Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Sunday, December 29, 2013
AHAD TERAKHIR 2013
Minggu depan tukar sabtu dating.
Hewhew
2014. Uish ! Selangkah maju kehadapan umur hoi !!! Seram hoi !!
Bukan umur je maju hoi !
Double chin pun maju hoi !
Hehe
Harini merupakan cuti ahad terakhir bagi warga-warga johorean.
Lepas ni jumaat dan sabtu.
So, harini, menikmatinya sepuasnya.
Pergi dapur je, mama dah siapkan lauk pauk untuk diberikan pada incik lalan. Hebat-Hebat. Baru nk tolong da siap. Heheeh.incik lalan kata "jangan jeles ! Menantu kesayangan ni" ceh ! Nyampah !
*gambar lauk-pauk tu adalah sesudah habis*
Actually xth nak cakap apa,
Tapi nk bt post jugak.
Ley x camtu hehe.
Ok-ok. Bye2.
Selamat tahun baru,
Jgn pi phimpunan haram ea.
Pi bhimpun ssama kluarga drumah xpa.
Erat silaturahim dn dapat pahala.
Muah,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BIAR - FYNN JAMAL
Dan memilukan jiwa.
Tq fynnjamal utk bait kata yg sentiasa melebur hati aku
_________________________________________
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
"biar"
katanya, "biar".
wahai ayahanda bonda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda bonda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
"biar"
katanya lagi, "biar"
wahai ayahanda bonda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda bonda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 25, 2013
HAPPY ANNIVERSARY
Love u soo much !! :)
Allhamdulillah, anniversary jatuh pada hari christmas. So, public holiday lah. Habiskan masa dengan family.
Kami berpicnic sekeluarga di halaman rumah, dibawah pokok yang meredupkan. Sangat seronok ! Adik2 lagi lah seronok. My lil boy kata "jom main masak-masak!!" So panggang2 ayam dan jagung. Tiup lilin. Makan kenyang2. Seronok--
*sorry. Tiada gambar weols. Almaklumlah, berpicnic dihalaman rumah sendiri katekan. Aku pun dah macam bibik2 sambil mengipas ayam* hahaha.
Kami berpicnic dihalaman rumah start pukul 11 dan settle pukul 3 petang. Tu pun pagi2 kelam kabut baru nak mencari arang, ayam, kek dn jagung tau. Sos tiram lah, semua baru nak dicari.
Malam pula,
Menjadi rutin, setiap kali anniversary, weols akan pakai kan abah dan mama inai. Macam pengantin baru tu. Hhehe. Tapi ada juga usik abah dan kata "bah, nanti orang ingatkan abah kahwin baru" heheheh.
Dear mom n dad,
Happy anniversary.
Terima kasih sebab memberi kami sebuah keluarga yang membahagiakan dan menjadi ibu bapa yang sangat lah BESSTTTT !! :)
Dear bakal jodoh,
Nanti kahwin,
Every anniversary kita buat camni juga ea. Pakai-pakai inai. Baru lah sweet2 gituh kan hubby ? *pang!*
Love u,
Fatinfashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 23, 2013
MY BOSS
Selamat hari jadi wahai boss kesayangan kami. Semoga segala doa kaklai dimakbulkan Allah. Semoga kekal cantik manis dan Havoc ! Love you ! Hehe :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, December 22, 2013
#HAVOC #US
Dia bersandar kat kereta saya.
Saya duduk dalam kereta dia.
Kunci kereta dia pada dia.
Kunci kereta saya pada saya.
Dia kata : "dah hari-hari naik kereta saya, weekend nak naik kereta awak"
Saya kata : "dah hari-hari naik kereta sy,
Weekend nak naik kereta awak"
But then, ok lah,
Saya mengalah.
So dating naik kereta saya.
Lepastu sepanjang perjalanan dia mbebel kata saya ni "kedek" iaitu kedekut nak bagi bawa kereta baru.
HAHA
Then tgk THE HOBBIT.
Kalau tgk cerita the hobbit je sure lapar.
