FOLLOWER

Wednesday, September 12, 2012

PEREMPUAN BEROTOT

Saya tak suka bersenam sebab:

a)Letih. Rasa termengah-mengah. Tu yang malas tu, lenguh sana sini kalau tak biase tau.
b)Takde masa. Selalu rasa bila bersenam konon akan menganggu waktu rehat dan asyik pk esok memerlukan tenaga dan anggap bsenam akan habiskan tenaga. Gituhh. Hehe
c)Berpeluh. Nanti muka kang selekeh, berpeluh, bau masam. Padahal bersenam memang untuk keluarkan peluh.
d)Dah perasan cun. Dan anggap lemak-lemak itu sebagai aset seksi. Haaha


Sebab tu saya malas bersenam, tapi semenjak semua kata saya makin tembam. Dan pnimbg pn menunjukkan saya sememngnya naik 13kilo berbanding tahun lepas.

Uh, so saya just mampu. Sebelum tidur, sitt up + bumping, bia perut tak boroi dan bia peha tak penuh selulit. Dan saya berbangga sebab saya dapat pecah rekod sebanyak 55kali sitt up malamni !! Yess !! Yesssssssss !!!!!

Haa, dengar memang senang kan ? Kan ? Cube korang try lah, diusia lanjut ni, 20kali sitt up pun mampu untuk buat korang pening2 lalat, apatah lagi pada mereka yang memiliki perut yang maju ke hadapan seperti saya,

Bukan senang nak motivasikan diri tau, lepas makan sure mengantuk dn rasa nak landing atas katil je. Ye tak ? Tapi oleh kerana diri dihantui cabaran dari incik lalan, tak blh jadi !!! I can do it !!!

Dulu saya try menari poco-poco. Tapi saya rasa diri saya umpama seekor itik yang sedang berjalan dengan langkah yang perlahan disamping punggung yang kekiri dan kanan ! Saya sendiri tak faham untuk apa tarian tu diadakan ? Hehe. Lawak ade lah, dengar musik dia pn saya dah tersipu-sipu segan gituh.

So, sekarang, tak perlu lah nak bazirkan masa mencari tasik ke untuk berlari. Cari member untuk joget poco-poco bersama. Kasut sukan yang mahal supaya nampak bergaya ketika jogging. Tak perlu ! Gunakan apa yg ada, apa yg mampu. Sebenarnya yg penting sekali NIAT. Dalam bilik pn okey ? Saya okey je. Balik kerja. Buka laptop, pasang lagu favourite dan start lompat sana sini. Yg peting ! Bahagian mana kau nak slim kan ? Fokus ! Fokus !

Bukan apa, saya ni pendek. Lepastu body pn bukan lah sylinder. So bila saya buncit, lagi lah teruk shape saya k. Dah macam perempuan pregnnt tau kalau pakai maxi dress. Perut tu serius spoil. Bila depan cermin je, mama mencelah "SubhanaAllah, mama anak 4 pun steady".. Peh ! Kecik hati tau (-_-") ini tidakk adilll.


Ok. Dah letih, cuma nak kata saya dah pecah rekod diri sendiri ! Hoorey ! Lepas bersenam, sebelum tidur, sapu lotion badan. Even saya sememangnya memiliki kulit yang suram, tak salah nak berimpikan kulit semulus ADIRA. Kan ? Huhu. Yang pentinggg, niat ! Dan fokuss ! Fokuss !!!

Saya nak ubah diri saya ke arah yang lebih positif, untuk berubah, saya memerlukan "langkah".. Langkah permulaan untuk berubah. So, mari melangkah menjadi lebih baik..


Gdnite :)
With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERETA BARU

Arghhhhhhh. geram akuh. geram.
kereta bermasalah lagi,
bila campur-campur-campur,
nilai pembaik pulih kan kerete ni mengeluarkan
jumlah yang SANGAT TIDAK LOGIK !
dan sangat menimbulkan kemarahann dihati dan dijiwa,
nilai pembaik pulihan kereta itu setelah dijumlahkan,
mampu mengeluarkan nilai yang membolehkn kita memiliki
sebiji kereta baru tau !

ye, punca penyakit kereta ni berleluasa disebabkan
hal kemalangan yang memalukan tu,
bila drive gear loose, tk boleh masuk gear.
bila hantar bengkel,
apalagi, kena overhall lah,
jumlah nya memang sangat menggila.
bila 'jantung kereta' tu sakit,
sekarang ia merebak.
aircond je dah 3 kali saya repair tau,
temperature lagi, tayar lagi.
perkara yang sama berulang-ulang.

so meeting diadakan :

KakAlai kata : 
"kin, beli je baru.. viva pun jadi lah."
bila kakAlai bagi cadangan tu,
terfikir. okey lah juga.
asalkan ada kereta. kan ??


