FOLLOWER

Sunday, July 31, 2011

MELIHAT DIA TERTAWA

Assalamualaikum

Sunday. Membawa my lil sibling bermain-main. Sempena sebelum ramadhan tiba, bagi mereka penat dan berpeluh sambil makan snek dengan penuh kekenyangan dan kegembiraan :)


Saturday, July 30, 2011

SELAMAT BERPUASA. SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum

Salam Ramadhan rakan-rakan sekalian :)


ku harap kan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan2 yang lepas. Sesungguhnya akan ku hargai ramadhan kali ini seperti tiada lagi Ramadhan buatku. Semoga Iman dan Taqwa dalam diri ini dapat di pertingkatkan.

May your blessings be too many to count,
and your worries too few to matter,
May your days be filled with sunshine
and your nights in comfort
May you never go hungry
and be able to share your bounty
May God bless and protect you
and strengthen your faith
May Allah Bless of people of palestine
and answer their prayers
May next Eid we celebrate be free from oppression,
hatred, persecution, and fear..
My Wishes to all for a blessed Ramadhan and please remember those who hungry all year long
Salam Ramadhan Mubarak to all

 "MAY ALLAH BLESS US WITH HIS FULL BLESS"

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda..sesungguhnya,saya hanyalah insan biasa yg tidak dapat lari dari kesilapan..maafkanlah saya..”




Friday, July 29, 2011

HUMAN HEART

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
hati merintih terkunci mulut membisu
perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

disudut kecil hatiku sering berkata
apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
ku beranikan diri menongkah arus yang deras
demi hari esok ku relakan

walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap bdiri teguh
untuk bangkit semula
tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan

kini ku jauh mmerik bintang dilangit
berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
tinggl lh memori tpahat didalm dada
terjawab sudah segalanya

aku hanya ingin merasa
kemanisan hidup didunia yang ku dambakan
tuhan hanya engkau mengerti 
pejalanan hidup seorang insan



saya suka lagu diatas, bila dengar saya tersenyum,
totally its all about my self.
bukan senang untuk jadi senang
tapi bila kesenangan menghampiri, mula lah,
suara2 sumbang berbunyi
its all about life. i know :)

antara mentor2 yang saya rasa berjaya mengharungi kesusahan kehidupan
dengan berjayanya adalah bos saya. Puan Azlaini dan En Fauzan.
haaa, contoh yang tepat dan sempurna,
dan lihat mereka sekarang,
rumah besar, kereta besar, perniagaan bercawang-cawangan
tapi biasalah orang kaya, sentiasa bsikap sederhana
uh, semoga Allah memurahkan rezeki bos saya,
so of cz lah murah rezeki saya ;P

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau murahkan lah rezeki ku serta mereka yang mengenaliku, buka kan lah Pintu Rezeki kami dari sumber yang Halal, permudahkan dan langkah kami dalam mengharungi setiap ujianmu Ya Allah.. Aminn "

mudah-mudahan

Thursday, July 28, 2011

BELAJAR DARI PENGALAMAN MEREKA YANG MELALUI


Assalamualaikum !
1 hari ( selasa) , 2 hari ( rabu)
apa makna 2 hari ?
maknanya saya sudah 2 hari tidak update blog. Hehe
maaf lah ye. saya lebih ke arah mendahulu kan perkara yang sepatutnya di dahulukan.

Salam khamis untuk kamu sekalian ye, Ramadhan menghampiri, even lagi 4 hari, saya dah betul-betul excited. For u all information, saya dah membuat tempahan untuk berbuka di suatu tempat yang istemewa. Hehe. Suka ! puasa pun belum tapi dah over excited siap booking2 kan ? haha. Sure lah kena booking cuz limited edition punya tempat. Dimana ? kenapa kena booking ? kenapa limited edition ? kenapa rahsia bebenau ni. Jawapnnya. Rahsia. Hehe. Aumm~ Oh Ramadhan, saya amat menantikan anda dan sedaya upaya ingin menghargaimu

NEW TOPIC

Apabila tibanya tarikh2 demikian, mula lah mood saya tak menentu. Dan segera dahi saya tercatit “BEWARE I AM PMS”
hehe. Tapi saya tak menggangu sesiapa ok Cuma sesiapa mjadi pasangan hidupku nanti sure lah jadi mangsa mendengar rintihan dan luahan isi hati. Haha
mood sedih menguasai diri,
rasa sunyi lah. Sepi lah. Sedih lah. Kecewa lah.
betul-betul menyesakkan minda, rasa nak menangis mengenang nasib diri (cewah) ;P

Tapi, Allhamdulillah, isnin lepas, saya dapat mesej, sahabat saya dalam kesusahan,
berat beban yang di tanggungnya. Sesungguhnya saya sepatutnya bersyukur, atas sindrom menstrual yang saya alami, sekurangnya ia nya hanya dari pemikiran negatif saya sahaja, tetapi bagi mereka yang benar2 sedang menaggungnya, MasyaAllah. Nauzubillahiminzaliq.

