FOLLOWER

Thursday, February 7, 2013

KERJA GELAP

Biasa kongsi gelap kan ?
Ni kerja gelap.

Berpeluh-peluhhhh,
Gelap gulita,
Dari 11pagi sampai 5 petang.


Ha, nak citer.
Uall kalau jadi pelanggan,
Jangan gelabah lah. Cool.

Saya naik hairan,
Bila berdepan dengan custmer yang mengelabah semacam tanpa disebut apa-apa.

Contoh 1 :

Pelanggan lelaki : kak, nak pregnancy test, ni kakak suruh beli. Kakak kata farmasi ada jual, dia suruh saya belikan. Lagipun dia tak ada motor nak kesini. Saya lah belikan untuk kakak saya. Kakak saya anak dia pun yang ke 3. Dia pernah beli sebab tu dia suruh saya beli kat sini

Saya : **senyum dan angguk, tak tanye pun** -dalam hati

Pelanggan lelaki : macammana cara gunanya kak ? Kakak saya tak rti

Saya : **eh !! Td kata ank da 3 dn penh beli** -tp dalam hati je lah hahahh

Contoh 2 :

Pelanggan : adik saya kena kurap kat kelengkang dia. Teruk kak. Dia malu nak datang sini. Dia paksa saya belikan.

Saya : **terangkan cara pemakanan**
Lepastu pesan "cakap dengan adik awak jangan pakai seluar dalam lembab ye, fungus suka kawasan lembab dan pastikan tak terlalu ketat"

Pelanggan : tapi adik saya tak pakai seluar dalam kak, kenapa makin banyak ?

Saya : **buat muka duapuloh sen. Baik bebenar si abang cek adik pakai slua dalam ke tak, nampak bebenau diri sendiri kena tapi malu nak ngaku**

Pelanggan 3 :

Pelanggan lelaki : **ambil kondom**

Saya : **tax harga macam biasa sambil buat muka tigapulohsen**

Pelanggan lelaki : terpaksa beli ni, wife still student. Faham lah student ni. Kami bukan tak nak anak. Tapi bia lah bagi wife habis belajar. Kesian pada dia, kalau pregnent nanti susah pula memboyot. So terpaksa beli ni untuk protection. Biasalahhh, harap awak faham. Yelah saya bkerja dia belajar, kadang2 tension pk kan, tp ni je cara kami ada.

Saya : **senyum dan hulur plastik**

Pelanggan lelaki : eh, kena simpan dalam kocek ni, bahaya kalau orang nampak

Saya : **nampak bebenau lah something wrong was happen. Kita tak tanya, dia mengelabah, 1 ayat pun kita tak keluakan**

LOL

Cuba check diri,
Ada tersenarai tak ?
Kalau ada,
Jangan masuk ke kedai tu semula,
Kerana wajah anda telah memiliki cap mohor yang tak kan dilupakan.

#inisemuapoyo ! #haha


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...