Tapi, incik lalan pula mbangkang.
incik lalan kata ;
"kalau nak cari kereta, cari yg puas hati,
nanti kita kahwin nak balik kedah,
travel jauh, so cari yang boleh bawa travel jauh
dan bukan sekadar untuk dipakai"


Abah dan mama pula kata :
"okey lah yang sekarang,
sakit sikit normel lah,
nak beli kereta baru, kahwin dulu
membazir dekat kerete je nnti..."

dan sekarang, masalah kereta ni menjadi-jadi,
perbincangan diadakan,
dan saya tak kira ! kereta ni dah melampau,
so perbincangan diantra abah saya dn incik lalan,
beli kereta second hand.
saya berminat pada SATRIA GTI.huhu
dan still incik lalan nak saya gunakan kereta lain,
dan saya kata pada incik lalan,

"tunggu kite kahwin dulu, 
saya tk nak kita terbeban hnya mengenai kereta,
kalau betul awak memikirkan kita mmerlukan
selain honda city utk mmudahkan kita travel blik kedah,
contoh awk nak saya pki honda stream/toyota wish, 
its ok. tpi bkn sekarang, sbb sy x perlukan,
sbb sy selalu takut,
kalau sy pki MPV lh kan, tiba2 kita putus 
sure org laki tkt nk meming saya nanti kan ?" huhu

kak Ani lagi hebat,
dia kata
"kin, kalau naik MPV,
jangan lupa parking sebelah kakAlai" 
serius statement lawak. huhu

kesimpulannya,
tak payah menyusahkan diri dengan perkara yang tak perlu,
orang lain tu lagi susah, duduk dekat johor,
keluarga kat pulau pinang, balik naik kancil je tau..
tk perlu pun MPV..
Kan ? kan ? kan ??

kahwin dulu, br plan apa-apa bersama,
atleast, ikatan tu ada. haha
*bila pk kan, gila btul,
anak dara pakai MPV????
dah macam mak orang tau, bukan anak dara,
tak pun janda. hahahha

Apapun ! saya lagi suka caldina,
tak mau stream / wish.. nk caldina


with love,
FatinFashiekin


Tuesday, September 11, 2012

KAHWIN ???

Semakin hari semakin ramai sahabat handai yang menghampiri gerbang perkahwinan. Sebelum ni kbanyakkan yang saya dengar dan tahu, kawan-kawan perempuan lah yang banyak dah bertunang, dan kahwin. Dan NOW, ramai yang dah ada baby. Datang farmasi, mendukung anak. Saya ? Ada anak juga k ! Setiap hari saya bawa dan tak kan saya tinggal kan iaitu anak tekak dan anak mata. Haha.

Dan sejak kebelakangan ni, banyak dapat jemputan member lelaki bertunang dan berkahwin. tahniah lah uols ye. Kalau perempuan macam normel lah, sebab perempuan di pinang. So bila tgk kawan-kawan lelaki saya dah berkahwin, saya tersenyum. Teringat waktu gila-gila dieorang. But, okeylah, dah 26-27-28 masing-masing. Cuma, attitude dieorang tu tak balance dengan umur langsung. Macam baru tahun lepas je tolong dia cari kan gf, tahun ni dah kahwin ? Si tukang cari kan jugaa yang tak kahwin2. Huhu ;p

Tapi, saya dah tak kisah dah orang nk tanya-tanya saya ni bila bila bila bila. Akhirnya ! Saya ada seorang abang yang sentiasa menyokong saya iaitu abang madi ! Haha.

Abang madi ni this year dah 35tahun, orang yang putih, botak, tinggi.. Muke ada iras-iras azhar sulaiman, tapi dulu saya selaluuu pelik. Muka ada ? Kaya ? Bisnes maju ? Kereta baru ? Rumah baru ? Tapi still tak kahwin-kahwin, awek pun tak ada.

Dan baru-baru ni, setelah 5 tahun tak berjumpa. Dia datang ke farmasi, bersama seorang gadis yang sangat-sangat-sangat cantik. Saya tersenyum pada abang madi, dan saya kata "tak sia-sia menanti ye, hasil nya menakjubkan !" baru berkahwin dan sekarang wife dia pregnent, bunting pelamin. And ofcz lah sangat romantik. Abg madi memang tak pernah bercinta, so bila saya pandang mereka, bahagianyaa lah :)

Dan masa abg madi nak balik, dia tanya "awak tu bila lagi ??" Dan saya kata "saya nak ikut macam abang lah, slow and steady, bila dapat,... TERBAIK!!" Dan abang madi tergelak, seblum keluar abg madi sempat kata "betul tu ekin, jangan tergopoh gapah, cari yg betul-betul, dan yg penting ! Jgn lupa jemput abang, cari yg betul-betul ye" dan saya tersenyum.

