FOLLOWER

Monday, August 29, 2016

LALAN FOOD

Memperkenalkan !!!
Lalan food !!! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻


Ini lah projek yang saya jalankan,
Impian menjadi usahawan kerepek pisang ! Yes, saya ikut kata suami. Apa jua kata suami, memang saya ikut. Dia suh berhenti kerja, saya ikut. Dia suruh buat kerepek pun saya buat. Sebab bagi saya "keberkatan" ikut kata suami tu bagi saya ianya sangat indah. (Nampak x solehah ? Hahhaha) **kibas shawl**


Suami menyarankan saya untuk menjadi usahawan pisang kerana dia sendiri pengusaha kebun pisang. Dia ada produk, dan dia minta saya pasarkan, memandangkan saya memiliki kelebihan dalam kepetahan bercakap dan dah involve kan diri dalam bidang perniagaan difarmasi selama 8tahun. Dah biase handle supplyer, so tahu lah nak buat macammana.



Kerepek ni kami pasarkan dikedai-kedai sekitar melaka, ada plan nak letak di pam minyak dan RnR cuma sekarang, fokus pada kedai dulu. Sebab takut stok x cukup. (Bukan x cukup stok, tak cukup tenaga ni haa nak menggoreng) hehe



Saya berniaga ni bukan untuk kaya, tapi mencari sumber pendapatan yg ada masa untuk keluarga, dapat bantu suami, dn kluarga. Senang kata tak menyusahkan sesapa tapi berbakti untuk mereka. Amin.


Mula plan bisnes ni sebulan sebelum berhenti, sebulan sebelum berhenti oder zipper plastik, oder stamp cop company, create akaun khas untuk company, minta designer create sticker company, semua bnda remeh saya settle awal,


Berhenti je, saya terus sediakan tenaga belajar mengoreng. Jgn ingt goreng kerepek senang, haaaaa-- cubelah buat yek sayangs sayangs .
Saya melecur dah. Tersagat tangan dah. Tidur 2pagi pun dah. Tp langsung x rase penat sbb semua untuk diri sendiri 💪🏻

Sekarang,
Semua siap !
Doakan berjalan lancar ye 😘😘


Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...