FOLLOWER

Friday, October 23, 2015

TUTORIAL BUN RAMBUT (PERSEDIAAN BERPANTANG)



Dari segala perkara untuk berpantang,
Tang tatarias rambut yang duk saya godek2 sekarang, Bukan apa, nak juga lah feeling2 macam che ta, nak bersalin pn makeup, lepas bersalin pn cun melecun.. masa pantang pun stylo..


Haritu saya siap buat muka dan ngorat2 suami minta izin nak pi salon buat rambut sebelum sarat mengandung. Bagi rambut nampak sihat, bermaya, tersusun rapi dan bergaya haha. Macam biasalah, mana suami saya bagi, dia sebut lah konon bahaya lah, ada bahan kimia lah nanti meresap dalam kepala tak baik untuk baby. Hmm..


Ok lah.
Demi baby tersayang,‎
Tak bagi tak pa lah,
Tutorial sendiri lah,
‎Sapu ubat rambut sendiri laa--


Haha
*pang*‎


Lady faizal,‎
FatinFashiekin




Sunday, October 18, 2015

LIRIK LAGU ELEENA HARRIS - TERLALU RINDU


Tengah syok-syok rehat kat farmasi,
Tetibe incik lalan call
"Buka suriaFM sekarang!"

Kalot saya buka suriaFM,
Bila buka, aik, lagu Mnasir? 
Biar betul. Huhu


Saya :
Kenapa dengan radio? 

Incik lalan :
Lambat.‎

Saya :
Ada apa kat radio?

Incik lalan :
Kat radio ada apa?

Saya : 
Ada lagu. Lagu apaaaaa? 

Incik lalan :
Helena arris punya lagu, lagu untuk awak bila saya outstation nanti. Heehe

Saya :
Lagu TERLALU RINDU!  Hehe. Actually, sebelum ni pun dah dengar, dah terfikir dah, kalau awak outstation nanti nk bagi lagu ni kat awak. But, actually pun, sebelum awak outstation saya memang dah sllu nyanyi lagu tu. Otw balik melaka kalau follow kereta awak, kt dalam kereta saya nyanyi2 lagu tu. Rasa bahagia sangat! Haha

Incik lalan :‎
Elehh. Lagu tu untuk awak, bila saya kat sana nanti hehe :) 


_______________________________________

Eleena Harris - Terlalu Rindu

Https://m.youtube.com/watch?v=k2-391vm6Uc


Cahaya mentari di pagi hari
Sinarnya kaburi pandanganku ini
Hembusan angin menemani perjalananku
Yang menuju ke hatimu kekasih

Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bilang dia rindu aku

Ku tak perlu semua hadiah darimu
Ku cuma mahu kau ada depanku
Ku tak perlu semua hadiah darimu
Ku cuma mahu kau ada di depanku

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bila dia rindu aku

Cuba padamkan lampu lihat apa kau mampu
Jangan risau aku bantu
Setiap kerinduan tak dapat ditiupkan
Walaupun angin lembut bayu
Cuba kau teroka jauh sebentar
Kalau takut cuba intai tengok dunia sebenar
Tak perlu laju lari takut tidak menjadi
Mahu saja aku berdikari

Hembusan angin menemani perjalananku
Yang menuju ke hatimu kekasih
Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu‎.‎


Lady faizal,
FatinFashiekin

MACAM-MACAM RAGAM


Haha. Saya nk cari lah novel "Aku dipinang Duda" ni! Macam syokkk je. Tak pun saya tulis novel sendiri "Hatiku dicuri Duda Idaman" hahahahaha.


Dalam this week incik lalan akan outstation,
Risau. Sebab jauh sangat dari dia.‎
Since kahwin, segala keberanian dalam diri saya ni HILANG. Since kahwin, segala kekuatan saya ni HILANG. Almaklumlah sejak dh ada pelindung ni.


