FOLLOWER

Saturday, February 4, 2012

KENDURI KENDARA

Assalamualaikum,

Jemput datang ke teratak Ayahanda dan Bonda saya di Muar, Johor.

Harini 5/2/2012 :)
Dah lama rumah tak buat kenduri,
So rasa happy dan tak sabar nak rewang tau. Jmpa sanak saudara, Bersemangat beserta kain batik, haha. Eh ! Anak dara javanese terakhir. Ofcz lah kena dilihat bersopan santun dan masih mengekal kn ciri2 gadis desa. *over ? Pang !

Ok. Nak pi rumah tok sat nak ambil barang2 untuk malam ni, semoga majlis berjalan lancar. InsyaAllah.

Eh ! Lpe nak beritahu, tok kata
"Manthan lemu sikin" (-_-")
Atau bermaksud "nampak berisi" aish, kain batik py pasal ! Ketat sgt kot ;p

Dan eh tk sabar nk tggu malam ni, eh bkn malam, petang nti 6pm jantung hati datang rumah. Haruslah datang, kata future husband ! Tok semua da tanya mana lalan ? Mgelat kan tak rewang ?

Ok. That's all. Happy weekend guys :)

With love,
FatinFashiekin

Friday, February 3, 2012

LANGIT ILAHI

Sumber bacaan baru ! :)
Hasil penulisan blogger terkenal
HILAL ASYRAF ( www.langitilahi.com/ )

Nak pinjam ?
Boleh. Saya tak kedekut bab bacaan,
Rumah saya pun da macam perpustakaan..

Janji saya,
Ada kata2 yang dapat memberi semangat positif bt saya dan kalian,
Akan saya kongsikan bersama,
Sedikit sebanyak,
Ia dapat menenangkan jiwa2 yg stress
Termasuk saya sendiri.


With love,
FatinFashiekin

PENGIKRAR PENDERMA ORGAN

PENGIKRAR PENDERMA ORGAN

Saya sudah,
Anda bila lagi ?

Saya sedia andai nyawa saya ditarik
Pada bila2 masa kerana saya tahu kematian saya nanti bukan suatu yang sia2 tetapi dapat memberi manfaat kepada orang lain :)


With love,
FatinFashiekin

RAGAM PESAKIT

Lokasi : HEALTH PHARMA
Situasi : Me & Custmer

---------------------------------------------------------

Me : Ye cari ubat ape ??

Pesakit : Kak, nak cari ubat "pelebur arang"

Me : hah !! Pelebur arang ??

Pesakit : a,ah kak pelebur arang..

(Sambil keluarkan deskripsn doctor yang tertera : BATU KARANG )

Me : (-_-") laaaa, batu karang ? Ingatkan ape la ubat pelebur arang ? Bahaye kalau makan pelebur arang..


_________________________________________

Kesimpulan : kerja farmasi tergolong diantara kerja paling stress didunia. HAHA

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 2, 2012

JUMAAT

Bismillahirohmanirrohim

Assalamualaikum,

Ya Allah jika rezekiku masih di langit,
Turunkanlah...

Dan jika ia didalam bumi,
Keluarkanlah...

Jika sukar, permudahkanlah.
Jika haram, sucikanlah.

Dan,
Jika jauh dekat-dekatkanlah..

Amin~


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TRY TO KILL ME SOFTLY

Assalamualaikum

harini permulaan hari yang negatif menguasai diri,
tapi still paksa diri 
"ekin ! lawan sifat malas tu ekin ! lawan !"
so bangun pagi, terus take heavy breakfast
saya ni lain sikit, bila kenyang baru lah bertenaga. hehe.

sampai tempat kerja je
macam biasalah rutin, buat Z report, dan check sale.
pun masa tu badmood. bibir dan hati tk henti2 baca
"Allahummainiauzubikaminalhammiwalhazan"
doa ni bagi kita perlindungan dari perkara buruk,
pagi2 dah rasa tak sedap hati, rasa nak menangis 
seperti something buruk akan jatuh menimpa diri,
but i dont know what is it.

then kedepan, buka laci, 
saya ada beli buku yg dapat positive kn diri
dan memang saya simpan di farmasi cuz mood mnganggu masa kerja
so bila badmood sure akan dibuka


so then rasa bersemangat lah !
kongsikan pada kawan-kawan :)
Good morning !! Jadikan hidup lebih bertenaga dan ubah kebiasaan hidup seharian kepada sesuatu yg luarbiasa. Tinggalkan sifat malas dan lesu ! Marilah :)
9.42pagi
u all boleh check kt FB,
pagi2 saya memang ada post status ni

kemudian tak dinafikan saya happy lah,
datang je terus lah kedepan,
membuat apa yang patut. kemas punya kemas punya kemas.

