FOLLOWER

Friday, June 14, 2013

ALISYA AKILAH FATIN FAIZAL

Salam, hai ;)

harini saya nak update sebahagian gambar yang berjaya saya ambil
dari incik Lalan,
terima kasih kepada DSLR CANON 7D kerana menghasilkan
gambar yang menarik 


memulakan perjalanan ke kL
untuk shopping raya dan main salji.
topik shopping raya haritu saya dah update kan.
so harini saya cerita topik yang saya belum share kan lagi.



sampai i-city,
diberikan jacket percuma mengikut saiz badan,
agar tidak kebas melawan arus sejuk.
adik qila mula2 suka dia dapat baju pink2,
kakak dah mula merajuk sebab baju dia besar,
tapi bila masuk ke dalam,
haa, adik lah mula mengerang kesejukkan dan minta dukung.



kami dah masukk !!


siann incik lalan.
tak da gambar dia kan. 
so saya volunteer lah ambil kan. hehe.





HAHAHAHHAHA
masa dia pakai topi tu saya kata
'bukak2 ! nnti ada orang kata macam ni
abang ha, saya mahu tanya itu sikit soalan sama abang,
mana itu sama tempat main2 gelongsong dalam ini tempat'
-sebab ingat kan bang-la hahahaha
dia ketawa bdekah dekah saya cakap macamtu


haa, x pakai topi tu kan kachak haha


tengk muka masing-masing
"sila buat muka Sejukkkkk'
hahahahahah



ini baru comellll. hehe
kakak dah tutup smua muka sbb tlalu sejuk


dah nak balik


bye i-city,
nanti kami datang lagi ye ;)


lain2 gambar 





kakak yang nak berambut panjang,


adik yang ceria sepanjang masa


mereka diatas,
saya dibawa
*saya ditengah




adik konon tak nak senyum
hehe





WONDERLAND MELAKA













Seronok ada mereka,
riuh belaka,
semakin besar semakin best
sebab dah kenal kan,
jumpa je
"nak tidur rumah ibu"

nanti cuti sekolah datang lagi ye ;)

with love,
fatinfashiekin


Tuesday, June 11, 2013

MENYAKSIKAN PERLAWANAN JDT VS KELANTAN SECARA PERCUMA

Salam, hai :)

Saya mendapat mesej dari Kak Lily mengatakan bahawa, pihak #BarisanNasional menaja kami untuk menonton perlawanan akhir diantara JDT VS KELANTAN pada 29hb ini. Dari zon kami, ada 4 buah bas menanti. TQ BN, TQ KJ.

Saya pula, bila kak Lily sebut pada saya, saya terus terdiam. Yela, saya ni adalah seorang gadis yang mampu menangis kerana kekalahan perlawanan bola. Hehe. So saya pun kata pada kak lily. "Kak, ekin ni mudah depressed kalau kalah, semoga akak boleh bantu menenangkan ekin lah ye. Haha"..

Then dah beria nak minta cuti, dah gila bersemangat lah. Sebab dtaja perjalanan, tiket, jersey dan macam2. But then, kakAni kata dia nak cuti, kata kkaida nak ke mesyuarat lembaga pengarah.. So, sedih jugak. Tapi saya ni sejenis manusia yang pelik. Saya akan bayang kan dalam minda saya ada seorang gadis berwajah saya, berpakaian ahli syurga dan berkata "fatinfashiekin,usah bersedih. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya, percayalah.. Redha kan.. Allah dah tentukan yang terbaik" haha. so saya ok lah. Momentum positif meningkat 100percent. Lupa hal bukit jalil.

Setelah seminggu berlalu, Tapi tadi kak ani kata : "ekin, akk tak jadi cuti 29hb, akk cuti 22hb.." Saya terdiam, terus teringat apa yang saya redha kan dan Allah permudahkan :)

Ada juga cakap kat abah "akak patut pergi tak ? Lan kata tempat macamtu tak sesuai dengan akak"..

Abah pun jawab "pergi lah kak, ni tengah bujang, ada juga pengalaman. Kalau dah kahwin nanti, dah ada anak, da susah"

Hmm,
So nantikan lah ea saya pergi ke tak.
Kalau pergi, uols doakan JDT menang. Kalau JDT kalah. Anggap saya tak pernah post apa2. Hahaha.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 10, 2013

VICTORIA STATION

Salam, hai :)

Allhamdulillah perjalanan ke Tanah Aina, Pahang sangat lah menyeronokkan. Part paling best, saya langsunggg tak pancit. Haus ada lah. Tapi langsung tak ada lenguh. Boleh berlari laju. Bergelak ketawa dan tak penat mmerlukan untuk berhenti. Tapi oleh sebab team work, terpaksa berhenyi lah. Tunggu kawan2 dibelakang. Baru lah saya tahu dan faham, berkat excercse setiap malam sebelum tidur berjaya menguat kan stamina saya dan warm up memang penting, even dah selalu excrcse, tapi kalau tak warm up, kejang juga badan.

So dapat lah saya berlagak depan incik lalan dan kata "bila nak tawan Gunung Ledang ??" Hahahah *gila belagak.

Balik dari Tanah Aina,Pahang actually incik lalan yang ambil. Hewhew. Dia tunggu saya di solaris,mont kiara. Saya pun dah inform my mommy and my daddy yang incik lalan ambil so tk perlu risau2 tunggu saya pulang lewat. Turun je bas, terus sengih2 pada incik lalan. Then kol mama kata dah sampai dan incik lalan dah ada depan mata. Yela, mama risau lah kalau saya duk sorang2 kt tepi jalan, nanti kene culik camna.

