FOLLOWER

Wednesday, October 10, 2012

PERCAYA SANGAT..



Saya kan ? Sebenarnya, sangat-sangat tak percaya pada produk-produk yang menggunakan "islam" untuk mengaut keuntungan tau. Walaupun saya ni jurujual. Yela depn pembeli surelah saya sengih-sengih dan kata "confirm bagus !!" Tapi minda saya still ada caption "percaye bebeno" huhu.

Contoh : saya tak nak lah kata produk atau company mana, tapi secara kasar "AIR 30JUZUK ALQURAN", keluar je iklan, semua mencari di Farmasi. Dan segala perkara yang masuk ke iklan, SURE ! Stok susah didapati. So before ni dapat lah 24 botol air tu, tak sampai 3 hari, LICINN okey.

Ape kate, baca alquran sendiri dan buat air 30juzuk tu sndiri. Kan lagi bagus ? Oh, nak senang ? Betul juga kan ? Haa, air yassin, comeon, bacaan yassin cuma 12minit okey. Jangan nak tipu kata 1 jam. Sekeh kang nak ?

Yang lagi lawak, minyak kepintaran. Huhu. Cara-cara pemakaian, sapukn di ubun2 anak. Kihkih *gelak jahat* dah macam pakai minyak dagu tau ! Hahaha.
Daripada sapu entah minyak apa nama, kalau sebelum anak kau tidur, buat macamni : " Baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu."

Gerenti lagi di redhai Allah, pahala pun dapat. Sayang sekalian, dalam dunia ni tak ada benda yang senang tau. Yang penting "usaha". Usaha pun kenalah ke arah yang di redhai dan menunjukkan keihklasan diri, bukan lah sekadar "janji boleh".. Ingat lah k.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GADIS BIJAK YANG DISAMPAHKAN

Saya sangat suka karya FYNN JAMAL, tersirat tapi apabila didengari sangat menyentap sanubari Kerana dia perempuan, mungkin juga sebab itu dia sangat memahami isi hati perempuan, kemudian dia meluah dengan lembut tetapi panas di telinga sang arjuna ;)

__________________________________________


-Gadis Bijak Yang Disampahkan-

jika kau tak izinkan aku menjahit tubuhmu pada aku, sila beredar.

andai kau tak relakan aku menyimpan bulan dibilikmu, sila keluar.

jika kau tak kalihkan aku memejamkan matamu tiap waktu, sila pergi.

andai kau tak redhakan aku merangkulmu tanpa jemu, sila mengerti --

rasa posesi ini bukan semata buta-buta,

rasa milikan ini bukan semata dusta-dusta.

silapkah cemburu? salahkah cintakan kamu? bodohkah keyakinanku? apakah aku tak malu?

tersiat-siat seperti kertas dikoyak-koyak walau sekadar embun menyentuh jarak, disiang-siang seolah ikan dipotong-potong meski hanya angin menghembus kosong
.
mengapa kenapa? mengapa saya?

aku takut dilupakan, kerana itu. aku takut hilang, persis dahulu.

kewujudan yang tidak lain tahu. keberadaan yang sentiasa dikelambu.

tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.

tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting mana, yang ku kononkan pada jiwaku.

aku ini perempuan, sebijak mana pun aku, harus menjaja menjual cinta.

By Fynn Jamal



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SILA PERHATIKAN PASANGAN ANDA

Sepanjang memiliki zaman anak dara (bujang) sekarang ni. Ofcz banyak pengalaman yang saya dapat, seriously ok. Sampai kan kadang2 saya rasa lawak dan tak logik langsung.

Situasi 1 :
Pernah saya berhadapan dengan situasi, psangan kekasih sedang makan bersama disebuah meja. Si boyfriend duduk bertentangan dengan girlfriend, dalam masa yang sama berhadapan saya. Boleh ek depan girlfriend tapi duk kenyit-kenyit tanpa girlfriend sedar then tangan buat isyarat minta hp number ?? *bersangka baik, sakit mata dan tangan kot.

Situasi 2 :
Pergi bank, masukkan ASB. Bila nak masukkan ASB kan kita kena isi kolum no phone. dan at last dapat call. Rupanya pegawai bank tu call, alasan nak beli ubat batuk then gatal3. *Anak dah 3 dah tu.