then petang lepas makan,

betul apa yg saya agak akan terjadi
dan perkara ni dah di agak sejak awal-awal-awal lagi,
Kes tu timbul, sure kes lain akan timbul,
sebab pernah terkena sebelum ni. hmm,
sebelum ni 2 kali kena juga lah,
perkara yang sama. sama. sama.


kata orang, kawan bukan macamtu,
kawan tak kan mencari salah kawan,
kawan tak kan menuduh kawan,
kawan tak kan sekali kali khianat kawan,
kawan tak kan menyusahkan kawan,
kawan tak kan mempergunakan kawan,
kawan tk kn mjatuhkan kawan
kawan bukan macamtu, 
dan itu adalah LAWAN.

ade ke persaingan dalam persahabatan ??

kehebatan apa yang cuba dipamerkan ?

with love,
Fatin Fashiekin

p/s : kotak hati (kk ain) cepatlah dtg pagoh,
nk pinjam bahu.

Wednesday, February 1, 2012

HIDUP

Entah lah hidup,

Benda yang sama berulang-ulang ulang.
Dulu pun hal sama, detik yang sama, perkara yang sama.

Setiap kali ada je pertelingkahan, sure akan adanya kesalahan. Mungkin, mungkin juga disebabkan ingin menutup kesalahan, oleh itu, kesalahan lain yang keluar. Dengan itu, kesalahan yang sedang dibincangkan akan tertutup dan dibuka konon dengan kesalahan yang baru.

Kemaafan yang diminta, tapi kemaafan tiada erti dan makna. Mencari kesalahan, menjatuhkan pesaing untuk menaikkan diri.

Hidup. Hidup. Hidup.

Aku ingin ada disetiap kali dia berdiri, setiap kali dia jatuh, aku ingin sambut, tapi dia biarkan aku terjatuh dan minta aku terus terjatuh.

Aku hulurkan tangan, tapi dia berlalu.

Hidup. Hidup. Hidup.

Ye, mungkin aku sedang diajar apa tu erti hidup dan apa itu persaingan hidup.

Allhamdulillah. InsyaAllah ade hikmah :)

Withlove,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENCARI BAHAN

Assalamualaikum :)

Wif him, shopping barang-barang dapur serta bahan buat cake ! Ke Tesco, Jusco, Giant dan Mydin. Bserta list bahan2 yang perlu di cari, its funn !

Dia baca list, saya tolak troli.
Dia tolak troli, saya bekejar-kejar mencari bahan yang dia sebutkan. Saya baca list, toleh-toleh dia pula menghilang ke kawasan lain.

That's all.

With love,
FatinFashiekin

Tuesday, January 31, 2012

LAMBAIAN JANUARI

JANUARI 2012 bakal meninggalkan kita, dan FEBUARI 2012 sedang menuju kearah kita dengan langkah yang laju. Apa yang akan berlaku pada kita ? Kita sendiri tak tahu.

31hari ditahun 2012 telah berlalu, bermakna, 31hari yang lalu, telah berjalannya AZAM yang kita bina, bagaimana kita melaksanakannya :)

JANUARI 2012.
For me, pada 17Januari12 lepas, kejutan telah berlaku, bila fikir balik, rasa macam mimpi, dan saya tak kan lupa tarikh tu. Pahit manis masin masam dalam januari semua ada, kepada segala yang manis saya lalui, Allhamdulillah. Even its just 31days for january, sehari tu dapat merubah segalanya, mengenai rezeki dalam hidup, saya berserah pada Allah. Ada rezeki saya, adalah. Andai tiada saya tahu, pasti ada hikmahnya. Apa jua, Bersyukur kepada Allah ats segala yang ditetapkan.

JANUARI 2012,
Saya belajar, belajar untuk jadi seorang gadis yang ada untuk semua orang. Dan yang saya pegang kini "BAIK AKAN DIBALAS BAIK" dan kalau boleh, saya nak belajar untuk tak mengharapkan balasan orang. Dalam hidup kadang2 kite akan mudah terkecil hati, ye apabila kita buat kebaikan, dan dibalas keburukkan sure kita akan ingat dan terlintas "dulu aku tolong dia, sekarang dia langsung tak ada waktu aku susah" nope, saya tak nak jadi macamtu, saya nak belajar "JANGAN HARAPKAN BALASAN PADA SETIAP KEIKHLASAN" mudah2han kan ?

