FOLLOWER

Sunday, January 3, 2016

9 BULAN MENGANDUNG

Hai! Saya dah 9 bulan mengandungggg--
Wah, macam tak percaya je.
Sekarang baby dah boleh keluar bila2 masa,
Tapi, saya still pujuk baby untuk keluar dengan tarikh due yang ditetap kan.. jangan awal sangat, jangan lambat sangat..



Saya masih ulang alik pagoh-melaka,
Sempoikan? Sarat2 slumber lagi drive jauh2,
Cuma sekarang dah berdisiplin, bawa kerete pelahannnnn je. Relax2. Santai2. Incik lalan ofcz lah membebebl juga bila saya degil nak ulang alik sebab dia kata biar dia balik pagoh. Saya je tak nak. Sebab nak settlekan hal-hal rumah.


Even boyot, saya masih bersemangat untuk mengemas / memasak dan lain-lain. Rajin macam burung buat sarang. Sekarang tetiba berminat untuk belajar buat kek. Tetiba suka kek. Ade juga saya sakat incik lalan, saya kata "kalau dulu semua orang duk kata, untung dapat faizal, pandai masak, pandai buat kek... TAPI SEKARANG saya rasa, bunyi patut diubah kepada untung faizal dapat bini rajin masak dan rajin buat kek" sambil jeling-jeling perli kat dia haha


Seriously since kahwin, segala kehebatan incik lalan didapur, tak da maknanya, lagi-lagi barang-barang dapur saya yang simpan, kalau dia mencari, kacau bilau dapur. So tu yang buat dia malas ke dapur. Lagi mengada lagi ada. Contoh saya nak pergi kerja saya pesan pada dia "breakfast ada kat tudung saji, air teh pun dah siapkan tau".. saya pun siap2 lah ambil kunci kerete nak gi kerje, tetibe dengar suara dari bilik berbunyi "tapi, saya nak sirap"... lak, sirap pulaaaaaaaaa-- ikutkan jiwa raga malasnya lah nk ke dapur semula. tapi gagah juga, letak kunci kereta, kedapur semula, buatkan 1 jug air sirap kegemaran dia siap2 dan letak dalam peti sejuk.



Kadang-kadang saya pun tak sangka bahawasanya lepas kahwin saya akan sebegini rajin. Tapi, bila balik rumah pagoh, i'm still manje. Yela, ada mama dengan abah, so manje nye dah terbalik. Kat rumah, saya pula ada sindrom incik lalan yang ngade tu. Haha. Tuhan tu adil, kat rumah mama abah, saya jadi incik lalan. Kat rumah incik lalan, saya berubah jadi mama.



Even dah memboyot ni, weekend ni saya ada appointment dengan servis centre, nak servis kereta pula. Ni belum nak ke bengkel untuk tukar 4 tayar kereta lagi ni. Semuanya nak settle kan sebelum bersalin. Ala, relax lah, next week baru 37minggu, orang kata anak pertama mesti 40minggu kan? Ada masa lagi nak havefun dan uruskan semua urusan *jangan risau, incik lalan selalu get ready*



Perkara paling saya gembira untill now adalah, saya tak ada strech marks. Hoorey! Seriously saya tak ada sapu apa-apa, bila gatal saya slumber je garu perut, tapi perut Allhamdulillah molek je. Mungkin sebab saya jenis kuat makan, so perut dah biasa merenggang ;p



Sekarang, saya dan incik lalan juga dah mula tgk kat youtube cara melahirkan baby secara normel. Saya okey je, tapi incik lalan dia tercengang bile tgk perempuan sakit nak bersalin nangis2 dan jerit2 dan paling mendebarkan bila kepala keluar dari kemaluan, dia tergamam. Haha. Dia kata "isshhh, klu bsalin czer senang je, belah dn ambil baby, bab bersalin normel ni panik sebab dah nampak kepala nak keluar, tapi nak tunggu awak teran, ishhh, berpeluh saya kalau awak tak teran2, saya yang meneran"



Yela, sblm ni janda dia semua operate, so dia tak ada pengalaman normel, bila tgk youtube bsalin normel dengan saya, dia pula rasa tak sabar nk suruh perempuan dalam video push cepat2 sebab dh nampak kepala baby. Dia pula over. 


Tapi, mcm sebelum ni saya cakap, saya nak sangat bersalin normel, saya nak anak 6 orang, tapi andai Allah dah tentukan saya bersalin czer, pun saya terima, asalkan baby sihat. Walaupun saya tahu, kalau saya czer confirm saya punya mengada akan bertambah. *teringat masa operate patah kaki dulu, aku paling kuat nangis sampai mk ude trauma tgk aku sakit sangat* hahahaha.


Sebab sakit bersalin normel, sakit sbb nk bagi baby keluar, akan hilang sakit lepas baby keluar.. sakit bersalin czer, sebelum czer dah sakit, selepas czer lagiiii sakitttttt sbb nak jaga jahitan. Oh, semoga dipermudahkan saya bersalin. *aku dh lh kuat nangis*



Ok lh, next entry saya tulis simptom 9 bulan mengandung ye. Sekarang, saya nak tidur, esk ada appointment dengan doctor. Ok bye. Muah.



Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...