FOLLOWER

Friday, March 23, 2012

DOA

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."

With love,
FatinFashiekin :)

BABY BOY

This is my handsome baby boy !
*Melting~!! :)

With love,
FatinFashiekin

LIYANA JASMAY ( CINTA BERSATU )


LIRIK LAGU LIYANA JASMAY (CINTA BERSATU)

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




*bila tgk muka liyana jasmay, teringat kak zura pernah kata,
muka saya sama dengan liyana jasmay bila menangis ;p
*yup, i'm too vulnerable sometimes

with love,
FatinFashiekin

KAHWIN PADA USIA MUDA ???

Assalamualaikum

Selamat pengantin baru to my friend !
Siti Zubaidah Mazlan.
kawan-kawan ramai da kawhwin oiiiii,
ramai dah dukung anak oiii,
ramai da berkepit dengan suami oiiii,
ramai yang dah ade teman hidup oiiii,
dan saya ? sabar-sabar..
tengah menuntut ilmu dengan mama ni,
nak jadi isteri solehah :)


macam barbie doll. 
tahniah bed :')

Best ke ek kawin awal ?
Ok fine saya tahu,
ofcz lah best, sebab kalau tak best tak kan lah
saya selalu teringin nak kahwin awal,
nak kahwin awal, dapat jaga husband,
ada baby boy dan baby girl,
then kalau kawin awal lagi lahhh subur *erkk ? (-_-")

tapi bila dengar kata-kata orang sekeliling,
mereka kata kahwin awal ni sangat banyak cabarannya.
dan kebanyakkan mereka yg kahwin awal
akan kata
"appreciate usia muda ni, 
jangan rushing, nanti menyesal"
menyesal ke ek ??
ye, kadang-kadang rasa seram dan 
kadang-kadang rasa teringin 

orang kata,
Perkahwinan akan jadi tough bila SEBAYA,
*saya lihat melalui pengalaman serta penceritaan
sangat struggle kalau tak ade back up financial,
kalau isteri pun bekerja,
Allhamdulillah lah kan dapat tolong menolong,
tapi kalau dapat suami yang baik hati dan penyanyang
so suami suruh wife duduk rumah dan didik anak je,
kalau zaman sekarang ni, agak payah juga.
then kalau dapat wife yang bekerjaya pula,
sure kedua-dua busy,
dan tak ade masa untuk each other,
balik rumah je letih, sibuk uruskan anak-anak,
so scaryyy~
*saya bukan pakar, saya rajin mendengar

apabila kahwin awal,
tak sempat menikmati usia single seenaknya,
masalah berbangkit akan timbul,
"dulu waktu awal kita kahwin....."
"dulu awak kata....."
dan sewaktu dengannya *faham-faham lah :)

dan melalui pemerhatian dn pdengaran,
ramai yang alami perbezaan
cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin
*scaryyyyy~

TETAPIIIII...

ADA JUGA KEBAIKAN KAHWIN AWAL
*maaf, malas nak taip, haha ;p


Peringatan :
ye semua orang pun nak kahwin muda. 
*termasuk saya 
Tapi bukan semua orang mampu nak kahwin muda. 
Daripada pemerhatian, 
kebanyakan yang berkahwin muda, 
pasangan lelaki itu adalah seorang lelaki yang sudah kukuh dari segi kewangan. 
Kukuh dari segi kewangan adalah satu kriteria penting untuk berkahwin sebabnya, 
kalau nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, 
macam mana nak tanggung isteri dan anak nanti? 
Memanglah rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. 
Tapi lebih elok kalau sudah kukuh sebelum 
berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab 
dan tak susah di kemudian hari.


dan saya tergolong diantara 
"ingin kukuh sebelum 
berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab 
dan tak susah di kemudian hari."



 Sebenarnya kita cuma mampu berbahas, 
bercakap dan mengeluarkan pendapat...
nak kawin awal la...tak nak kawin awal...
 nak cinta dulu...nak sekian sekian..
nak itu..nak ini...dan sebagainya.

Tapi sebenarnya jodoh itu tetap ketetapan Allah.
Kalau dah memang Allah tetapkan jodoh awal. awal la dia datang...
kalau Allah dah tetapkan dia lewat, lewatlah dia datang....
ada yang langsung tak datang....
redha sahajalah..

 with love,
FatinFashiekin


Thursday, March 22, 2012

HAVE FAITH IN ALLAH

"You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn't change her goodness or her 'aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always & place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives." [Heba El-Haddad]

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SESAT BERSAMA HALA TUJU


Petang tadi balik je kerja terus bersemangat nak ke 
Rumah cousin cuz kak aisyah (wife cousie) bersalin,.

Mula2 belagak,
"Ala muar je pun, sama kawasan, tak kan lah boleh sesat, 
apelah sangat, berpuluh tahun dibesarkan dimuar, 
kacanggg gorengg je lah" 
*sambil mendabik dada.

