FOLLOWER

Wednesday, February 27, 2013

JADUAL YANG PENUH

Salam,

Dah lama tak jenguk blog,
Balik dari KL ahad lepas saya terus senyap tanpa jejak

Busy,
Kakani dh pergi umrah,
Tinggallah saya mengantikan beliau.
Best nya muda2 dapat pergi ke rumah Allah kn ?
InsyaAllah ada rezeki kita nanti :)

Seetiap malam sebelum tidur sure akn catit dn reminderkn
Dalam phone ape tugas kkani yg ptt saya
Tolong dalam menggantikn dia

1) settle kan sales
2) pastikan ofis tak macam kapal kram haha
3) stok ubat2 settle dipacking
-eusol packingkan
-obimin packingkn
4) pastikan sudut dispensing selesa dn kemas
5) zipper bg / plastik bg dn smua brg di tpup
6) kaunter utk custmer dapat kn sesi penerngan
Pn dipastikan tak ada calit2 pen atau meja kotor2
7)kemaskan 1 farmasi
8) kemas kini report poison
9) buat oder otc dn poison utk di fax ke HQ
10) senyum meleret2 dn maniskn wajh supaya csstmer jtuh hati,
Dri sakit jd sihat lepastu nnti datang lagi hehe
11) cek buku custmer oder
12) ambil tester perfume dn semburkn ke 1 farmasi supaya
Mnimbulkn aura ketenangan dn bunga bungaan hahahahzhh

Mmg simplekn,
Tapi pkre mudh lh sy sllu lupa
Lg2 bila khayal bborak dgn cstmer

Ha kawan2
Bb saya pada incik lalan
Dn saya bukn lh pngguna bb lg kerana sy tlh
Beralih rah kpd smsung

Huh sgt melemahkan tgkuk
Bjm study cara penggunan samsg tp still x faham
Ylh bfore this kn bb ber keypad
Then samsg ? Touchh?
Bukn sng nk ok
Jari sy ni kasarr

Ahad lps jmpa kakak (nadzirah)
Tgk jari jmri kak senth screen smooth ja
Bila saya ? Hmm malas crita laaa
Huhu

Aapapun Allhamdulillah
Tk pnh tfikir nk tukar samsg
Dn xpnh minatbpn touch tb2 pki pula

Before this guna HTC incik lalan pn bclar balar
And now rosak
Hopefully samsg ni lama lah jgka hayatnnya
Hhahhah

With love,
Fatinfashiekin

Saturday, February 23, 2013

ATARIKOI, WE CAME AGAIN !

Menemankan dia mencari stok makanan ikan yang kehabisan,

Tengk2 ikan yang super besar dan gemuk sama dengan saiz peha saya yang bunting keladi ni. Eh ! Keladi ? Haha.

Wonderful weekend
:)

Allhamdulillah


*saya guna phone incik lalan,
So last mmg ada signature "Ahmad Faizal"*


With love,
FatinFashiekin


Ahmad Faizal Sulaiman

ENTRY MENUNJUK. JANGAN BACA !!!

Kan dah kata,
Jangan baca ! Jangan tengk !
Hehehe

Pasniii
Barulah boleh actif bblogging semula !
Serunokkkk..

*muka penuh cahaya kebahagiaan*

With love,
FatinFashiekin


Ahmad Faizal Sulaiman

PEPLUM

Apasal tiap kali saya pakai peplum,
Kelihatan sangat LE-MU means gemuk.
Cutting kembang2 tu betul2 kat perut,
Makin kembang diri dirasakan.

Dah lah makin kembang,
Warna pula kuning.

My lil boy awal kata
"MACAM JAGUNG !!!!!!"

(-_-")

Sampai hati !!!

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 22, 2013

ADIK PEREMPUAN SAYA

Assalamualaikum

harini adik yang buat praktikel di farmasi kami
telah menamatkan tempoh praktikelnya disini ;'(
nanti sure rindu,
hari-hari muka dia ada 4 minggu ni, tiba-tiba tak ada


biasanya saya buat apa-apa dia akan kata
"kak ekin, biar kite tolong"
sekaranh tak ada,
buat sendirii. kembali sediakala.
sebelum ni boleh lah blagak sifu,
senior katekan, bajet bagus lah

"fiza, ubat ni ubat selsema,
mengantuk yang ni. tak mengantuk yang ni"

"fiza, dah berapa kes dapat ?"

