FOLLOWER

Friday, January 18, 2013

AZAM 2013

Nak share azam 2013 saya. Segalanya simple, tapi uall jangan nak buat muka lekelleh lah kan ? Kadang-kadang perkara yang sekecil perkara lah kita abaikan. Ye tak ? *sila angguk didepan pc kalian*

Gambar saya sengajakan blur.
Sebab segan nak showoff sangat.
Hehe


1) Sembahyang cukup 5 waktu walau dimana jua berada mahupun situasi : WAJIBBBB !

2) Puasa Sunat cukup ! Buat sebaiknya.

3) Solat Dhuha / Tahajud / Hajat / sujud Syukur (kerap dan jgn pandg remeh)

4) Lepas subuh jangan tidur !! Rajinkan diri wahai anak dara.

5) Prihatin pada kebersihan sekeliling. Dirumah atau difarmasi. Prihatin ! Kita kan perempuan. Jaga kebersihan.

6) Banyakkan memasak lauk yang paling dibenci sebab tak semestinya kita tak suka dan orang lain pun tak suka. Contoh : sayur-sayuran. Makanan berkhasiat memang tak sedap kan ?

7) 1 hari 1 kali yassin. Amal kan fatin. Comeon ! Bukan sebulan sekali. Hehe

8) Jaga diri dengan sempurna, tak mau selekeh-selekeh. Rezeki susah nak dekat tau. Nanti custmer kate "euw, comot nya budak ini" haha

9) Pergi kerja awal. Biasanya memang awal. Kadang2 tunggu dalam kereta, tepat2 baru buka farmasi, lepasni, awal 10 minit. Warm up !

10) Tak boleh mengeluh pada rezeki. Contoh "bila nak jadi billionair ? Asyik tgk drama billionair je ??" Huhu

11) Hormat mama abah sebaiknya. Jangan kata "tidak" sentiasa jawab "ye!" Jangan malas-malas. Jadi anak yang solehah.

12) Hormat incik lalan, praktis make perfect, jangan besarkan perkara kecil. Komunikasi tu penting (bill pun tinggi) haha

13) Didik adik-adik menjadi lebih baik dari diri sendiri.

14) Menyimpan untuk masadepannn. U can do it fatin !

15) Makan, limit, 1 hari RM3. Lapar lagi, minum air paip. Haha.

16) Sebulan ada 4 minggu : 2 minggu family, 2 minggu incik lalan.

17) Jangan suka marah-marah.. Sentiasa bertenang.. Panas baran itu perangai syaitan.

18) Jangan suka minta tolong pada orang, jangan susah kan sesiapa. Berdikari.

19) Jangan makan banyak. Diet ! Pastikan tidak melebihi 50kg kerana anda pendek wahai fatin.

20) Sayangkan kereta, mandikan dia selalu, belai dia. Wangikan dia. Jangan asyik merungut pada dia. Nanti dia merajuk.

21) Anggap setiap masalah adalah kerana ingin memperoleh ganjaran :)

22) Sayangkan musuh. Makin orang tu benci kita, makin kita kena sayang dia. Kita bukan Tuhan utk mhukum.

Sekian...
Simple. Tapi kalau blh harap tak terlepas pandang dan anggap semuanya remeh. InsyaAllah ;)

" Kadang-kadang manusia bukan tiada keinginan untuk melakukan perubahan terutama ke arah kebaikan kerana itu adalah fitrah insan yang dikurniakan Allah. Tetapi tabiat manusia juga mudah lupa dan alpa dek arus dunia yang menggoncangkan jiwa.

Namun bagi mereka yang tidak berputus asa dan yakin pertolongan Allah itu sentiasa ada maka dia akan terus-terusan berdoa dan dan berusaha.

Adapun yang paling penting bagi kita adalah mencari titik mula yang mana kita boleh jadikan ia sebagai loncatan dalam memperbaiki kelemahan. Dan titik mula itu adalah merasa resah dengan dosa yang kian bertambah.

Tetapi tidak memadai rasa gundah tanpa mengatur apa-apa langkah. Justeru, perkara yang boleh kita titikberatkan adalah:

1. Mengadu kepada Allah akan dosa dan minta pengampunan-Nya serta mohon dijauhi sifat lemah kerana tunjang kekuatan utama adalah istiqamah

2. Menjauhi tempat dan suasana yang boleh menggalakkan maksiat semakin bercambah.

3. Bersahabat dengan mereka yang boleh mengingatkan tentang ganjaran dan azab yang disediakan oleh Allah."

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HACK

Haih. Rasa-rasanya twitter / fb saya,
Ada hantu raya.
Menjelma menjadi saya.

