FOLLOWER

Monday, August 29, 2016

LALAN FOOD

Memperkenalkan !!!
Lalan food !!! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻


Ini lah projek yang saya jalankan,
Impian menjadi usahawan kerepek pisang ! Yes, saya ikut kata suami. Apa jua kata suami, memang saya ikut. Dia suh berhenti kerja, saya ikut. Dia suruh buat kerepek pun saya buat. Sebab bagi saya "keberkatan" ikut kata suami tu bagi saya ianya sangat indah. (Nampak x solehah ? Hahhaha) **kibas shawl**


Suami menyarankan saya untuk menjadi usahawan pisang kerana dia sendiri pengusaha kebun pisang. Dia ada produk, dan dia minta saya pasarkan, memandangkan saya memiliki kelebihan dalam kepetahan bercakap dan dah involve kan diri dalam bidang perniagaan difarmasi selama 8tahun. Dah biase handle supplyer, so tahu lah nak buat macammana.



Kerepek ni kami pasarkan dikedai-kedai sekitar melaka, ada plan nak letak di pam minyak dan RnR cuma sekarang, fokus pada kedai dulu. Sebab takut stok x cukup. (Bukan x cukup stok, tak cukup tenaga ni haa nak menggoreng) hehe



Saya berniaga ni bukan untuk kaya, tapi mencari sumber pendapatan yg ada masa untuk keluarga, dapat bantu suami, dn kluarga. Senang kata tak menyusahkan sesapa tapi berbakti untuk mereka. Amin.


Mula plan bisnes ni sebulan sebelum berhenti, sebulan sebelum berhenti oder zipper plastik, oder stamp cop company, create akaun khas untuk company, minta designer create sticker company, semua bnda remeh saya settle awal,


Berhenti je, saya terus sediakan tenaga belajar mengoreng. Jgn ingt goreng kerepek senang, haaaaa-- cubelah buat yek sayangs sayangs .
Saya melecur dah. Tersagat tangan dah. Tidur 2pagi pun dah. Tp langsung x rase penat sbb semua untuk diri sendiri 💪🏻

Sekarang,
Semua siap !
Doakan berjalan lancar ye 😘😘


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, August 28, 2016

SURIRUMAH

Mcm yang semua orang tahu,
Saya meninggalkan my comfortzone dan mengikut kata suami dengan memilih menjadi surirumah. Seronok !


Saya rasa manusia yang paling happy kat dunia ni ofcz lah incik lalan, sejak lepas habis pantang dia asyik sebut perkataan "duk rumah je lah" dari mula2 iols buat tak faham sehinggalah raya haritu cuti saya setakat 2hari dan incik lalan pula bisingggg, dia kata saya utamakan kerja berbanding dia 🙄 lepas seminggu raya, dia tolong taipkan surat berhenti.


Sebagai isteri, bukan senang nak buat keputusan ni. Tapi, kenalah memilih, sgt tak adil untuk incik lalan sebenarnya, sbb cuti kami dah la x sama, ahad saya kerja, dia cuti. Cuti raya cina ke, compny saya jnis bisnes, so kdg2 x cuti, amik balik pkl6. Kesian gile kat laki gua. Kdg2 dah plan ingatkan cuti ttibe dapat notis x cuti. Dah lebih 100kali saya memujuk dia hehe.


Tambahan pula saya dengan dia Pjj, hari ahad kalau kerja, pkl6.30pagi dah gerak balik pagoh. Balik melaka pula paling awal pukul 7malm sampai.



So skg saya 24jam kat rumah, suami manusia paling happy. Allhamdulillah, dapat suami yang rajin. Walaupn saya dah tak kerja, part malam, ank dia yang uruskan. Saya tidur tepi, suami tidur tengah, anak sebelah suami, actually tak pernah atur apa2, dari ada anak mmg dah camtu, malam suami yg tidurkn anak dn jaga anak. KECUALI anak beyak, memang suami iols serah kat iols dn dia buat muka muntah hijau 😒


Suami jugalah manusia paling risau takut saya boring kat rumah, slalu ajk jalan bila weekend. Kalau masa free, sabun habis pun dia ajak pergi jusco yang jauh kat ayer keroh tu semata xnk isteri dia bosan 😂😂 weekend ajak pi pantai la. Ni tadi dia kata "yang, pergi bercuti bali nak tak?" Saya kata "xmo, mahal ! Kaklai kata pakai dolar tau, naik gajah pn beratus ratus, bazir3!" Pastu dia kata "haa, bandung sejuk, nk x?" Saya kata "bazir-bazir-bazir"... Hehe. Dah nama isterikan, semuaaaaaa bazir. Cb part suami bagi duit, laju beli baju anak, tk bazir pun 😁


Since duk rumah, saya berjaya mengecil. Pinggang 29, dah dapat smule 27. Yes !!! Saya diet gile2 kot, langsung tak makan. Haus trs minum air. No makan-makan. Manusia paling risau, suami iols la, dia kata dia tkt mama abah pk dia xbg makan hehe.



