FOLLOWER

Sunday, February 1, 2015

PROSUDER KURSUS KAHWIN JOHOR


Salam,
Sahabat handai taulan mesej saya,
Tanya mengenai prosuder kursus kahwin di johor.


Lokasi kursus kahwin saya di :
Masjid jamek, Muar
(kawasan tanjung)
Tak kan tak tahu,
Masjid besar ditepian sungai yang indah :p


Prosuder nya macamni,
Sebulan sebelum uols nak confirmkan tarikh kursus kahwin tu.


1) Pergi ke Pejabat Kadi, Muar
-sediakan gambar berukuran pasport, yg perempuan WAJIB bertudung.. lelaki WAJIB bersongkok dan berkolar
-1 orang RM120.00 disemua kawasan johor, jangan kisahkan harga, ilmu yg uol dapat pd kursus kahwin tu lagi penting, sebelum kahwin dah berkira sangat harga duit kursus kahwin, dh kahwin nnti macamna? Korban sikit :)
-kalau uol datang wakilkn pasangan makesure tahu nama penuh, alamat penuh, no ic, pekerjaan, status pasangan sbb uol akan kena isi butiran peribadi disana, bawa gmbar pasangan. Mereka tak kisah andai diwakilkan, asal kan duit ado.


2) Booking tarikh uol free (valid 3bulan)
-bila dh bayar, simpan resit, dalam sebulan hanya ada 2 sesi kursus kebiasaannya awal bulan dan hujung bulan.
-bila dh dpt tarikh yang uol nak, call pejabat kadi muar.


3) dah bayar + dah tahu tarikh, datang ke masjid jamek. Pukul 8 kursus dah start.


4) lelaki WAJIB pakai baju melayu. Perempuan WAJIB berbaju kurung. 


5) kursus kebiasaannya pukul 8pagi hingga 5 petang sahaja


6) fokus dengan apa di bincangkan! Sekarang punya style x macam dulu, kalau dulu sukahati uol nak merokok, x masuk dewan, tidur ke. Style sekarang, uol merokok kena bayar RM500.00, kalau ttidur, persiapkn diri dgn kebijaksanaan mental kerana bila2 masa akan disuruh bangun menjawab soalan yg cnfirm uol terkedu. Mengenai kedatangan juga sangat ketat! Last kursus akan ada sesi soal jawab, so behave haha


7) bagi mereka 40an ke atas, tk perlu ambil kursus kahwin.

8) ‎tips. Jangan duduk depan sekali. Habis uols kena soal setiap sesi nanti. Haha



-bagi anda yang tak faham, apa yang jabatan agama islam johor nak. Contoh prosuder isi borang nikah secara online tu E-NCR ea? So pergi kursus kahwin, akan diterangkan. Sangat-sangat detail. Tapi kalau uols setakat nak study ke, nak tanya2, feel free to email me fatinfashiekin@yahoo.com saya 24jam online so jangan ragu utk btanya


Lady faizal,
Fatinfashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...