalau me, macam biasa lah, kerja kerja kerja.
bak kata omputeh workaholic
kenalah rajin. nak cari rezeki. nak menyimpan. nak berjimat.
tu azam 2012 saya kan ??
permulaan 2012 ni berjaya lah mengekalkankan momentum 
Penjimatan yang berganda huhu

 1)tak da lagi bersantai di cafe. no cappucino. no blackpapper chicken chop. 
no white coffee. no plum sweet potato.
2)weekend pula, kalau gian nak hangout, just tengk wayang,
so hanya habiskan RM20.00 sangat berbaloi daripada duk
belek2 baju di shopping complex.
3)kalau dating dengan incik lalan, bila dia ajak kelua je,
kebiasaan kami plan jumpa pukul 12tgahari,
datang dekat dia je memang beserta bakul makanan dn saya akan kata
"tk payah makan kedai, kite dah masakkan utk kamu"
so makan2 kat tasik kbiasaan kat taman seribu bunga, tgk2 org memancing,
dan saya memang suka kalau dia puji-puji masakan saya
dan saya akan masakkan dia masakan johor jawa ;p
nasib awop ler ye. hehe
4)kurangkan makan malam di kedai, sebelum ni sure adik mok 
(peniaga depan farmasi)akan take oder datang farmasi, 
sekarang saya no more makan malam. bertahan !
makan kat rumah masakan mama lagi best ! hehe
5)saya juga merupakan pengguna tegar contactlens, sebulan sure sekali
dan sekaranggg, tak mau dah, kalau beli pn kena jaga elok2
dan tak da mengada nak beli warna warni macam last year
p/s : saya bukan kedekut. tapi saya sedang study cara untuk mengawal
nafsu pembaziran saya nih. saya boleh ! :)

cerita selanjutnya,
u all tahu kan i lost my personal assistance,
my lil girl (aza) dah masuk asrama,
last week dia balik rumah dan maat dia serupa panda.
serius saya gelak teruk dan tanya dia "kenapa mata ? bengkak teruk??"
sambil gelak teruk, dia kata "nangis ler~" huhu
ala, ada snap gambr dia, tapi dia kata
"jangannn, malu lahh mata bengkak"


masa ni dengan family,
ajak aza keluar makan sebab dia dah lama tk keluar kemana-mana,
actualy my mom and dad masukkan dia ke madrasah, tk jauh pn,
tapi tak pernah berenggang kata kan. tu yg menangis je dia.
this saturday pun dia dapat outing,
pun minta saya jemput balik so pkl 7 pagi jmput dia, 
5pm htr balik asrama semula lh.
tapi i think sangat bagus masukkan aza dalam madrasah tau
dan banyak ibu bapa pun da terbuka minda utk htr anak mereke ke pusat pembelajaran macam tu.
sebab kalau kite tgk surrounding sekarg, ustaz ustazah pun dah semakin menonjol,
bukan tu je, dari segi ilmu ttg islam lebih ditekankan
tmbahan family zaman sekarang semua busy kan ? abah ada pesan juga
"abah tk harap anak abah kaya raya, 
abah tak harap anak abah bijak pandai, cukup sederhana dan tahu ilmu agama"
ok. ok. ye, jangan pandang sinis pada saye, ye saya selalu lewatkan solat.
okey. okey. huhu ;p

then, terima kasih untuk sweet flower ni ;)


 hah ! jangan buat fitnah,
bukan incik lalan yang bagi okeh,
my aunty., tq ye, minta main2 dapat pula,
balik je kerja tgk mama letakkan dalam pasu beserta air.
romantik gituh :)

then,


sekarang, aza dah tak da kat rumah,
so setiap kali balik kerja wajib check homework daniel
kemudian memaksa daniel membaca,
uh sangat tabik pada guru-guru okey.
dan yang paling fade up bila mengajar dia membaca
contoh : MEMANCING
so nanti saya akan suruh dia eja mengikut suku kata
M.E=ME. M.A.N=MAN. C.I.N.G=CING
M.E.M.A.N.C.I.N.G
tapi si daniel ni baca tahu tapi mengeja bunyinya pelik 
M.E=MEY so MEYMANCING (-_-")
so kalau BEBOLA dia bunyikan BEYBOLA
BE=BEY. ME=MEY. SE=SEY
aduhh. penat ulang2 explain tau. *stress.
sure blood pressure akuh tinggi tiap malam. huhu

then,


wishes for our relationship,
macam-macam dan panjang lebar keterangan saya disini,
dan semoga Allah memurahkan Rezeki kami
serta merestui hubungan kami dalam membina masa depan


*gambar diatas sangat bermakna
dia merangka, saya mengkritik *lagak Cikgu BM
pagi tadi dia dah htr pada Dr Nahariah.
dan Dr Nahariah kata perkara tu akan dibawa ke dalam meeting.
Ya Latiff. Ya Latiff. 

Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan

with love,
FatinFashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...