'"fiza, tu ubat urat, bukan ubat sendi"

"fiza, sehari sekali tau cakap pada custmer tu,
pesan pada cstmer banyakkn minum air kosong,
faktor cuaca buat demam lambat kebah"

lepasni. tak da daah.
so bila tahu harini hari last fiza,
dan dia balik tengahari, terus bergegas mcari hadiah !



dari saya untuk fiza ;)
seronok bila dia kata
"sweet la kak ekin !! sweetnyee !!!!"
saya bab2 macamni memang sangat sweet,
thats y siapa kata saya sombong saya
bulat kan mata. saya sombong ??
buat muka sombong camna ??
kalau malu maybe lah. haha

hopefully, tengk je teddy tu,
fiza akan ingat pd akak farmasi yang pyayang ni.


dan atas ni,
dari fiza untuk saya ;')

KAKAK SAYANG FIZA,
FREE KALAU LALU MACD KE KFC KE,
PIZZA HUT KE, TAPAU LAH APA2 YA,
HANTAR FARMASI,
AKAK SUDI MENERIMANYA.
HEHEHE

I LOVE YOU FIZA
*HUGS*



with love,
FatinFashiekin

Thursday, February 21, 2013

BACA DOA TIDUR ! GOODNIGT :)

Malam ini kita tidur...... adakah pagi esok kita akan terjaga....????? mungkin kita akan terus tidur(mati) dan akan terjaga(bangkit) dan dialam lain.... RENUNG2KAN.........

• Sebelum Tidur Bacalah Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati




• Sesudah Bangun Tidur Bacalah Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit



Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GURAU-GURAU

Tergelak besar dia saya bagi lagu ni. Haha. Tak da lah. Gurau ja ya.
Jangan take serius ye.

Usik mengusik kan pengerat hubungan,
Masam je tak syok !

Hah ! Apa lagi,
Guna lah taktik ni.
Cepat, amik handphone,
Sms ur hubby / boyfren / wfe / girlfren,
Bagi je. Niat bgurau kan.

Saya bjaya bt dia gelak tengah2 malam yang mengantukkan ni.
So, capai phone now,
And try.

Bukan ipad yg bt tsenyum,
Tapi susunan ayat lagu tu.
Simple dan manis.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 20, 2013

TIDAK BERTAJUK

Lamaaa tak update blog aih !
Lamanyaaaaa..

Busy laa,

Maaf la,

Marah tak ?

Rindu tak ?

Hehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 17, 2013

SARANGHAE !

Saranghae !
ape tu sranghae ?
Pi google translate,
Saya pun dapat dari sana.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 16, 2013

PROJEK MEMIKAT SUAMI

Salam,

Dalam setengah hari and now 1.15am tamat juga membaca novel PROJEK MEMIKAT SUAMI karya HANINA ABDULLAH.

Last week kan saya ke bookstore, pada mulanya saya pilih novel lain. Tapi tengah tunggu turn nak buat pembayaran tu, ternampak novel ni. Terus menerpa dan capai novel tu. Cover yang ceria, simple tapi tajuk dia lain dari yang lain. Ye, novel-novel cinta biasanya bertajuk lebih kepada ayat berbunga, tapi novel ni lain.

Masa dalam kereta, kat trafic light, tertoleh buku ni dan terbaca. "Alamak, bukan buku keluaran Alaf21 !!" Saya tak pernah beli novel selain keluaran Alaf21 kalau uall nak tahu. Ombak rindu ? Adam hawa ? Semua keluaran Alaf21.

Bila sampai rumah,
Hati rasa gundah.
Hmm, takut mengecewakan.

BUT, HEI !
Bila dah buka page 1,
Akan melekap dan novel ni tak kan lepas dari pegangan tau.

Masa my mom nampak saya baca PROJEK MEMIKAT SUAMI, mama kata "apa ank dara baca buku macamtu" haha. Sebab mama ingatkan buku ehem-ehem. Ala, ehem-ehem. Then explain pada mama, actually tu novel. Haih, tak da kerja eh kahwin entah bila nak rangka projek memikat suami. Kalau ada buku camtu pun, nak beli buku #projek memikat bakal mak/bapa mertua. Haha.

