FOLLOWER

Friday, March 2, 2012

RAJA SEHARI (PIHAK LELAKI)

Assalamualaikum

perkara paling lemah didunia adalah apabila dikehendakki
mengupload gambar. 
arghh ! stress !
nk resize gambar (-_-)
arghhh ! jerit lagi. arghh ! kuat lagi. arghhhh !!!

ok. ok. ok. jom,
tengok perlahan-perlahan,
sambil perlahan kn anak mata anda
dan bayang kan betapa perlahannya 
masa utk mgupload gmbr2 ni,
sambil buat muka simpati depan lappy dan kata
"come on ! sikit lagi ! u can do it !!"


yeah. tuan-tuan dan puan-puan,
ini adalah pelamin. tahu ?
ok. nexttt


my family,
berehat di RNR PAGOH 
sebelum memulakan perjalann
yang panjang,

 
setiba nya disana.
ok. next againnn



capai phone dan mesej,
"kite jauh, sila jangan curang !
pastikan jauhkan diri anda dari kunci kereta "


my cousin



Di hari berbahagia buat ameer :)



dan dihari persandingan


saya ambil dari FB lynda,
sorry lah cz actually before persandingan 
saya dah balik
cuz 5pm nak htr aza ke asrama :)

puas hati ?
kak azi ? puas hati ?
huhu ;p


terima kasih kerana sudi menonton !!


terima kasih for ur 7D sayang!

with love,
FatinFashiekin

Thursday, March 1, 2012

FARMASI SIHAT

Assalamualaikum

Setiap orang tak lari dari kesilapan kan ?
Dan saya juga salah seorang yg sering melakukan kecuaian, pada 28hb haritu,
Saya melakukan kesilapan dan kecuaian.

Oleh kerana,
Terburu-buru mengejar waktu balik,
Oleh kerana tidak membuat double triple check, habis salah tax harga barang sebanyak 23 kotak (-_-") *pengsan

Ok. Saya tak pengsan,
Cuma gelabah.
Berjuta kali istigfar ddalam hati, Allhamdulillah Kak Alai cool lagi,
Kalau bos lain saya rasa mesti dah
Kene pelempang kat situ kot *pang !
Allhamdulillah bos saya tak macamtu, Semoga dimurahkan lah rezeki boss saya, smoga kaya blipat kali ganda dn dapat memiliki porshe yg diidamkn.

Kesimpulannya, kena punggah semula barang, dan tax semula (-_-)

Kepada Fatin Fashiekin,
Please, jangan tergopoh gapah.
Kalau tak tahu bertanya
(kkaida pn tk thu nk tny sapa)
Hehehe

Ya Allah,
Terima kasih kerana memberi
peringatan dan hikmahnya adalah pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan :)

Aminnn..

With love,
FatinFashiekin

P/s : kak zura (my senior) mesej, katanya bekerja diFarmasi lagi best bbanding ditempat baru. Oh ! Rindu kak zura :')

ONE STEP CLOSER


There's this one guy in my life,
i really love him
and
he want me to wait up a little for him 
he's dealing with a lot of trouble in his life
i had wait all my life for this guy
i love him with all my heart
until the end of time :)

"apart of me will be always with you"


with love,
FatinFashiekin

Wednesday, February 29, 2012

SAMA TAPI TAK SERUPA

Kesulitan pasti ada mengekori kehidupan ini kerana hidup ini akan selalu teruji. Kita semua sama, berdepan dengan dugaan yang tersendiri, cuma yang membezakan kita ialah cara kita mendepani.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAKIN LAMA COUPLE MAKIN MENJADI

Semenjak lama couple ni,
Saya dapati, sikap beliau bertambah tambah bermasalah.
Disiplin juga semakin teruk.
Tahap kebersihan juga amat kritikel.
Dan komunikasi diatara kami semakin melalut dan banyak merepek. Haha.

Sesungguhnya segala watak perwatakkn yang dibawa oleh incik lalan (ok tiba2 teringat buku nilam. Haha) dikhuatiri bpanjangan sehingga berkahwin dan dikuatiri anak2 saya akan mengikuti jejak langkah beliau. Hehe

Bab kelakuan,
Serius memang semakin merapu,
Contoh : sedawa secara berkali kali tanpa henti ! Oh my god ! Sgt selekeh. Belum campur aktiviti kejam lain, perbuatan paling ringan, mencabut bulu misai masa memandu (-_-).

Bab disiplin,
Dulu masa bercinta, amboi ! Pukul 2ptg janji nak dating, pukul 12tgahari dah muncul. Mana hati tak cair kan ??? Sekarang, pukul 2 petang janji nak jumpa, tak muncul2, ayat dia selalu guna "dah nak sampai, dah nampak dah kepala petronas, dah nampak dah" (-_-). Dan 20minit lpastu pn tak ada juga. Petronas mana dia nampak saya pun tk tahu. Haish..

SO, UNDANG2 BARU TELAH DIKUAT KUASAKAN. Menguntungkan kedua belah pihak !

10sen akan dicas bagi kelewatan 1minit (1minit : 10sen)

10sen akan dicas bagi segala tindak tanduk buruk yang tak dapat diterima pasangan.