Seminggu sebelum nak ke TanahAina saya dah booking incik lalan actually, dah minta tolong, dan dia pun ok, sebab dia nak makan steak. Kt melaka tak ada yg sedap katanya *cehh* so kami pun ke Victoria Station.

Layanan memang 5star lah kan. Senyum 24jam, terima kasih tak lekang dari bibir, macam raja dilayan. Bab steak saya ?? Incik lalan pilih. Saya ni bukan tekak western, ampun maaf lah ea, so masa banyak dihabiskan dengan merenung incik lalan makan. Manakala steak saya, cuma 3 potong je saya makan. Bebel gila incik lalan.

Then keluar je dari victoria station, saya merengek minta singgah ke 7Eleven. Roti gardenia lagi sedap !! Hahahahah. Incik lalan kata, kalau ke oversea ke dia tak mau ajak sebab dia kata saya cuma makan makanan jawa je. Siut. Hahahahaha

Hah ! Paling lawak gilaaa, masa tengah makan2, saya ternampak 4 ekor tikus mondok gemokk berlari lari. Oh my God !!!!! Lillahitaala, ini bukan main2, ini bukan tipu2, ini betl2... haha. Saya sendiri terkejut. Tk pernah seumr hidup saya pergi kedai makan nampak tikus tau. Tapi kat victoria station ada tikuss (-_-) hampir2 menjerit juga sambil tangan menunjuk tikus, tapi incik lalan suruh diam dan buat relax. Tak bagi saya inform pelayan.. yelaaa, takut pelanggan lain lari bertempiaran kan sebab kat bawah kaki masing2 ada tikus. Ahhahaha. Nasib lah iols ni baik uols, kalau jahat, saya claim dn saman victoria station dan kata lah pencemaran ke ape ke. Confirm iols kaya. Hehe

Ok2. Ha, mengenai ekspdisi saya ke tanah aina pahang, nnti saya cerita ye ;) ok. Babai.

With love,
Fatinfashiekin

Friday, June 7, 2013

BYE-BYE

Let's go to
 
ActionCOACH Firm, Spark Activators Sdn Bhd (397047-H)
20-3, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Semoga aku tak pancit !
Haha

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 5, 2013

AKU ADA PESANAN

Jumaat bermula 3petang,
Farmasi ditutup dan akan adanya "team building" di solaris, mont ciara.
(Johor - KL)


Mungkin akan ada aktiviti yang menjauhkan aku dari handphone.

Tadi pagi gigih aku memandu ke melaka,
Semata bagi dia puding tembikai susu dan semata nak pinjam sesuatu yang milik dia. Perjumpaan sekadar 20minit. Perjumpaan di tepi jalan. Haha.

Aku pujuk2 kata
"Masuk lambat tak boleh ke ? Breakfast jom"

Kemudian terus Dr Yoge kesayangannya call. Cehh. Apalagi, bab bekerja dia sememangnya komited.

Suruhlah pilih antara Dr Yoge dan Saya ?
Confirm dia pilih Dr Yoge. LOL

Tolong tengokkan kekasih saya.
Kalau jumpa ditepi jalan, jangan tegur ! saya jelouse. HAHAHA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 3, 2013

MEREKA

Seminggu bersama mereka.
Tiba-tiba tak ada,
jadi rindu.

Rindu mereka meleset kat peha dan
Ingin lena disitu katanya.

Rindu mereka berebut memaut tangan aku dan jalan beriringan,
Tangan Kanan untuk adik,
Tangan Kiri untuk kakak.

Rindu dengan cara mereka membuat permintaan sambil berkelakuan manja.

Rindu saat malam,
Dikatil aku yang tidak pernah didiami sesiapa.. tiba2 ada sepasang anak kecil lena memeluk pinggang aku.
kanan adik,
Kiri kakak.

Rindu menyuap mereka makan,
1 sudu untuk adik,
1 sudu untuk kakak.
Sampai habis.

Rindu dengan pelukan dan kucupan terakhir sebelum mereka balik ke kedah,
Kucup bersama pesanan
"Jadi budak baik dan dengar cakap tau, nak jadi bijak, pandai dan cantik kena jadi budak baik.. Kalau perangai baik, muka pun cantik.."

Indahnya kalau mereka tetap disini.
Tinggal disini.

With love.
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

how to lose belly fat in 1 week










dah buat dahhhhh,
setiap malam....
TAPI KENAPA STILL MENAIK ??????
KENAPAAA....

sekarang berat badan 53.7kg !
i need my 45kg back !

sangat susah !

luaran memang tak nampak chubby,
dalaman so spoil.
haritu pangku adik dengan kakak pun mereka tepuk2
peha saya (-_-)

bila makan, saya kata
"ibu suap bia gemuk macam ibu"
masing kata "tak nak !!"
HAHAHA

kawan2 rapat kata "manaada gmuk"
huh, tanya my dad dan my mom,
mereka geleng kepala,
perut saya ni macam pregnant 4 bulan,
cuma entah bila nak menetas2 pun saya tak tahu
HAHAHAHAH

abah lagi steady jawab
"kakak anak abah, bersiap sedia ikut keturunan abah"
sambil tersengih

TAK MAU ! TAK MAU !

incik lalan kata kalau dapat 50kg nk bagi hadiah,
sebab dia lagi bising badan saya makin naik,

orang kata 'hati senang"
memang senang. memang bahagia.

tapi susah hati pandang penimbang di farmasi tu..
100g ke 100g dia naik.
even 100g ! tak bolehhh
sila nyah dari perut, peha dan lengan saya wahai lemak..
please !!






PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...