FOLLOWER

Wednesday, July 11, 2012

PENENANG HATI

Patutlah last week mimpi bukan-bukan,
Rupanya bulan 7 ni macam-macam jadi. But Allhamdulillah :)

Semalam betul2 serabut, dan rasa takut, dah lah harta orang,
Then saya pula cuai.
Sekeliling semua marah.
Bila mengadu, semua marah.

Kak ani kata :
"Dah pergi amik wudhu' tenangkn hati"

Masa amik wudhu' pun rasa sedih sangat-sangat, sesungguhnya saya tak sengaja. Dan saya tahu saya bersalah.

Then sementara tak ada custmer,
Amik kesempatan baca yassin,
Memang baca, tapi meleleh lagi air mata.

Then kak ani kata,
"Nak tenang hati baca surah al-waqiah, baca terjemahannya sekali"

Dan ye ! Rasa tenang !
Uols yg tak tenang hti, baca lah surah tu,
Rasa segan pula nangis-nangis, hehe
Yes I'm too vulnerable.

Perkara paling saya tak suka adalah bila kena marah then ditinggikn suara, memang saya akan rasa tersentap.
Dan bila saya mengadu, bukan bermakna saya nak dengar anda punya kata-kata negatif yg sama. Tak. Saya perlukan sokongan dan kata-kata untuk tenangkan saya.

Atleast tanya : "are u okey ??"
Dan tunjuk saya cara untuk jadi okey.

Apapun, ada hikmahnya semalam,
Allhamdulillah :)

Pengajaran yg saya dapat : bedikarilah wahai fatin fashiekin.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BANGUN SETELAH JATUH

Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan' nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan, apa kata kita jadikan mereka inspirasi?

saat saat macam ni, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima & cara kita deal dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. tak kan nak terus hanyut dengan kejatuhan? nak terus hilang saat kekecewaan? 

antara apa yang mampu dan boleh saya kongsi setelah melalui kejatuhan dan kemudian berasa tenang ialah :

1) sentiasa berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. jauhi & bencikan perasaan & tanggapan negatif. susah? ya, tapi sedar lah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. susah? saat pertama kali buka mata di pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyum lah kepada Nya, yang masih sudi memberi kita nyawa & kehidupan.

3) sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. masalah, kritikan mahupun pujian. susah? terima lah setiap kritikan demi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab & amanah yang di harap kan. jadikan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik bukan punca stress.

4) ketepi kan memikirkan benda benda yang remeh & kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. susah? tidak, kurang kan mengambil tahu perkara perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi sesuatu yang kadang kadang hanya lah mempunyai unsur negatif dan aib.

5) rajin membaca/melihat/menonton bahan yang positif & berunsurkan ilmiah. susah? tidak. paling mudah, mulakan 'follow' sahaja mereka mereka yang berkata kata dengan kualiti dan baik di Twitter, sekurang kurang nya, setiap kali membaca memberi kesan kepada kita.

6) bergaul dengan mereka yang sentiasa positif & sentiasa berkata & beramal baik. susah? nanti tak ramai kawan? tidak. berkawan lah se ramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik & betul dari mereka itu rujukan. berpegang teguh lah dengan prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelas kan kebaikan sesuatu. susah? sebab sentiasa nampak semua orang salah & kita betul? lihat & cermin kembali diri kita, jangan mudah rasa diri cukup sempurna & sentiasa betul. hidup ini, kita saling mengingati.

8) memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan syara' dan jauhi lah sekelumit pun perasaan kurang senang/dengki. susah? nanti dia lagi berjaya? bukan kah setiap rezeki kita sudah di tentukan Nya? berusaha & motivasi kan lah diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) sentiasa mengamalkan gaya & cara hidup yang betul & positif. jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah di tetapkan. susah? sebab takut nampak tak cool? nampak ketinggalan zaman? ingat, setiap perkara kita lakukan sekarang, akan 'dipertontonkan' kelak.

10) sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikir kan kesan akan datang yang bakal menyusul dari setiap tindakan kita. perlu berani? ya, benar, tapi jangan sampai di masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) yang paling penting, sentiasa dekat kan hati dengan Nya. sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalan Nya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. susah? belum rasa 'rasa' itu? cari lah Allah, DIA sedang menanti kita, DIA rindukan kita.

sejujurnya bahagia yang di temani ketenangan itu lah erti bahagia yang sebenar. bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagia kan. tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha & berkat dari Nya. itu lah erti bahagia yang sebenar. sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah nya mampu membuat kita terus tenang & terus berjalan meneruskan kehidupan & mencari redha Nya. apa jua sekali pun, cara nya hanya lah kembali kepada Nya. percaya kuat Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hamba Nya. dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

" Attach your heart to Allah, and you will never be let down "
(Imam Zaid Shakir)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HIKMAH DARI KEJATUHAN

Cukup lah Allah ada temani kita,
Jangan harapkan orang lain,
Kerana nescaya mengundang duka.

Jangan terlalu berangan-angan.
Berangan konon akan ada insan yang rela sehidup semati.
Berdepan lah dengan realiti.
Sahabat senang mudah ditemui.
Sahabat susah jarang sekali.

Ye, mungkin kita baik.
Kita sentiasa membantu orang yg dalam kesusahan, dan hati kecil kita berbisik "semoga nanti, dia ingat jasa kecilku"
Bukan bermakna tidak ikhlas,
Tak memerlukan balasan,
Cukuplah sekadar kita tahu yang kita ada teman susah dan senang.
Tapi itu bukan mudah.

