FOLLOWER

Wednesday, February 4, 2015

CHECKLIST


This weekend kami tak dapat berjumpa,
So harini (rabu) kami sempat kan diri untuk berjumpa. Even tak lama, tapi puas hati dapat jumpa :)


Kami makan sama2 dsebuah kedai tomyam, confirm brader tu ingatkan saya nak ajak incik lalan join MLM / Jual Insuren. Yela penuh atas meja dengan kertas2, buku, borang, handphone, kamera, dah macam direct selling. Dah lah kami kalau berborak selalu tak sejiwa, bile lalu kat meja kami, serius kami bborak mmg x boleh diganggu, tapi kalau dah gelak, memang semua orang terkejut.

Incik lalan dia pandai,
Makin hampir tarikh,
Jam dia pula rosakkkkkk--
Pandai taktik dia,
Lepastu buat suara manja2 "jam kite rosak lah, 1 dulang letak jam boleh tak" lepastu saya malas melayan dia ungkit "dlu saya hadiahkan awak tissot mahal tau" peh dia main kasar. Saya pula balas, boleh, tapi saya nak gopro4. Ha baru dia tercengang. Haha. Bukan apa, boleh lah guna gopro4 untuk outdoor wedding nntikan. I kan suka selfie.


Apapun, perbincangan harini menarik,
Allhamdulillah dikurniakan pasangan yang tak 100% harapkan saya sorang, dia sudi teman, sudi bagi idea, sudi menolong. Walaupun kadang2 part menolong dia agak lambat settle (contoh dalam persediaan borang). But at least effort yang dia tunjuk, sangat mengharukan.


Me : nak kahwin dengan saya tak? Nak saya jadi isteri awak tak?

Dia : nak-nak-nak *sambil buat muka perli* 


Hahaha


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Monday, February 2, 2015

PROJEK #fashiekinfaizal


Sekarang,
Projek mengumpul semua gambar-gambar candid incik lalan.


Apa i nak buat? 
Haaaa, ada lah..........
Follow up je,
Akan diupdate :p


Lady faizal,
FatinFashiekin


Sunday, February 1, 2015

PROSUDER KURSUS KAHWIN JOHOR


Salam,
Sahabat handai taulan mesej saya,
Tanya mengenai prosuder kursus kahwin di johor.


Lokasi kursus kahwin saya di :
Masjid jamek, Muar
(kawasan tanjung)
Tak kan tak tahu,
Masjid besar ditepian sungai yang indah :p


Prosuder nya macamni,
Sebulan sebelum uols nak confirmkan tarikh kursus kahwin tu.


1) Pergi ke Pejabat Kadi, Muar
-sediakan gambar berukuran pasport, yg perempuan WAJIB bertudung.. lelaki WAJIB bersongkok dan berkolar
-1 orang RM120.00 disemua kawasan johor, jangan kisahkan harga, ilmu yg uol dapat pd kursus kahwin tu lagi penting, sebelum kahwin dah berkira sangat harga duit kursus kahwin, dh kahwin nnti macamna? Korban sikit :)
-kalau uol datang wakilkn pasangan makesure tahu nama penuh, alamat penuh, no ic, pekerjaan, status pasangan sbb uol akan kena isi butiran peribadi disana, bawa gmbar pasangan. Mereka tak kisah andai diwakilkan, asal kan duit ado.


2) Booking tarikh uol free (valid 3bulan)
-bila dh bayar, simpan resit, dalam sebulan hanya ada 2 sesi kursus kebiasaannya awal bulan dan hujung bulan.
-bila dh dpt tarikh yang uol nak, call pejabat kadi muar.


3) dah bayar + dah tahu tarikh, datang ke masjid jamek. Pukul 8 kursus dah start.


4) lelaki WAJIB pakai baju melayu. Perempuan WAJIB berbaju kurung. 


5) kursus kebiasaannya pukul 8pagi hingga 5 petang sahaja


6) fokus dengan apa di bincangkan! Sekarang punya style x macam dulu, kalau dulu sukahati uol nak merokok, x masuk dewan, tidur ke. Style sekarang, uol merokok kena bayar RM500.00, kalau ttidur, persiapkn diri dgn kebijaksanaan mental kerana bila2 masa akan disuruh bangun menjawab soalan yg cnfirm uol terkedu. Mengenai kedatangan juga sangat ketat! Last kursus akan ada sesi soal jawab, so behave haha


7) bagi mereka 40an ke atas, tk perlu ambil kursus kahwin.

