FOLLOWER

Thursday, January 7, 2016

STROLLER KE HANDPHONE

Antara stroller idaman kalbu,
Impian.. idaman..keinginan‎

-Quinny buzz xtra 
-maclaren triumph BMW ‎buggy black


Balik melaka, dari kat meja makan, kat depan tv, kat bilik tidur, saya scroll mengenai stroller idaman kalbu ni. Sampaikan incik lalan tiap minit kate "tengk ape?".. dah nak tidur, dah matikan lampu pun saya still scroll dan incik lalan kata "tengk ape?"


Sengaje je saya nk dia tanya "tengk apa".. sebab dapat lah saya sambung ayat seterusnya dengan menerangkan serba satu kelebihan dan keistimewaan stroller idaman saya ni. Haha ;p



Suke gile k. Sebab sporty habis! 
Saya tak suka stroller baby yang ada gambar cartoon2 lah.. nope.. not my taste.. saya punya taste, biar plain, dah hitam biar hitam, merah biar merah dan TAHAN LAMA. So thats y untill now saya tak dapat lagi cari tilam baby for uall information.. sebab saya cerewet..‎




Lepastu suami balas :
"Nk stroller ke nak hp baru?"
Terus mata iols bgemerlapan dan bersinar-sinaran, hahaha. Ok. Sekarang berbelah bagi *pentingkan anak ke diri sendiri* hahah.



Ok. Topik hp mcmni ceritanya,
Saya yang bijak telah uninstall instagram dri phone incik lalan. Sekarang, tak boleh install semula, sebab incik lalan lupa apple id. Puas saya suruh incik lalan reset tapi dia tk nak layan saya. Dia kata, kena upgrade tkt hp dia tak kuat nk support. 


Dan, incik lalan langsung tak hairan berkenaan instgram yang dah tak ada pada phone dia. Sebab incik lalan cuma pentingkan "mesej + call" aplikasi lain memang dia tak ambil port langsung (-_-)


Hp saya pula problem juga, yg ada igrann, bukan instagram *sedih* thats y saya kalau ambil gambar ke, upload ke, main instgram ke, semua pakai hp incik lalan dn sekarang incik lalan sangat bersyukur bila saya uninstall instgram, incik lalan kata "selamat hp saya, kalau tak, hp full dengan gambar awak, full dengan notification dari ig awak je"‎



So dia pun kata lah "beli hp baru" tapi saya tak nak, saya kata "tak ada hadiah untuk ibu mengandung ke".. hahahah‎



Ok. So? 
HP ke Stroller,
Ke mak buyong nk kene gode suami nak minta dua2. *spray minyak wangi kt leher* hahahaha 



Lady faizal,
FatinFashiekin





HB BAIK



Semalam jumpa doktor,
Masuk je bilik doktor,
Doktor kata "hai ratu bleeding.."
Kurang asam je,
Doktor siap kata tiap kali pandang muke saya macam ada signboard bleeding haha‎


Lepastu doktor kata
"Dah lain muke awak, dah nak bersalin ni kembang dah.... lain dah"..



So saya cepat2 selfie diri sendiri bila keluar dari klinik (gambar diatas)... eh! same je.. ok, fine, hidung je jambu laa.. ngaku laaa... fine lah, memang kembang laa.‎


Keputusan jumpa doktor,
Allhamdulillah semua baik,
Saya masih selamat tak perlu minum air gula,
*kibas shawl*


HB pun cantik tau, 13 tau bacaan,
Hebat tak? 
*kibas shawl lagi*



Masa tunggu turn, 
Semua ada masalah HB rendah,
semua tanya saya "HB berapa"
Dengan bangga saya pun cerita lah,
Lepastu dieorang tanya apa rahsia saya,
Dieorang kata "msti makan obimin bdisiplin kan"
Bila dengar mereka kata macamtu,
Dalam keadaan serba salah saya angguk geleng,‎
Ok, jujur, saya tak makan obimin pun 
*shhh, jangan bagitahu doctor dengan incik lalan tau, nanti kene marah haha*
Yela, terpaksa lah angguk,
Tak kan nak buat dose ajak beramai-ramai jgn makan obimin, tiap orangkan berbeza...


Korang jangan ikut saya tau,
Makan obimin / iberet yang doktor bagi,
Nak lagi elok, tambah dengan minyak ikan,
Tau. Disiplin tau.



Lady faizal,
FatinFashiekin




Sunday, January 3, 2016

IDAMAN



Tak sabarnya nk dress up kan baby sendiri,
Macam tita dan opi ni,
Alaaaa, sukenyeeee--


Lady faizal,
FatinFashiekin


9 BULAN MENGANDUNG

Hai! Saya dah 9 bulan mengandungggg--
Wah, macam tak percaya je.
Sekarang baby dah boleh keluar bila2 masa,
Tapi, saya still pujuk baby untuk keluar dengan tarikh due yang ditetap kan.. jangan awal sangat, jangan lambat sangat..