BUT, AT LAST,
sesat mencari "lorong duku" di stadium muar lah konon nye. 
Rupenye, jauhhh dari stadium muar, 
tapi di belakang TNB muar,

Ye, kalau tak bertanya sesat jalan kan ?

Me : bang, tumpang tanye, mane lorong duku ye ?

Bro : ap name tamannye ye ?

Me : *aduhhh, tak tahuu (-_-)

Terfikir nak call abang cham (my cousie),
 ala terfikir menyusahkan, 
sebb sure abang cham tengah busy dkedai makan dia. 
So, USEHE TANGGA KEJAYAAN ! 
Tetap usaha mencari sendiri..

8 kali pusing dan still tak nampak singboard DUKU.......... 
Dimana kah duku....................
dukuuuuuuu......

Dan at last give up,
Mesej abag cham :
"Abang cham, ekin kan sebenarnye nk tgk kk aisyah, 
konon nak cari sdri dan bt muka mdabik dada tapi ekin sesatt laaa...
dah bkali-kli pusg stadiummm.."
So senang, abang cham call bagi instruction then 
pi kedai makan abag cham, 
abang cham belanje makan hasil tangan beliau ! Huhu ! 
Sangat seronok, lepas kenyang.. 
Baru lah ke (lorong duku) untk melwat istri abag cham !

so lepasni, set dalam kepala.
DATO' SERI AMAR DIRAJA (LORONG DUKU) 
lepasni kalau lupa juga, saya akan search di Blog ! Senang. Huhu

Kak aisyah dapat baby boy !
Dan macam biasa, anak kk aisyh mmg putih2. 
Haish, geram betul tgk baby dia. Rasa nak bwak balik... 
And yup ! Saya mmg sgt addicted pada baby boyy ! 
Rasa nak ciummm kuat2, 
peluk kuat2 dan paksa dia bangun :')



Thennnn,
Ontheway balik. Aduhhhh. Kereta pula air kering !!!! 
Nasib baik tak meletup.... 
Nasib saya perasan awal okey !

Ye, saya cuai. Mulai harini kena simpan air dalam keretaaaa. 
So kalau kereta haus, isi kan ye fatin. 
Ni kali ke2 awak terkenaaa....


With love,
FatinFashiekin

Wednesday, March 21, 2012

HATI RAPUH

" kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat). "

Ok harini nak memperkatakan mengenai isu hati, nak bercakap tentang hati cepat terubat. Perihal hati ini memang bukan perkara main-main. Kita takkan pernah dapat control apa hati kita rasa, apa hati kita mahu, apa hati kita mual. Cuma setiap hari yang sebaiknya, apa boleh kita buat adalah bersihkan hati kita sebelum tidur. Kalau kita jaga hati kita baik-baik, kita selalu bersihkan hati kita elok-elok, susah untuknya dijangkiti penyakit hati.

Aduh Tuhanku, minta dijauhi ya penyakit hati. Dan minta diubati penyakit hati orang lainnya yang ada berdengki, berhasad. Penyakit hati yang ada cemburu, ada dendam, ada iri hati.

Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan. Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.

Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. TAPI SANGAT RAPUH. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?

Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).

Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.

Korang try lah k.
i think its good which makes our hati ringan, we also feel more kind..i like this nature of behaviour

EVEN sometimes memakan diri, yup when we realize that we're in a cycle and keep forgiving but those things that u wanna see them change still doesnt change and makes us frustrated in the end..

thats why we have to protect our heart also.. :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 20, 2012

HAVE YOU EVER

Have you ever..
Laid on your bed at night and just cried ???

*cried because you're not good enough ?
you counted all your flaws from head to toe to punish & feel worse about yourself ?

*Cried because the comments people blurt out, actually hurt your feelings ?

*cried because you don't want to be a burden, so you bottle it all up around people, you're the happiest ray of sunshine. but nobody knows, that at night when you're alone, you break down & just cry.

Well Do it AGAIN pretend nothing's Wrong Just Stay Strong..

With love,
FatinFashiekin

SAYA TAK SUKA

Assalamualaikum,

warning dan diingatkan,
saya tidak menyukai anda yang tidak dapat menjaga
HAKMILIK saya dengan sebaiknya.

saya adalah seorang yang sangat-sangat
menghormati hakmilik orang lain
dan thats y saya rasa marah seandainya
ada pihak yang mencuba menganggu hakmilik saya

saya tak suka kalau ada orang yang masuk dibilik saya
semasa ketiadaan saya.
saya tak suka.

saya tak suka kalau ada orang buka wallet saya,
saya tak suka kalau ada orang yang buka handbag saya,
saya tak suka kalau ada orang yang buka diari saya,
saya tak suka pada orang yang suka-suka rampas HP saya,
saya tak suka pada orang yang buka lappy saya
*tanpa izin saya. tahu ?

sama jugalah dengan insan kesayangan saya,
saya tak suka orang buli adik-adik saya,
saya tak suka orang tak hormat parent saya,
saya tak suka orang kata bukan-bukan mengenai kekasih saya.
sebab saya sangat melindungi insan kesayangan saya
dan juga sahabat-sahabat saya.
so, please behave.

kesimpulannya, tak suka.
*sambil hentak kaki atas lantai kemudian guling-guling
*pang ! over. haha ;p

with love, 
FatinFashiekin

DIPERKENALKAN !!

