FOLLOWER

Tuesday, July 19, 2011

MENERIMA HAKIKAT HIDUP

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri, merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan, namun kita masih tak sedar mengenai HAKIKAT ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

Ramai orang tersalah sangka mengenai maksud kebahagiaan dalam hidup, selalu orang mengaitkan faktor kebahagiaan hidup dengan harta, dengan faktor kekayaan,walaupun sememangnya faktor itu turut menjadi penyumbang, tetpi itu bukanlah segala-galanya. Ingatlah, betapa ramai orang yang berada dan memiliki rumah besar dan mewah, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak memiliki ketenangan dan lenanya tidak neyenyak. Bahkan orang yang tidur dipondok buruk,kadang-kala lebih lena tidurnya berbanding mereka yang menetap di rumah mewah. Ada juga orang yang dihidangkan dengan hidangan yang hebat dan lauk pauk yang hebat, tetapi lidahnya tidak memperolehi nikmat keenakan itu. Bahkan orang yang hanya di hidangkan satu dua jenis lauk sahaja tetapi dapat menikmati hidangan dengan lebih sedap dan selesa.

Kata Hamka, 
“lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya” 
semua orang menyangka, 
andai memiliki kemewahan tentulah akan memiliki 
kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan.

BELUM TENTU !

Tiada apa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Dan jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh di hulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menguruskan urusan kita dan Allah tidak menyerahkan urusan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangkakan kita tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah, apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak menyangka dan Allah mewujudkan keajaiban dalam kehiduan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah, lihatlah wahai dunia, kadangkala manusia apabila hilang suatu benda daripada dunia, seolah olah seperti hilang segala-galanya. Ingatlah kembali dalam hidup kita, sudah berkali-kali kita mengharungi keperitan hidup. Ingatlah ketika kita melalui keperitan kita akan merasakan seperti kita tidak dapat keluar daripada permasalahan itu, tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan mengeluh dan berkata “habislah aku kali ini”, Tetapi usia kita semakin berjalan, Allhamdulillah kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini. 

Ketika kesusahan kita akan mengatakan “Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah”, tetapi hari ini kita telah lupa akan perkataan itu,dan kita kadang-kala lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

Orang-orang berkata kepada kita 
"disana orang ramai berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau”,
 “habis lah kau kali ini”, Tetapi Allah berkata, iman dia bertambah. 
Tidak sepatutnya kita mengatakan
 “mengapalah Allah membenci aku? Apalah dosa aku”.

 JANGAN !

kata Al-Quran, iman mereka bertambah. 
Mereka kata “cukuplah bagi kami Ya Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”.

Pengalaman sering mematangkan diri, siapa yang tisdak melaluinya tidak akan memahami. Maksudnya, orang-orang yang pernah hidup dalam tawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal, bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadamu Ya Allah”

Kita sering lupa pada kehidupan kita di akhirat, 
apabila insan melihat dunia darpada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas.
Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan kepada kita selam ini ?

kita selalu hendak bersyukur andai diberikn benda baru.
Dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini adalah satu nikmat yang besar.

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita”
yang kita ada sekarang inilah harapan kita,. Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa pada yang telah ada.



my tears flowing like never stop while watching this.. :(

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...