Atas ni antara 2 situasi yang sudah cukup kuat untuk membuatkan saya kuat berjaga-jaga dalam hubungan. Banyak lagi situasi, tak perlu lah di taip panjang2 sebab sama je point nye iaitu lelaki yang gatal. Perempuan yang gatal, maybe ade, tapi 90% lelaki.

So girl or isteri orang. Hati-hati. Be carefull. Kadang-kadang kesilapan perempuan yang saya tengk dengan mata saya sendiri. Bila anak dah tingkatan 1, husband pun da 39-40an. Perempuan akan mula abaikan suami. Tak ambil kisah langsung dimana letak nya hp suami ??? Bagi mereka "ah ! Siapa lah nak kat laki aku ni"

Aha ! Ayat yang jangan sekali-kali lah disalah tafsir ye. Bahaya. Yang diam tu lah bahaya. Macam saya sendri, saya cek hp my dad. Ada orang salah numbr pun saya yang call balik dan bt pemeriksaan. HAHA ;p

Mengenai ayat ambil mudah :
"ah tak da sapa lah nak kat laki aku ni"
Hmmm,

Saya nak kalian fikir2kan dan renungkan. Kat dunia ni ada lagi orang yang susah berbanding kita. Mungkin kita pandang pasangan kita tu tak ada apa pun, tapi kat luar ni, ramai lagi perempuan yang memerlukan lelaki seperti pasangan awak. So, jangan ambil mudah ye.

Entry saya terfikir nk create sebab saya terbuka mata dan tersentap apabila melihat keakraban ADI PUTRA dan NORA DANISH dalam movie AKU TERIMA NIKAHNYA pada 11 Oktober nanti. Korg tgk lah trailer dia, peh, dukung sana sini, cium pp lagi. Boleh bayangkan tak perasaan wife ADI PUTRA ? Sebelum tu terjadi pada kita. Mari kita tunjukkan kasih sayang pada pasangan kita ye.
Kesimpulannya : watch out ur partner.

Ats segala kejadian yang saya hadapi, saya sangat lah menjaga incik lalan. Uol pn jaga lah pasangan, n please don't be selebet2. Always charming lah k infront ur partner. DAN ! Berbudi bahasa.

So kalau lah pasangan kita kena goda dengan perempuan/lelaki lain ke, at least, pasangan kita selalu ingt, yang ada seorang perempuan/lelaki terbaik kat hati dia dan tu dah cukup :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAYLOR SWIFT (SAFE AND SOUND) LYRICS


"Safe & Sound"
(feat. The Civil Wars)

I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go"
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and passed tonight

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Don't you dare look out your window, darling,
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold on to this lullaby
Even when the music's gone
Gone

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Just close your eyes
You'll be alright
Come morning light,
You and I'll be safe and sound...




*For me lagu ni sangat-sangat berhantu,
music dia sangat scary tapi dalam masa yang sama such a
romantic melody ;)


HIM

With love,
FatinFashiekin ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERGAYA DI HUJUNG MINGGU

Masalah utama perempuan / wanita adalah :
"esok nak pakai baju ape ea ?"
padahal dalam wardrobe dah bersepah dengan 
segala bagai baju cuma tak reti
nak mix match je.
*saya lah orang tu. hehe

so, kalau uall ada penyakit
seperti saya,
try lah k :)








apapun, saya adalah peminat BLAZER !
cuma kadang2 memahami lah,
cuaca kat malaysia ni panas,
takkan tengah2 hari buta nak sibuk memakai blazer ?
tapi uall kena setuju dengan saya,
pemakaian blazer akan menjadikan kita bertambah confident !

buhbye


with love,
FatinFashiekin


Tuesday, October 9, 2012

Kamal Affandi Hashim menghidap penyakit dalam otak


Mari bantu Kamal Affandi Hashim untuk terus bercakap 

Masih ingatkah lagi korang dengan figura yang bernama Kamal Affandi Hashim? Individu ini sangat popular dengan program pencegahan jenayah. Bila nak raya je, Kamal Affandi pasti muncul di kaca TV memberikan nasihat mengenai pencegahan jenayah seperti rompakan, kecurian dan sebagainya. Tapi, kami menerima khabar sedih mengenai Kamal Affandi Hashim. Beliau kini menghidap Arteriovenous malformation yang secara ringkasnya menrujuk kepada urat saraf ekstra dalam otak sehingga mengganggu fungsi otak.

