FOLLOWER

Friday, November 7, 2014

SI KATAK


"Awak ni macam katak lah,
tapi bukan bawah tempurung lah,
Bawah helmet, moden sikit"
-incik lalan


Saya bukan jenis lepak dgn kawan2,
Pergi konvoi sana-pergi konvoi sini,
Pergi melancong dan bercuti dgn kwan2,
Tu bukan jiwa saya. Kalau saya pergi pun, hati saya akan menjerit "bila nak balik?"


Macam pi teambuildg kat pahang haritu,
Malam tu saya mesej incik lalan :
"Tak boleh tidur-kalau dekat, dh lama minta awak jemput"


Then saya mesej adik saya aza :
"Tak boleh tidur-tak sedap hati lah kat tempat orang-rasa nak nangis"


‎yang faham saya,
Incik lalan je.
Dia tahu, sebelum nak pergi mana2 dia akan singgah toilet petronas, even saya xnak ke toilet pn dia akan paksa sbb dia tahu nti saya lorat nk ke toilet dn saya sgt mmilih toilet.


Dia tahu‎ kalau dh 1 jam berjalan, saya kena pergi makan kalau saya lapar nanti saya jalan terkedek-kedek macam robot bateri dah weak dan termengah mengalah kan org semput teruk, padahal propa semata ;p


Dia thu, bila saya dah kenyang saya akan happy dan dia boleh ajk saya kemana pun saya akan on. Lepastu saya punya otak pn akan boleh respon dengan laju. Siap boleh tawaf 3kali shopping cmplx.


 
‎Bila dh ada kereta baru dan semangat baru, ingtkn sy akan berubah lah sosial sikit kan, manatahu hangout dengan member sana sini. Saya kan muda lagi. tapi malangnya tak, saya memang jenis bkepit dengan family dan incik lalan. Saya sendiri pelik dengan sikap saya dan sering mengeluh mengenangkan nya. Kenapa laaaa tak havoc langsung bab enjoy jalan merata ni.


Maybe faktor tumbesaran. Hehe.
Ye, zaman sekolah menengah dikala kawan2 saya dah ke bandar tanpa pemantauan mak ayah, pergi sendiri dengan kawan2 konon cari buku belajar di the store wetex muar padahal dating kat macD wetex. Saya? Still dengan my family. Sekeluarga teman. Haha. Teringin nak kemana-mana, semua dgn family. Nak cari apa, nak beli apa, sekeluarga teman. Sbb myfamily muda lagi, adik2 kecik lagi, so bila bab bjalan sekeluarga, weols enjoy. 



But now i'm proud,
Bila kita tak pernah hangout dengan member2 sangat, then kita ada pasangan yg boleh jadi kekasih dan dalam masa yg sama bestfriend, lagi syok tau. Kite xde experience tu, so kita jakun, then kita have fun dgn dia.


Contoh : 
Saya tak pernah main bowling / pegang bola bowling, so saya kata pada incik lalan "awak, pada tarikh ------ ni pertama kali saya pegang bola bowling" lalu incik lalan pun guna jari telunjuk dia, tonyoh dahi saya dan kata "POYO" hahaahha


Pada korang yg kaki bkepit dgn family kemana-mana, saya tahu, uols mesti jeles gila tgk member2 yg duk upload "sedang mendaki gunung tahan"-"sedang makan mee siput disebuah kedai yang terkenal dimalaysia"- korang ada niat teringin, tapi korang setakat ada niat, nak pergi malas. Hati sentiasa tak da semngat dn mood.


Korang just kene cari "someone" yang korang tak kan boring menghadap dia 24jam, dan dia pun tak boring menghadap korang. Apa yg uols tak pernah nak buat, uols akan buat. Dan uols akan kata "ni pertama kali--" trust me, ia merupakan ayat yang sngat menarik untuk perhubungan. Dn cnfirm partner korg akan smngat bwa korg jln2 lh mmndgkn dia thu korang adalah "si katak" hahaha


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Thursday, November 6, 2014

Wednesday, November 5, 2014

SALINA BRIDAL


Assalamualaikum,
 
saya telah meletakkan keputusan yang muktamad untuk memilih SALINA BRIDAL sebagai bridal pilihan saya. kak salina sangat cantik orang nya okey
, kulit pun mulus gebus,
so rasa confident untuk dia makeup kan saya




*yg pegang kamera*
cantik kan ?
saya sangat adore pada kulit dia,
licin, tak da cela.
 
 
macammana saya booking SALINA BRIDAL ?
 