Ye, dulu langsung saya tak heran dengan hantu, sekarangggg, mimpi ngeri pun nangis. Ye, dulu kene parang sampai koyak kulit pn diam je, sbb tahu salah sendiri, sekarang, kena pisau masa potong ayam terus MMS suami dan nangis. Tapi, ingat laki aku layan. Makin dia picit luka tu ada. Dia kata "saya doktor, saya tahu apa nak buat" dia tekan kuat konon hentikan darah. Dia pk saya seekor ayammmmm T_T‎


Minggu ni dia pening nk kena bagi ceramah,
Then saya kata,

Saya : seronoknya kalau awak tengah2 ceramah, lepastu saya ada dalam tu, tiba2 saya akan angkat tangan tinggi2 dan kata "doc, maaf, saya tak faham lah dengan apa doc ‎terangkan, doc terangkan laju sangat. Ulang please" saya kenakan awak. Dlam bilik tu, tak ada siapa tahu saya wife awak. Mesti awak terkulat-kulat. Padan muka awak hahaha


Incik lalan : awak ingat saya heran, saya balas lah "kenapa awak lembab sangat, siapa nama awak? FatinFashiekin? Oh, bukan seorang yang bernama berkenaan memiliki iq yang kurang cekap, no wonder la" -dia gelak besar


Saya :‎ lepastu waktu break untuk lunch, saya akan datang kat meja awak ngorat awak ajak awak lunch, yela, semua orang tak tahu saya wife awak. Saya saja lah buat gedik2 kat awak. Hahahaha.


Incik lalan : eh, saya pun buat2 tak kenal awak, saya ajak orang yang cantik untuk lunch, panas kan awak. Lepastu tinggalkan awak. Mesti awak bengang hahahaha


Saya : *kerling dia tajam tanpa kerlip*

Incik lalan : yelaaaa, betullah saya cakap.


Laki saya kalau diajak bergurau,
Joke berdarah hidung dia balas.


________________________________________‎

Ni nak outstation, pujuk2 nak suruh teman beli luggage beg baru, dia shopping mane reti sorang2, nak berteman, dia tak selese promoter ikut dia, saya malas nk ke shopping cmplx since ngandung ni, nk jalan2, mengah, kadang2 tengah jalan berdiri rasa berpeluh nak pitam tau. Tu yg suka duk rumah. Dia pujuk saya sampai tahap gigit2 saya punya lengan, jgn korang bayangkan gigitan cinta pula, tak, ni gigitan nganga mulut luas2 dan masukkan sebatang lengan saya dalam mulut dia. Masatu saya tengah duk mengiron baju, nasib tak tepek seterika kat muka dia. Hahahaha. 


Tapi memang saya tak bagi lah. Kat rumah dah banyak luggage dah, siapa nk guna? Ehem! Lain lah kalau iols ikut, ehem! Hahahaha *motip sangat kan*



‎Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, October 16, 2015

RUTIN HUJUNGMINGGU



Hai sabtu,
Setelah settle mengemas luar dan dalam rumah,
Dan settle memasak dan makan,
Sekarang tersadai kat ruang tamu sambil pandang siling. Fuh, mengah.


Tengh duk lap-lap tingkap rumah kat luar sambil panjat2, tetiba jiran tegur "uiiii, jangan panjat-panjatttttttttt...‎ bahayaaaaa lah mak buyonggg" 


Dulu sebelum kahwin selalu pelik tgk mama, kemas rumah laju sungguh. Pagi2 dah siram pokok bunge. Bersihkan longkang. Sapu halaman. Lajuuuuu je mama buat. Selalu tertanye "tak penat ke?" sekarang dah khwin, saya dah faham, semua tenaga datang sendiri, sebab atas dasar tanggungjwab. 


Bila semua dah settle,
Rasa sangat puas hati! :)‎


Tapi, apapun, bila balik rumah mamaabah,
Saya still manja lagi even dah kahwin,
Bila balik pagoh kalau ada aza,
Wajib air teh panas dah terhidang,
Juadah sedap2 terhidang,
Bilik pun dah berubah rupa,
Ada je cadar mama tukar.
Tak sempat buat apa pun, mama rajin bbenar.
Haha *alasan kan* 


;p


Lady faizal,
FatinFashiekin


Thursday, October 15, 2015

CUTI AWAL MUHARAM SAYA


Semalam farmasi tutup sempena "awal muharam",
Tapi suami kerja, haih, booring,
Sepanjang hari saya memanafaatkan masa dengan bergotong royong disegala ceruk rumah.


11.30am : semua dah settle dan saya kebosanan. So ambil makanan sambil tgk movie.. movie habis, then zohor, lepastu terkebil-kebil tengk syiling rumah terlelap sampai pukul 4. gile lame terlelap kan. Actually tersedar 5kali, tapi pujuk mata rehat semula sebab tk ade ape nak dibuat. Plan saya, pkul 5 nk cabut rumput + sapu halaman rumah.