8) ‎tips. Jangan duduk depan sekali. Habis uols kena soal setiap sesi nanti. Haha



-bagi anda yang tak faham, apa yang jabatan agama islam johor nak. Contoh prosuder isi borang nikah secara online tu E-NCR ea? So pergi kursus kahwin, akan diterangkan. Sangat-sangat detail. Tapi kalau uols setakat nak study ke, nak tanya2, feel free to email me fatinfashiekin@yahoo.com saya 24jam online so jangan ragu utk btanya


Lady faizal,
Fatinfashiekin


LAUK UNTUK DIA


Rutin weekend! :)
Mee kari + ayam masak kicap + sayur goreng,
Simple tapiii lazatt.

Incik lalan dh blur
"Eh, nak makan mane 1 dulu ni"


Uols tengk x cerita "asam pedas untuk dia"
Ala kat tv3 tu,
I penah upload review novel tu,
I ada novel tu, nak pinjam tak? Haha
Cerita tu best sangat! 


So feeling2 drama "asam pedas utk dia"
I tukar sikit jadi,
"Lauk untuk dia"
Ok kan? ;p




Lady faizal,
Fatinfashiekin


PINK


Bangun pagi,
Pegang je iron tetiba blackout
(-_-")


Dah lah iols ni semua baju kebanyakkn nya jenis perlu di iron. Tak ada nya ready terus boleh dipakai, 


Nasib baik lah mama seorang yang rajin iron tudng awal, so iols tinggal sarung je hehe.
Kimono pink yg iols pakai ni pun actually mama lah rajin iron awal, nk kemana tinggal capai.


Actually iols really hate pink.
Tak sukaaa dengan pink (-_-)
Orang kata pink ni cute,
Bagi iols,
Senggugut = pink
Period = pink
Gugurl = pink


Harini bila dh blackout,
So nak tak nak,
Capai je apa yg dah digantung.

Harini I sangatttt pink,
Dan iols rasa tak seronok tgk cermin,
Rasa mendung je bila pandang diri sendiri,
Rasa gemuk macam hello kitty
(-_-)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, January 31, 2015

COME ON!!!



Harder! Struggle!
Comeon!


Tadi saya tanya incik lalan :
"Awak kata saya still gemuk,
Tapi kenapa akk yg fitting baju pgantin kita kata saya makin kurus? Dn dia serius terkejut dgn penurunan berat badan saya. Saya makin gemuk ke kurus sebenarnyaaaa. Awak tk pernah kata kurus punnn"


Incik lalan :
"Awak tu tak boleh dipuji,‎ sebabtu saya pun malas memuji, nanti lupe diri"


*saya sengih lebar2 sambil usap perut. Elehhh, nak cakap tersirat-tersirat pulakkkkk.Hahaha*


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, January 30, 2015

TUDUNG NEELOFA



Kelass ko jah, haha.
Tudung yang saya pakai harini 
"Neelofa 2 tone"

Sangat selesa, slumber dan simple,
Hari jumaat adalah hari "pakaian bebas"
Di farmasi.

So setiap jumaat,
Macam-macam gaya iols pakai :p

Harini,
Pakai shawl neelofa,
Suke tak? 
Nak yang macamni tak? 


Macambiasa, pegi ke facebook :


Rugi tak jengah uols,
Stylo tau.
:)

Lady faizal,
Fatinfashiekin






Thursday, January 29, 2015

MENGAJAR LELAKI CARA ROMANTIK?



Ini ada lah wallet incik lalan, 
Balik dari kursus kahwin har‎itu baru terfikir
"Eh wallet dia baru, dia letak gambar aku ke tak ea"
Saya pun terus ambil wallet dia,
Tengk still kosong,
Apa lagi saya selit lah gambar saya. Haha.


Dia memang tak romantik,
So saya ajar dia jadi romantik.


Sometimes perempuan ni,
Nak lelaki layan dengan romantik,
Dan berharap lelaki akan faham tnp diucap,
Tapi sedar lah wahai wanita,
Lelaki tak faham pun. Hehe


So saya slu buat,
Saya akan cakap pada dia direct
"Kata sayang saya, kata kekasih abadi, kata nak kahwin dengan saya, gambar saya dalam wallet awak tak ada pun, gambar awak dlm wallet saya full tau kepala sampai kaki. saya cuma nak letak gambar saya bahagian kepala je punnn, kepalaaa"