Ok, berbalik pada novel ni,
Pada yang stress-stress,
Selalu gaduh dengan pasangan,
Gila-gila, happy gd lucky,
Sangat sesuai baca novel ni.
Confirm korang akan senyum herot !

Kepada penggemar novel sebagai terapi stress, WAJIB BELI.
Saya ulang lagi sekali,
WAJIB BELI. Saya ulang kali ke3 ye,
WAJIB BELI :)

Kepada yang dah berkahwin,
Akan buat rasa sayang mendalam dalam pada suami.

Kepada yang single,
Akan buat rasa diri perlu mencari pasangan sempurna seperti "noah",
Pasangan yang boleh mndidik kearah kebaikan.

Kepada yang in love,
Akan buat uall rasa,
Bersemangat jadi sekuat nawwal,
Menempuhi dugaan hidup ssh seng bsama pasangan.

Terima kasih kepada penulis
HANINA ABDULLAH kerana menghasilkan novel semanis ini, dan buat saya jatuh cinta dan ingin mengenali penulisan2u dengan lebih mendalam !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 15, 2013

MAKANAN SEBELUM TIDUR

Bila nak ada anak ?
Everynight boleh bacakan buku untuk my son / my daughter,
sampai mereka tertidur.

*mata keatas*

Bila nak ada suami ?
Boleh minta hubby buatkan satu bilik khas, my own libry dalam rumah. Ala-ala cerita omputeh tu, semua dinding penuh buku. Lepastu dari banyak-banyak buku, ada sebuah buku yang menjadi "kunci" bagi pintu rahsia. Bila tarik buku tu, rak terbuka, kat belakang rak tu ada satu bilik rahsia berhadapan dengan air terjun untuk saya menenangkan fikiran.

Wah ! Wah !

*over kan kau kin ?
Bukan own libry, own rak buku pun blm tentu dapat tau*

HAHAHA

Ok. Gunait.
Muah muah

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 14, 2013

Great 10 Minutes Ab Workouts For Women To Lose Belly Fat Fast | How To G...




my fav !!!
hai sixpack..
please,.. be mine ;)

with love,
FatinFashiekin


51KG YANG DIMAKBULKAN

Salam

Allhamdulillah ! Yess !
Berjaya dengan jayanya.


Masa berat saya 40-45KG before this,
Semua sibuk kata
"Kurus-kurus-kurus"

Then, saya naik kepada 55-57KG,
Semua sibuk kata
"Gemuk-debab-tembam-bulat"



SAYA MENEGASKAN,
SAYA TAK NAK KURUS.


Dan sekarang, saya berjaya dapatkan 51KG dengan jayanya.
Dan saya harap ianya STOP disini.
.Cukup.
Saya tak nak terkurang terlebih.

Saya puashati dengan berat bdan saya,
Sekarang usaha saya untuk menjadikan lemak-lemak ini kepada otot yang pejal dan bukannya lemak yang membuatkan kulit saya berjuntaian terutamanya diperut.

Saya stress pada perut saya,
Tak payah push apa-apa produk pada saya, saya kerja di farmasi. Hampir 5 tahun kerja, tak pernah nampak pun ada cstmer yang berjaya kurus. HAHA.

Sekarang,
Projek tbaru untuk perut !
Wait ! Saya ambil masa 3 bulan untuk dapat kan 51KG.

Kita tengk lagi 3 bulan,
Jadi tak perancangan saya ni.
Untuk mendapatkan perut yang cantik.

;)

Untuk dapatkan 51KG dari 55KG-57KG,
Saya berpandukan music,

Lagu kegemaran : pussycat doll.
Kenapa pussy cat doll ?
Buka youtube, tgk videoklip lagu-lagu mereka. Tengok body mereka.
Tengk cara dieorang menari.
Dah lah body mengiurkan, tough pula tu, lemah gemalai pula tu.
Sangat tercabar !!

So, saya cuma
*Skipping.
*Sittup.
*Bumping.
Tanpa henti dan disiplin slma 3 bulan.