 Kamal Affandi Hashim

Kamal Affandi Hashim menghidap penyakit dalam otak

“Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku,” ujarnya dalam gurau.

“Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk,” balas saya.
Saya kemudian mengajukan soalan berikut …

“AVM itu apa?”

“Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala,” jelasnya.

Sahabat saya itu, individu banyak berjasa kepada ramai.



Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama.

Pagi tadi saya terbaca status di Facebook anak kepada anggota polis itu.

“Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn’t cover my ilness at all.

Hence, I would like to offer my service of conducting talks to pool additional fund for the surgery to be held as soon as possible“
Yes! My friend doesn’t beg.
Dia cuma ingin menawarkan khidmat untuk terus bercakap dan berkongsi ilmu bersama masyarakat selagi dia termampu melakukannya.
Secara peribadi, tentunya saya ingin melihat sahabat saya itu terus sihat dan menyumbang jasa kepada kita semua. Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini.
Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.

Saya yakin kita semua mampu membantu penganalisis jenayah berpengalaman itu untuk terus berpeluang  bercakap sehingga ke akhir hayatnya. Jangan biarkan bakat, ilmu dan semangatnya terkubur hanya kerana AVM.
Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila klik di sini untuk nombor akaun Kamal.
Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

 Sumber : MazidulAkmalSidek

*serius saya minat pada dia. bangun pagi tgk slot dia dalam MHI,
minda rasa cergas. SubhanaAllah. Ajal maut ditangan tuhan kan ?
kita tak tahu apa akan jadi pada kita di kemudian hari.


EMMA EMBONG

Assalamualaikum,

for me, cantik bagi saya adalah seperti emma embong !
such a beautiful wmn okey.
paling suka sangat, rambut dia !




cantik kan ??
ni yang rasa nak tenung diri sendiri lama2 depan cermin,
tengk rambut dia,
tengk rambut sendiri semula,
kemudian tengk lagi dia,
tengk lagi diri saya. hahahah

apapun, for me,
she's hot !!
and she's white and i'm grey. hahah ;D

*dan lagi cantik bbanding nilopak

with love,
FatinFashiekin

Monday, October 8, 2012

SELAMAT MALAM WAHAI PENDUDUK BUMI

Harini memang busy. Tapi hati bekerja happy. Tak tahu lah kenapa 2minggu ni custmer ramai gila. Betul, ramai. Tapi rasa berbaloi. Sebab dah terbiasa. Da bijak arrange kan waktu dan segalanya.

So bangun pagi dengan hati girang, pergi kerja cemerlang, balik kerja dengan hati yang tenang..

Sure this month sekejap sangat masa. 21hb, 26hb, 3november, 10november. Tarikh2 ni telah dibooking. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah saya akan hadirkan diri ke majlis pkhwinan anda ye cik fida ;)

Ok. Gd nite. Mata dh mgantuks !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BETUL JUGA KAN ?


Kalau korang tak angguk,
nampak beno nipunye. haha ;p


with love,
FatinFashiekin

Saturday, October 6, 2012

PAKAR PERUNDING DAN PENASIHAT MASALAH HATI DAN SANUBARI

Assalamualaikum..

sini, nak cerita ni ! sini !
duduk rapat-rapat sikit ye ;p

ok.macam uol tahu, saya bekerja di farmasi,
dan saya pun dah penat lah nak cerita ragam-ragam pelik manusia
yang tak kan berkesudahan, apapun still nak share.

macam biasa lah kan 9 pagi buka farmasi,
tiba-tiba ada seorang makcik ni datang farmasi,
mencari ubat batuk + selsema.
ok lah kan, thats normal.

cuma, tiba-tiba makcik tu pandang saya,
dia kata : "awak sapa nama ? makcik lupa"
saya jawab lah, "ekin, napa ?"
makcik tu balas : "nak cerita hal peribadi ni,
nak minta pndapat"

saya dengan kakani dah buat muka musykil,
tapi dengar je lah. huhu

"makcik ada masalah ni,
anak makcik namanya nora, ada dua lelaki mint dia,
seorang namanya wan dan seorang lagi namanya afiq,
makcik nak minta pendapat korang apa yang patut makcik
dan ank makcik lakukan"

hah ! bertukar bidang !!!!!
sepatutnya farmasi kena buat satu bilik,
ada meja, untuk saya.
dan dekat meja tu sila tulis
rawatan penyakit cinta by doktor cinta fatinfashiekin

tapi, its okey lh. dari situ dapat lah berkenalan dengan lebih rapat dengan custmer. dilemanya begini, makcik tu ada 6 orang anak. salah seorangnya adalah nora, anak kesayangan, makcik tu sangat susah hati bila anak nya bercinta dengan seorang lelaki bernama wan (seorang anggota polis) dah 4 tahun mereka couple, dan mak cik ni tak pernah merestui hubungan anak dia dengan wan, bahkan makcik ni selalu berdoa pada tuhan semoga nora dipertemukan dengan jodoh yg lain. si wan pula tahu tahu yang makcik ni tak suka  dia ada hubungan dengan anak perempuan dia