Haha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

BERUBAN


sidemirror RM400 ?
huh ! sejenis cermin je kot.

saya rela menyangkut sidemirror motr dikereta
daripada membayar RM400 untuk sidemirror kereta.
hahaha.

eh, saya dihantui apa yang jadi semalam.
jangan buka topik tu,
kalau tak, saya hunus kalian mengunakan pisau piza hut.
offline.

currently,
019-///9329 bukan disamping saya,
kat incik lalan.
korang mesej semua dia yg baca.
kalau ada reply dari numbr tu,
means dia menyamar jadi saya.

planning, esk nk pi LHDN
haih. lecey-lecey-leceyyyyy

mood : rasa nak beruban.


Tuesday, January 15, 2013

Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Lirik Lagu Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)

*terdengar lagu ni tadi masa driving kat hotFM. Eh, best !*

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 14, 2013

MERLIN EPISOD AKHIR

Assalamualaikum,

Saya memang penggemar cerita bersiri MERLIN. Dari dulu sampai sekarang memang minat lah ! Tapi tak ada lah terlalu fanatik, cuma cerita tu sangat menarik. Dan harini 14112 episod akhir bagi merlin.

Mula-mula memang rasa ternanti-nanti. Setelah sekian lama, ada juga sesion terakhir dan penamat merlin. Sebelum ni semuanya tergantung.

Tapi, tiba-tiba,
Terbaca status bbm AZT (amad zaidi taharim) dia kata "ending merlin sadis !" Dah nama lelaki kan, confirm dia habis download dah cerita tu. Saya paksa dia cerita ending nya, bila terbaca status dia bengang dengan ending merlin. Saya sangat lah kecoh nak tahu.

So, rupanya, ending merlin.
1) Arthur mati :
Ni saya dah tak berkenan. 3 tahun saya tengk merlin, king arthur ? Yang sangat dilindungi. Mati ????? Kan buat penat tengok bertahun-tahun kan ? Lol

2) Morgana mati :
Biasalah. Penjahat mestilah mati...
Kalau morgana tak mati, confirm ada sesion ke 6.

3) Merlin tua :
Merenung nasib. Lonely.

Hmm, ni lah penghujung nya. Now kat tv3 tengah bersiaran ending merlin. Tapi saya tak da nafsu nak tengk. Takut x dpt terima hakikat. Saya ni over. tengk bola, kalah ? Sedih. Tengk drama, hero mati, sedih. Menangis pun ada tau. Sebelum malam ni saya termenung memikirkan merlin, adalah baiknya tak payah tengk. Hehe.

Ingat lagi, masa mama pregnant kan danny dulu. Saya suka tengk cerita PEARL HABOUR. Hero dalam movie tu DANNY tapi ending dia mati kena tembak dengan tentera jepun. Atas ketaksuban saya, so that's y nama adik saya "DANNY" menangis berhari-hari tau sebab tak dapat terima kenyataan ending pearl habour tu.

Ada lagi, awal ? Nama sebenar. Dizly Danish. Sebab apa ? Dulu saya suka iqram Dinzly. Hehe. Habis lah. Ada anak nanti, confirm anak2 saya semua nya ala2 mat salleh.

Sekarang, eh ! Tertunai. Uall pernah tgk cerita MISSTRESS HERMANAS ? Lbh kurg gitu lah ejaan, yang lagu dia dinyanyi kan phyne ballerz :

"Vida, kembalikan lah semangat ku,
Kembalikan ketenangan ku,
Kurebah tanpamu"

Pernah kan ? Heroin nama Lisa. Dulu pun saya masa sekolah. Plan, anak nak letak nama lisa. Skg ? Alisya saya dapat. Ok lah kan ? Lisya lisa lisya lisa ;)

Haih. Macam-macam.
Hehe. Kepada yang stress seperti saya,
Kerana bakal merindui arthur,
Janganlah anda buang tebiat meletakkan nama anak anda mohd merlin arthur bin ali ye ? HAHAHA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 13, 2013

WEDDING AND CZ12

13113 : cantik kan tarikh ?
Sebab cantiknya tarikh,
Ramai memilih untuk berkahwin pada hari ini. Allhamdulillah cuaca pun cun saja.