Saya buat tu je 3 Bulan berturut.
Saya berjaya dapat kan berat badan saya nak. Bagi uall yang tak pernah try turunkan berat badan, pasti akan merasa "ala, setakat berapa kilo je"

Tanya pada mereka yang diet.
2kilo dah cukup membanggakan tau.
Hari-hari saya timbang berat badan saya, even 1 kilo pun rahmat. Haha.

Ok. semoga plan terbaru saya menjadi.
Comeon fatin !

Megan fox blh buat tak kan awak tk blh,
Ups, megan fox ?!
Hahaha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 13, 2013

KERANA BBM PUTUS SAHABAT

Salam

BBM telah dengan jayanya membuatkan encik kawan (kawan laki) saya terasa hati. Dan mengeluarkan statement di twitter menyatakan ketidakpuasan hati atas sebab hilangnya dia dari senarai kawan BBM saya, even telah saya nyatakan dan jelaskan sebab-sebabnya.


Its awkward okey
*kerut kening*

Encik kawan saya update tweet. Saya pun duk komen lah sambil gelak-gelak. Bagi pendapat. Kawan-kawan kan. But, Bila baca status seterusnya. La, rupanya dia perli saya. Laa.. status yang saya komen tu untuk saya la.. (-_-) "lembab betul awak ni fatin"

Dush
*tepuk kepala sendiri*


Tak ada BBM, whatsapp kan boleh ? Sama je. Saya tak kan approve ssuka hati contact bagi BBM saya. Bukan awak seorang. Sebab status di BBM saya mengalahkan twitter. Dikhuatiri memualkan. Mengelikan dan menjelikkan

Sebagai kawan perempuan, saya rasa segan dan malu pula. BBM saya ada 3 je contact (incik lalan, my aunty dan adik incik lalan) Ala, wahida dengan my aunty okey. Tapi untuk umum segan. Even kawan sendiri.

Dan saya dah explain pada awak kan ?
Oh mgkin ! awak terasa hati. Dan berfikir bahawa saya ni memilih kawan ? Senang melupakan kawan ?

Tak.
*geleng kapla. Eh kepala*


Contoh status BBM ( contoh ok) :
"Anjew, BBM pong tark balas !! Alarh !! Benciw ! Benciw ! Benciw ! Majuk ah itew camniey. Penat taw tunggu anjew bawlas BBM itew"


Memualkan kan ?
Menjelikkan kan ?

Haaaaaaa,
Tu lah namanya "privasi" hehe
Dan I need privacy.

Kt FB saya dengan incik lalan tak saling bertegur sapa, sebb dia da tua tak reti FB. Kt twitter pun dia x reti balas apa, cuma reti baca sbb email akan update bila saya tegur dia. Dan laman btegur sapa kami cuma BBM. Perli dia kt status. Dia reply. Malu untuk saya pamerkan pada kalian.


Saya minta maaf,
Saya harap hilang marah awak pada saya.
Saya mgaku salah sebab memang nampak bakhil gila lah kan, pinn BBM pun kedekut. Ye tak ? Hehe

Ok. Jgn marah-marah nanti cepat tua.
HAHA.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 12, 2013

KERETA IDAMAN BMW X6

BMW X6 adalah kereta yang sangat saya idam-idam kan ! Sangat ranggi, sexy, mengiurkan dan lasak !

Nak satu ! Nak satu !

Tadi saya tanya incik lalan,
Bila nak belikan saya BMW X6 ?
Dia kata kalau dia jutawan pn x mungkin dia akan belikan untuk saya (-_-)

Saya kata lagi :
"Saya selalu doakan Allah murahkan rezeki awak atau pun saya, saya percaya pada rezeki Allah. InsyaAllah suatu hari nanti dimurahkan rezeki kita"

Dia kata :
"Amin, doa-doakan lah ye.. InsyaAllah"

Saya kata lagi :
"Suatu hari nanti, kita dh jadi suami isteri.. saya sambut awak balik kerja. Saya buka pintu, salam dan cium tangan awak, capai briefcase awak. Kemudian awak senyum pada saya dan kata
"abang ada surprise untuk sayang"

kemudian awak ambil tangan saya, pimpin tangan saya, awak suruh saya pejam mata. Awak bawa saya ke garaj rumah kita dan awak bisik pada saya
"Dulu masa kita belum jutawan macam sekarang, sayang pernah kata, sayang doa minta abang murah rezeki. Dan sayang pnh kata, saya nak kan BMW X6, dan selalu berangan memiliki X6.. atas segala kasih sayang, perhatian, kesetiaan dn kesanggupan susah senang bersama disisi, abang hadiahkan BMW X6 ni untuk sayang" dan awak pun suruh saya buka mata, dan didepan mata saya ada sebiji BMW X6 bewarna merah pojaan hati saya !"