Betul. Sebelum ni the hobbit part1, saya ingat lagi, masuk tergesa, tk beli popcorn, tk beli air. Lapaar gila. Sepanjang movie tu argue juga. Dia suh saya pi beli. Saya pula suh dia pi beli. Sampai cerita habis, 2-2 lapar. Dah lah crite the hobbit hampir 3 jammm. Peh !
Harini, saya siap2 bekalan nugget / curry puff besar / mashed potato / popcorn / air coca cola / air mineral. Persiapan menonton movie direct 3 jam katekan.
20 minit sebelum movie kami dbenarkan masuk. Awalkan ? Macam biasa lah. Kena menonton iklan penaja2 mereka. Sepanjang 20 minit tu segala makanan saya dah habis (-_-) then berebut popcorn dengan incik lalan. Mengelat gila. Padahal incik lalan sebelum tu dah makan daging landak okey ! Saya je x makan. *sobs*
Lepas hbis movie, trs mcari hadiah untuk kak alai. Dan bila dah jumpa. Cpt2 ajak cari port makan sebab laparrr. Hehe.
Ketam besar ! Sedap !
Kalau birthdy saya, xplu hadiahkn emas ye. Ketam je cukup ! Sedap ! Hehe
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 21, 2013
BUDAK MANJA
Budak kecik ni tahun depan pun dah sekolah dah.
Lepasni saya balik kerja mesti dia buat kerja sekolah. Saya bangun nk pi kerja confirm dia dah segak berbaju sekolah.
Haih, budak kecik ni manja gila lepastu tk pandai bersosial. Kat rumah dia memang hero tersohor. Tapi kalau bawa berjalan, depan orang lain. Dia jadi pemalu.
Last week, kan elisya dan akila tidur rumah saya. Tidur dengan saya. Tgk movie pun, tangan kanan tgn elisya, tgn kiri tgn akila. Budak manja ni cuma pegang baju saya dari belakang. *sian*
Lepastu dia cakap dengan saya "kakak etin dah tak sayang aku lagi ke ?" Hehe. Yela, selama ni, dia je yg saya timang2. Yang saya gomol2 manjakan. Tetiba dia ada 2 pesaing :)
Dan budak manja ni akan bertambah umur, bertambah bijaknya. Semoga sentiasa dipelihara adik kesayangan ni.
Muah-Muah
Kakak,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, December 20, 2013
JUMAAT
Tq untuk daging landak,
Tq untuk buah tangan dari utagha ye.
Ahad ni jumpa lagi ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 19, 2013
RINDU
Next year mereka datang lagi,
Confirm kakak dah malu2 sebab dah besar, adik pula makin lama makin kurus dan meninggi !
Gambar mandi manda.
Gambar celebrte birthday.
Semua pada incik lalan.
Entah bila dapat pada saya (-_-)
*like always ler*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 18, 2013
MAK CIK DAN DOKTOR
Harini, ada seorang makcik,
Penghidap diabetis dan ada masalah kabur dalam penglihatan.
Balik dari hospital katanya,
Sedih wajahnya.
Jarak rumah ke hospital,
Mengambil masa dalam 2jam dengan menaiki motor.
Tetapi dari rumah ke farmasi,
20 minit sahaja.
Dia pelanggan tetap di farmasi,
Katanya mahu memeriksa kencing manis. Saya senyum dan dengan hemah bertanya sambil memakai glove dan menyiapkan alatan.
Saya tanya 3 perkara :
1) "puasa mak cik ?"
2) "hari tu buat operation mata, macammana ? Semuanya lancar?"
3) "datang naik apa ? Dengan sapa ?"
Jawapannya :
1) Puasa sebab pagi ada checkup kat hospital jumpa pakar mata.