Dan ofcz part best,
Ada peneman iaitu my daughter,
Even walaupn saya dah bhenti dan dia masih dipengasuh, dia lah peneman saya bila petang, skg dia da pandai memanjat, fuh, aktif sebijik mommy dia 😂😂


Ok,
Nnti apa2 saya share ye,


Bye.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Saturday, August 20, 2016

INSTAGRAM FATENFASHIEKIN

Saya sangat aktif di instagram,
Diblog, sabar yew sayang,
Banyak story nak ceritaaa,
Kalau rindu,
Add instgram saya ye
"Fatenfashiekin"



😘😘😘😘


Sent from my iPhone

Thursday, August 11, 2016

8 TAHUN BERSAMA FARMASI SIHAT

8tahun with farmasi sihat,
Peh, macam2 kenangan,
Dah macam my second family.


Ingat lagi 1st time kerja end of 2008,
Sangat lah naif, budak2, poyo dan aneh. Then step by step naik dan menaik, dari bahasa kan staff lain "kak zura", "kak eila" dan sayalah paling bongsu, tetibe bertukar jadi orang lain pula panggil saya "kak ekin" dn saya slu merungut kecewa dalam tawa "oh i'm not bongsu anymore laaaa" 😭


My boss dah macam mak angkat saya dah dan ofcz kak ani mcm along saya, senang kata, langsung saya tak ada rahsia mengenai kerja atau peribadi. Saya selesa untuk share dengan dieorang, umpama perbualan adikbrdik dan dieorg pn akan slumber bg komen yg xde tapis2 jaga hati punye, direct tapi logik haha


Walau banyak kerja dibagi, tapi kiteorang (staff pagoh) enjoy. Buat sama2, sambil buat loyer buruk, tak stress sbb smua orang dah diberi bahagian masing2 untuk disiapkan, kalau lambat siap pn yg da siap akan tolong 😇 xde talam 2 muke, paling2 gosip pun tentang dunia luar je 😆


Saya akan rindukan gelak tawa my bos, puan azlaini muhammad, manusia kaya tapi sederhana haha. Dia selalu nak jadi macam vivy yusof, tapi saya rasa dia dah jauh lagi tinggi berbanding vivy. Dulu pagoh dbawah jgaan kklai, but time flies, kami kena accept yg semua harus ada SOP dn dijaga oleh pihak atasan dn bukan lagi bos, kami rasa kehilangan tapi kaklai masih memahami dan lindung kami.


Kaklai jarang marah, bila kaklai marah kami tahu, kaklai dah penat sangat. Dia sangat bijak, walaupn dia cuma phrmacist, tapi bagi saya ilmu yg dia ada sangat meluas, dia berani bercakap dikhalayak ramai dengan yakin, dia berani untuk berdepan dengan siapa pun dan mahir melembutkan hati sesiapapun (even najib dan rosmah i think haha), dia pandai gile mmasak + suka tetamu datang rumah dia Pasti dia layan terbaik (untill now adore gile dgn sifat dia mlyan ttamu, smua sendiri without bibik! Peh!!)


Senang kata dia dimata saya bukan setakat bos, tapi contoh yg baik sbgai "wanita" dia ada semua nilai baik. Dan saya berbangga dibawah pimpinan kaklai.


"Kaklai, hopefully akk nampak lah, akk sangat lebih baik berbanding vivy. Hello, vivy memasak pun awkward, but see urself, dah lah jaga farmasi sihat banyak branch, boleh handle 3anak lelaki tanpa maid, PIBG sekolah pula sangat lah aktif, menantu kesayangan pula tu. Dan isteri terbaik yang solehah. Aduh. Semua kaklai sapu. U much more lagi hebat tau cuma astro x nampak je" 😂😂😂


Kepada kak ani pula, geng ! Lu ajar gua banyak benda, kite pernah gaduh, kite pernah nangis sama2 sbb xkurus, tapi selalu makan bersama selama 8tahun dgn dialog tiap hari "esok la diet" bukan seng nak bagi keputusan nak tinggalkan lu wei ! Rasa tak lengkap hari2 tak saling buat lawak poyo sbb masing2 dah macam along dan angah. Long, jaga diri ko long, ingt sikit, lutut dah tua, jangan paksa diri buat bend berat, tahulah ko tu serbe boleh long haha. (Gonna miss you)


Wei niza, adik bongsu aku, rampas tittle adk bongsu haha. Dlu aku 39kg je masuk farmasi sihat, dan diri ko yg skg mengingatkan aku yang dulu. Bising. Banyak makan tapi tak gemuk. Cuma beza dgn aku skg, makan sepinggan dah gemuk hehe. Kerje elok2 dlm mcari rezeki kahwin ye. Fokus. Jgn gaduh2 dengan rizal tau. Dia bt bukan2 ngadu pada aku, aku serang dia, okeh ! Hehe



Tq guys !
Terima kasih untuk 8tahun yang indah, terima kasih !


