FOLLOWER

Wednesday, October 10, 2012

GADIS BIJAK YANG DISAMPAHKAN

Saya sangat suka karya FYNN JAMAL, tersirat tapi apabila didengari sangat menyentap sanubari Kerana dia perempuan, mungkin juga sebab itu dia sangat memahami isi hati perempuan, kemudian dia meluah dengan lembut tetapi panas di telinga sang arjuna ;)

__________________________________________


-Gadis Bijak Yang Disampahkan-

jika kau tak izinkan aku menjahit tubuhmu pada aku, sila beredar.

andai kau tak relakan aku menyimpan bulan dibilikmu, sila keluar.

jika kau tak kalihkan aku memejamkan matamu tiap waktu, sila pergi.

andai kau tak redhakan aku merangkulmu tanpa jemu, sila mengerti --

rasa posesi ini bukan semata buta-buta,

rasa milikan ini bukan semata dusta-dusta.

silapkah cemburu? salahkah cintakan kamu? bodohkah keyakinanku? apakah aku tak malu?

tersiat-siat seperti kertas dikoyak-koyak walau sekadar embun menyentuh jarak, disiang-siang seolah ikan dipotong-potong meski hanya angin menghembus kosong
.
mengapa kenapa? mengapa saya?

aku takut dilupakan, kerana itu. aku takut hilang, persis dahulu.

kewujudan yang tidak lain tahu. keberadaan yang sentiasa dikelambu.

tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.

tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting mana, yang ku kononkan pada jiwaku.

aku ini perempuan, sebijak mana pun aku, harus menjaja menjual cinta.

By Fynn Jamal



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...