FOLLOWER

Monday, June 3, 2013

MEREKA

Seminggu bersama mereka.
Tiba-tiba tak ada,
jadi rindu.

Rindu mereka meleset kat peha dan
Ingin lena disitu katanya.

Rindu mereka berebut memaut tangan aku dan jalan beriringan,
Tangan Kanan untuk adik,
Tangan Kiri untuk kakak.

Rindu dengan cara mereka membuat permintaan sambil berkelakuan manja.

Rindu saat malam,
Dikatil aku yang tidak pernah didiami sesiapa.. tiba2 ada sepasang anak kecil lena memeluk pinggang aku.
kanan adik,
Kiri kakak.

Rindu menyuap mereka makan,
1 sudu untuk adik,
1 sudu untuk kakak.
Sampai habis.

Rindu dengan pelukan dan kucupan terakhir sebelum mereka balik ke kedah,
Kucup bersama pesanan
"Jadi budak baik dan dengar cakap tau, nak jadi bijak, pandai dan cantik kena jadi budak baik.. Kalau perangai baik, muka pun cantik.."

Indahnya kalau mereka tetap disini.
Tinggal disini.

With love.
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...