FOLLOWER

Thursday, May 24, 2012

IN THIS 'DUNIA'

May the trials we face in this 'dunia'
make us become a better Mu'min.
May we reflect onto ourselves & the serious
state of the dying Ummah.
 With love,
FatinFashiekin

Wednesday, May 23, 2012

SEDIKIT NIKMAT YG DITARIK

Ingatan pada diri :

Rasa malu kan ?
Bila asyik dan terus menerus merungut atas kekuranga, walhal kita tak sedar, ada orang lain lagi susah berbanding kita. Dan jika nak dibandingkan kita ni sudah dianggap sgt sempurna bg mereka.

Kemudian terus menerus mengatakan "sudah jatuh ditimpa tangga"
Dan tidak mengambil PENGAJARAN ataupun HIKMAH disebalik apa yang berlaku, SubhanaAllah.
Allhamdulillah tersedar.

Awak-awak-awak
Yang sedang baca ni,
Doakan kereta saya cepat sembuh (-_-')
Actually aircond buat hal,
Ingat tak ? Kereta saya aircnd rosak dan kena charge tinggi then incik lalan bising kata saya kena tipu dan saya tk pcya ?
And now, rosak lagi lah !
Dan incik lalan bebel kata sy degil
Fuh, nampaknya bawa kereta bsama peluh lah nampak gayanya..

*nasi sudah menjadi bubur, semalam hal komptr, harini aircond.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SETTLE

Dah hantar komputer semalam, siap dengan cepat. Sampai je kedai taukey tu kata :

"Amoi, lu punya komputer talak lusak.. Actually setiap setahun lebey, lu kena hantar servis, so I ingat solang kakak dulu ade bawak cpu ni buat format, sekalang tk perlu format.. Cuma kena tukar memory dan servis.. Bukan losak maa.."

Dan terus reply :
"Fuhh, bukan salah I lah kan ? Tu lah, I tak da install apa2. Okey2, you buat bill k"

Dan sekarang. Komputer dah sihat !! Allhamdulillah, hilang pucat lesi wajah tau. Tidur dah boleh lena dah. Hehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 22, 2012

1 REJAB (22 MEI 2012)

Allhamdulillah, harini saya berpuasa,
Dan Allhamdulillah dapat menyempurnakannya dengan sempurna. Even pagi-pagi lagi barang-barang dari 3 company sampai. Berkotak-kotak. But its still okey, just small matter. Dan even kak aida meneguk milo ais kaw depan saya. Its okey. Saya punya energy mmg kuat, godaan kecil ni, oh saya tak mudah tergugat ;p

Yang kureng bertuah, pagi-pagi tengah buat 'z report' tiba2 machine cash problem. Haish. Dari tangan saya lah. Pulak tiba-tiba tak boleh tutp. Rasa mengelabah juga okeh. Tapi tak pa, ada kak ani, serba boleh !! Dan masalah tu settle. Bravo !

Petang pula, smentara tgu waktu berbuka, switch on cmptr farmasi sat, baru baca artikel dan dengar ceramah dari ustaz don mengenai "keras hati" tiba-tiba comptr jadi hang. So saya pun, matikan lah ikut plug. Tiba2 error. First things saya ingt kn virus, so snap photo then BBM gambr pd incik AZT, dia tu terror bab2 komputer, dan dia kata "blue screen" bukan virus, tapi still kena format. Hmm, nak buat macammana. Benda tu terjadi semasa saya menyentuhnya, so sewajarnya saya bertanggungjwb. Kan ? Nk minta AZT repair, dia balik kedah (-_-)

So tadi, terhegeh-hegeh mengangkat PC. Eh lupe ! PC adik mok (anak uncle dpn fmasi) yg tlg angkatkn masuk kereta saya, saya just buka pintu kereta. Huhu. Tq adik. Seriusly rasa pucat lesi ok tiba2 comptr error. Hello, bayangkan u all pinjam laptop kawan tiba2 error. Haa ? Gelabah kan ? *i dun care mahal macammana, semoga cmptr tu cepat sembuh. Sbb saya tk suka rosakkn brg org dan susahkn org.