Assalamualaikum

Disini saya nak buat pengenalan,
agak payah ye andai tidak dikenalkan,
sebab ia akan menimbulkan fitnah. huhu.

asyik cerita mengenai my bestfriend NORAINI SHARIAT,
so harini saya nak kenalkan pada kalian semua,
kawan baik saya yang berjantina lelaki.

buka mata luas-luas,
dan please jangan cepat assume us macam-macam.
dia kawan baik saya dan persahabatan kami
diketahui KELUARGA saya dan INCIK LALAN

incik perdana pernah jumpa abah dan mama,
dan incik perdana sendiri pernah tolong abah
uruskan hal akaun abah,
incik perdana pun pernah tolong mama,
mengenai pekerja company mama,
so mama minta incik perdana uruskan akaun mereka,
pendek cerita, DAH TAHU.
dan pernah saya katakan, saya bkn jns bselindung apa2 dari family,
saya ada kawan sure saya kenalkn pd family,
saya ada kekasih, lagi lah keluarga saya tahu.
dan thats y incik lalan pun selalu join my family hang out,
hubungan kami, direstui dn saya tiada apa2 rahsia dengan family.

incik lalan pun tahu saya ada kawan bernama incik perdana.
kerana incik perdana sering memudahkan kami,
memberi bantuan dan dia banyak contact. 
dan incik lalan pula sangat meminati
mengenai pelaburan emas lah. agen unit trust,
so everything sure incik lalan kate
"cube tanye incik perdana"
hah macamtulah.. so jangan make assume.
.lepasni sure boleh kaya macam encik fauzan,
pi maybank je ada VVVIP. hhehe

knapa nama dia incik perdana ?
sebab dia naik kereta perdana,
malas nak tahu nama dia masa mula2 kenal
lekat untill now. hehe.
ala sama dengan incik lalan, 
hah u all ingat nama incik lalan tu LALAN ke ?
nama dia AHMAD FAIZAL SULAIMAN,
dan nama 'LALAN' tu, saya yang bagi nama. haha.
so kalau kawin kena letak dua nama FAIZAL dan LALAN.
eh banyak lagi tau,
Akak Elektrik, Abg TNB, Kak Maybank,
heh, macam-macam nama saya cipta dan 
akhirnya melekattt pada mereka. hehe
 

so harini saya dah buat sesi perkenalan u all
dengan my best friend ! incik perdana atau nama nya adalah fakhrul,
seorang yang bekerjaya dan berjaya
mempunyai watak yang kalau orang tengk memang
tak matured. haha.

ok. macammana ?
dah kenal kan ?
tengok baik-baik wajah dia disini dan 


diperkenal kan sahabat lelaki saya yang boleh di gelarkan kamcing,
dan mempunyai sebahagian daripada rahsia-rahsia besar saya
dan mempunyai banyak pengetahuan mengenai permasalahan saya
dan beliau sentiasa mempunyai langkah untuk 
menjadikan sahabatnya seorang yang bijak 
bagi menguruskan kewangannya.

nak jadi seorang yang bijak menguruskan kwangan ?
cari sahabat yang bekerja di bank.
nak jadi seorang yang soleh solehah ?
cari sahabat yang bekerja sebagai ustaz ustazah.
nak jadi seorang yang pandai memasak ?
cari seorang sahabat yang bekerja sebagai cheff.
nak jadi seorang yang berilmu ?
cari seorang sahabat yang bekerja sebagai guru.
nak jadi seorang yang sentiasa sihat walafiat ?
cari sahabat yang bekerja sebagai doktor.

bukan menyuruh memilih kawan,
tetapi sebahagian yang dinyatakan ada betulnya,
dan jangan ditinggalkan sahabat yang serba kekurangan.
kerana....
sahabat serba kekurangan juga lah yang menyempurnakan kita,
kita kena percaya 'Allah Maha Adil'
kita baik pada orang, 10 orang lagi orang akan baik pd kite :)
so mari kita berbuat baik !!!!

With love,
FatinFashiekin

Monday, March 19, 2012

INSYA'ALLAH :)

" Allah menjadikan manusia itu berpasang pasangan, yg sesuai dgn sifat masing masing, bersyukur dengan ape yg Allah telah beri,i'allah jodoh itu akan kekal hingga ke hujung nyawa. "

With love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...