**nangis**
**kesat hingus**
**USAP RANTAI** hahaha


Fatin Fashiekin

LANGKAH 1

I'm leaving my comfort zone. I need to push myself in uncomfortable situations rather than stick to comfort zone. I put my trust in Allah ;)



Caiyok ! Caiyok !


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, August 10, 2016

SURIRUMAH VS KERJAYA

Suami pesan :
"Abang nak tgk sayang yang baru lepas 10/8"


We had our own plan.
Buat masa ni saya tak nak cerita apa dan saya memaksa suami pn tutup mulut. Nanti lah baru cerita, benda baru nak mula. Kan :) skg duk diam2 hehe


Yes. Saya dah resign selepas notis sebulan. Lepas raya suami suarakan lgi suruh bhenti. Dan saya menurut perintah bahawa tanggungjawab sebagai isteri lagi penting.


Harini hari last saya,
Saya sedih,
Tapi saya kene paksa diri untuk keluar dari zon ni dan berpindah ke zon baru.



Wish me luck.
Doakan saya :)


I choose my husband,
My husband my happinest.


**entry havoc harini nti iols share ye**

Isteri solehah,
Fatinfashiekin

Sunday, August 7, 2016

SUPERMOM

Nampak steady,
Padahal supermom,
Nampak kurus,
Padahal 55kg, saya nk 45kg back!!


Actually,
Seriously masa ni saya pening kepala,
Asyik suh incik lalan bhenti kereta tepi sebab nak muntah,
Pastu dia asyik suruh cek UPT,
**iols pandang dia jeling**
Pening kepala gile + sakit sendi,
Macam rasa diri kene demam denggi,
Menggigil tahap mgeletar.


Sampai rumah,
Tak tukar baju ape, terus masuk bilik berselimut, kaseh saya pas kat daddy dia. Mainlah dieorang kt ruangtamu berdua, sambil2 bselubung kat bilik, saya jerit juga "abg jgn lupa bg makan kaseh".,"abg jgn lupa tukar bju kaseh pakaikan baju tidur".., very hemak2 kan, sakit pun pk kan anak lagi.,



Pukul 9.30malam terjaga dari lelap, terus bangun sbb nk buang makeup, tukar baju sbb rsa badan dah berpeluh dan kurang mengigil. Tgk ruang tamu, si daddy sibuk dengan projek dia sambil tu dia cakap2 dengan si anak yg x faham ape2 tapi berguling guling huhu


Saya terus peluk anak dan tidurkan dia, sbb kalau join daddy dia buat projek, entah pukul berapa settle.


Saya terfikir,
Jadi mak2 ni hebat,
Sakit pun ingatkan anak dan suami,
Nasib dikurniakan suami yg ringan tulang, tak kisah bila kena jaga anak, bayangkan mak2 tunggal ? Kuatnya mereka kan.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Thursday, August 4, 2016

IMPIAN

My bucket list before 35 !
Lagi 10 tahun.
Berangan tak salah kan 😆


1) range rover warna pink bserta no plat MAM 1 bmaksud (MAM1), lpas 10 tahun nanti kaseh bru darjah 4. Jemput dia balik sekolah dia kata "thats my MAMI"


2) rumah sendiri. Tanah sendiri. Tanpa bantuan kewangan dari suami. Tanpa bantuan tanah dari abah. Rumah permennt ofcz lah suami py rumah. Tp rumah yg saya impikan ni, design mestilh moden gila. Jnis bcermin dn kristal. Bt kt cameron highland sana, so rumah tu jd rumah kami untuk family day. Atau utk anak cucu bt apa2 aktiviti, dn ofcz boleh tenangkn minda kt tempat sejuk mcmtu.


3) Bawa my family dan family in law ke tanah suci. Seronoknya ! Kami ramai2 duduk depan kaabah, mngaji bersama, doa bersama. Aminn.


4) and ofcz masa tu saya jutawan ! Tapi, jutawan yg bukan mcm dato vida lah. Saya nk jadi vivvy yusof. Kaya mcmna pn family no 1 🤓🤓 dn nk badan mcm dia hahahah



Amin.
Doakan saya.



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, August 1, 2016

TIPS SOROK PERUT BUNCIT

Hai mommy2 ! Ok ank dara pun boleh la, sesiap yang ada masalah perut x berapa cun atau dlm bhasa lainnya "muncit ataupun boncit"


Ni tips tbaik nk sorok perut,
Beli highwaist jeans ni !
Saya sangat seronok dan selesa pakai jeans ni okeh. Rasa confident gila.



Terus mms suami,
Yela dia rasa aneh masa saya kata nk beli jeans button, ala incik lalan kan dia old skool sikit 😂 terus iols mms dia dan dia menafikan kata iols punya gambar. Menci tau

So mommy sekalian,
Makesure dalam wardrobe korang, wajib ada highwaist jeans okeh darlinggggg 😘

Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...