FOLLOWER

Sunday, March 15, 2015

PEMERIKSAAN HIV DAN THALASEMIA

‎Saya still tak cerita kan? Pengalaman saya masa nak ambil darah untuk ujian pemeriksaan pra perkahwinan. So saya share ye, biar sesiapa yang nak kahwin akan lebih memahami.

Pemeriksaan HIV adalah wajib dilakukan pada semua bakal pengantin, manakala thalasemia pula tidak diwajibkan kepada bakal pengantin.

Pemeriksaan HIV hanya menggunakan setitis darah sahaja, cucuk dihujung jari dan result akan terus dapat. TETAPI, sekiranya anda bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan thalasemia, anda dikehendaki mengisi 1 borang mengenai kesihatan diri anda, dan kemudian darah yang diambil bukan setitik ye, darah diambil ditangan, saya tak tahu berapa ml darah sebab saya langsung tak pandang jarum tu. Mengigil.


Selama ni cucuk orang slumber je, bila orang kata "takut2" saya buat derk je. Sekarang bila diri sendiri nak dicucuk, hah baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Haha.


Saya pergi ke klinik kesihatan kerajaan, saya rasa last saya pergi klinik kerajaan masa saya tingkatan 2, sebab saya accident dilanggar motor betul2 depan klinik tu. ‎Lepastu, dah sihat, pandang pun tak. Ni nasib baiklah terpaksa, kalau farmasi blh buat blood test HIV dh lama suruh kak ani cucukkan. 


9pagi saya dah terpacak disitu,
Tapi bukan saya seorang terpacak. Lagi ramai orang dah menanti dah. Saya ke kaunter pendaftaran, mak cik kaunter suruh saya serah kn borang bakal pengantin pada dia. 15 minit lepastu nama saya dipanggil, mak cik tu tanya saya samaada saya nak buat HIV sahaja atau dengan thalasemia. 


Ikutkan hati saya,
Memang takut nak buat blood test. Takut jarum. Tapi bila pikir semula, alang2 nak kena cucuk, cucuk je lah terus, so saya setuju untuk dilakukan pemeriksaan thalasemia. Saya diberikan borang dan disuruh isikan.


Selepas isi borang pengesahan butiran diri,
Saya disuruh masuk ke bilik 1 tanpa mengambil numbr, ketuk pintu dan direct masuk. Kat dalam bilik tu ada brader botak menanti. Aduh. Saya serius gigil2. Bila dia pakai glove, lagi saya gigil, bila dia ikat tangan saya dan sediakan jarum, lagiiii saya gigil-gigil, bila brader tu letak spirit kat tangan saya, lagiiiiii sayaaaa pucat lesi + gegigilllllll.. bila jarum masuk dalam kulit saya, muka saya macam orang meneran dah.. bila jarum keluar, muka saya macam orang baru lepas makan, 


Selepas settle di bilik 1, saya disuruh membawa darah saya ke bilik 4 (makmal), ni relax sbb member kerja situ, so sambil-sambil tu sharing is caring cerita, 


Selepas settle di bilik 4, saya disuruh ke kaunter pendaftaran, ambil numbr menanti berjumpa doktor. Masa ni dapdupdap, tak heran pasal HIV pun sebab tak pernah buat apa, saya kisah part thalasemia, yela, sian pada zuriat nanti.


Kemudian, no dipanggil, saya jumpa doktor. 
Keputusan saya, baguss,
Terus call incik lalan dan kata, boleh kahwin ;p


So persiapan sebelum membuat pemeriksaan HIV dan thalasemia adalah :
1) borang pemeriksaan HIV dari pejabat agama,
2) pasangan orang mana
3) pasangan kerja mana
4) pasangan kerja apa
5) tarikh kahwin bila
6) dah kahwin duduk mana


Seriously.
Setiap 1 bilik tanya soalan yang sama.
Termasuk kaunter pertanyaan ;p




Lady faizal,
Fatinfashiekin




Saturday, March 14, 2015

SHAWL FOR BEGINNER

Harini cubaan pertama menyarung bukan instant shawl ke majlis perkahwinan pula tu. Saya memang nak kena berlatih pakai shawl sbb wedding nanti tak dibenarkan memakai bawal dan saya pula mmg tak suka tudung awning keras. So, usaha belajar shawl.


Seriously rasa aneh,
Tapi ku lalui jua,
Even merasakan jerawat lagi besar bbanding dahi. Hahahah. Seriously rasa dahi jendul ni sangat berangin. 