Sebelum saya falling in love wif incik lalan, mereka lah pasangan yang paling secocok, sepadan dan loving dimata saya. Dan saya sentiasa terfikirkan “beruntung mereka” si gadis cantik molek, balajr dalam kos fashion designer (of cz lah cun !) , bukan sahaja cantik tetapi sentiasa menghiburkan. Si jejaka pula seorang photographer yang sangat berbakat. Saya suka apabila mereka bersama, gambar2 mereka berdua, sangat menceriakan. Almaklumlah kalau BF photographer, sure lah setiap gambar yang terhasil semuanya indah sekali. Mereka berdua sangat lah sporting. Tambahan pula, mereka dah lama bercinta.

Benarlah, jangka masa sesuatu hubungan tidak menjamin kebahagiaan dalam perhubungan, hari berganti, si gadis jauh di utara. Si jejaka jauh di selatan. Hubungan terbatas. Syak wasangka mula terbit di hati. Pergaduhan kecil menjadi besar. Hubungan cinta jarak jauh benar2 menguji. Dari pergaduhan yang kecil, bertukar menjadi besar.

Dugaan menghampiri, di saat berjauhan, si jejaka di datangi masalah, pekerjaan dan segalanya, segalanya menyesakkan minda. Si jejaka beranggapan ingin menanggung segala kepayahan bersendirian dan tidak mahu menyusahkan si gadis. Pergaduhan semakin berlarutan. Pergaduhan semakin menyakitkan. Si gadis meminta penjelasan.

Tetapi si jejaka,..... diam, mengalah, mengundur diri, meminta si gadis pergi menjauhinya agar tidak turut sama menaggung masalah yang di hadapi, si jejaka tekad mengatakan diri nya kuat asal kan si gadis selamat dan bahagia.

Si gadis, menunggu, tertanya,. Segalanya tiada jawapan tetapi hanya persoalan.. si gadis ingin bersamanya, tetapi si jejaka menggeleng tidak mahukannya. Si gadis bangun dan berlalu. Sesunguhnya saya ada di waktu si gadis memerlukan kekuatan, saya ada di saat si gadis merindukan, saya ada disaat si gadis menangisi pemergian..

Hari berlalu..

Allah maha berkuasa, doa mereka didengari oleh Allah, si gadis kini memperoleh kebahagiaan, tetapi si jejaka ? menyesal dengan apa yang di lakukan. Sesunguhnya saya turut memahami beban yang di tanggung si jejaka. Mreka berdua tidak bersalah. Mungkin takdir sudah menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah yang cuba Allah tunjukkan, semoga mereka sedar, Allah memakbulkan doa mereka. Allah memakbulkn doa si jejaka semoga si gadis dipertemukan dengan org yang dapat menjanjikan si gadis kebahagiaan. Dan Allah memakbulkn doa si gadis agar di beri kekuatan dan kebahagiaan.

Sahabat ku, Allah memakbulkan doa kalian. Bersyukurlah..

Semoga kalian tetap kuat mengharungi liku hidup. Ingat lah, andai Allah memperkenan kan hubungan kalian, walau seisi alam membantahnya, tiada siapa boleh melawan ktentuan Allah dan andai Allah tidak memperkenankan hubungan kalian, walau seisi Alam menyokongnya, anda tetap tidak akan dapat bersama tanpa restu dari Allah swt. Ada jodoh tak kemana.

hmm, apa yang berlaku sesungguhnya memberi iktibar kepada saya. belajar dari pengalaman hidup orang lain adalah perkara yang seharusnya di ambil kira, kerana mereka telah melaluinya


so guys, hargai insan disekeliling anda. bagi yang baru clash, ingat ! dunia belum berakhir, kita ada Allah ! dan kita ada keluarga dan darah daging yang lgi penting untuk kita hargai. dunia belum berakhir tetapi baru bermula, bertahanlah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