1) Like page : PAGE SALINA BRIDAL
2) Add owner Salina Bridal : OWNER SALINA BRIDAL
3) Survey blog Salina Bridal : BLOG SALINA BRIDAL
 
setelah berpuas hati,
saya ambil no hp kak salina, whatsapp dia,
dia tak sombong tau. whtsapp kita akan dibalas,
tanyalah apa jua soalan ;)
 
019-700 7028
 
lepas berborak dan plan nak booking,
kak salina datang rumah saya, tgk keadaan rumah utk letak pelmin,
dia bagi cadangan terbaik
dan malamnya, saya ke butik dia di
 
No. 7, Jalan Raja 10, Taman Desa Temiang,
84000 Muar, Malaysia
 



 
actually saya baru booking bridal sahaja,
pemilihan baju / pelamin / meja makan beradab/
bilik tidur, saya masih tk buat keputusan,
sbb masa tu incik lalan outstation,
so lepasni boleh lah ajak incik lalan,
sama2 mmmilih :)
 
apa2 lepasni saya share lagi ye.
ok. bye
 
 
 

MACAMMANA NAK JADI CERIA


Bukan pertama kali saya mendengar soalan :
" macammana kak ekin boleh happy 24jam ? Ceria je ? Kepoh je? Tak da masalah ke? "



Macammana saya boleh ceria 24jam? 
Mana ada orang happy 24jam, 
Orang gila yg x da perasaan pun kalau datang angin tak baik, dkejarnya orang. Hehe. 


Cuma saya ada 1 sikap dan ingatan dalam hati yg selalu saya tanam dalam2 dalam hati ni iaitu "bila org jumpa saya, orang tu akan balik dgn gembira"


Tak da rahsia apa pun nak happy 24 jam,
Saya pun kalau nk dtg PMS out of mood juga, cuma saya akan inform orang sekeliling (kawan sekerja dan tersayang) so andai saya yg 24jam gelak ttibe lemau, faham lah mereka dn mereka tak kecik hati. Hehe. Ala dh nama pn manusia.


Lagisatu,
Nak jadi happy, toksah cerita masalah kt orang (kecuali yg rapat). Saya selalu ingat dn pegang "tak perlu cerita masalah kita dengan orang lain, orang lain pun ada beban masing2 dan masalah masing2 yg perlu ditanggung, bt apa nk menambah susah kn orang lagi? 


Bukan susah nk jadi happy,
Pilihan ada dalam diri sendiri.


Masalah orang sentiasa murung adalah,
Memikirkan apa yg difikir orang lain,
Yes, tu masalah yang sebenarnya,
Peduli apa orang nak kata.
Mulut orang mana blh dkunci,
Saya kalau sakit hati, 
Saya ingat 1 benda :
"Anggap diri kita ni pokok, orang baling batu, kita balas dengan buah-buahan yg sedap"


Kan? 

Mudah kan? 

Jangan sedih2 ye.

Jangan stress2 ye.

Wakeup-makeup-moveon!!

Muah.

Lady faizal,
Fatinfashiekin


Sunday, November 2, 2014

MY BIRTHDAY

Sambutan my birthday tak habis lagi sebenarnya, last week saya dan incik lalan ada celebrte,
Tapi weall sgt sibuk, mencari langsir kan,
Kesana kesini. Settle pun dh 6petang,
So sempat tunaikan wishlist saya iaitu makan ketam sebanyak 10 ekor, saya seorang. Hehe.

Dan untuk itu,
Atas kesibukkan,
Saya dah pesan pada incik lalan,
Supaya tak payah susah2 nk celebrate my birthdy,
Saya kata "saya tak nak kek, saya tak nak hadiah, ketam tu dah ok sgt dah, jgn risau, saya tak kisah, kalau saya ungkit pun untuk mengusik je, tk da kena mengena dengan yg hdp atau meninggl dunia, haha"

Ta‎pi harini,
Masuk je kereta, nampak kereta incik lalan bselerak. Ttibe kat seat blkg ada kotak besar. Tapi malas lah saya nk tegur. sebab incik lalan punya kreta, silap2 buaya pun ada. Pastu incik lalan x senang duduk. Dia kata "bukak lah kotak kat belakang tu"..

Saya pun tercengang, 
"Hah bukak? Kotak mana? Mana ada bungkusan kotak"- yela kotak yg dia mksd kn surh buka tu pn sbenrnya kotak yg ditelangkupkan sja. So bila incik lalan cri kotak suruh dbuka, saya blur. Saya mbayangkan kotak hadiah breben ke. Hehe.

Pastu incik lalan kata
"Kenapa awk x bising krte sepah hrni? Biasanya awk bising. Saya dh selerakkn kereta, letak kotak lah supaya awk bebel dn bila awk kemas, awk nmpk hadiah saya"

Saya balas 
"Hehe. La, harini saya rindu awak. So masuk krte malas nk bebel lah, terus tuju kat awak, tgk awk dn sengih"

Masa incik lalan hulur je hp baru hadiah katanya, saya blur, saya adalah wanita yg tak pandai tjuk reaksi, saya akan blur. 