Benda baru,
Perkara baru,
So level confident diri saya still rendah,
Sentiasa merasakan pipi tersangat gemuk,
Sentiasa merasakan diri seperti ikan buntal yang tiba2 mengembang. Haha
Nak berborak dengan orang pun saya asyik betulkan shawl ;p


Lagi2 bila orang tegur "eh, macam pernah nampak akk ni! Akk farmasi kan!" punya jauh saya pergi ke selatan, ada juga custmer disitu. Dengan keadaan blur2 dan tak selesa, saya sengih2 dan bersalaman,


Tapi tak pa,
Praktis make perfect! 
Pasni usaha biasakan diri lagi,
Instant shawl memang mudah, tapi saya kena berlatih non instant shawl utk wedding. Semoga berjaya! :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, March 13, 2015

GUEST CORNER


Serius tak tahu nak deko macammana,
Hentam sajalah labu.
‎Hehe.

Guest book still tak cari lagi,
Prop still tak complete.

Tak pa,
Slowly right *muah*


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, March 11, 2015

BAJU PENGANTIN CHAMPANGE


Baju pengantin : champange
Baju pengapit : merah + grey
Baju dayang : kuning + grey
Kanopi : gold + krim
Baju sanak saudara : disarankn kuning
Baju family : mama still mencari


Ok,
Kenapa saya champange tapi yang lain berbeza warna? Sebab my MUA dah pesan :

1) "baju pengapit kena kontra dgn pengantin, jangan ambil warna pastel sama dengan pengantin"..


2) "dayang2 pun jangan sama dengan pengantin, nanti dalam gambar tak menarik."


3) "kanopi jangan ikut sama warna dengan baju pengantin, seri pengantin x nampak nanti, so bia 1 warna tertumpu pada pengantin sahaja"


4) "nikah biar putih, aura warna putih susah nak tanding bila confirm sah bergelar suami isteri nanti"‎



‎Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

PERKARA NEGATIF PEMBELIAN ONLINE

Tiba-tiba abg courier dtg farmasi cari saya,
Terkejut juga dibuatnya.
Yela, saya bukan kaki beli online,
Tiba2 dapat box besar dan berat.


Masa tgk tertera nama saya,
Saya berasa pelik dan berkerut,
Nak buka bungkusan pun rasa berdebar,


Dan bila buka,
Ia adalah tempahan yg saya buat melalui online,
Yang pelik! Saya sebenarnya baru bayar 5% deposit sahaja, mengikut prosuder (deposit then 50%payment then before postage saya kena bayar lagi 50%) baru lah pos.‎


Ini tak,
Baru bayar deposit, dah dapat barang,
Saya ada balance lagi RM220.00 tau sebenarnya,
Ikutkan jiwa raga, nk berdiam haha.
Tapi mana boleh, kena amanah :)
Incik lalan lagi kurang asam, katanya "ini sudahhh untungggggg" haha


Dan bila saya whtsapp company tu dan kata saya dh dapat barang even belum settlekan payment mereka okey je, katanya akan ada next courier nak bagi free gift, so saya tanya lagi "berapa balance payment saya ye?" pun mereka diam. Huhu. 


Saya rasa, sohih, berlaku salah faham.
Memang menguntungkan saya,
Tapi kesian pd company dia. Rugi RM220.00, belum campur dengan kos penghantaran lagi tu.


Nasib baik dapat custmer baik macam saya,
Kalau jenis yang tak nak bayar dan berkeras,
Cemana? Isshhh3 ...


Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, March 10, 2015

TAK PERLU PRE WEDDING


Kami tak perlu kan pre wedding,
Sebab dah banyak gambar bersama dah.
Hehe. Membazir je ;p


So projek saya? 
Print out semua gambar.
Create photobooth + guest corner tu cecantik.


Next step,
Mencari bidai yang tinggi,
Untuk digantungkan gambar-gambar kami,
Dari tahun pertama bercinta,
Untill now! Yeah!‎


*aku baru berangan k,
Tak tahu hasil camna. Haha*



Lady faizal,
Fatinfashiekin



Monday, March 9, 2015

HAVE A SAFE FLIGHT



Have a safe flight darling,
Come back soon,
Gonna miss youuuuu! 
Jaga diri, awak tu darah manis.
*crying*


Saya ni bukan nak pikir bukan2,
Tapi since macam2 situasi jadi pada plane,
Saya pun trauma.
So kalini memang berkali-kali saya ucap pd dia
"Remember! I love you!!"
"Remember! I alwaysss love you!!"
"I love you sooo muchhh"‎


Bila dia dh nk naik flight,
Saya ulang lagii
"Ingat tau, selalu ingat, I love you so muchh",
Dia gelak (-_-") lepastu suruh saya jaga diri.


Semoga dipermudahkn urusan,
Semoga dia sentiasa dalam lindungan dan rahmah yang Maha Esa.

