FOLLOWER

Tuesday, November 12, 2019

TAK JADI PENCEN BLOG

Sebelum ni saya ada inform bahawasanya saya nak pencen dari blogspot dan akan beralih arah ke Instagram. Yes, saya cube realisasikan, tapiiii—— issh, tak ade blog pun tak boleh lah, meluap-luap rasa nak membawang ada dalam jiwa hahahah

Ok actually yang membuatkan saya get back couple semula dengan blogspot ni sebab saya memikirkan semula "untuk apa saya buat blog?" Then dari persoalan tu jawapan saya adalah "untuk tontonan anak sebagai kenangan mengenai keluarga kami"

then saya kata pada diri sendiri :
"wei kin, u kata blog untuk cucu cicit baca, tapi anak baru 2 orang dan belum setahun pun lagi, dah malas nak menaip,pilih kasih betul, dan blog ni semua pasal kaseh, kang kalau anggun tanya kenapa dia punya story tak ada, haa nak jawab apa ?"

Serius wei, rasa bersalah kat adik anggun sebab tak banyak entry pasal dia, "adik anggun !! Mommy update pasal adik kat instgram akaun fatinovela tu, adik tengk kat sana ye, mommy busy buat kerepek lah dik, malam nak taip story je kene berperang tidurkan adik, acaner mommy nak menaip dengan tenang kan" (alasan kan hahahaha)

Bulan depan adik dah setahun,
Tengah plan birthday adik punya sambutan, tu yg terfikir nak update blog.

Kalau tak update blog pun, kat atas sekali (refer header blog ada gambar2 kan ? Itu update dari instgram, so even tak update blog. Apa yang diupdate ke instgram akan diupdate ke blog juga. Ok lah kn daripada bersawang. Huhu

Ishh entry bulan lepas balik kedah buat kejutan kat mertua pun tak dan nak update lagi, nanti ada masa saya update. Bye bye


Isteri solehah mak penyayang,
Fatinfashiekin



Sent from my iPhone

Thursday, October 3, 2019

LEBIHKAN ANAK SULUNG

Daddy selalu sakat kata "mommy suka lebihkan kaseh" .

.

mula-mula saya tak nak mengaku juga. Tapi last2 saya kata pada suami "kakak dah besar, dia da faham erti pujian, erti kena marah, mommy tak boleh buat kakak rasa bila ada adik, mommy da tak sayang dia"

.

Si adik pula, saya akan memuji adik tanpa kakak sedar, saya pun selalu minta maaf pada adik, saya kata "mommy minta maaf tak memuji adik sangat, mommy tak nak kakak cemburu"

.

Pada usia 3 tahun, kaseh sekarang tengah belajar tentang emosi, bila merajuk dia bawa diri ke penjuru rumah, bila gembira dia punya gembira sampai hampir hilang kat shopping complex sebab berlari-lari, bila insaf dia minta maaf kat mommy peluk tak nak lepas, dan bila berjanji dia dah ingat dan minta kita tunaikan janji.

.

Mommy bukan pilih kasih tapi mommy sedang cuba jadikan kakak seorang kakak yang penyayang dan bertanggung jawab pada adik.

.

Semoga kakak sayang kan adik sepenuh hati dan adik sayangkan kakak sepenuh jiwa. Mommy dan daddy sayang kalian ❤️







TADIKA ALIRAN CINA


TADIKA ALIRAN CINA UNTUK KASEH

.

1tahun-3tahun : playschool

4tahun : kindergarten .

.

