FOLLOWER

Friday, January 18, 2013

AZAM 2013

Nak share azam 2013 saya. Segalanya simple, tapi uall jangan nak buat muka lekelleh lah kan ? Kadang-kadang perkara yang sekecil perkara lah kita abaikan. Ye tak ? *sila angguk didepan pc kalian*

Gambar saya sengajakan blur.
Sebab segan nak showoff sangat.
Hehe


1) Sembahyang cukup 5 waktu walau dimana jua berada mahupun situasi : WAJIBBBB !

2) Puasa Sunat cukup ! Buat sebaiknya.

3) Solat Dhuha / Tahajud / Hajat / sujud Syukur (kerap dan jgn pandg remeh)

4) Lepas subuh jangan tidur !! Rajinkan diri wahai anak dara.

5) Prihatin pada kebersihan sekeliling. Dirumah atau difarmasi. Prihatin ! Kita kan perempuan. Jaga kebersihan.

6) Banyakkan memasak lauk yang paling dibenci sebab tak semestinya kita tak suka dan orang lain pun tak suka. Contoh : sayur-sayuran. Makanan berkhasiat memang tak sedap kan ?

7) 1 hari 1 kali yassin. Amal kan fatin. Comeon ! Bukan sebulan sekali. Hehe

8) Jaga diri dengan sempurna, tak mau selekeh-selekeh. Rezeki susah nak dekat tau. Nanti custmer kate "euw, comot nya budak ini" haha

9) Pergi kerja awal. Biasanya memang awal. Kadang2 tunggu dalam kereta, tepat2 baru buka farmasi, lepasni, awal 10 minit. Warm up !

10) Tak boleh mengeluh pada rezeki. Contoh "bila nak jadi billionair ? Asyik tgk drama billionair je ??" Huhu

11) Hormat mama abah sebaiknya. Jangan kata "tidak" sentiasa jawab "ye!" Jangan malas-malas. Jadi anak yang solehah.

12) Hormat incik lalan, praktis make perfect, jangan besarkan perkara kecil. Komunikasi tu penting (bill pun tinggi) haha

13) Didik adik-adik menjadi lebih baik dari diri sendiri.

14) Menyimpan untuk masadepannn. U can do it fatin !

15) Makan, limit, 1 hari RM3. Lapar lagi, minum air paip. Haha.

16) Sebulan ada 4 minggu : 2 minggu family, 2 minggu incik lalan.

17) Jangan suka marah-marah.. Sentiasa bertenang.. Panas baran itu perangai syaitan.

18) Jangan suka minta tolong pada orang, jangan susah kan sesiapa. Berdikari.

19) Jangan makan banyak. Diet ! Pastikan tidak melebihi 50kg kerana anda pendek wahai fatin.

20) Sayangkan kereta, mandikan dia selalu, belai dia. Wangikan dia. Jangan asyik merungut pada dia. Nanti dia merajuk.

21) Anggap setiap masalah adalah kerana ingin memperoleh ganjaran :)

22) Sayangkan musuh. Makin orang tu benci kita, makin kita kena sayang dia. Kita bukan Tuhan utk mhukum.

Sekian...
Simple. Tapi kalau blh harap tak terlepas pandang dan anggap semuanya remeh. InsyaAllah ;)

" Kadang-kadang manusia bukan tiada keinginan untuk melakukan perubahan terutama ke arah kebaikan kerana itu adalah fitrah insan yang dikurniakan Allah. Tetapi tabiat manusia juga mudah lupa dan alpa dek arus dunia yang menggoncangkan jiwa.

Namun bagi mereka yang tidak berputus asa dan yakin pertolongan Allah itu sentiasa ada maka dia akan terus-terusan berdoa dan dan berusaha.

Adapun yang paling penting bagi kita adalah mencari titik mula yang mana kita boleh jadikan ia sebagai loncatan dalam memperbaiki kelemahan. Dan titik mula itu adalah merasa resah dengan dosa yang kian bertambah.

Tetapi tidak memadai rasa gundah tanpa mengatur apa-apa langkah. Justeru, perkara yang boleh kita titikberatkan adalah:

1. Mengadu kepada Allah akan dosa dan minta pengampunan-Nya serta mohon dijauhi sifat lemah kerana tunjang kekuatan utama adalah istiqamah

2. Menjauhi tempat dan suasana yang boleh menggalakkan maksiat semakin bercambah.

3. Bersahabat dengan mereka yang boleh mengingatkan tentang ganjaran dan azab yang disediakan oleh Allah."

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

I really like reading through an article that will make people think.
Also, thanks for allowing for me to comment!
Also see my page :: what to wear for your body shape

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...