Arah kami, PALOH ! Paloh kat mana ? Negeri9 ? Ye, jawapan anda salah. Paloh di Batu Pahat. Huhu. Suasana majlis memang penuh. 4 pengantin 1 majlis. Bersesak. So bila bersesak, kesian pada tetamu yang terpingga-pingga menunggu orang habis makan untuk menyambung giliran.

Nauzubillahiminzaliq, semoga majlis saya nanti tetamu dilayan bagai raja. Yela, masa saya duduk pun dengar bisik-bisik orang complain. Rasa sangat tak syok. Makanan lambat topup. Cawan lambat topup. Dan kanopi warna kuning (-_-) so uall akan nampak nasi pelangi warna kuning, nasi putih pun warna kuning. Semua warna kuning.

Kelebihan, lauk memang best !!! Sedap !! Sangat memuaskan. Sangat mengenyangkan !! Nak tambah nasi lagi, malu ;p

Ontheway balik, kami sekeluarga terus ke Pusat Bandar BP. Ke square one. Tengk movie ! Actually tak banyak cerita best, yang okey : The Hobbit / CZ12 / minyak dagu.

The hobbit saya dah tengk dengan incik lalan. Lupe nk tulis review tentang the hobbit lah. Free2 nanti saya buat k. Apapun, at last saya memilih cerita lakonan Jackie Chan (CZ12). Saya sendiri yakin, jackie chan tak kan menghampakan :)

Dan seperti yang saya jangka dan duga. Memang best ! Kelakar ! Dan aksi. Awal tengk pun gelak besar tau. uall patut bawa family tonton cerita ni. Ala, bwak BF pun boleh, saya ada suggest pada incik lalan juga.

6pm, kami sekeluarga lepak santai diwarung Parit Setongkat menikmati sup gear box yang penuhhh lemak untuk dihirup ! Fuhhhh, darah tinggi. Hehe.

Ok. Tu je,
Gambar tak da.
Malas nak amik.

Panas, berpeluh,
Then kejar masa sana sini.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MR & MRS DETIK INDAH WEDDING PHOTOGRAPHY

Tahniah to mr Ridhuan Abu Bakar dan mrs RAIHANA atau selalu saya panggil RIHANNA.

Allhamdulillah, based from their fb, semua berjalan lancar. Ikutkan hati, memang teringin nak pi penang. Ikut kan hati lah, tapi ikutkan jarak perjalanan. Tak sanggup ! Hehe. Jauhhhhhhh.

Hadiah saya dalam perjalanan ke studio detik indah wedding photography ye. Nak hantar ke penang, ataupun pahang. Risau uall dah tak ada kat rumah parent dan kembali ke studio. So, saya hantar ke studio. Nanti kan ! :)

Hah, semoga berbahagia dunia akhirat, cepat2 dapat baby yang soleh solehah, perkahwinan sentiasa penuh kasih sayang dan berkekalan hingga ke-syurga.

Happy for both of u !!
Haih, indah jalan cerita kalian,
Saya couple dulu still tak kahwin,
Tapi u all punya jodoh direstui Allah terlebih dahulu. Jeles tau ! Hehe

To rihanna, jaga diwant baik2.
To diwant, jangan rihanna baik2.
Semoga dalam rezeki pula,
Detik indah semakin dimurahkan rezeki !
So, kalian dapat sponser majlis saya pula. HAHA *mata keatas*


:)

Ikhlas,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 12, 2013

MALU SAYE TAU

Aku tahu korang termuntah.
Aku tahu mata korang ke atas.
Aku tahu tangan korang ke bahu.

Aku tahu. Aku tahu.
tapi aku buat tak tahu.
HAHAHA

*peace*

Selamat menjalani ahad anda dengan ceria ya ! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MELLY FEAT BAIM - CATATANKU

Melly Goeslaw - Catatanku (Ost Buku Harian Baim) Feat Baim


(Melly)
Awan awan menghitam
Langit runtuhkan dunia
Saat aku tahu ternyata akhir ku tiba

(Baim)
Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Reff :
(Melly)
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup

(Baim)
Tuhan terserah mau-Mu
Aku ikut mau-Mu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku

*suka lagu ni, since dengar kat drama SAYANGKU DAMIA*


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 11, 2013

ANDAI DIRI TERASA TERBEBAN

selalu sebut : "be strong!", "berusaha!", "Allah kan ada!"

bukan kerana hal-hal dihadapi semua di ambil mudah dan tak terdetik pun di hati untuk menyerah.. realitinya, ia bukan mudah untuk be strong dan berusaha dalam situasi kaki di pasak di bumi..