Then, kami pi cari batang langsir.
Batang langsir? Betul bunyi nye ke ea? Bia lah jnji uols faham. Hehe. Lpastu saya merengek lapar, incik lalan belanja red velvet / ayam turkey / beef steak for my birthday. Harap maklum gmbr mknn saya x da sbb masa tu busy update application kt hp *almaklumlh hp baru* saya asyik "nak instagram-nak fb-nak whatsapp" aku ni mane reti sabar orangnye kan. Haha.

Kesimpulannya,
Terima kasih !
Actually tak ada lah romantik sgt cara incik lalan, dengan gaya dia, everything smooth, but saya hargai. Effort dia nak buat kejutan dalam selumber.

Thank-u jantung hati :)

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Friday, October 31, 2014

LELAKI INI


this is the man Allah amaanah me with. no relation face no difficulties. giler apa lancar je hidup. mana ada.

but we can all try to make things easier for each other.

buruk mana pasangan kita--
buruk kita entah macammana;
kira untung dia sudi terima kita.

kan?

mari jadi perfect for each other,
dan bukan kita nak yang perfect sahaja.
kita pun bukan perfect mana.

:)

#fynnjamal

Wednesday, October 29, 2014

EX BF NAK KEMBALI !

Haish, my ex bf 6 tahun lepas call my mom,
Merayu kata rindukan saya,
3hari bturut mimpikan saya,
Siap mesej pula pastu suruh sampaikan kerinduan pd saya.
*meroyan*

Its just small matter,
Tapi blh bygkn x perasaan yg kita dah moveon 6 tahun,
Ttibe ex korang still ditakuk lama.
Pastu meroyan nak uol kembali.

Saya dan incik lalan sgt sama persamaan
mengenai kisah silam kami,
So dia sgt mmhami sifat2 yg ada pd my ex.

Saya bila dah syg kt org,
Saya betul2 sayang,
Saya tak kan main2,
Saya akan 100% serius,

Tpi, bila saya dah give up,
Saya kata "stop"
So bmkna tiada lagi peluang.

So pd button friend di fb saya,
Ssiapa yg tiada mutual dgn saya,
Tidak boleh add saya kecuali tekan button follow,
Tu pun blh baca status yg saya public kn sahaja.
Kalau btul2 nk jd member sy kt fb,
Tinggalkn msj.

Dan gambar di fb,
Saya tukar gmbar saya dn incik lalan,
Rasa selamat sikit. Hehe.

Confirm, seminggu dia akan tunjukkn sifat psiko dia,
Aduh, bosanyaaa

__________________________________________________________________________

Bila mama kol kata my ex kol dia,
Saya terus kol incik lalan :

Me : b, nak tahu x, ex saya kol mama,
Kata rindu kat saya. 3 malam bturut dia mimpikan saya katanyaaa..
*sambil buat suara nk bg incik lalan jeles*

Dia : ala, setakat mimpi basah dgn awak buat ape....
Mimpi basah pun nak cerita kat orang.

Me : *blur* (-_-")
_____________________________________________________________________

Dear ex,
Move on lah,
Tak da sapa boleh ganti incik lalan
Kesayangan saya.
Dia perfect.
Bye

I'm lady faizal,
Fatinfashiekin



BERKENAN

Saya benci kuning,
Tapi sekarang saya rasa jatuh cinta la,

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, October 27, 2014

PROJEK RUMAH

Saya tak sukaa rumah yang berlangsir berbunga-bunga kecil,
Saya tak sukaa warna warni langsir
Saya tak suka rompol-rompol..
Saya rasa bila warna warni dan bunga kecil2,
Saya rasa macam rumah saya dpenuhi nyamuk.
Saya jadi rimas, haha

Last week cari langsir dengan incik lalan,
Saya memilih langsir bwarna grey.

Saya mmg suka gila dengan warna grey,
Bagi saya warna grey sgt2 lah moden,
Nampak mahal.

Lpastu ada pula promosi frame kat parkson,
Saya ni ofcz lah gila bergambar kan,
Gambar saya je dlm mmry card ada ribu ribu,
Ofcz lah dindg rumah nnti penuh gambar bahagia saya.

Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

Sunday, October 26, 2014

SELAMAT HARI JADI TO MYSELF

To all of my dear friends, family and fiance,
Who wished me a Happy birthday on my special day, Thank you so much. Those wishes made me realize that in my life, There are a lot of people who love me and care for me.

Allhamdulillah, thank u Allah, for making me see another year, thanks for the gift of life. I'm eternally grateful for all the blessings that you have given me that makes me appreciate a good life.

#happybirthdaytome

Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

Friday, October 24, 2014

ONE TEAM


Bertahan wahai raksa
Janganlah kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang
Tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar dibelakangmu
Jangan dikenang
Moga dibunag dendam dan sayu

Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biar aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk sehingga mati

Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...