WAHHHHHH !!!!
NAK SAAATUUUUUUUUUUU !!!
NAKKKK !!!!

Incik lalan :
Penglipur lara betul lah dia ni !! Kuat berangan ! Jangan harap !!! Hahahah


(-_-)

Eleh, tak salah pn berangan.
Kata FatiNOVELA. Kan ? Kan ?

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 11, 2013

SAYA SAHUT CABARAN

Incik lalan telah mencabar saya,
Saya sahut cabaran ni !
Comeon !

Switch on music,
Let's start from now :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 10, 2013

KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU

Aktiviti bersama family !
Sangat seronok.
Adik-adik lagi lah seronok.

Saya ? Menyiap kan bara api.
Abah ? Memanggang.
Mama ? Sediakan kuah.
Adik-adik ? Menyibuk..
Haha



CARA-CARA MEMBUAT KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU PALING SIMPLE !

Bahan-Bahan Resepi Kepak Ayam Madu
20 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih
3 sb madu
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
1 st serbuk lada sulah
Minyak untuk memanggang

Cara Membuat Resepi Kepak Ayam Madu
1. Rebuskan kepak ayam terlebih dahulu (bagi mengelakkan, dalam tidak masak. Tapi jgn rebus terlalu lama)
2. Gaulkan ayam dgn semu bahan sehingga sebati dan perap semalaman dalam peti sejuk.
3. Panggang kepak ayam di atas bara api.
3. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak
4. Panggang biar sekata (pusing2)
5. Angkat dan hidang

Sedap ! Kuah saya gunakan sambal kacang. Memang berbaloi :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OUR SUNDAY #CHINESENEWYEAR

*Today the last day*
Pergi mana-mana semua sale,
70% !! Hebat-Hebat.

So kami dah setuju,
Sebulan sekali dibenarkan shopping,
For febuari, kami memilih harini lah.
Dan kebetulan sale new year still ada,
Saya ? Lebih kepada barangan dapur,

Nampak pusat fittness,
Berkobar-kobar dia.
Sebab konon nak naikkan muscle, ceh !!
Skg berat badan dia naik 5kg,
Suka betul dia. Dan konon nak pejalkan muscle yang ada, especially lengan. Ceh !! Tapi ok lah masuk fittness centre ni, surf memang terbaik ! Body awek2 dalam fittness centre ni pn, peh, even india, tapi india cantik dn solid. Blh bygkan x ? *bipasha bashu* haha

Dan paling best ! Jalan clear !
Tak jammed !
Seronok :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 9, 2013

ALLAHYARHAM SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tak ada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

 http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html




Friday, February 8, 2013

LIKE ALWAYS

Temankan mama shopping-shopping,
Baju-baju-baju.

Dan dengar orang kata :
"Hah ! Anak ! Mcm sebaya !"

Me ? Mcm sebaya ? Dengan mama ?
Ehh !!!!!!!

Main kasar. Hahahahah

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOLD & TRUST

Good things
come to those
who wait ..

:')

I hold and I trust !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 7, 2013

KERJA GELAP

Biasa kongsi gelap kan ?
Ni kerja gelap.

Berpeluh-peluhhhh,
Gelap gulita,
Dari 11pagi sampai 5 petang.


Ha, nak citer.
Uall kalau jadi pelanggan,
Jangan gelabah lah. Cool.

Saya naik hairan,
Bila berdepan dengan custmer yang mengelabah semacam tanpa disebut apa-apa.