SAYA PUN SAYANG KALIAN

-FATINFASHIEKIN-

Tuesday, July 26, 2011

BERHENTI MENANGISI KEHILANGAN

Assalamualaikum.
merenung ke sisi, melihat tangisan seorang sahabat yang merasa sakit di hati.
kekecewaan. kelukaan. kesakitan.

beliau sedang mengumpul kekuatan untuk bangun berdiri.
cergas berlari

sesungguhnya berat yang dirasakannya

WAHAI SAHABAT, BERSABARLAH

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
  
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
  
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…


Allah sentiasa bersama kita :)

senyumlah
DUNIA BELUM BERAKHIR



Monday, July 25, 2011

I LOVE WEEKEND. COME AGAIN PLEASE.


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian yang sudi membaca setiap bebelan yang terhasil dari jari jemari kecilku ini. Thank you so much my dear. Banyak perkara saya nak buat pada blog ini tapi still terbengkalai dan tertangguh. Kadang kala terfikir nak tukar layout lah, nk setting balik itu ini, tapi bila tiba masa, still tak terbuat buat juga. InsyaAllah ye kalian, akan dipertimbangkan ;)


Eh ! next week da bulan Ramadhan kan. Allhamdulillah kita masih dapat menikmati bulan Ramadhan, so nak story about next week, itu next week punya cerita lah kan, saya nk cerita mengenai last weekend (sabtu/ahad) . macam yang u all tahu, saya ke Batu Pahat menghadiri majlis aqiqah lil princess kak zura iaitu AINA ADRIANNA, terima kasih sayang yang tidak terhingga juga kepada incik jantung hati ku yang sudi meluangkan masa dan mengizinkan saya mencuri masanya untuk menjadi partner ku ke majlis tu. Terima kasih ye. 


Aina Adrianna, sebiji muka kak zura ! dan perangai pun macam kak zura, kami sampai je, kak liza kacau lil princess tu tapi dia tidurr je dengan nyenyak. So, memang tak tertukar bayi lah makna nya, sebiji kak zura sebab kuat tidur ! hehe. Pipi dia sangat bulat dan tiada rashes, of cz lah kan, bonda dia kerja farmasi, yelah sesetengah baby kan demam kuning lah, then pipi penuh rashes, tapi lil princess kak zura, sehat dan kuat ! sure sebab makan vitamin dari company nova. Haha. Then saya tanya kk zura, “ni nanti aina panggil kak zura mama ke ? ibu ke? Umi ?” dengan slumber kak zura kata “bonda” huhu. Bukan gurau-gurau. Bukan cobaan. Ini betul2. Katanya classic dan ada kelainan. Oh, can u all imagine, nnti 2020, lil princess kk zura memnggil nya “bonda” dan “ayahanda” fuhhh~ orang dengar pun 8 kali toleh.



Saya nak kenal kan u all kepada FIRA !!! sangat chomel ! rasa nk culik buat balik. Aisshh,  dengan baju pink dia. Muka innocent dia. Betul2 chomel ! bila tengok fira, teringat je hal percutian kat langkawi dengan ecah (mama fira), masa kami pergi bercuti bersama, fira dalam perut lagi, 7 bulan kot, rasanya lah kalau tak silap, ecah cergas lagi, sanggup naik cable car, mendaki lagi, berjalan kesana sini, masuk gua lah, lasak sungguh. Lepastu steady je. Bila dalam flight nak balik je baru lah dia mabuk dalam flight. Kami sibuk pass2 gula2 berangin pada ecah. Eheh, dan bila berjumpa lagi, fira da besar ! putih melepak, besar kemungkinan, masa ecah sarat mengandung, kan dia tengok saya kan, mungkin baby tu terkenan kan kulit saya kot. Thats y lah putih melepak macam saya juga. Hahahaa. *statement yang bakal mengundang kontroversi ;P


*giler chomel !!!~ saya nak macamni satu !! T_T


Dapat mlepaskn rindu pada my twin ! kak ain, sampai je Batu Pahat, saya dan incik lalan ke rumah ain, sampai je, wah, family dia dah hidangkan lauk, sup ayam, tempeh pun ada ! kalau orang jawa johor, kami akan makan bercecah tau. Goreng pisang cecah samabl tumis ke. Keropok cecah sambal kicap ke. So semalam, mak kak ain buat tempeh dan sambal kicap, incik lalan kan orang kedah, dia makan tanpa bercecah, saya tanya dia “tak tawar ke” kata orang jawa “anyep nanti rasanya” hehe. Kemudian paksa dia makan bercecah, kat rumah kk zura pula dia berkenan pada lepat pisang johor. So nampak gayanya, kena study buat lepat pisang pula lah lepas ni T_T saya kurang mahir lagi. Kalau goreng pisang retilah, lepat pisang, pening lagi, hehe