Saya masih ulang alik pagoh-melaka,
Sempoikan? Sarat2 slumber lagi drive jauh2,
Cuma sekarang dah berdisiplin, bawa kerete pelahannnnn je. Relax2. Santai2. Incik lalan ofcz lah membebebl juga bila saya degil nak ulang alik sebab dia kata biar dia balik pagoh. Saya je tak nak. Sebab nak settlekan hal-hal rumah.


Even boyot, saya masih bersemangat untuk mengemas / memasak dan lain-lain. Rajin macam burung buat sarang. Sekarang tetiba berminat untuk belajar buat kek. Tetiba suka kek. Ade juga saya sakat incik lalan, saya kata "kalau dulu semua orang duk kata, untung dapat faizal, pandai masak, pandai buat kek... TAPI SEKARANG saya rasa, bunyi patut diubah kepada untung faizal dapat bini rajin masak dan rajin buat kek" sambil jeling-jeling perli kat dia haha


Seriously since kahwin, segala kehebatan incik lalan didapur, tak da maknanya, lagi-lagi barang-barang dapur saya yang simpan, kalau dia mencari, kacau bilau dapur. So tu yang buat dia malas ke dapur. Lagi mengada lagi ada. Contoh saya nak pergi kerja saya pesan pada dia "breakfast ada kat tudung saji, air teh pun dah siapkan tau".. saya pun siap2 lah ambil kunci kerete nak gi kerje, tetibe dengar suara dari bilik berbunyi "tapi, saya nak sirap"... lak, sirap pulaaaaaaaaa-- ikutkan jiwa raga malasnya lah nk ke dapur semula. tapi gagah juga, letak kunci kereta, kedapur semula, buatkan 1 jug air sirap kegemaran dia siap2 dan letak dalam peti sejuk.



Kadang-kadang saya pun tak sangka bahawasanya lepas kahwin saya akan sebegini rajin. Tapi, bila balik rumah pagoh, i'm still manje. Yela, ada mama dengan abah, so manje nye dah terbalik. Kat rumah, saya pula ada sindrom incik lalan yang ngade tu. Haha. Tuhan tu adil, kat rumah mama abah, saya jadi incik lalan. Kat rumah incik lalan, saya berubah jadi mama.



Even dah memboyot ni, weekend ni saya ada appointment dengan servis centre, nak servis kereta pula. Ni belum nak ke bengkel untuk tukar 4 tayar kereta lagi ni. Semuanya nak settle kan sebelum bersalin. Ala, relax lah, next week baru 37minggu, orang kata anak pertama mesti 40minggu kan? Ada masa lagi nak havefun dan uruskan semua urusan *jangan risau, incik lalan selalu get ready*



Perkara paling saya gembira untill now adalah, saya tak ada strech marks. Hoorey! Seriously saya tak ada sapu apa-apa, bila gatal saya slumber je garu perut, tapi perut Allhamdulillah molek je. Mungkin sebab saya jenis kuat makan, so perut dah biasa merenggang ;p



Sekarang, saya dan incik lalan juga dah mula tgk kat youtube cara melahirkan baby secara normel. Saya okey je, tapi incik lalan dia tercengang bile tgk perempuan sakit nak bersalin nangis2 dan jerit2 dan paling mendebarkan bila kepala keluar dari kemaluan, dia tergamam. Haha. Dia kata "isshhh, klu bsalin czer senang je, belah dn ambil baby, bab bersalin normel ni panik sebab dah nampak kepala nak keluar, tapi nak tunggu awak teran, ishhh, berpeluh saya kalau awak tak teran2, saya yang meneran"



Yela, sblm ni janda dia semua operate, so dia tak ada pengalaman normel, bila tgk youtube bsalin normel dengan saya, dia pula rasa tak sabar nk suruh perempuan dalam video push cepat2 sebab dh nampak kepala baby. Dia pula over. 


Tapi, mcm sebelum ni saya cakap, saya nak sangat bersalin normel, saya nak anak 6 orang, tapi andai Allah dah tentukan saya bersalin czer, pun saya terima, asalkan baby sihat. Walaupun saya tahu, kalau saya czer confirm saya punya mengada akan bertambah. *teringat masa operate patah kaki dulu, aku paling kuat nangis sampai mk ude trauma tgk aku sakit sangat* hahahaha.