Tak kejam, sebab sangat2 menguntungkan kedua belah pihak dan buat masa ni saya berjaya mengumpul rm2.40 dalam 1 hari ?? 15minit masa menunggu dan selebihnya mengenai perwatakkn dia yang dilihat amat de gerami. Haha.

Lepasni boleh buat buku 555,
Catit segalanya, duit letak dalam satu tabung, kemudian tunjuk anak cucu perangai tok dia ;p

Si cerdik,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUSAHNYA HIDUP ! (BERSAMAMU)

Assalamualaikum

" Bila kita rasa kita susah, ada lagi yang lagi susah dari kita "

Dalam kehidupan, kite takkan pernah rasa puas. Kita akan terus merungut, mengeluh dan pasang pelbagai harapan. Kita rasa muak dengan apa yang kita ada walhal kita tak sedar, oh, mungkin kita sedar cuma kurang kesedaran. Kita jadi alpa dan kita jadi lupa.

Sewaktu kita terfikir :
"Hei iphone, hp manje ! Kalau aku tahu, dah lama aku beli blackberry, lagi bagus!"

Kita merungut dan terus merungut, tapi kita kena ingat, ada lagi orang yang TIDAK MAMPU membeli handphone, apatah lagi laptop ? Jadi seperti kita, mampu menjadi bijak pandai dalam dunia serba canggih ni.

Sewaktu kita terfikir :
"Tak guna bergaji banyak kalau hutang pun banyak, baki gaji pun sedikit, buang masa bekerja"

Kita lupa, bahwa kat luar sana banyak lagi penganggur yang tak bekerja dan kita lupa bhwa kt luar sana ada orang yang berhutang dan pada masa yang sama mempunyai tanggungan bsar dn pada masa yg sama tidak mempunyai pekerjaan.

Sedar kan ??

Itu mengenai isu kehendak dn keperluan kita, cuba kita lihat dari persepsi TAKDIR DARI ALLAH SWT.

Kadangkala saya tengk sekeliling saya, mak bapa sewenang wenangnya memaki anaknya. Contoh : anak tak guna. Tapi sedar tak, anda patut bersyukur, Allah kurniakan anda anak yang sihat walafiat, pernah tk anda tfikir pada si ibu dn ayh yg mmiliki anak OKU ? Kematian anak tunggal nya ??

Behave my dear friend..

Jangan sekali-kali MERUNGUT, atau PERLEKEHKAN REZEKI ORANG. Setiap orang nak yg tbaik dalam hidup masing2, nak gembirakan semua pihak.

Banyak kan bersabar,
Bila saya rasa penat dan letih,
Saya akan tanam dalam hati dalam2
"Rezeki Allah ada dimana-mana. InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah"

Ye, untuk memiliki 100% pemikiran yang positif dalam hidup adalah sukar. Tapi ianya akan jadi senang bila kita yakin dan kita suka dengan apa yang kita lakukan.

Kesimpulan, cintai apa yang kita lakukan, cintai apa yang ada pada diri kita, cintai ahli keluarga kita, cintai sahabat kita, cintai bos kita, cintai alam sekitar dsekeliling kita, cintai Rasullah SAW dan Allah SWT ! Anda tak akan rugi, tapi lebih menikmati nikmat Allah SWT ;)

*terfikir untk mnaip isu ni bila tengk BERSAMAMu di TV3

With love,
FatinFashiekin

HANTU BOTOL KICAP

Oleh kerana balik awal,
So layankan adik-adik
tengok movie at home.
Dah lah cuaca hujan lebat, goreng french fries, nugget dan air panas..
Then bekumpul depan TV melayan cerita lawak wif family.

Ok cerita HANTU BOTOL KICAP
Adalah cerita santai, tapi lawak,
Tambahan tgk dengan budak-budak,
Kakak nya yang tua ni pun gelak sakan :D

Kenangan bujang saya adalah sangat indah, nnti bila da kawin dan da tua atau masing2 dah berumur, akan ingat kenangan simple ni :')

With love,
FatinFashiekin

Tuesday, February 28, 2012

LIKE FATHER LIKE SON

Balik kerja then nampak abah tengh mengajar my lil bro (Dinzly Danish a.k.a awal) sembahyang.

Actually banyak aksi2 lawak yang dilakukan awal, bila sujud, dia buat gaya meniarap, haha, budak2 kan ;p

Saya yang kt belakang snap picture pn kena myorok2 sambil tahan gelak. Sebab kalau dia nampak saya ambil gambar dia, sure dia buat mengada-ngada.

Haish ! Dah besar adik kakak !
Seriously even just 3 years old, adik memang banyak tanya, tapi yang paling senang tentang adik, dia faham apa yang diarah kan. Cuma masa bercakap kite kena pandang muka dia dan cakap perlahan-perlahan.

Contoh, situasi saya balik kerja dan ambil dia dari rumah pengasuh then dah berjanji dengan dia nak beli snek. Then dia pula merengek nak snek, dalam masa yang sama saya mengejar masa nak kerumah tok, melawat tok yg sakit, so, saya cakap dengan jelas pada adik :

"Adik, atok sakit, tak boleh jalan, so kakak kena pergi rumah atok. Lepastu kakak janji dengan adik, kite terus pergi kedai. Kakak janji ? Okey ?"