Akhirnyaaa, ada juga orang yang menyokong apa yg saya lakukan. Ada juga iktibar didepan mata yang dapat saya contohi. Slow and steady. Siapa tak mahu kahwin ? Saya sendiri bercita-cita untuk menjadi seorang isteri sehebat isteri nabi Aisyah R.A even kak Alai dengan kak Ani gelak-gelak dengar cita-cita saya. Kak Alai kata "yela tu kin, akak nak tengk nanti, raya gaduh ke tak nak balik johor ke kedah, lepastu dengan anak-anak nak kena handle, akak nak tgk" huhu.. Tak pa, yang penting, nilai murni nak jadi yg tbaik dah berjaya ada di sanubari. Haha.

Bukan apa, kadang2 seram okeh. Kalau kat news feed facebook saya suka skodeng wall couple2, rasa lawak pun ada. Yela, almaklumlah, boyfren saya ni berumur sikit, FB pn 18 tahun sekali je dia jenguk. So kalau nak berbalas kat wall dengan kata-kata romantik tu, tak adalah, buang tebiat lah kalau dia buat macamtu. Huhu.

So saya suka lah baca mesej wall to wall bf dn gf. Yang lawak nya bila part gaduh, segala rhsia tkeluar. Ada juga yang saya perasan, masa bercinta kat wall tiap hari muahhh muahh muaahh baby baby baby. Sekarang dah kawin, mesej tidak kepuasan hati pula di update distatus. Hal suami itu ini. Hal mak mertua. Semua nak di publish. Takut kan ? Tapi kdg2 jeles juga pada yang loving-loving. Haha

Tapi, saya punya keinginan ! Saya kata pada incik lalan "kamu nak tahu, habis je kite nikah nanti dengan kamu, kite trus nak ambil hp, kemudian kita nak update FATIN FASHIEKIN MARRIED WITH AHMAD FAIZAL, wah !!! Akhirnya diriku sudah berpunya !! Wahh".. Dan kemudian "pukk" incik lalan pukul dahi saya konon bagi saya tersedar (-_-") elehhhh, gurau je punnn.

Ok lah, gud night.
Sweet dream.
Love u.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 10, 2012

BIDANG FARMASI

Ada benda saya nak taip. Ada benda saya nak cerita, tapi, mood tu tak sampai lah. So saya taip then saya padam. Kemudian saya ulang perkara yang sama. Haha.

Ok, kesimpulan lah ea.
Harini barang memang banyak sampai ke farmasi. Almaklumlah, awal bulan, tapi bekerja dengan happy dan bersemangat. bila busy, teringat pada kawan-kawan yang bekerja di farmasi rngit. Mereka lagi laaa hari2 stok ubat dan barang masuk. Huhu. Kami kat pgh, baru sehari, da nk muntah-muntah. So that's y kadang2 saya terasa, kalau nak ambil staff baru, hantar training kt rengit, bagi badan lenguh2 baru hantar ke pgh semula. Huhu

Dan harini, dikejutkan dengan 23 kotak barang dari n-reghco ! Saya oder pampers orang tua DR-P saiz (L) sebanyak 12 buah, just 12. Tiba-tiba tadi saya dapat 12 KOTAK ! 12 KOTAK + FREE 4 KOTAK bermaksud 14 KOTAK ! Pehhh, memang masalah, total harga RM2,088.00.. Pitam hoi, pitam.. Nasib lah kak Alai okey je. Fuhhhh. Allhamdulillah, semoga rezeki KakLai melimpah ruah dengan terjual nya Dr P tu nanti. Kalau lah tiba2 kak Lai kata "ekin !! U're fireddd !!" Terpaksalah minta borang jawatan kosong menjadi surirumah sepenuh masa pada incik lalan ;p

Esok nak sambung menyiap kn stok-stok yang sampai. Fuhhh, doakan segalanya berjalan lancar ye ! :)

Gunait,

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 9, 2012

HANTU AIR

Sunday with family !
1st plan just nak bawa adik2,
Masa bersiap, pujuk juga mama dgn abah, saya kata : "jom lah ! Jom lah !"
Dan abah dan mama pun setuju join tgk wayang. Yeay !!

Cerita pilihan adalah "HANTU AIR" cuz tu satu2nya cerita yang sesuai ditonton untuk adik2 saya, yang lain semua action.