Around 5pm sampai muar, kami ke tanjung muar, naik bot mengelilingi muar, makan2 sambil menikmati bayu dtepi laut ! *laut ke ek? Huhu. Gambar ada pada incik lalan lah, nnti jumpa, saya publish ok. Ok. Ini sahaja yang berlaku. I’m very happy !!! Cuma nak lepaskan kak ain balik. Incik lalan balik. Kawan-kawan balik. Rasa sedih. Cepat je masa berlalu. Oh masa !!!! saya rindu mereka lagi. Rindu sangat sangat. Tak pa, raya ada lagi kan ?




Ok. Itu sahaja yang berlaku. Jaga diri u all ye. Kepada yang rasa hari isnin sangat membosankan. Dan kerja adalah sesuatu yg memenatkan, ingat lah, mana ada didunia ini kerja yang tidak penat. Ikut logik, ada ke ? yg lagi penat adalah. Apa yang kita ada sekarang, terkadang, tu adalah impian orang yang mengimpikannya. Trust me ;)


Friday, July 22, 2011

oh my lil darling


randomly, saya balik kerja, sampai je rumah
around 10pm, penat bkeja tp
sure akan tsenyum bila melihat dia.
but today, saya pulang awal,
like always too, dia berlari mgejar kepulanganku
i love my lil bro so much !!!

to future my mother in law,
trust me, saya boleh menjaga ur future
grandchild dengan penuh kasih sayang
hehe


;)

Wednesday, July 20, 2011

HE TELL ME. I TOLD YOU

Pergi kerja dengan senyuman meleret-leret ! mood ceria sangat menguasai minda, akal dan hati. Allhamdulillah. Semoga saya dapat melalui hari-hari yang mendatang pun seperti ini. Normal kan, dalam kehidupan seharian, sure ada lah perasaan malas, mengantuk dan moody. Bila perasaan negatif menghampiri dan merosakkn psikologi kita, mula lah secara fisiologi pun terjadi, sifat kemalasan bertingkat-tingkat. Hehe. Tapi kemudian saya terbaca mengenai HARI KANSER SEDUNIA dan pelbagai kempen mengenai JANTUNG SIHAT lah. Allhamdulillah kita masih mampu menghirup udara yang segar dan nyaman, segala pancaindera juga masih berfungsi dengan sempurna, indah kan kehidupan ?

Bagaimana nak memulakan hari anda dengan penuh keikhlasan ?? ok. Lets me share wif u all okey. Ini apa yang saya amalkan dan saya rasa mujarab lah. Tanya diri anda

“andai anda hanya mempunyai masa selama 30 hari untuk hidup, apa yang anda akan lakukan ?”

Soalan yang mudah kan ? so, fikirkanlah, hanya 30 hari ?? sudah semestinya kita akan melakukan tugasan dengan ikhlas, memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melukakan hati anda dengan ikhlas, sentiasa menjaga tingkah laku, tidak mudah terlahirnya sifat yang berkaitan dengan api, menjaga hati insan sekeliling. Betul tak ? itu yang saya amalkan. I dont care tentang sesiapa atau kalian yang mungkin segelintir tidak suka dengan saya. Tapi, sehabis daya, InsyaAllh saya akan melakukan yang terbaik. Kalian disekeliling saya lah peneman saya, anda saya tiada, doa insan disekeliling kita lah yang kita perlu kn. Ye x ? jangan menyimpan sedikit api pun didalam hati,  ia hanya membakar diri sendiri.

Actually ada cerita mengenai kehidupan nak share pada u all. Kalau nk menaip setiap cerita hari ini, rasanya tidak mampu untuk menghabis kan bacaan, so saya cerita 1 kisah benar yang berlaku di sekeliling saya yang saya rasa dapat memberi pengajaran kepada kita khususnya kaum wanita.