Contoh 1 :

Pelanggan lelaki : kak, nak pregnancy test, ni kakak suruh beli. Kakak kata farmasi ada jual, dia suruh saya belikan. Lagipun dia tak ada motor nak kesini. Saya lah belikan untuk kakak saya. Kakak saya anak dia pun yang ke 3. Dia pernah beli sebab tu dia suruh saya beli kat sini

Saya : **senyum dan angguk, tak tanye pun** -dalam hati

Pelanggan lelaki : macammana cara gunanya kak ? Kakak saya tak rti

Saya : **eh !! Td kata ank da 3 dn penh beli** -tp dalam hati je lah hahahh

Contoh 2 :

Pelanggan : adik saya kena kurap kat kelengkang dia. Teruk kak. Dia malu nak datang sini. Dia paksa saya belikan.

Saya : **terangkan cara pemakanan**
Lepastu pesan "cakap dengan adik awak jangan pakai seluar dalam lembab ye, fungus suka kawasan lembab dan pastikan tak terlalu ketat"

Pelanggan : tapi adik saya tak pakai seluar dalam kak, kenapa makin banyak ?

Saya : **buat muka duapuloh sen. Baik bebenar si abang cek adik pakai slua dalam ke tak, nampak bebenau diri sendiri kena tapi malu nak ngaku**

Pelanggan 3 :

Pelanggan lelaki : **ambil kondom**

Saya : **tax harga macam biasa sambil buat muka tigapulohsen**

Pelanggan lelaki : terpaksa beli ni, wife still student. Faham lah student ni. Kami bukan tak nak anak. Tapi bia lah bagi wife habis belajar. Kesian pada dia, kalau pregnent nanti susah pula memboyot. So terpaksa beli ni untuk protection. Biasalahhh, harap awak faham. Yelah saya bkerja dia belajar, kadang2 tension pk kan, tp ni je cara kami ada.

Saya : **senyum dan hulur plastik**

Pelanggan lelaki : eh, kena simpan dalam kocek ni, bahaya kalau orang nampak

Saya : **nampak bebenau lah something wrong was happen. Kita tak tanya, dia mengelabah, 1 ayat pun kita tak keluakan**

LOL

Cuba check diri,
Ada tersenarai tak ?
Kalau ada,
Jangan masuk ke kedai tu semula,
Kerana wajah anda telah memiliki cap mohor yang tak kan dilupakan.

#inisemuapoyo ! #haha


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 5, 2013

UMBAI MELAKA.

Sempat amik gambar ni je.
Lepastu btri HP habis. Haha.

Gambar pun blur-blur.
Nasib lah.

Nk update juga,
So next year blh tahu,
Pada 5 febuari apa yg saya bt.
Kan ? :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ONE BY ONE

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 4, 2013

ADIK TEMAN LELAKI

Paling best, dating dengan kakak.
Dan berkenalan dengan boy-fren dia,
FARID. Gambar farid xda lah.
Malu lah nak ambil gambar lelaki. Hehe.

Ingat lagi dulu,
1st time nak jumpa kakak,
Malam tak lena tidur.
Asyik terfikir. Esok nak bual apa ?
Tanya dah makan belum ?
Tanya belajar amik kos apa ?
Tanya ada boyfren tak ?
Haha. Memang malam tu tak lena lah.

Almaklumlah,
Takut kena reject awal-awal.
Kena lah jadi sopan santun.
Tapi masalahnya saya ni,
Jenis banyak cakap dn ske gelak2,
Nk ubah jd sopan dn pdiam sush.

Lagi-lagi incik lalan duk kata
"Kakak pendiam tau"

Serammnya.
Seram sejuk dunia dirasakan,
Takut bila saya kata
"Da makan"
Nanti kak cuma angguk.

Tanya lagi :
"Ada boyfre ?"
Kak cuma geleng.

Seram kan ?

TETAPI,
Rupanya tak.
Kakak cool okey. Best !
Macam kawan-kawan,
Umur lebih kurang,
So bile berborak tu kira ngam lah.
Ada je topik nak cakap.

Dan jeles,
Sebab muka kak halus,
Tak payah pakai apa pun,
Licin je.

Bile toleh muka kakak,
Pastu toleh muka abang dia ???
Aih, beza !

Ok. Apapun,
Allhamdulillah,
Selesa. Kalau nak peluk cium pn blh.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...