Bila ada uncle masuk farmasi dan nak ubat batuk sebab tak baik2, saya bagi lah ubat then saya explain :
"Uncle, jaga makan ye, jangan makan sotong banyak-banyak tau, nanti tekk tu gatal"

Dan pakcik tu terkejut dn kata :
"Hah !! Sotong ??? Blh buat tekak gatal ke ?" Dengan muka pelik.

Saya pula terkaku, haha, apa kena mengena dengan sotong ?? Kalau ye pun baru lepas berbuke kan ? Huhu. Nasib baik lah custmer2 semua sporting, kalau dapat yang berlagak konon singaporean, kat situ jugak kena sembur.

Pengajarannya, buat something berhati-hati. Fokus. Ikhlas. Dan jangan sesekali hilang fokus :)

Jom kawan-kawan puasa lagi esok. Sebab dapat pahala, dapat masuk syurga dan disamping tu dapat package pengempisan perut. Hehe. Lepasni boleh dapat perut macam nicole scherzinger nampaknya ! Wah !

Bila dah berpuasa ni, malam dah mula lah malas nak buat sit up dan bumping sebelum tidur like always.. Sebab kenyang (-_-) haih, apa lah nak jdk kan ? Apalah nasibbb,.

Ya Latiff.. Ya Latiff.. Ya Latiff..
Semoga hari esok lebih baik untuk saya. InsyaAllah..

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 21, 2012

REMINDER

" Kekuatan datang dari kepercayaan yang KUKUH..Kepercayaan datang dari ILMU dan HATI yang 'berfikir'. Teruskan berubah walaupun kita susah dan teruskan walaupun kita kita jatuh. Kita BANGUNlah setiap kali jatuh "

:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MARI BERSAMA

selamat menyambut bulan Rejab. perbanyakkan amal ibadah pada bulan ini. let us start with puasa, shall we? :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 20, 2012

GOOD NIGHT

I don't wanna close my eyes..
I don't wanna fall asleep..
Coz I'd miss you babe..
And I don't wanna miss a thing..
Coz even when I dream of you..
The sweetest dream will never do..
I'd still miss you babe..
And I don't wanna miss a thing..

Lying close to you..
Feeling your heart beating..
And I'm wondering what you're dreaming..
Wondering if it's me you're seeing..
Then I kiss your eyes and thank God we're together..
And I just wanna stay with you..
Just stay in this moment forever, forever and ever,,

*lupa lah sapa nyanyi lagu ni,
Aerosmith ke aeroplane entah. Hehe

Good night,
Sweet dream :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERKARA PALING INDAH

Perkara paling indah di dunia ada lah BERANGAN !! Haa, seriously lah okeh. Jangan nak cover line lah kan kata konon tak pernah berangan.

Kalau dulu masa kecik, bila tengk cartoon barbie je, mula lah addicted pada patung barbie dan berangan nak jadi macam barbie. So baju, beg, semua nak barbie. Hehe *tsskk, tiba2 rindu pada alisya (-_-). Saya pun macamtu, tapi saya addicted pada cartoon sailormoon. Sampai menangis2 tengk cartoon tu. Over kan ? *pang ! ;p

Bila dan dewasa tua macam sekarang ni, berangan pula pk kan masa depan ?
Almaklumlah, bila da besar tak da lagi tgk2 cartoon ni. Semua realiti.

Pernah berangan nak buka nursery. Saya ? Jaga duit lah, taukey kan ? Hehe. Kak ain ? Bab jaga budak sebab kak ain dia blemah lembut sikit. Kak ani ? Bab decorate sebb kk ani banyak kesenian. Kak aida ? Bab mgajar sebb dia ad pgalaman jaga anak. Haha. Yelah, saya jaga duit lah. Cukup bulan, bayar bayar. Hehe. *berangan je lah

tapi sehingga kini, tak luput2 dari ingatan, saya nak jadi surirumah !! Da penat lh bkerje... Saya nak jaga makan, pakai, kediaman dn diri suami saya. Saya nk jaga anak2 saya secomelnya dan tak comot. Saya nak tumpukan untuk mereka. Tapi bukan lah surirumah yang berkain batik tu. Nope ! Seorang surirumah yang memakai heels okeh. Memiliki sebiji evo10 berwarna merah. Dan kelua dari kereta itu, seorang hot mama memakai heels dan mendukung seorang baby ! Diiringi anak gadis yg cun melecun. *berangan teruk kan ? Kalau incik lalan ada ni, dh lama dia tarik telinga ni ;p