Kepada family, thankq sebab selalu give support apa yang ptut dan apa yang tk ptut dibuat. To incik Lalan, hey ! Tq sebb jadi jam lonceng saya, sentiasa berdering (mbebel) bila saya cuba melanggar azam 2012 saya. U know what, even ur mouth kept mbebel, sometimes its make me rasa lawak giler ! Then bila nak buat something, I know cikgu disiplin (him) sedang memrhati. Haha.

Apapun, for FEBUARI, Bismillahirohmanirrohim, semoga dapat dilalui dengan sempurna.

kpd u all yg still btangguh azam, let's do it together. yes, I know, its not easy. Saya pun rasa ssh, hehe. Mari kita mendisiplinkan diri bersama !

KELUARGA DIDAHULUKAN, AZAM DIUTAMAKAN ! InsyaAllah semoga diberkati Allah SWT :)

I love u,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 30, 2012

SUNDAY 29/1/2012

Assalamualaikum

oh Monday ! oh Sunday !
i love sunday like i love my boyfriend ;p
selalu tertunggu. selalu ternanti.

ok. semalam like always, lepas masak2
then bawa ke Melaka then we lunch together,
after that kami pergi tgk movie


movie start 3.20pm so before menanti movie start
kami try kerusi urut ini !!


serius rasa geli ! 
umpama ada jari jemari ghaib bergerak-gerak dibadan anda
incik lalan bila naik bt muka syok,
saya pula duk gelak-gelak sebab rasa macam digeletek. haha


actually mula2 tak nak naik juga,
but then, cuba banyak kali.

eh ! tgk lah cerita AWAKENING : UNDERWORLD


Tapi, sejujurnya jalan cerita yang terlalu simple dan tergantung,
tidak sehebat THE IMMORTAL atau TWILIGHT atau TRANSFORMERS
kalau u all yg tak pernah tgk siri awal movie ni sure tak faham.
actually saya pun tergolong diantra mereka yang tak faham,
so dalam panggung asyk tanya :

"eh perempuan ni pontianak ke ?"
"eh cerita ni macam twilight ke ?"
"eh kenapa serigala jadian nk budak tu?"
"hybrid tu ape?"
"eh kenapa dia kena sedut darah pontianak tu?
"Eh lycan takut dengan serbuk perak ke"
"eh kenapa lycan tu tiba2 jadi besar?"

nasib baik lah kat belakang saya masa tu tak ada org
kalau tak sure saya menjadi mangsa tengkingan dan tendangan. hehe
dan banyak kali juga lah incik lalan tension
tapi dia still terangkan *terima kasih
dan macam biasa 
ending sure TERGANTUNG (-_-")

with love, 
FatinFashiekin

Saturday, January 28, 2012

SETIAP CALAR ADA CERITA

Ada seorang makcik datang farmasi dan kata pada kak Ani :

"Siapa yang bawak kereta ---- kat depan tu ? Sayang nye keretanye.. Calar sane sini, tak dijage, kotor merah-merah"

Pergh ! Tak tahu lah nak kata pujian ke semangat. Nak je diceritakan pada makcik tu betapa busy jadual harian dan calar-calar dikereta adalah bahana lesen (P) saya sebelum bakal memiliki (L) :)

Calar pertama dikanan tyr blakg kiri,
Berpunca sebab abah buat parking baru then konon confident boleh masuk then tanpa sengaja, kereta terseret dengan didinding sehingga mengakibatkan kekemekkan dan keremukkan.

Calar ke dua dibahagian hadapan tyr kiri,
Berpunca sebab nak parking terlanggar pula tembok tepi jalan.

Yang seterusnya hanya secalit2.
Eh ! Berbangga tau. Dari kereta tu dara sampai sekarang, mcm2 kenangan kami bersama.

Ok. Nk infom tu je.
tk sgke ade cstmer perasan kecalaran itu. Masa bile aunty tu usha entah (-_-)

lagi satu, KEDAH 1 - JOHOR 3
Hahahha. Ada orang kedah tak mau pickup call sebab taknak terima hakikat kekalahan ditempat sendiri. HAHA

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...