4pm : hujan lebattt. Mesej suami "dari 1.30 sampai pukul 4 saya tidur, boooooringgggg laaaaa" suami pun balas "aik, macamni nak jadi surirumah? Baru sehari duduk rumah dah bosan".. huhu.. ttibe suami pun sampai rumah, dn dia minta izin ke kebun even hujan.. dia kata kebun tak hujan. So kebosanan bersambung-sambungggg.


Sebelum maghrib suami pun balik :
Gorengkan hot dog untuk dia sebab incik lalan x bagi masak, dia ajak makan luar kesian tgk saya boring katanya.


9malam keluar rumah :
Makan-makan satey + nasi paprik dn macam-macam. Borak-borak. Gelak-gelak. Tengk movie sampai midnight. Pusing melaka ditengah malam.


Saya :
Orang lain semua tertarik dengan melaka, nak bercuti ke melaka lah. Kite ni pula, kategori masyarakat yang tak heran dengan apa adanya melaka kan? Teruk betul. Kite duduk melaka pun malas nk explore apa ada kat melaka.


Incik lalan :
Sebab kita ni bukan jenis suka nk join jalan jamm2 tu, saya pula kawan ajak keluar memang saya malas. Awak pula jenis malas nak berjalan, kena cuaca sejuk, panas sikit bising. Macammana nak explore? ‎


Haha.


Seriously, taming sari ke ape kejadah sewaktu dengannya, saya tak pernah naik dan amik port. Muzium2 ke, ape pun lah, memang tak minat. Ni cuti sekolah ni, cube nk pujuk hati, tgk lah cemana nanti. Nak bawa adik2 kesini.


Patutnya saya ni syukurlah kan? Rumah dah sah kat melaka. Orang lain datang melaka siap booking hotel bagai. Lagi mahu merungut ka? Haha ;p



Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, October 12, 2015

DAH KELUAR WAD! (6BULAN HAMIL)



Happy gile dapat keluar wad,
Yg x bleh blah nya,
Nurse dan doctor kat wad dah kenal saya.
Hahahah


Doctor kata :
"Ape kene ko ni fatin.. dah 6 bulan pn problem lagi ke? Baru minggu lepas ko jumpa aku, harini jumpe lagi.. padan muke kena tahan wad"


Haha


Nurse kata :
"Fatin Fashiekin, awak yang 2 kali masuk wad sebelum ni kan? Nama awak unik, tu saya ingat tu"


Haha


Tengah baring-baring,
Ada lawatan orang dari pejabat agama sebab nak bagi risalah doa-doa orang sedang sakit.


Staff Pejbt Agama (puan aza) :
"Fatin Fashiekin, yang baru ambil sijil nikah originel tu kan? Berjumpa lagi kite"..


Kecik dunia. Selamani whatsapp2 je dengan dia, sebab bertangguh nak ambil sijil nikah originel tu, dh boyot ni baru lah saya terkedik-kedik nak pi ambil. Kebetulan pula, staff in charge kwsan saya tu round hospital ni. So rancak lah borak.


Saya :
Maaf lah lambat ambil sijil nikah tu, dh nak bsalin baru kelam kabut. Almaklumlah, dh nikah ni, x heran dah kalau nk kena tangkap basah dengan suami sendiri. Rasa seronok pula kalau kene tangkap, hehehehe


Pung pang pung pang,
4.30pm keluar wad.
Lambat sebab incik lalan dri negeri sembilan,
Jenuh menunggu.
Sampai je rumah, saya bantai tidur.
Sebab tidur kat wad tak lena,
Kena kejuttt je utk makan ubat @ amik BP dan jantung baby..


Doktor suruh saya bedrest 2weeks,
Tapi saya tak mau. Saya nk kerja.
Oh tak sanggup nak melayan kebosanan dirumah,
Boleh pening kepala tgk dindinggg je.
Kalau kerja boleh borak2 dengan kawan2,
Kerja farmasi pun bukan berat, kalau berat kawan2 pun faham tak bagi saya tolong.


Nampak tak, betapa sayangnya saya pada pekerjaan saya? Nampak tak? 


Ok lah.
Esk nk kerja,
Jom tdr.


*nasib baik masuk wad masa suami still kat malaysia, kalau dia dh gerak ke german@holland, nangis saya kat wad sbb dahagakan perhatian suami*hahahahahaha




Lady faizal,
FatinFashiekin



Sunday, October 11, 2015

DAVID BECKHAM WITH HARPER BECKHAM

Sebenarnya,
Sebab gambar ni lah saya bkobar nak bby girl. Haha. Feeling2 aku ni victoria beckham hahahhahahahha


‎*pang!!


Lady faizal,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...