Suatu pagi, Handphone saya berbunyi, i take my phone dan nama yang tertera “MR PRESIDENT” why saya set mr president ? this guy memang kalau dari segi first sight, sure orang akan kata, anak dato’ , grad dari mana-mana IPTA kemudian memiliki position yang tinggi dalam kerjaya. actually dia  memegang jawatan sebagai executive di salah sebuah syarikat perbankan negara, dia juga aktif dalam kelab-kelab dan pertubuhan dan memegang jawatan sebagai president dan wajah this guy pun banyak kali keluar di paper cuz kelab yang di bawah bimbingannya melakukan kerja amal. Memiliki sebuah kereta yang sangat smart ! fuhh ! melelh air mata wanita lain kalau tengk ada perempuan keluar dari kereta itu tau. Smart dan sexy car.Macammana saya kenal dia ? of cuz lah my permenant patient, dan u all jangan salah sangka, he’s married guy. Haha.

Berbalik mengenai, panggilan dari Mr President. I pick up panggilan dia dan dengar seorang lelaki terdiam hanya desahan nafas kedengaran.



Saya : what wrong? Anything that i can help u?

U all tahu lah perangai saya, suka motivate orang dan kept talking too much tanpa henti, so i think that y lah mr president selesa nk berbual dan meluahkan segalanya. But trust me, this is not first people, saya suka mendengar dan saya suka memberi semangat. Saya sukaa ;)

Dia : i accident, langgar divider jalan. I tak apa-apa Cuma kereta i teruk. Tu yang i pening kan ni.

*fuhh, ingat kan kenapa, then ? hantar lah ke bengkel je. Boleh claim insurans kan ?

Saya : Thanks God cuz u okey. So kereta ? hantar bengkel kn ? ni u kat bengkel ke kat mana ?

Dia : i kusut lah u. Kusut !

*ok. Part ni saya terus lekap kan hp rapat2 di pipi.

Saya : why ? u kata kereta u je teruk, u tak apa-apa kan ?

Dia : kereta i teruk, bill semua nk kena settle juga, piping exzos, bumper baru, cost cat lagi. Pening lah i !!! huhhh.

Saya : buat apa yang termampu, jangan paksa diri, bukan u ada satu kereta pun kan.

Then, he crying.. saya hanya terdiam mendengar luahan hati si arjuna, saya tak tahu samaada betul atau tidak, tapi kalau betul apa yang di ceritakan dan kalau kesahihan apa yang di cerita itu benar-benar berlaku dalam hidup beliau. Ia nya sangat mengejutkan dan tak pernah saya terbayang begitu berat beban yang di tanggung. Dan untuk pengetahuan u all, ini bukan perkara pertama juga saya dengar lelaki di dera.

Bukan di dera melalui anggota badan seperti di pukul tidak. Its happen bila si isteri mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding si suami ataupun keluarga si isteri mempunyai pengaruh besar ( di kalangan tengku) manakala si suami sekadar rakyat biasa.

Mendengar apa yang di luah oleh mr president, membuat kan saya tersenyum, sesungguhnya, tidak semestinya jika kita melihat seorang lelaki mahupun perempuan memiliki sebuah kereta Mitsubishi Evo Lancer atau BMW. Atau memiliki gaji 7-8k sebulan. Atau memiliki sebuah banglo mewah. Cukup untuk menyatakan bahawa penghuni nya BAHAGIA adalah silap. Setiap manusia ada dugaan mereka tersendiri.

Mungkin bagi kita yang sekadar memiliki kemampuan sederhana mengahadapi dugaan untuk memiliki apa yang mereka miliki (harta) tetapi bagi yang telah memiliki, kepayahan dalam menjaga harta, perhubungan diatara adik beradik dan berbalik dari cerita mr president, si isteri tidak bekerja, bergantung kepada suami, tetapi memiliki seorang isteri yang lahir diketurunan yang perlu di hormati dan memiliki pelbagai kemewahan jika hendak di bandingkan dengan si suami yang memiliki segalanya dari titik peluh sendiri dan habis untuk menyara keperluan dan kehendak isteri yang tidak menghargai. subhanaAllah.

Wahai gadis di luar sana, hargai lah apa yang kini milik anda, sesungguhnya banyak lagi gadis cantik dan rupawan yang sedang terluka dan mengimpikan memiliki seorang suami dan penjaga sehebat suamimu, peliharalah suamimu, ikat lah suamimu dengan kasih sayang, jagalah maruah suamimu sesungghnya lelaki hanya akan memndam apa yang di rasa dan melakukan segalanya dalam diam andai dia terluka.