Dan lepastu sure dia kate
"Okey ! Tapi jangan lupe ea ?"

Then, jangan harap dapat mungkir janji lah kan ? Budak kecik mempunyai daya ingatan yg kuat mengenai janji2 yang pernah kita perkatakan. Hehe

With love,
FatinFashiekin

Monday, February 27, 2012

NEW POST

Assalamualaikum

MONDAY. hey monday ! why'd u kept haunting me ?
did u know that i'm really2 falling in love wif sunday ?? why ? why ?

actually, i have so many things to share with u guys.
but, ok simpan2 dulu, gambar pn still belum di save kan ke dalam lappy,
still dalam camera. oh ! bab tu mmg serius saya malas,
nanti saya upload k gambar perkahwinan my cousie di JB.

bila terasa nak update blog,
saya terus masuk akaun blogger, dan tekan 'new post'
tanpa ada benda nak cerita dan kemudian berkeadaan terpinga pinga
taip then delete, taip then delete
 
dalam fikiran banyak benda kot nk cerita,
tapi bila taip, semuaa tk menjadi
 
 
so kesimpulannya,
tunggu lah episod seterusnya. okeh ???

with love,
FatinFashiekin

Saturday, February 25, 2012

Get ready

Mari ke rumah mak ngah !
2 hari 1 malam ke JB !
Mari.. Rewang rewang..
Mari...

Friday, February 24, 2012

10 BINTANG HATI

Perkara indah dalam dunia dn boleh buat kita tersenyum, adalah apa bila kita duduk dan membayang kan mengenai masa depan.

"We talk about future like we had a clue"

Setiap orang mesti ada anganan
Masing2 dan saya ? Sudah semestinya lah.

Nanti bila saya kaya dan berjaya,
Saya tak akan lupa kan,

Pertama, my family,
Sebab mama dengan abah selalu bg saya sokongan dan saya nak berasa lapang dada kerana dapat membalas jasa mereka. Setiap apa yang terlintas, pasti akan ditunaikan ! WAJIB. Utk adik2 pula, akan saya manjakan dan tegaskan tapi cukup dengan segala kemudahan ! Saya kan kak long so kenalah menolong :)

Kedua, atok ! Sebab atok besar kan saya,
So untill now, even tok sakit, mesti tok akan kata "syikin mana ? Syikin da makan belum ?" Okeh actually saya rasa terharu dn nak nangis tapi saya buat muka cool je. so kalau sy kaya berjaya, saya nak lantik seorang jururawat peribadi untuk tok, even tok tk sakit dn sy akan pastikn tok sihat selalu !

Ketiga, incik lalan! kalau ada jodoh antara kami, saya akan kenang balik zaman jatuh bangun kami. Dan tak akan saya lupakan beliau. Saya nak jadi seorang isteri mithali buat beliau. Nak teman dia kesyurga :)

Keempat, kak ain ! My bestfren ! saya nak ajak dia shopping diparis, tengk eiffel tower bersama-sama diwaktu malam, hanya kami berdua, berjalan berpegang tangan dan kata pada dia "saya sayang awak !"

Kelima, kak aida ! Saya nak bagi dia duit untuk bantu dia supaya dapat besarkan sara dengan eifa dengan mudah dan tak perlu nak risau pasal duit ! Paling penting ! Kerana dia nk saya jdik adik ipar dia. HAHA

Keenam, kak ani ! Saya nak penuhi impian dia, kak ani nk buka bisnes, saya nk beli sebuah lot dan kata pada kak ani "this is yours ! Semoga impian kkni jadi kenyataan" :)

Ketujuh, untuk kak alai !! Even kaklai dah kaya raya, saya nak pergi menunaikn umrah dengan kak lai, keluarga saya, staff2 farmasi sihat, menggunakan duit saya, kami menunaikan umrah bersama-sama, tnda terima kasih sebb pnh terima sy bekerja dibawah pimpinan nya :)

Kelapan, ita (adik incik lalan), saya tak pernah bersua muka dengan ita, tapi saya rasa ada chemistry dengan dia. Bila dengan ita, saya rasa macam dengan kak ain. So sure lah ! Nk ajk dia pergi bercuti, jalan sana sini, shopping sana sini dan nikmati setiap pkara yang tak terbayang dek akal !

Kesembilan, buat aqilah dan elisya, saya nak bina sebiji rumah bersebelahan dengan rumah saya dan incik lalan, rumah princess beserta dengan pakaian2 princess. mesti mereka suka !!

And terakhir, buat mereka yang memerlukan, anak yatim, dan mereka yang memerlukan bantuan. InsyaAllah tidak akan dilupakan :)


Haa, itu dia, 10 bintang di hati saya. Saya sangat sayanggg kalian ! Haha. Ini hanya anganan, insyaAllah, rezeki Allah ada kat mana2 kan ? May Allah bless us.

Ok sudah penat menaip kisah dongeng. Gudnite dear ! :)

With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...