FOLLOWER

Sunday, May 20, 2012

GOOD NIGHT

I don't wanna close my eyes..
I don't wanna fall asleep..
Coz I'd miss you babe..
And I don't wanna miss a thing..
Coz even when I dream of you..
The sweetest dream will never do..
I'd still miss you babe..
And I don't wanna miss a thing..

Lying close to you..
Feeling your heart beating..
And I'm wondering what you're dreaming..
Wondering if it's me you're seeing..
Then I kiss your eyes and thank God we're together..
And I just wanna stay with you..
Just stay in this moment forever, forever and ever,,

*lupa lah sapa nyanyi lagu ni,
Aerosmith ke aeroplane entah. Hehe

Good night,
Sweet dream :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERKARA PALING INDAH

Perkara paling indah di dunia ada lah BERANGAN !! Haa, seriously lah okeh. Jangan nak cover line lah kan kata konon tak pernah berangan.

Kalau dulu masa kecik, bila tengk cartoon barbie je, mula lah addicted pada patung barbie dan berangan nak jadi macam barbie. So baju, beg, semua nak barbie. Hehe *tsskk, tiba2 rindu pada alisya (-_-). Saya pun macamtu, tapi saya addicted pada cartoon sailormoon. Sampai menangis2 tengk cartoon tu. Over kan ? *pang ! ;p

Bila dan dewasa tua macam sekarang ni, berangan pula pk kan masa depan ?
Almaklumlah, bila da besar tak da lagi tgk2 cartoon ni. Semua realiti.

Pernah berangan nak buka nursery. Saya ? Jaga duit lah, taukey kan ? Hehe. Kak ain ? Bab jaga budak sebab kak ain dia blemah lembut sikit. Kak ani ? Bab decorate sebb kk ani banyak kesenian. Kak aida ? Bab mgajar sebb dia ad pgalaman jaga anak. Haha. Yelah, saya jaga duit lah. Cukup bulan, bayar bayar. Hehe. *berangan je lah

tapi sehingga kini, tak luput2 dari ingatan, saya nak jadi surirumah !! Da penat lh bkerje... Saya nak jaga makan, pakai, kediaman dn diri suami saya. Saya nk jaga anak2 saya secomelnya dan tak comot. Saya nak tumpukan untuk mereka. Tapi bukan lah surirumah yang berkain batik tu. Nope ! Seorang surirumah yang memakai heels okeh. Memiliki sebiji evo10 berwarna merah. Dan kelua dari kereta itu, seorang hot mama memakai heels dan mendukung seorang baby ! Diiringi anak gadis yg cun melecun. *berangan teruk kan ? Kalau incik lalan ada ni, dh lama dia tarik telinga ni ;p

Kalau incik lalan, dia asyik kata nk sebijik banglo + sekarang dia addicted pada landscap lah. Pukul 2 pagi call. Then kita pula terjaga dari tidur, dan dia pula syok bercerita tentang landscape idaman dia. Cehh.. Dia lagi over ok, RM100 pn kedekut, ada hati nk buat landscpe RM100,000.00 ?? Piirraahh... Haha *dia lagi over !

Entah lah, saya impikan jadi surirumah sebab, saya nk jaga insan kesayangan. Mcm incik lalan, dia minat bisnes bab ladang + penternakkan. Macam saya ?? Saya kurengg lah kearah tu. Kn saya dah kata, saya nk jadi surirumah :D

Ok2. nak tidur ni, dah tgh malam memang banyak melalut. Maaf lah ye. Hah ! Gambar kt atas ni adalah BUKTI dia tengah berangan, khusyuk bercerita mengenai impian dia. Actually bosan giler. Sebab apa dia minat, saya tak minat. Huhu

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERBANDING SEMALAM

yeah ! Kite tak selalu baik dan kita mempunyai kekurangan. Semua orang ada kekurangannya :)

Tapi, tak salah nak improve kn diri,
Lebih baik dari semalam..

Dan semua tu maybe "terpaksa"
But hey, don't give up !!
Semua benda baik sememangnya memerlukan paksaan dn dlm keadaan terpaksa.,
Sebab kalau kita nak tunggu "ikhlas" itu datang dengan sendiri..
Hmm, alamatnya 'IKUT HATI MATI'
Kan ??

Whatever orang sekeliling nak kata
"Ala, sekejap je tu.."
Hiraukan ye sayang-sayang sekalian,
Mulut orang tak kan berhenti bercakap,
Hati mereka tk kan bhenti berbisik dan kutuk mengutuk.
Sebab dieorg pn manusia biasa..
Macam kita :)

Yang penting,
Insan-insan kesayangan dsekelilg kita lebih mengenali kita.

Saya ?
I'm proud cz saya ada my family, incik lalan dan kak ain.
Mereka nyawa saya.
*jangan cb luka kn hati mereka kerana anda mengundang kemarahan saya. Behave. Ok ? :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KELEBIHAN BULAN REJAB

Tazkirah untuk kita semua untuk bulan Rejab yang penuh bermakna ini

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
________________________________________

Update: Saya terjumpa dengan artikel ini di blog Yussamir.com, bagus kandungannya, dan saya rasa adalah elok jika saya tambahkan lagi dalam blogpost mengenai bulan puasa sunat Rejab ini. Untuk tambahan ilmu saudara-saudari semua.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:

a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:


Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya'rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada 'Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?" Rasulullah menjawab: "Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain)."

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.

Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:

Dari sudut syara', dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya'ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram." Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya'ban.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:

Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya'ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya'ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: "Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).

Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.

Kesimpulan

1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur'an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).