Fantasi jauh lebih indah dari realiti,
Melayu mudah lupa.
Apatah lagi ia nya "manusia".

Ye, its happen to me :
SubhanaAllah, Ramadhan bakal menjelma, Allah tunjukkan saya jalan. Agar saya tak tersesat. Allah tunjukkan saya jalan yang betul.

Ketika saya susah, sedih dan pedih,
Hanya alunan dari kalimah-kalimahnya yang menenangkan hati saya.

Mungkin saya akan kehilangan sesuatu yang penting, tapi saya yakin Allah akan membantu saya. Allah sentiasa ada.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 10, 2012

AHMAD FAIZAL SULAIMAN (PART 1)

Dedikasi khas buat
kekasih hati ;)

Kamu.. happy birthday!
may Allah will always lead u.
hope u'll gain more strength to
face this life..
i know.. if u have enough courage,
u'll get everything u ever wanted.
Aminn ;)
n don't worry.. this girl of yours
will always be here.
just for you.



sy suke air sejuk. awak suke air panas.
sy tak suke tidr. awk suke tidr.
sy kuat planner. awk ikut flow.
sy slalu gelabah. awk cool je.
sy banyak sgt cakap. awk senyum je.
sy penakut. awk berani.
walaupun kite berbeza..
tp sy senang begini.
kite saling melengkapi.
n i love the way we are right now.
hopefully it will last forever ;)
Insya-Allah.

Kite mmg excited sket bab2 cemnih.
ye la, kite kan big fan kamu.

again,
happy birthdayyyyy incik jantung hati!!
Aha. Yup, actually too early,
Tapi kereta kite rosak so 13july tak dapat lah kite buat surprise pada kamu.
That's y saya bt surprise untuk kamu harini. Dan saya happy tgk kamu terkejut dan menjerit kata :

"Lillahitaala kita langsung tak ingat tentang birthday diri sendiri !!" then kamu tak sabar buka hadiah. Tersenyum. Kita happy tengk kamu happy.

Kite harap kamu happy dengan hadiah dari kite. Dan kite harap perut kamu tengah kenyang, yela, mama buatkan makanan kegemaran kamu, macam-macam mama masakkan buat kamu tau.

I love u, my family pn love u too. Jangan nakal-nakal. Ingat, awak dah 31 tahun wahai incik jantung hati. Kite sentiasa mendoakan kebahagiaan awak didunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki dari sumber yg halal. Dikurniakan kesihatan yang sejahtera dan dipanjangkan umur.

*okey, ini baru part 1 :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

COMING SOON

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 8, 2012

JAWA KATA "MUNJUNG"

Assalamualaikum.

Bagi masyarakat jawarean seperti saya, sure lah dah tahu tradisi munjung mmunjung ni. Aha, bukn mengunjungi ye. Tetapi pekat sikit sebutan "monjong". Iye blh diklasifikasikan sebagai mengunjungi sebab akan pergi satu rumah ke satu rumah, tapi dalam apa yang saya nak maksudkan, munjung adalah tradisi jawarean, bila raya atau mengadakan kenduri tidak kira secara kecil kecilan atau besar-besaran, mesti tuan rumah akan menyediakan bungkusan makanan dan mengagihkan kepada jiran tertangga.

Senang cerita, kalau anda datang ke rumah orang johor, gerenti balik akan di berikan buah tangan (makanan) sebagai tanda terima kasih sudi menjenguk. Ye, incik lalan (dia utara kan) masa baru nak mengenali adat2 johor. Dia pelik. Lagi2 bila pi majlis kahwin ke, penuh dengan makanan, kalau datang kenduri lagi lah jangan pelik, silap2 kalau uols rapat dengan tuan rumah, 2 tangan pun tak cukup nak memegang makanan yang diberi.

Ok. So sambung cerita, harini rumah tok kenduri, petang tadi saya dengan my lil sibling (aza) ditugaskan untuk "munjung"
Sangat kelam kabut sebab pukul 6 nak hantar aza masuk asrama. Dan malam ni kenduri diadakan selepas mgrib. Semoga segalanya berjalan lancar. Malam ni, nasi ambang again !! :D

:)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 7, 2012

CUKUP BAGIKU ALLAH


Rasa ringan beban dibahu bila ungkapan
"cukup bagiku Allah" 
disematkan dalam hati dengan penuh tekad.

sebagai manusia biasa,
serius, saya sendiri kadang-kala tanpa sedar
mengeluh dengan apa yang menimpa diri,
rasa sedih, rasa berputus asa,
rasa sia-sia segalanya.

tapi ! sedaya upayaaa saya ingatkan diri
"fatin, nak masuk syurga dugaan kenalah besar"
kak Ain yang mendegar pun tergelak besar
bila setiap kali saya ditimpa masalah,
sure saya akan kata pada dia
"Allah nak masukkan ekin dalam syurga, sebab tu ekin dberi dugaan,
kakain jangan risau ea, nanti ekin tunggu kk ain dipintu syurga"
haha. yeah, its simple. tapi hati sangat tenang.
sangat tenang bila kita set dalam kepala
"oh aku diduga Allah,
Dan aku kena yakin dengan takdir Allah,
nak masuk syurga kenalah tabah dan sabar !
Allah yakin aku mampu laluinya, 
kenapa aku x yakin pd diri sendiri kan ?"


if you feel that you are very down,
just close your eyes and saya
"This is my journey,
HE puts me here, Its HIS plan,
so i've just to carry on and trust him" :) 

with love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...