Semoga kaseh dapat menguasai 3 language yang diajar, kalau sampai 6 tahun dia boleh adapt, kite forward ke SJKC, kalau tak, SK sahaja huhu

.
Saya berkenan masukkan kaseh ke MRC sebab adik saya teacher di MRC cawangan pagoh, hari-hari dia mengadu penat, dia suka cerita aktiviti sekolah dan ofcz lah saya sebagai emak-emak suka dengar tadika banyak aktiviti dan my lil sis kata chinese agak strict bab belajr dan mengajar, haa ! Lagi saya suka hehe
.
Then my mother in law mesej risau cucu dia masuk skolah aliran chinese (mak mertua i ustazah guys hehe) i jek menantu hantu huhu. Tapi actually tadika kasih sampai tenghari je, so sampai tengahari untuk akademi, sesi petang waktu asar macamtu kaseh belajar agama pula di albaghdadi, 
.
so 2 sekolah :
Pagi : MRC
Petang : Albaghdadi
.
Macam saya ada cerita mengenai pra sekolah SJKC, setelah ber bincang dengan incik lalan, eventho ada kekosongan dan kalau masuk SJKC ofcz la tak kelua banyak duit kn, tapi kami tak nak kaseh pressure, baru 4 tahun, so kami bagi kaseh 3 tahun untuk kuasai 3 bahasa yang diajar, kalau sampai usia 6 tahun dia ok kami forward ke SJKC tapi kalau nampak macam tak boleh adapt, masuk je SK, actually ada pro dan cont SJKC dan SK, dari segi permintaan utk future study untuk bumiputra SK lebih di utamakn, kecuali anak mmg bijak sungguh2 tu lain cerita la.  Apapun, lama lagi, kita tengok lah nanti macammana 😇
.
Ni pun, actually entah sampai setahun ke tak kaseh kat mrc ni sebab kami kn nak berpindah. Suami da mula suruh survey english punya kindergarten juga area rumah baru tu. haih hopefully kaseh tak pening.
.
Perkara saya paling suka kat kaseh, dia peramah sebijik macam saya HAHAHA serius wei, ramah gile, kalau dia mengekor budak nk bkawan then budak tu tak nak layan dia, dia datang kt saya dn incik lalan Sambil kata "dia tak nak kawan kaseh ke?" Sambil buat muka sedih 😆
.
Ok. Tu je nak share.
Kaseh ! Mommy cari tbaik untuk kaseh tau, daddy pun da siap2 menabung utk pembelajaran kaseh, tapi daddy kata bukan free ye, da kerja kena ada potongan bulanan wajib, so kaseh buat pinjaman dengan mommy daddy je hahahah







Thursday, September 26, 2019

MASIH SAMA

Hai blog,
Rindu kat blog,
Tapi banyak update kat Instgram je. Adoi.

Saya masih lagi ekin yg sama,
Rutin pun sama,
Masih lagi isteri yang manje,
Masih lagi mak yang penyayang
HAHAHAHA

ok meh la nak abadikan rutin harian, kenapa laa saya sibuk sangat kan.

( Isnin - jumaat )
4pagi-10pagi : menggoreng
10pagi-4ptg : htr ank sekolah / pos kerepek / bungkus kerepek
4ptg-9mlm : masa utk layan suami dn anak
9malam-12mlm : kopek pisang

( sabtu-ahad )
*Cod seluruh melaka / kl
*weekend adalah masa utk family
*wajib bawa ank hangout

Rutin lebih kurang macamtu je hari-hari, memang penat, waktu tidur saya curi2 juga siang mcm lepas solat ke, yela sbb malam da pack masa, utk makesure tdr 8jam, saya topup la mana2, pernh juga tak tidur dekat 2hari, fuh rasa dia mcm dada berat tau, mayb penat then overdose kafein elak mengantuk so jadi berdebar dada.