"Tuhan, jagakan dia untukku"

Lady faizal,
Fatinfashiekin




Saturday, March 7, 2015

SAYA LANGGAR PENGHADANG TOL (SMARTAG)


Harini saya langgar penghadang tol (smartag),
Bukan salah saya ea! 
Maybe timer tol tu problem.

Saya lalu je macam biasa,
Ttibe penghadang tu tturun semua,
Apa lagi "panggggg"


Ok saya cerita secara detail ye,
8.45malam, tol pagoh (smartag),
Masa saya memandu,
Sedang ada 2 pekerja tol berdiri dibahagian smartag seperti membincangkan sesuatu,
So saya dengan penuh kewanitaan dalam pemanduan, melalui nya sambil menghalakan seperti biasa saya lakukan,
Kemudian "tet" bunyi scanner,
Saya lalu je, penghadang tu turun semule,
Kemudian "dang!!!!" saya langgar penghadang tu sekuat hati..


Kemudian,
Saya terpingge dan ternganga,
Saya berhentikan kereta dan tgk sidemirroor.
Brader 2 org yang kat tepi tu pun tercengang,
60saat saya tunggu dalam kereta sebb ingtkn mereka akan datang, tapi tak, mereka buat macam tak ada apa berlaku. Mereka pergi kat penghadang dan betulkan semula.


Saya? Ofcz lah iols blur. Perempuan kan. Xthu apa nak buat. Saya keluar dari kereta, tgk kereta saya. Kemudian saya toleh brader yg tengah betul kn penghadang, saya kata " penghadang tu tiba2 turun".. abg tu balas dari jauh "kereta tak ada apa2 kan?"...saya balas "tak ada, okey je, penghadang okey tak?"..dia balas "okey2"...saya balas akhir "balik dulu ye, terime kasih".... *apa motif aku ucap terime kasih tetibe. Hahaha. Nervous tadi.*


Bila dah start enjin,
Saya mula fikir. Saya salah ke, dia salah.
Saya salah?? Ofcz lah tak, saya buat macam biasa je, nk kata saya lembab bawa kereta, hello, tgk senarai saman lah k. Hahaha ;p


Dan fikir lagi,
Kalau saya salah, mesti brader tu dah panggil saya, salahkan saya, ni tak, dia buat tak ada apa berlaku je berdua, datang ke saya pun tak, macam takut juga.


So kesimpulannya,
Tak ada apa berlaku pun.
Kereta saya Allhamdulillah kebal.



Saya call incik lalan,
Bebel dia kenapa saya tak claim apa2 dgn pihak tol.
Hello, nk claim apa? Langsung tak ada kerosakkan kot. ‎Dan pihak tol sendiri rasanya dalam situasi "hal kecik".. penghadang tu tak patah pun.. cuma ke depan. Paham x? Ye la, bila langgar, dia kehadapan. Mcm besi yg ditegakkn. Kihkih.


Lawak juga bila fikir situasi tadi.
Saya tercengang.
Brader tu pun tercengang.


Mama abah kata,
Mungkin ada masalah dalam setting timer penghadang tu...


Apapun, Allhamdulillah tak ada apa berlaku,
Saya tak kan report hal sekecil ni sampai pihak atasan, yela, siapa nak benda macamni jadi? Kalau saya report mesti org last yang handle bab ni akan kena. Saya tak suka kacau rezeki orang. Sebab saya tahu, "tak sengaja" bukan sesuatu yang dipinta :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin






Friday, March 6, 2015

BACKDROP PHOTOBOOTH


Sedang memujuk incik lalan supaya baik hati melayan permintaan saya. Haha. Yela, siapa lagi nak melayan permintaan saya dalam merancana segala rancangan.


Abah?  
Malas nak layan permintaan saya. Haha.
Abah kata, pi ikat kat pokok
T_T



So,
Apalah guna nya mempunyai tunang yang serba tahu dan serba boleh dalam segala hal. Haha. Semoga esok lembut hati dia. Kalau hati dia tak lembut, xkira! Paksa! Haha.



Lady faizal, 
Fatinfashiekin


Wednesday, March 4, 2015

BAJU UNTUK PENGAPIT


Allhamdulillah,
Pemilihan warna untuk pengapit pun settle.


BAJU MERAH
+ TUDUNG GREY

:)

*flower crown akan disponser

Lady faizal,
Fatinfashiekin


BAJU BRIDESMAID / DULANG GIRL


Setelah berfikir-fikir-fikir,
Akhirnya penetapan dilakukan,
Tema warna untuk my bridesmaid
Adalah :

BAJU KUNING MUSTARD
+ TUDUNG GREY

:)

*Flower crown akan disponser

Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...