Jawapan untuk ke (2) dan (3)
Menyentapkan saya, dengan nada suara menggigil, sayu dan tahan tangis :
"Naik motor dengan pak cik ke hospital. Mata mak cik dah okey. Cuma mak cik tak larat naik motor dengan pak cik ke Muar. Tak larat. Anak jauh bekerja.. Dah 3 tahun mak cik ulang alik hospital periksa mata. Sekarang mata dah ok. Mak cik cadang tak perlu datang lagi. Mak cik cakap elok, tapi makcik sedih dengan doktor tu"
"Mak cik cerita pada doktor tu minta doktor faham. Tapi, doktor balas KALAU MAK CIK TAK LARAT NAK KESINI NAIK MOTOR SURUH ANAK MAK CIK ATAU PERGI MAMPOS DENGAN ANAK MAK CIK BUKAN MASALAH SAYA, yang mak cik sedihkan, orang melayu kita bersikap macamtu.menangis mk cik depan doktor tu, tpi dia langsung tak peduli"
Saya ? Tergamam.
Ingatlah,
Kalau kita marah / bermasalah / stress ataupun rasa diri ni gagal. Jangan buat orang lain bersedih atau marah kerana kita.
Dosa dengan Allah,
Allah Maha Pengampun.
Dosa dengan Manusia ???
Andai tidak dimaafkan ????
Boleh bayangkan tak akhirat kita ???
Boleh tak, kalau jadi manusia yang dapat
Buat orang bahagia dengan adanya kita. Dikatakan badut sekalipun, biar.
Asalkan adanya kita, adanya senyuman.
Bukannya,
Adanya kita, adanya benci / dendam / marah dan emosi.
Pernah terfikir tak ?
Kalau kita minta sesuatu pada Allah dan doa kita tak termakbul sebab apa ?
Mungkin sebab perlakuan kita dngan orang sekeliling.
BEHAVE !!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, December 17, 2013
SERVIS KERETA
Nk kena buat 1st servis for 1,000km MALASNYAAAAAA...
Saya ? Ke bengkel ? Silap2 kalau brader tu kata "cik,minyak hitam harga nya RM1,000 bersamaan 1,000km cik" silap2 saya caya tau ! Haha.
Nak suruh incik lalan ke,
Nk suruh abah ke,
Hewhew
Ke,
Nk suruh mama ?
Hahahah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 16, 2013
KASIH AYAH
Mereka balik kedah dah.
Incik lalan confirm sunyi laa,
Seminggu penuh dengan jerit tawa,
Pasni senyap--
Eh ! Seminggu ke ?
Tak. 3 hari je kot.
Selebihnya kakak dan adik bkepit dengan saya.
Confirm lepasni dia demam,
Trust me--
Dia dah menunjukkan simptom2 demam,
Yala, jalan sana, jalan sini.
Berendam pantai dari pagi sampai ke terik mentari sehingga condong matahari tu. Tapi masih kukuh dia melayan anak2.
Even hidung selsema tersumbat,
Usaha juga meniup pelampung, even macam nak bersembur. Hahaha.
Setiap hari,
Shopping-Shopping-Shopping
Chicken rice shop / kenny rogers / MacD. Sebut je nak makan apa2 pun confirm dapat.. Untung ber binti kan AHMAD FAIZAL ni. Hehe
Tiap kali kakak adk dtg sini,
Memang layanan tip top lah,
Minta lah apa sahaja pada incik lalan,
Dapat punya.
Bila nampak incik lalan usaha nak happy kan anak dia, even letih tapi masih tsenyum. Even demam tapi masih kuat mendukung mereka berdua. Even berpanas terik tapi langsung tak merungut penat. Baru saya faham, itu lah namanya "kasih ayah"..
Pernah nampak ayah kita mengeluh ?
Pernah nampak ayah kita nk kita bsedih?
Pernah nampak ayah kita x bantu kita?
Pernah nampak ayah kita x usaha nak dapatkan apa yang sangat kita hajat kn ?
TAK KAN ?
Kalau ada pun,
Bersebab-- tk mungkin seorang ayah nak anak bersedih dan segala permintaan tk tertunai.. Mungkin ada air mata yang disembunyikan jika dia menolak tiap permintaan anak nya..
Susah macammana pun akan diusahakan.
Kan ?
Dear ANUAR MOHAMED (My Dad)
Dear AHMAD FAIZAL,
U're my truly hero :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...