Bila saya dah pesan dn kata,
Dia faham dan terima,
Ada juga dia acah-acah tolak.
Tapi saya akan ulang ayat sambil kerut kening
"Ala, tumpang letak gambar kepala je punnnnnn, kepala jeeeeeeee"
Lepastu dia gelak. Means. Okey :)


Macam incik lalan,
Dia memang tak romantik,
Tapi bagi saya, 
Saya cukup dgn panggilan dari dia :


Sometimes he call me "anje"
Sometimes he call me "yayang"
Sometimes he call me "ucuk"
Sometimes he call me "cayunk"
Sometimes he call me "baby"


Dan kalau dia ada buat salah,
Dia akan tukar tune jadi :
"Anje ucuk---" atau pun "cayang ucuk--"

That simple things dah cukup dh bagi saya,
Tak perlu bagi bunga ke bukakan pintu kreta ke,
Tapi, andai saya nak dia buat somethings yang saya teringin di treat, yela, adatlah kan naluri wanita, so saya akan terus terang : "Yangg, kat jepun ada bunga sakura kan? Nak ea bawa balik ea".. then dia cuma bawa balik "Rumput2 dari Jepun" but its sokay lah. Haha. Walaupun kdg2 sakit juga hati kitew ni :p


Ok lah. Tu je nak pesan.
Ingat, jangan tertunggu-tunggu romantik dr pasangan, tapi biar kita yang terangkan pada pasangan, bagi mereka tahu. Nanti lama kelamaan apa yang kita nak mereka dah tahu dan ianya tak janggal buat mereka.


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Wednesday, January 28, 2015

IJAB DAN QABUL BY FABFURQ


Kad kahwin sudah selesai.
Bagus admin #ijabdanqabul ni,
Bila kita whatsapp terus reply,
Harga pun berpatutan.
Dan sangat ramah :)


Pada uols yang blur nak cari kad,
Masuk website mereka ye.
Macam saya, cari di insta je,
Zaman kan dah moden,
Just hashtag #kadkahwin keluar mcm2 jenis,


Bila saya dah berkenan dengan kad kahwin 
#ijabdanqabul saya terus :
1) cek latar belakang company, is it bdaftar or not,
2) stalker feedback custmer


Semuanya memuaskan.
Saya sangat menyarankan anda berurusan dengan #ijabdanqabul. Dah lah murah, dapat free 2 bunting lagi.


Ok, next,
Create props utk photobooth yang menarik.
Idea-Idea-Idea.

Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, January 27, 2015

IDEA DESIGN KAD KAHWIN


Antara kad kahwin yang saya short listkan,
Dan tunjuk pada incik lalan,
Mohon perkenan dari dia.


Dia dah bagi jawapan mengenai mana pemilihan dia, macam biasa, saya rasa kurang setuju. 
Tapi, saya tak membantah.
ada lah rasa sedikit "ala, yg lain x nk ke?"
Tapi bila dia beria nak yang tu,
Saya terasa seronok,


Yang mana 1 pilihan incik lalan,
Nanti kan lah ye.
Akan dipaparkan jua,

Ada salah 1 dalam gambar yang saya bagi ni.
Ok, kad kawin.
Settle.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, January 25, 2015

RESEPI LEPAT LABU MUDAH

‎Siapa baca entry lepas saya,
Tahu lah kenapa saya tetiba buat lepat labu ni.
Serius-ni bukan makanan kegemaran saya.
Serius-ni pertama kali saya makan.
Serius-ni pertama kali saya buat.


Oleh kerana sayangkan pasangan,
Dipaksa buat, saya buat juga lah,

BAHAN-BAHAN

1) 1 biji labu
2) tepung gandum 2 cawan
3) tepung jagung setengah cawan
4) 6 sudu gula
5) setengah sudu garam
6) kelapa parut gaul garam *actually xda kelapa pun still orite je. So jangan risau*
7) daun pisang yg telah dilayur *atas api kau layue2 lah daun tu asalkan tak terbakar*


Cara membuatnya :

1) rebus labu
2) lenyek labu
3) gaulkan dan campur sebati bahan no 2-3-4-5
4) campurkan labu yang dah dilenyek dengan bahan yang sudah digaul tadi
5) sediakan daun pisang yang dah dilyur
6) letakkan sedikit demi sedikit adunan yg dah digaul tadi diatas daun pisang yang dah dilayur, 
7) tengahnya letakkan kelapa parut
8) ratakan bagi menutup inti + cantikkan + bungkus
9) panaskan pengukus dan kukus sehingga 20minit

Siap! Biarkan sejuk! 
Makan! Siapppp! 
*kibas shawl* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...