3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.

4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.

Pemberitahuan: Petikan ini saya ambil dari sumber internet untuk dikongsi bersama kepada pembaca saya, jika anda rasa ianya tidak betul, sila beritahu kepada saya manakah yang benar atau salah. Terima kasih.

:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

THIS WEEK

Yes ! Harini dapat dating dengan kak ain, jumpa family dia.
Tapi kan,
Tak bergambar dengan dia
Alaaa !! Lupe. Kelam kabut,
Khayal borak dengan family dia,
Makan-makan :'(

Ok, actually pergi dengan incik lalan,
Saje alang2 ke BP,
Tu yang melepaskan rindu
Terhadap kak ain :)

Terluah juga rindu pada kakAin !
You you you !
I miss u, nanti kite gosip2 lg ea.
I love u too too too much sayang :))

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 19, 2012

MALAM MINGGU

Apelah ! Malam-malam bute ajak main "enjit enjit semut"

(-_-")

Dah mengantuk ni..
Dia masuk bilik dan kata :

"Kaktin, jit-jit cemot jom.."
Bermaksud : kaktin main enjit-enjit semut jom.

Lepastu main teka-teki :
Mana leg ?
Mana ear ?
Mana tummy ?
Mana finger ?
Mana hair ?
Mana chin ?

:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 18, 2012

BAHANG PILIHANRAYA

Harini YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke kawasan saya. Almaklumlah, kawasan saya kawasan beliau.. So sepanjang jalan sekarang pun berwarna warni di hiasi lampu jalan yang serta merta siap dalam 5 hari.. Diikuti dengan bendera Barisan Nasional disepanjang jalan.. Fuhh,.

Terasa bahang2 pilihan raya. Kan ?
Bila ? Entah lah. Ada yang kata june, ada yang kata september :)

*maaflah tak ade gmbar TPM. Malu lah. Ala, u all tekan je "GOOGLE IMAGE" dan taip "TPM MUHYIDDIN YASSIN" haa, akan keluar. Tak pun u all tengok berita malam ni ye ! Hehe


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PLAN SOMETHING FOR FUTURE

May Allah Bless Our Relationship and Our Future Together :)

Dan semoga kami dapat menjadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, terutama kepada keluarga kami, seterusnya kepada insan sekeliling.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAHNIAH BOYFIE !

Tahniah to my bestfriend incik Yusof yang bakal menjadi suami orang pada hujung mei ini. Tak sangka, cepat masa berlalu. Dah dekat setahun dia bertunang dan kurang dari sebulan akan bergelar suami.
Thanks untuk undangan dan perlian as "DATIN" tu. Haha. InsyaAllah saya dan incik DATO' lalan akan kesana :)

Happy for both of u ;')
This month ramai member lelaki yg bakal berkahwin. dan lepasni bergelar "ayah".

Oh ! Masa cepat betul berlalu,...
Just sedikit tension, awat lah hang kahwin hari sabtu usop oi.. Ahad kan ada. Haih.. ;p

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 16, 2012

POCONG THE DRAMA

Nak tahu ??
Kecoh seantero perumahan. Ada orang nampak hantu pocong. LOL. Adakah ianya lawak ??

Ye. Untuk pengetahuan semua, saya lah orang pertama yang gelak terbahak-bahak bila mama bercerita tau. Its funny and very the lawak orang dulu-dulu.

TETAPI,
Bila drive sorang-sorang waktu malam baru lah rasa perkara tu tak lawak. Hehe.
Dan saya mula membenci TV3 kerana tak habis-habis ulang tayang wajah hantu tu !!

Ish, zaman moden kan ? Sana sini lampu lip lap. Masih ada orang percaya benda macamtu. Ye, saya memang tak percaya, cuma saya segan je ;p

Sejak berita itu tersebar, so abah menjadi mangsa anak gadisnya ini. Saya telah bagi abah jadual bertugas dan awal-awal infom abah tentang waktu msuk tghari balik malam. Atau OT.

"Abah, kakak ot malam ni, abah pun balik kerja lambat eh kita balik saing"

So tiap kali balik kerja teruss saya yang jemput abah. Dan bila saya balik petang, abah pun balik petang. Macam-macam ragam ek anak dara dia yang seorang ni ?? nama pun gadis kan ? ;p

Ye sebelum ni balik kerja je like always, setiap malam lpas tutup farmasi akan call incik lalan, tetapi sejak dia mengetahui perkara ni, dia menjadi busuk hati dan mula berkata :
"Eh ! Cube tengk sidemirror. Ada pocong ! Berkain kapan putih ! Dia kejar kamu lah ! Dia nak tumpang !!"
Memang sangat-sangat tidak boleh dijadikan tempat mengadu dikala ketakutan (-_-")

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MARI MEMBACA

Currently, mengajar si kecil ni.
Yang dia ingat cuma :
-umbrella
-shoes
-ball

Then bacakan cerita buat dia :)
Even sakit hati sebab 10minit dia baca kemudian bermain, lepastu, baca lagi.
Haish ! Tk pa lah, asalkn minat tu ada dan nmpak dia dah mula hafal dan ingat banyak benda.

Melentur buluh biar dari rebungnya. Kan ?? Betul tak ?? Cuma tak dinafikan saya tak mmpunyai ketokohan menjadi guru, huhu, sebab mengajar sikit, membebel banyak ;p


*lupa nak ucapkan, happy birthday untuk adik incik lalan (ITA) May Allah will always bless u. Bbahagia didunia akhirat ye. Sentiasa happy so boleh lah update blog selalu :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...