FOLLOWER

Monday, July 25, 2011

I LOVE WEEKEND. COME AGAIN PLEASE.


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian yang sudi membaca setiap bebelan yang terhasil dari jari jemari kecilku ini. Thank you so much my dear. Banyak perkara saya nak buat pada blog ini tapi still terbengkalai dan tertangguh. Kadang kala terfikir nak tukar layout lah, nk setting balik itu ini, tapi bila tiba masa, still tak terbuat buat juga. InsyaAllah ye kalian, akan dipertimbangkan ;)


Eh ! next week da bulan Ramadhan kan. Allhamdulillah kita masih dapat menikmati bulan Ramadhan, so nak story about next week, itu next week punya cerita lah kan, saya nk cerita mengenai last weekend (sabtu/ahad) . macam yang u all tahu, saya ke Batu Pahat menghadiri majlis aqiqah lil princess kak zura iaitu AINA ADRIANNA, terima kasih sayang yang tidak terhingga juga kepada incik jantung hati ku yang sudi meluangkan masa dan mengizinkan saya mencuri masanya untuk menjadi partner ku ke majlis tu. Terima kasih ye. 


Aina Adrianna, sebiji muka kak zura ! dan perangai pun macam kak zura, kami sampai je, kak liza kacau lil princess tu tapi dia tidurr je dengan nyenyak. So, memang tak tertukar bayi lah makna nya, sebiji kak zura sebab kuat tidur ! hehe. Pipi dia sangat bulat dan tiada rashes, of cz lah kan, bonda dia kerja farmasi, yelah sesetengah baby kan demam kuning lah, then pipi penuh rashes, tapi lil princess kak zura, sehat dan kuat ! sure sebab makan vitamin dari company nova. Haha. Then saya tanya kk zura, “ni nanti aina panggil kak zura mama ke ? ibu ke? Umi ?” dengan slumber kak zura kata “bonda” huhu. Bukan gurau-gurau. Bukan cobaan. Ini betul2. Katanya classic dan ada kelainan. Oh, can u all imagine, nnti 2020, lil princess kk zura memnggil nya “bonda” dan “ayahanda” fuhhh~ orang dengar pun 8 kali toleh.



Saya nak kenal kan u all kepada FIRA !!! sangat chomel ! rasa nk culik buat balik. Aisshh,  dengan baju pink dia. Muka innocent dia. Betul2 chomel ! bila tengok fira, teringat je hal percutian kat langkawi dengan ecah (mama fira), masa kami pergi bercuti bersama, fira dalam perut lagi, 7 bulan kot, rasanya lah kalau tak silap, ecah cergas lagi, sanggup naik cable car, mendaki lagi, berjalan kesana sini, masuk gua lah, lasak sungguh. Lepastu steady je. Bila dalam flight nak balik je baru lah dia mabuk dalam flight. Kami sibuk pass2 gula2 berangin pada ecah. Eheh, dan bila berjumpa lagi, fira da besar ! putih melepak, besar kemungkinan, masa ecah sarat mengandung, kan dia tengok saya kan, mungkin baby tu terkenan kan kulit saya kot. Thats y lah putih melepak macam saya juga. Hahahaa. *statement yang bakal mengundang kontroversi ;P


*giler chomel !!!~ saya nak macamni satu !! T_T


Dapat mlepaskn rindu pada my twin ! kak ain, sampai je Batu Pahat, saya dan incik lalan ke rumah ain, sampai je, wah, family dia dah hidangkan lauk, sup ayam, tempeh pun ada ! kalau orang jawa johor, kami akan makan bercecah tau. Goreng pisang cecah samabl tumis ke. Keropok cecah sambal kicap ke. So semalam, mak kak ain buat tempeh dan sambal kicap, incik lalan kan orang kedah, dia makan tanpa bercecah, saya tanya dia “tak tawar ke” kata orang jawa “anyep nanti rasanya” hehe. Kemudian paksa dia makan bercecah, kat rumah kk zura pula dia berkenan pada lepat pisang johor. So nampak gayanya, kena study buat lepat pisang pula lah lepas ni T_T saya kurang mahir lagi. Kalau goreng pisang retilah, lepat pisang, pening lagi, hehe



Around 5pm sampai muar, kami ke tanjung muar, naik bot mengelilingi muar, makan2 sambil menikmati bayu dtepi laut ! *laut ke ek? Huhu. Gambar ada pada incik lalan lah, nnti jumpa, saya publish ok. Ok. Ini sahaja yang berlaku. I’m very happy !!! Cuma nak lepaskan kak ain balik. Incik lalan balik. Kawan-kawan balik. Rasa sedih. Cepat je masa berlalu. Oh masa !!!! saya rindu mereka lagi. Rindu sangat sangat. Tak pa, raya ada lagi kan ?




Ok. Itu sahaja yang berlaku. Jaga diri u all ye. Kepada yang rasa hari isnin sangat membosankan. Dan kerja adalah sesuatu yg memenatkan, ingat lah, mana ada didunia ini kerja yang tidak penat. Ikut logik, ada ke ? yg lagi penat adalah. Apa yang kita ada sekarang, terkadang, tu adalah impian orang yang mengimpikannya. Trust me ;)


No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...