Bagi pendapat saya mngenai cerita tu, SERONOK !!! Lagi2 bila tengk dengan family, best !! Saya bagi 4 bintang. Pelakon pelwak pun bukan calang-calang. Ye sekarang populer dengan zizan dan johan. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak ngam dengan cara mereka buat lawak. So bila tengk cerita lakonan apek senario yg sempoi serta pelawak yang lain. Mmg gelak sakan. Adik saya yg 4 tahun pn gelak besar okey. Bergema wayang dengan gelak tawa semua orang. Best ! Kalau uols ada adik atau anak kecik, bwa tgk cerita ni ye :)

Allhamdulillah semuanya berjalan lancar. 5pm kami sekeluarga sampai ke rumah. Dapat call, sekejap lg family en ridhuan nak datang beraya. Ok lah. Nti saya update lagi ea.

Take care,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 8, 2012

KEUPAYAAN DAN TENAGA PADA SAYA

Ketika Allah menciptakan wanita ,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, :
"Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"



Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FUNNY

" Aku seorang yang sangat menghargai. Kau buat baik pada aku sekali, aku balas kebaikan kau berkali-kali-kali. Dan kau buat salah pada aku sekali, aku akan maafkan kau berkali-kali-kali. Tapi aku bukan Nabi, mungkin ada rasa sakit dihati, lalu aku anggap kau dah mati, lalu aku sedahkan alFatihah saban hari. " HAHAHA -saya rasa macam best pula ayat yang saya reka ni.

Ok. Sejujurnya. My ex bf merayu kembali, *tiba2 rasa diri ni hot pula. Huhu. Actually dapat mesej ni terus screenshot pada incik lalan. Sebagai bukti, yelah zaman sekarang macam2 fitnah boleh terjadi. Sebelum apa2 terjadi saya dah sediakan payung sebelum hujan. Dan Allhamdulillah sebab incik lalan faham, kan dia dah tua, so bnda2 macamni dia faham. Ala, macam dia tak penah alami. Kan ? Cerita kami tak jauh beza pun.

Perasaan saya bila dapat mesej ni, rasa kelakar. Sebab benda tu da 5 tahun berlalu. dan saya sendiri dah jumpa hikmah disebalik kejadian. Sekarang saya sangat sangat sangat bahagia. Ada pula yang datang cuba menghinggap dihati. Hehe. Ni lah nama nya dugaan juga kan ? Bayangkan lah kalau saya ni jahat. Melayan pula tu. Apa kah yang akan terjadi ? Huhu. Yela, syaitan tu ade je kat mana-mana. Ye tak ? :)

Tapi tak mungkin terjadi. Jantung hati saya kan incik lalan. Kalau tak ada jantung hati, macammana saya nak hidup ?? Dan saya kan tulang rusuk incik lalan, fungsi tulang rusuk adalah melindungi jantung dan hati dari disakiti. Kalau saya tak lindungi incik lalan, siapa lagi ??

Maaflah ye kepada empunya mesej yang panjang lebar harini. saya rasa apa yang saya ada sekarang sudah cukup sempurna. Saya sangat hargai apa yang saya ada harini, dan saya hargai kejatuhan saya dahulu. Sebab Allah nak saya belajar dari kejatuhan itu. Allah tu Maha Adil. Kalau dulu saya tak terjatuh, tak mungkin harini saya tahu membalut luka. Atau kalau saya tak jatuh dahulu, mungkin saya lah yang membuat orang lain terluka.

Setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Allah Maha Adil. Allah Maha Besar. Allah Maha mengasihani.

Ha, kepada player2 kat luar sana. Ataupun anda memiliki sikap tidak menghargai apa yg ada didepan mata. Percayalah, anda akan menyesal. Bukan senang nak cari orang yang betul2 terima kita seadanya, so kalau dah jumpa, hargai.

Kadang2 manusia ni banyak alasan, lagi2 yang masih nak enjoy, konon nak mencari yang up to date. Come on guys, one day, bila kau nak cari suami/isteri, wajah tu tak memainkan peranan langsung. Berbangga lah bila org kata "gf/bf kau bagus lah, layak dibuat laki/bini" bukan nya "awek kau sporting bro ! Lepak smpi 5 pagi pn relax, body pn damn hot !!" Apa yg boleh dibanggakan ?

Fikirkan lah wahai sayang sekalian ye,
Pengalaman memang banyak mengajar kita. Tapi kalau boleh, biar lah pengalaman yang berbaloi untuk dikenang sehingga tua. Bukan pengalaman yang menyesalkan.


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...