Bila saya tahu, saya terkejut, saya tak meberikan sebarang pandangan kepada dia, saya hanya beri kekuatan. Saya minta mr president faham kenapa wanita ni kadang-kala mudah panas baran.u all ada baca tak di paper, Malaysia terletak dalam rangking ke 16 sebagai negara yang mempunyai paling ramai wanita tertekan. MasyaAllah. Tidak saya nafikan, wanita terkadang terlalu mengikutkan emosi, menangis dan bersedih tanpa sebab dan akan menjadi lebih tertekan andai terus dilayani sikap negatif nya. Saya juga wanita thats why saya tahu, sometimes incik lalan suruh saya tampal di dahi dan tulis “BEWARE I AM PMS” hahaha ;D

Semoga Mr president kuat mengharungi dugaan nya, eh ! saya tak curang2 ok. Incik lalan kenal mr president tu, bila saya khabarkan pada incik lalan, dia tersenyum, kerana dia memahami situasi yang di lalui mr president. Semoga Allah permudahkan dan merahmati rumah tangga mereka. InsyaAllah.

Dan semoga saya dapat menjadi seorang isteri yang baik suatu hari nanti !!! semoga saya tidak menjadi beban kepada suami saya, bahkan saya ingin menjadi peneman hayatnya di dalam susah dan senang. Mudah-mudahan ;)

p/s: kpd kaum isteri, hargai lah suami anda. Kepada anak dara seperti saya, semoga kita tidak mengulangi kesilapan mereka2 yang terdahulu.jalan hidup masih panjang, hargailah dan nikmati, jangan di ludahi !

;)

Tuesday, July 19, 2011

MENERIMA HAKIKAT HIDUP

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri, merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan, namun kita masih tak sedar mengenai HAKIKAT ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

Ramai orang tersalah sangka mengenai maksud kebahagiaan dalam hidup, selalu orang mengaitkan faktor kebahagiaan hidup dengan harta, dengan faktor kekayaan,walaupun sememangnya faktor itu turut menjadi penyumbang, tetpi itu bukanlah segala-galanya. Ingatlah, betapa ramai orang yang berada dan memiliki rumah besar dan mewah, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak memiliki ketenangan dan lenanya tidak neyenyak. Bahkan orang yang tidur dipondok buruk,kadang-kala lebih lena tidurnya berbanding mereka yang menetap di rumah mewah. Ada juga orang yang dihidangkan dengan hidangan yang hebat dan lauk pauk yang hebat, tetapi lidahnya tidak memperolehi nikmat keenakan itu. Bahkan orang yang hanya di hidangkan satu dua jenis lauk sahaja tetapi dapat menikmati hidangan dengan lebih sedap dan selesa.

Kata Hamka, 
“lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya” 
semua orang menyangka, 
andai memiliki kemewahan tentulah akan memiliki 
kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan.

BELUM TENTU !

Tiada apa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Dan jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh di hulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menguruskan urusan kita dan Allah tidak menyerahkan urusan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangkakan kita tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah, apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak menyangka dan Allah mewujudkan keajaiban dalam kehiduan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah, lihatlah wahai dunia, kadangkala manusia apabila hilang suatu benda daripada dunia, seolah olah seperti hilang segala-galanya. Ingatlah kembali dalam hidup kita, sudah berkali-kali kita mengharungi keperitan hidup. Ingatlah ketika kita melalui keperitan kita akan merasakan seperti kita tidak dapat keluar daripada permasalahan itu, tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan mengeluh dan berkata “habislah aku kali ini”, Tetapi usia kita semakin berjalan, Allhamdulillah kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini. 

Ketika kesusahan kita akan mengatakan “Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah”, tetapi hari ini kita telah lupa akan perkataan itu,dan kita kadang-kala lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

Orang-orang berkata kepada kita 
"disana orang ramai berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau”,
 “habis lah kau kali ini”, Tetapi Allah berkata, iman dia bertambah. 
Tidak sepatutnya kita mengatakan
 “mengapalah Allah membenci aku? Apalah dosa aku”.

 JANGAN !

kata Al-Quran, iman mereka bertambah. 
Mereka kata “cukuplah bagi kami Ya Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”.

Pengalaman sering mematangkan diri, siapa yang tisdak melaluinya tidak akan memahami. Maksudnya, orang-orang yang pernah hidup dalam tawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal, bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadamu Ya Allah”

Kita sering lupa pada kehidupan kita di akhirat, 
apabila insan melihat dunia darpada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas.
Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan kepada kita selam ini ?

kita selalu hendak bersyukur andai diberikn benda baru.
Dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini adalah satu nikmat yang besar.