Namun memang benar Allah kan ada membuatkan hati lebih rasa kuat dan tahu apa yang berlaku membuatkan kita menjadi lebih baik sekiranya kita sedar, kita faham dan akhirnya dengan minda positif kita dapat menerima dan terus berusaha memberi yang terbaik pada segenap isi kehidupan ini..

Alhamdulillah..

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEJADIAN 2012

Assalamualaikum,

*susunan gambar mengikut entry*

Hai ! diwaktu kelapangan yang damai ni,
daripada saya duk merepek menaip entry pendek-pendek.
adalah lebi baiknya saya membuat rangkuman bagi 2012.
memandangkan januari masih lagi dilalui,
dan aura tahun baru tu masih lagi terasa kan ;)

ok. saya nak share segala pahit masam masin 2012 saya.
Tak ada apa yg menarik tersangat, tapi cukuplah dan saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya dapat pada 2012. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

1) FIZIKAL : makin gemuk.
dah banyak kali ulang, dulu saya cuma 40kg je, bila dapat 45kg dulu rasa macam bayu laut menghempas wajah,
rasa diri ni gebu-gebu je.
tapi sekrang ? 55kg. fuh !!!
dengan ketingggian sekadar 155 mbuatkan saya gundah gulana.

dulu pp tu xda lah susah nk senyum,
x da lah bila senyum je tkeluar dari tudung.

sekarangggg,
pipi sangat bersemangat !!!
teruskannn. yes !!!! (-_-)

2) SOSIAL : follower betambah,
dulu cuma 18 follower je.
sekarang dah 96. tak gah. tapi terharu.
mula2 buat blog ni dulu, saja je pun,
tak da follower pun tak pa, terima kasih.
dari 18 orang meningkat 96. nak nangis i tau ;'( hahah *pang!* over bebenau

3) KERJAYA ; semakin positif
kalau kakAlai jumpa maresa, saya jumpa faesah ! hehe. Allhamdulillah. positif.
naik - naik - naik
ada orang kata kerjaya saya ni tk ada apa yang perlu dibanggakan.
tapi, saya suka dengan rezeki saya.
dari 2009 saya berkhidmat, Allhamdulillah, dan bahagian untuk staff juga tidak menghampakan :)
boss yang best. suasana yg happening.

4) PERBELANJAAN : tahu mengawal belanja. secara jujurnya, saya sangat mengawal perbelanjaan diri, tak ada beli apa pun untuk diri. tapi kalau dah kesian sangat, baru lah reward something untuk diri tu pun bila incik lalan pun kata
"tukarlah handbag..." haha. sian saya kan ? entah. rasa tak perlu. perbelanjaan ttinggi saya sekarang cuma terhadap makanan. Susahnyaa nk kawal nafsu makan. Asyik lapar je. Malam still bersenam, tapi tak da perubhan punn..

5) PERSEKITARAN : banyak accident
2012 lepas, saya banyak accidenttt !
kereta calar balasr !
macm2 saya langgar.
haih ! termasuk kereta incik lalan.
termasuk bengkok kan sportrem kereta abah sangat mengerikan !!!!

6) SILATURRAHIM : dah kenal adk beradik incik lalan, jmpa adik dia. hehe. I love u, ita, kakak, wahida, dikmat
:)

7) FAMILY : sentiasa best !!
Aza masuk form2, danny darjah 3, awal 5 tahun. Mama 42 tahun, abah 48 tahun.
Makin membesar, makin happy, makin havoc. Love them ;)

8) HUBUNGAN : tenang.
Tipu lah tak da isu sensitif. Cuma undang2 kami "minta maaf" dan tidak membesarkan isu. Malas nak gaduh panjang-panjang. Sebab depan mata juga nanti ;p


Allhamdulillah, ada pahit, ada manis
Dan yang pasti ! ada hikmah.
Semoga 2013 lebih baik,
Saya tak mengharapkan apa-apa setinggi gunung,
Cukuplah andai segalanya bjalan lancar dibawah redhaNya.

Azam 2013 ? ada entrynya nanti,
As long tak masuk febuari, still nw year.
Ok guys. nite !

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...