TETAPI, makcik ni tak adalah macam drama2 melayu, bakal mak mertua yang kejam ke tak.selama 4 tahun anak dia couple dengan wan, makcik tu redha, tapi makcik ni cerita, setiap kali dalam solat dia berharap agar nora dipertemukan dengan laki lain. Wan banyak kali juga bhasrat nak hantar rombongan pinangan untuk merisik nora. tetapi ditolak oleh makciktu.

Tuhan Maha Berkuasa, hati makcik ni terbuka untuk menerima wan, kemudian makcik ni kata lah pada anak dia "nora, jom kita cari barang hantaran, kan nora nak bertunang kan?" disaat-saat akhir, anak makcik tu kata "mak, nora nak tunang, tapi boleh tak dengan orang lain tapi pada hari yang sama.." bila dengar pengakuan anknya, makcik tu rasa seronok dan bsyukur sangat-sangat. Allah memakbulkan doanya, tambahan pula, lelaki ke2 (AFIQ) ni berpangkat besardalam sebuah syarikat.

So, makcik tu minta pendapat kami cara mereject si wan tu, masalah nya adalah kerana wan seorang lelaki yang sangat-sangat baik. sentiasa mendengar kata dan tiada cacat celanya.
bagaimana ?????

faktor makcik ni tak nak nora berkahwin dengan wan adalah kerana :
1) wan seorang anggota polis dan makcik ni tak nak anak nya ditinggalkan,
2) selama 4 tahun berkawan, setiap kali raya wan selalu tak dapat menghadirkan diri *polis katakan
3) makcik ni terbayang kalau nora mengandung, suami tak ada disisi.

sejujurnya, bagi saya lah kan,
kesian juga pada wan tu, tak salah apa-apa. tapi sebagai seorang mak, saya faham lah, makcik tu nak anak dia hidup senang, cuma salahnya makcik tu bagi saya sebab memilih harta dan menganggap anaknya memiliki ijazah dan gaji yang besr, tak sesuai dengan wan. TAPI, kalu saya seorang emak pun, saya nak terbaik untuk anak saya juga. hmm, konflik juga ek ? hehe

dan bagi saya juga, kalau boleh, berkahwin tak boleh atas dasar kesian, sekarang nora kesian pada wan, sebab dah 4 tahu couple, wan pun sangat baik. dan makcik tu rasa serba salah dan nak anak dia bagi alasan keluarga tak merestui. TAPI, makcik tu risau kalau wan datang merumah dan merayu-rayu.

AFIQ pula dah standby, kalau nora putus, bila-bila masa saja dia boleh masuk meminang untuk jadikan nora sebagai isteri. very the drama kan ? haha. biasanya benda2 macamni kita tengk dalam tv, tapi harini benda ni saya dengar dan terjadi, betul2 depan mata dan betul2 dari telinga saya, so saya sangat berkerut kening mendengarnya. huhu

tapi, last kami kata pada makcik tu, kalau betul anak dia pun dah tak dapat terima wan. cara terbaik cakap elok-elok pada wan. cara ke2, try jarakkan perlahan2 hubungan tu.. even wan nak kata nora dah berubah ke, biarkan, tapi perlahan2 hilangkan diri. tak adalah wan terkejut dan rasa terluka gila2. ye tak ? :)

bila pk kn, rasa lawak.. masalah diri sendiri tak settle, nasihat orang lain ttg masalah cinta. hahahhah. masalah menuju ke arah rumahtangga pula tu. dan lepas cerita2 dengan makcik tu, saya ada pesan "cik, nanti jangan lupa ceritakan kesudahannya" ;D

pengajarannya : jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang,
okey, nak call incik lalan pula lepasni sebab takut dia turut dikebas orang. hahahaha

with love,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...