Kalau incik lalan, dia asyik kata nk sebijik banglo + sekarang dia addicted pada landscap lah. Pukul 2 pagi call. Then kita pula terjaga dari tidur, dan dia pula syok bercerita tentang landscape idaman dia. Cehh.. Dia lagi over ok, RM100 pn kedekut, ada hati nk buat landscpe RM100,000.00 ?? Piirraahh... Haha *dia lagi over !

Entah lah, saya impikan jadi surirumah sebab, saya nk jaga insan kesayangan. Mcm incik lalan, dia minat bisnes bab ladang + penternakkan. Macam saya ?? Saya kurengg lah kearah tu. Kn saya dah kata, saya nk jadi surirumah :D

Ok2. nak tidur ni, dah tgh malam memang banyak melalut. Maaf lah ye. Hah ! Gambar kt atas ni adalah BUKTI dia tengah berangan, khusyuk bercerita mengenai impian dia. Actually bosan giler. Sebab apa dia minat, saya tak minat. Huhu

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERBANDING SEMALAM

yeah ! Kite tak selalu baik dan kita mempunyai kekurangan. Semua orang ada kekurangannya :)

Tapi, tak salah nak improve kn diri,
Lebih baik dari semalam..

Dan semua tu maybe "terpaksa"
But hey, don't give up !!
Semua benda baik sememangnya memerlukan paksaan dn dlm keadaan terpaksa.,
Sebab kalau kita nak tunggu "ikhlas" itu datang dengan sendiri..
Hmm, alamatnya 'IKUT HATI MATI'
Kan ??

Whatever orang sekeliling nak kata
"Ala, sekejap je tu.."
Hiraukan ye sayang-sayang sekalian,
Mulut orang tak kan berhenti bercakap,
Hati mereka tk kan bhenti berbisik dan kutuk mengutuk.
Sebab dieorg pn manusia biasa..
Macam kita :)

Yang penting,
Insan-insan kesayangan dsekelilg kita lebih mengenali kita.

Saya ?
I'm proud cz saya ada my family, incik lalan dan kak ain.
Mereka nyawa saya.
*jangan cb luka kn hati mereka kerana anda mengundang kemarahan saya. Behave. Ok ? :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KELEBIHAN BULAN REJAB

Tazkirah untuk kita semua untuk bulan Rejab yang penuh bermakna ini

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
________________________________________

Update: Saya terjumpa dengan artikel ini di blog Yussamir.com, bagus kandungannya, dan saya rasa adalah elok jika saya tambahkan lagi dalam blogpost mengenai bulan puasa sunat Rejab ini. Untuk tambahan ilmu saudara-saudari semua.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:

a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:


Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya'rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada 'Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?" Rasulullah menjawab: "Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain)."

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.

Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:

Dari sudut syara', dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya'ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram." Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya'ban.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:

Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya'ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya'ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: "Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).

Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.

Kesimpulan

1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur'an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).

3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.

4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.

Pemberitahuan: Petikan ini saya ambil dari sumber internet untuk dikongsi bersama kepada pembaca saya, jika anda rasa ianya tidak betul, sila beritahu kepada saya manakah yang benar atau salah. Terima kasih.

:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

THIS WEEK

Yes ! Harini dapat dating dengan kak ain, jumpa family dia.
Tapi kan,
Tak bergambar dengan dia
Alaaa !! Lupe. Kelam kabut,
Khayal borak dengan family dia,
Makan-makan :'(

Ok, actually pergi dengan incik lalan,
Saje alang2 ke BP,
Tu yang melepaskan rindu
Terhadap kak ain :)

Terluah juga rindu pada kakAin !
You you you !
I miss u, nanti kite gosip2 lg ea.
I love u too too too much sayang :))

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...