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita”
yang kita ada sekarang inilah harapan kita,. Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa pada yang telah ada.



my tears flowing like never stop while watching this.. :(

Saturday, July 16, 2011

KL night scene. first attempt

Assalamualaikum.

hari ini saya janji tidak akan membebel secara panjang ke memanjang ke lebar ke melebar ke. TAK.
hari ini saya nak ajak anda semua cuci-cuci mata memerhati keindahan KUALA LUMPUR 



around 6.15pm




around 7pm untill 8pm

Thats all je yang sempat di siapkan dari berpuluh puluh keping. 

;)

Friday, July 15, 2011

WANITA SEBAIK MANUSIA

I just finished reading this that leaves me with a tug at my heartstrings. You would if you read it up too. May Allah bless the soul of the warriors in Islam, like this one.

Please watch this : http://www.youtube.com/watch?v=45o090DcCU

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. 

Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.




saya menangis saat mhayati kisah sumaiyah,
bait2 kata2 dan lirik sangat menyentuh hati.
Ya Allah, kuatkan hatiku dan imanku,
seindah wanita sebaik baik manusia (sumaiyah) 


Hatiku sering tertanya apa dosa diri disaat
di uji dengan kepayahan,
MasyaAllah,


yakinlah, bahawa Allah sentiasa menguji
insan yang disayanginya


Semoga Allah memberi kekuatan pada diri
untuk tabah memimpin hati



INSYAALLAH 
;)



Wednesday, July 13, 2011

buy ur own island !

statement panas dari saya harini,
Tapi saya rasa saya patut luahkan
This is my own house (blog)

Hmm, malam tadi memonton bola
Plwann mlysia vs arsenal
Sangat kecewa dengan rkyt mlysia
Yg mmakai jersi arsenal. uh,
Kmana lah hilangnya smgat
Patriotik dlm diri kalian?
Ye, terlalu taksub dgn apa yg dsokong
Dn dpegang sehingga mlupakan
Dn tidak memikirkan kesan.
Walhal mmalukan diri sdiri

Now about politic :(
Fikirkan lah,
Tk sayang ke malaysia?

"tanya diri kau ape bakti kau pada negara
jgn tanya negara ape bakti pada diri kau.
sibuk huru hara kan negara.
at the end, keta kena curi,
kena rogol,kena bunuh sape kau cari?
polis kan? xkan nk cari pemimpin parti plak,
sure la cari polis.
Coruption happens every where la,
how to stop? .
the only thing we can do is to
reduce the number of corruption.
If u dont want corruption at all,
by all means buy your own
Island."

Fikirkan lah ye ;)

A song to sing to my love



Today is your day,
You can scream and shout,
So I would like to say,
I love you and there's no doubt.

You deserve everything I can give,
But I can only give you a little,
I'm happy that you can live,
You make me as happy as a skittle.

I love you so much,
I can't even explain,
I can feel the touch,
Of you in a picture frame.

I know you're getting older,
You're not getting younger,
You can cry on my shoulder,
I would rather you monger.

But don't feel alone,
Everyone has their day,
Someday when I'm grown,
My hair will be grey.

This is quotes 

I dedicate to you my love,
You really deserve it,
I hope you like this,
Because you are my honey.






HAPPY BIRTHDAY SAYANG

13 JULAI 2011 merupakan tarikh yang tersangat lah saya nanti kan dan saya anggap istemewa, its all about my jantung hati. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran beliau yang ke 30 (uh, tua sudah). Allhamdulillah. Semuanya berjalan lancar even setiap kejutan yang saya plan kan buat beliau semuanya tidak menjadi. Hehe.


Seriously, actually 1st plan, saya memang dah plan celebrate birthday incik lalan 3 hari lebih awal, so 10hb (Sunday) saya plan nk buat something lah kan. 1st plan, kononnya tak mahu contact incik lalan selama 3 hari sebelum birthday beliau, dengan cubaan, kononnya nanti incik lalan merindui saya dan tercari-cari. Tehee ;P kononnya juga, saya nk off lah hp kan, bagi dia feeling sunyi2 dulu, kemudian, saya nk booking lah segala bagai nk buat ala2 candle light dinner lah kn. Yelah, menarik tau, 3 hari tiba2 menghilang, bagi kekasih u all tercari cari, kemudian tiba2 u all muncul depan rumah dieorang. Haaa, saya nk buat macm tu lah, tapi saya tak ada lah muncul kt rumah dia, nanti apa pula kata jiran tetangga dia kan, kahwin free pula. so dalam perancangan saya, bila on phone saya nk suruh dia datang suatu tempat@restaurant dan bila dia masuk, everybody akan sing a song “happy birthday to you~” TETAPI, tiba2 ada masalah pula, tarikh dah semakin menghampiri, semua tempat full, melaka katakan, you all faham lah event2 hujung minggu. So, call sana sini, full, terpaksa juga lah membuat panggilan kepada incik jantung hati then dengan hati yg hancur luluh saya kata kan “kejutan saya pada awak tak menjadi “.. dan saya ceritakan segalanya, tapi dia?? Ketawakan saya sangat teruk. Sigh* tapi kami celebrate juga, tapi bukan saya yg find place lah, tapi birthday boy ;P heheheh. Yela, area melaka mana lah saya tahu sangat, that y juga lah last Sunday kami makan3. Celebrate birthday incik jantung hati lah. Hehe ;)