Bab kerepek, saya tak berharap sangat pada incik lalan, dia pun penuh jadual dengan kebun yg dia nk kena handle,

Senang kata,
Kami busy, tapi kami bahagia,
At least apa kami usahakan saling berkait antara kami dan untung niaga pisang dan kerepek pisang adalah diantara kami.Terima kasih Allah atas perancangan yang sangat baik💕

Friday, September 6, 2019

PROJEK MADU KELULUT

Hobi terbaru my husband,
Projek kelulut,
Saya sebagai bini, membenarkan dan menyokong sahaja hobi dia.
Tapi kadang kala saya terfikir juga "laki aku tak reti penat ke ea"


Dulu masa suami nak bermula dengan hobi penanaman pisang, saya agak risau juga sebab semua tu bermain dengan modal, tapi walaupun saya risau, saya menyokong, ikut suami pergi beli baja, beli mesin membajak tanah, selagi depan mata saya, saya okey je.


Sekarang dia buat projek baru,
Dia biakkan kelulut, dari 1 rumah bertambah rumah, projek saja suka2 tapi Allhamdulillah ada progress, manatahu, kalau berjaya ? Kerepek pisang disalut madu kelulut ke kn Hahahahah

Madu kelulut mahal woo,
Kalau menjadi, masyuk 💕

Saturday, August 31, 2019

KONGSI KEGEMBIRAAN

Hmm actually i'm really2 excited nak share detail rancangan saya dan husband nak deco rumah kami. Nak share kat u guys macammana liku-liku kami menabung, nak share tentang tiap detail apa kami plan tentang bunglo kami ni luar dan dalam. Nak share macammana kami jatuh cinta pada bunglo ni. Nak share berapa diskaun kami dapat. Nak cerita betapa kami bersabar nak dapatkan rumah hampir sejuta ni.


Serius guys ! Incik lalan setiap malam angau meroyan mabuk kepayang sambil tgk pelan rumah dan kata "yang cantiknya rumah kita" every night. Haha.


But, i know, kalau hari2 update macam annoying kan. So i decide nak create another blog just about rumah i ni.. bila semua siap dan selesai, baru i akan publish blog tu pada umum. Tapi sikit2 i share juga lah pada blog ni.

Paling tak sabar nak tunggu hujung tahun ni alisya dan akila akan habiskan cuti sekolah kat sini, mesti dieorg happy, saya selalu cakap kat incik lalan "dieorang kena ada bilik masing2 sebab dah anak dara dan akan berkahwin nanti" dn yes ! We made it for them 💓



Bye

Friday, August 23, 2019

YURAN MRC KIDS PRESCHOOL

Next year kaseh da 4 tahun,
1.5tahun - 3tahun (sekarang) kaseh kat playschool,
Next year plan nak masukkan ke chinese preschool
.
Cuma, dekat jasin ni yang okey MRC, mesti ramai tertanya-tanya berapa fee untuk anak daftar MRC preschool, rate ni untuk area melaka, tak pastilah is it tiap cawangan harga selaras atau tak.
.
Kalau ikut based harga,
Tak beza pun dengan playschool kaseh sekarang, tapi kalau boleh nak cuba masukkan kaseh terus ke SJKC punya preschool, tp harapan tipis lah kn sebab kaseh baru 4tahun, syarat if 4tahun nk daftar birthday xblh lebih 15januari2016 tp kaseh 27januari, next week incik lalan nak cuba tanyakan,
.
Area rumah kami untuk chinese punya kindergarten yg ade under church/ methodist tu, haih, mana2 tecer preschool chinese, buka la banyak2 cawangan kt jasin niiiiiii. Haha

REGISTRATION FEE AND MONTHLY FEE MRC KIDS PRESCHOOL 2020 :

So the full registration fee as follow:
Enrollment: rm50
Materials: rm471(FD) rm 371 (HD)
Resources: rm400(FD) rm300(HD)
Insurance: Rm20
Monthly fee: rm550 (FD) rm425 (HD)
Uniform: rm60 (2sets)
Sport wear: rm20( 1 set)
Name label: rm10

But now got the promotion, if paid before 30/9/19 min rm800 got the lucky spin promotion and pay the balance before 25/10/19 got free 2 sets of uniform, 1school bag and socks.


Ank mommy da besar,
Mommy soo touching 😭😭

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...