Assalamualaikum..
sini, nak cerita ni ! sini !
duduk rapat-rapat sikit ye ;p
ok.macam uol tahu, saya bekerja di farmasi,
dan saya pun dah penat lah nak cerita ragam-ragam pelik manusia
yang tak kan berkesudahan, apapun still nak share.
macam biasa lah kan 9 pagi buka farmasi,
tiba-tiba ada seorang makcik ni datang farmasi,
mencari ubat batuk + selsema.
ok lah kan, thats normal.
cuma, tiba-tiba makcik tu pandang saya,
dia kata : "awak sapa nama ? makcik lupa"
saya jawab lah, "ekin, napa ?"
makcik tu balas : "nak cerita hal peribadi ni,
nak minta pndapat"
saya dengan kakani dah buat muka musykil,
tapi dengar je lah. huhu
"makcik ada masalah ni,
anak makcik namanya nora, ada dua lelaki mint dia,
seorang namanya wan dan seorang lagi namanya afiq,
makcik nak minta pendapat korang apa yang patut makcik
dan ank makcik lakukan"
hah ! bertukar bidang !!!!!
sepatutnya farmasi kena buat satu bilik,
ada meja, untuk saya.
dan dekat meja tu sila tulis
rawatan penyakit cinta by doktor cinta fatinfashiekin
tapi, its okey lh. dari situ dapat lah berkenalan dengan lebih rapat dengan custmer. dilemanya begini, makcik tu ada 6 orang anak. salah seorangnya adalah nora, anak kesayangan, makcik tu sangat susah hati bila anak nya bercinta dengan seorang lelaki bernama wan (seorang anggota polis) dah 4 tahun mereka couple, dan mak cik ni tak pernah merestui hubungan anak dia dengan wan, bahkan makcik ni selalu berdoa pada tuhan semoga nora dipertemukan dengan jodoh yg lain. si wan pula tahu tahu yang makcik ni tak suka dia ada hubungan dengan anak perempuan dia
TETAPI, makcik ni tak adalah macam drama2 melayu, bakal mak mertua yang kejam ke tak.selama 4 tahun anak dia couple dengan wan, makcik tu redha, tapi makcik ni cerita, setiap kali dalam solat dia berharap agar nora dipertemukan dengan laki lain. Wan banyak kali juga bhasrat nak hantar rombongan pinangan untuk merisik nora. tetapi ditolak oleh makciktu.
Tuhan Maha Berkuasa, hati makcik ni terbuka untuk menerima wan, kemudian makcik ni kata lah pada anak dia "nora, jom kita cari barang hantaran, kan nora nak bertunang kan?" disaat-saat akhir, anak makcik tu kata "mak, nora nak tunang, tapi boleh tak dengan orang lain tapi pada hari yang sama.." bila dengar pengakuan anknya, makcik tu rasa seronok dan bsyukur sangat-sangat. Allah memakbulkan doanya, tambahan pula, lelaki ke2 (AFIQ) ni berpangkat besardalam sebuah syarikat.
So, makcik tu minta pendapat kami cara mereject si wan tu, masalah nya adalah kerana wan seorang lelaki yang sangat-sangat baik. sentiasa mendengar kata dan tiada cacat celanya.
bagaimana ?????
faktor makcik ni tak nak nora berkahwin dengan wan adalah kerana :
1) wan seorang anggota polis dan makcik ni tak nak anak nya ditinggalkan,
2) selama 4 tahun berkawan, setiap kali raya wan selalu tak dapat menghadirkan diri *polis katakan
3) makcik ni terbayang kalau nora mengandung, suami tak ada disisi.
sejujurnya, bagi saya lah kan,
kesian juga pada wan tu, tak salah apa-apa. tapi sebagai seorang mak, saya faham lah, makcik tu nak anak dia hidup senang, cuma salahnya makcik tu bagi saya sebab memilih harta dan menganggap anaknya memiliki ijazah dan gaji yang besr, tak sesuai dengan wan. TAPI, kalu saya seorang emak pun, saya nak terbaik untuk anak saya juga. hmm, konflik juga ek ? hehe
dan bagi saya juga, kalau boleh, berkahwin tak boleh atas dasar kesian, sekarang nora kesian pada wan, sebab dah 4 tahu couple, wan pun sangat baik. dan makcik tu rasa serba salah dan nak anak dia bagi alasan keluarga tak merestui. TAPI, makcik tu risau kalau wan datang merumah dan merayu-rayu.
AFIQ pula dah standby, kalau nora putus, bila-bila masa saja dia boleh masuk meminang untuk jadikan nora sebagai isteri. very the drama kan ? haha. biasanya benda2 macamni kita tengk dalam tv, tapi harini benda ni saya dengar dan terjadi, betul2 depan mata dan betul2 dari telinga saya, so saya sangat berkerut kening mendengarnya. huhu
tapi, last kami kata pada makcik tu, kalau betul anak dia pun dah tak dapat terima wan. cara terbaik cakap elok-elok pada wan. cara ke2, try jarakkan perlahan2 hubungan tu.. even wan nak kata nora dah berubah ke, biarkan, tapi perlahan2 hilangkan diri. tak adalah wan terkejut dan rasa terluka gila2. ye tak ? :)
bila pk kn, rasa lawak.. masalah diri sendiri tak settle, nasihat orang lain ttg masalah cinta. hahahhah. masalah menuju ke arah rumahtangga pula tu. dan lepas cerita2 dengan makcik tu, saya ada pesan "cik, nanti jangan lupa ceritakan kesudahannya" ;D
pengajarannya : jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang,
okey, nak call incik lalan pula lepasni sebab takut dia turut dikebas orang. hahahaha
with love,
FatinFashiekin
No comments:
Post a Comment