And for u all information, that Sunday, petang,  kami plan juga nk berkelah, he told me to masak sup tulang dan ketam masak lemak cili api, sebelum tidur memang bersemangat lah menyediakan bahan2 masakan. TETAPI, malam tu, saya mengalami mimpi ngeri, bangun je tgk jam around 5am, terus take phone and call incik lalan sambil menangis “saya mimpi awak tinggalkan saya” , dan like always incik lalan kata saya ni suka mengarut, so solat subuh, mandi2, dan sempat juga lah saya buat BUBUR MERAH (masakan adat org jawe johor sbgai tanda syukur), ini pun kelam kabut juga, mencari GULA MERAH tiada pulaaaa, then abah mcari ke rumah tok, rumah tok pun tak ada dan abah mcari ke rumah mak uda, huh, nasib lah duduk kampung kan, kalau bandar besar, mana nak mcari gula merah pagi2 buta. Hehe. Dan kecoh juga lah semua tahu incik lalan punya birthday ;P siap memasak bubur, terus ke melaka. No sup tulang or ketam masak lemak cili api ye. Tak sempat memasak pun, terpengaruh dengan nightmare punya pasal, rerus ke melaka sambil buat muka dua puluh sen depan incik lalan. maaf lah ye, next time saya masakkan ;)

Plan ke 2, actually esok saya nak celebrate yang betul2. Disebab kan plan pertama kucar kacir, saya mengurus kan plan ke2. Memang excited lah ni kan. Tapi semalam incik lalan call menyatakan dia terpaksa pulang ke Kedah selama 5 hari disebabkan ayahanda beliau kurang sihat., so, pun tak jadi lah kejutan ke2. Apalah nasib kan? Huhu

Dan kemudian, ok, plan lagi.. saya create 1 video, ala2 CST PRODUCTION lah konon. Hehe. Dalam video tu saya wish birthday dia dan everything lah kn. Mengambil masa juga lah nk buat tau. Sebb saya tk pernah buat, tapi incik jntg hati punya pasal dn excited nk buat dia tharu, saya buat juga ! berjam jam jam. Saya plan, bila saya buat, video tu saya akan letak kan ke DROPBOX kami, ye, kami ada dropbox so anythings yg kami masukkn ke dropbox even dimana pun beliau, dia pn akan dapat juga. TETAPI, pun sama, tak menjadi, i dont know why ;( rasa kecewa sangatttt. Then i call him “awak, ketiga tiga kejutan saya pada awak tak menjadi..” dan dia ? ketawa terbahak bahak T_T
Bila fikirkan, saya tergelak sendiri, mungkin ada hikmah, tak pa, saya tunggu dia balik melaka. Tak lama kan, sekejap je. Wahai Fatin Fashiekin, bersabar lah !!!!!!!! ;)

Dear sayang, i know u read this, i love u damn much ok. U know that right ? everyday i told u that i love you. And everyday juga lah awak boringg dengar ayat yang sama. I hope Allah will bless our relationship, thanks cz always be there for me, ingat selalu, no matter what happen, i’m here for u, saya berjanji akan melindungi awak !



FOR THE REST OF MY LIFE, I WILL BE WITH YOU, I WILL STAY BY UR SIDE, HONEST AND TRUE, UNTILL THE END OF MY LIFE, I WILL LOVING YOU.


p/s : I AM SORRY, Sometimes i get jelouse thingking that someone else could make you happier than i could, i guess its my insecurities acting up because i know i am not the pretties, smarters or fun and exciting. But i'd know that no matter how hard and long u look : YOU WILL NEVER FIND SOMEBODY LOVES YOU LIKE I DO 

;)


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...