Sebab sakit bersalin normel, sakit sbb nk bagi baby keluar, akan hilang sakit lepas baby keluar.. sakit bersalin czer, sebelum czer dah sakit, selepas czer lagiiii sakitttttt sbb nak jaga jahitan. Oh, semoga dipermudahkan saya bersalin. *aku dh lh kuat nangis*



Ok lh, next entry saya tulis simptom 9 bulan mengandung ye. Sekarang, saya nak tidur, esk ada appointment dengan doctor. Ok bye. Muah.



Lady faizal,
FatinFashiekin

Thursday, December 31, 2015

NEW YEAR 2016 KAMI


Malam tadi tahun baru yang boringgg,
Mula-mula incik lalan ajak tgk bunga api,
Saya ofcz lah malas,
Tapi kesian kat suami, saya kata "okey jom"


Tapi, malamtu,‎
Hujan lebatttttt--
So nak tengk bunga api mcmana kan,
Weols duduk lah rumah,‎


Saya menghadap cerita
"Cinta si wedding planner" kat tonton.com sebab masa maghrib tu tak sempat tgk, sibuk memasak.
incik lalan pula sibuk menghadap laptop siapkan urusan dia. Booo-ringggggg.



Dah habis cerita cinta si wedding planner,
Incik lalan still menghadap laptop,
Walaupun saya dah duk menganggu ketenteraman dia, saya tarik rambut dia, gigit lengan dia, baring kat peha dia.. mata dia masihhhhh fokus kat laptop.. grrrr, boo-ringgggg.



Pukul 11.15pm,
Saya dah bosan yang amat sangat dan mengantuk, malas tunggu detik 12tghmalam, dn malas tunggu incik lalan siapkan kerja dia. 



So saya sambut detik 12tghmalam dalam mimpi,
Tu pun sayup2 dengar incik lalan kata "selamat tahun baru yang.."


Pagi tu, buka mata,
Hujan masih turun,
Ishhhh, macam nak banjir kan? 


Terus saya kata pada incik lalan :
"Selamat tahun baru 2016!!! Saya dah dewasa!! Saya dah 26 tahun!!!! awak dah tuaa, awak dah 35tahunn... euwwww, dah nak 40tahunnnnn...euwww dah tuaaaa"



Incik lalan kata "baru 26tahun dah boyot dah nak jadi mak orang daaa... eeee, dah matang lum..."



Kuangajo betul. 
Hahahah


Lady faizal,
FatinFashiekin








Wednesday, December 30, 2015

KELUARGA PIHAK LELAKI

Suke keluarga incik lalan,
Semua ramah tamah.
Semua best.


Even saya ni kahwin dengan duda,
Dan mereka lebih dulu kenal 1st wife incik lalan,
Bila saya masuk dalam family ni,
Sangat dialu-alukan.


Mula-mula,
Saya rasa gementar juga,
But then, eh, best lah dieorang! 


Semua happy gd lucky,
Semua memahami,
Semua caring.


Masuk je dalam family incik lalan,
Dilayan macam dari kecik dah kite kat situ.
Sebabtu saya tak heran kalau incik lalan tinggal saya bersendirian.


Contoh nak ambil anak2,
Jarak pergi balik dalam 3jam,
Incik lalan pujuk juga suruh ikut,
Saya jawab "tak nak.." sebab saya sangat selesa join sanak saudara incik lalan, langsung tak rasa janggal dan nak mengekor kemane pun incik lalan pergi.



Kadang-kadang incik lalan yang asyik ngendap saya tgk saya selesa tak. Haha. Eh, rindu nak balik kedah ni!! Nak naik motor skuter dengan husband pusing bendang. Pastu pergi pasar malam sambil pegang tangan ;p


#throwback #fashiekinfaizal


Lady faizal,
FatinFashiekin



TIPS PILIH TARIKH KAHWIN CARA SAYA

1) saya pilih tarikh subur saya
2) makesure setahun sebelum majlis dah mula makan folic asid


Sekian


Hahahahaha‎


*bagi yg ada masalah period tk teratur ke, period berlebihan ke, mkesure masa anak dara lah refer doctr ye sayang... ikhtiarkan masalah.. tapi jgn tlalu stress, rezeki tu ktentuan Allah. Saya ada kawan yg period 3 bulan setitik je, Allhamdulillah, bunting pelamin juga*


Pergi farmasi,
Beli folic asid + evening primerose oil,
Makan hari2 sampai disahkan pregnant (jangan berhenti selagi tak pregnant)‎
Bila dah pregnant, stopkan evening primerose oil,
Teruskan makan asid folic sehingga 3bulan mengandung.. kemudian baru tukar pula ambil obimin. Ok sayang :)


Lady faizal,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...