FOLLOWER

Sunday, January 22, 2012

KISAH BENAR : BERKAHWIN DENGAN MAYAT

PATTAYA – Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya 'Anne' Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

________________________________________

"Hargai mereka yang menyanyangi anda sebelum mereka pergi meninggalkan anda"

With love,
FatinFashiekin

Saturday, January 21, 2012

SAYA BENCI

Antara perkara yang dibenci.
Diantaranya lah ye, actually banyak lagi :)

1. Menunggu. sy mmg kurang sabar bab tunggu2 orang. So kalau nak kelua dengan saya, pastikan tepat. Kalau tak, saya bertukar menjadi hulk.

2. sakit perut. memandangkan perut sy selalu meragam tak kire masa.. sy sgt benci bile perkara ni berlaku. favourite time : time2 tgh sibuk. huh. nanti time nak akad nikah cemane la kan. jauh bebenor sy fikir ni ;p

3. orang mencarut. tak kire lelaki ke perempuan.. awk mmg berjaya buat sy turn off bile awak mencarut. sgt tak matured. sgt tak hensem/ cantik bile korang buat macamtu. be polite. tak perlu mencarut bagai, tak nampak hebat pun.

4. overslept. bile dah terlebih tidur sy akan panik. bile panik sy akan
takde mood. bile takde mood sy mengantuk dan senyap.

5. Ular. Enough ! I hate snake !

6. panas. kalau cuaca panas, semua benda pun rasa nak marah. nak keluar rumah pun fikir dua kali.

7. short hair or fringe. Saya benci short hair and fringe sebab ianya amat tidak sesuai dengan muka saya. Sebab dahi saya sempit, bila ada fringe, muka saya nampak ketot, terbantut dan meminta simpati. Bila saya ada fringe, setiap hari saya akan tengok cermin dan berasa simpati kepada diri sendiri.

8. buncit. bilelah perut nak flat mcm model2 kat tv. down betul.

9. org bwk kereta tp tak bg signal. susah sgt ke nak bg signal in the first place? satu signal boleh mengubah segalanya.

10. depan2 dok puji. blakang2 dok kutuk. pantang betul org mcm ni.
puas kot dpt buat due2. kutuk ngn puji sekaligus. eh?

till then, tata

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RINTIK HUJAN DI TAHUN BARU CINA

Hai. Happy Chinese New Year.
Dan seperti yang telah diramalkan
Oleh pihak kaji cuaca dan kami. Merujuk kepada cuaca yang panas terik sepanjang awal tahun dan kami menjangkakan pada raya cina akan turunnya hujan yang lebat seperti tahun lepas dan ianya sedang berlaku. Hujan yang lebat beserta kilat sambar menyambar.

Eh ! Next week maybe being very full schedule for me. Saya dapat menjangkakan kepenatan yang melampaui batas bakal membelenggu diri. May Allah Bless Us. Aminn.

Truly Me,
FatinFashiekin

Friday, January 20, 2012

SEBAGAI KAKAK SULUNG

harini my lil girl aza dapat pulang ke rumah,
bercuti sempena CHINESE NEW YEAR selama 4 hari
mama punyalah bersemangat
kipas bilik dibelikan yang baru, perabut baju pun baru,
bilik tidur diubah suai, di tolak kiri, ditolak kanan.
balik je mama kata
"kakak, duit kakak yg pada mama, 
mama buat beli kipas bilik aza"
bila pk rase lawak sebab aza masuk asrama jaraknye
45minit je jarak dari rumah (-_-)
tapi excitednye mengalahkan anak pulang dari luar negara.
tapi kn, tak dinafikan, saya pun rasa aura kegembiraan tu,
rumah rasa penuh dan meriah,
makan ramai-ramai. rasa bersemangat.
bak kata abah
"haa ! baru lah lengkap rumah abah~"

*Aza ditengah


MUTIARA BIBIR : AIR YANG DICINCANG TAK KAN PUTUS
APATAH LAGI ADIK BERADIK

kak sulung@kak Etin,
FatinFashiekin

SAYA SUKA

1) saya suka bila pergi jalan-jalan Orang kata saya dah kawin,
saya akan rasa diri saya seorang yang sangat DEWASA
*sambil mendabik dada ;p
kalau dengan incik lalan pn org akan ingt kami
husbad & wife, contoh pergi restaurant nanti pelayan buka kan pintu 
dan kata "Terima Kasih Puan dan Tuan"  
hah ! terus saya kenyit-kenyit mata pada incik lalan
dan kalau pi bank ke mesti saya akan kata saya wife dia, haha,
then akan kata "bila nak meminang ni ? kite dah dewasa" 

2) Saya suka  bila mengumpat, 
saya akan tulis kat kertas dan pijak kaki orang sebelah
(kerap berlaku di FARMASI). Tak pun, taip mesej dan hantar pada orang sebelah, 
Tak pun pegang hp, taip-taip then tunjuk pada dia. 
tapi selalunya saya cuai, tgh mengumpat tiba-tiba tersend kat orang. haha
contoh : saya diri sebelah incik lalan, nak cari kertas tak ada,
then saya pun taip lah kat hp, tapi type di inbox,
da sah-sah saya sedang berbual dengan orang lain, kemudian saya TERSEND !
*padan muka saya. TAPI, saya akan buat lagi.

3) Saya suka bila saya sedang drive di hway,
then kereta-kereta mewah seperti
BMW, MAZDA, dan sewaktu dengannya akan beri saya laluan,
sanggup ke kiri dan memberikan ruang
pada kereta kecil saya untuk memotong :')
saya akan rasa sangat terharu dan dalam hati berbisik
"MAY GOD BLESS YOU"

4) Saya suka bila hati saya berbisik
"bestnye kalau dapat makan Pizza"
then kemudian ada orang belanja saya pizza.
speechless, rasa nak menangis,
Tuhan makbulkan doa aku !! :')
*over ! PANG !

5) Saya suka bila abah, mam dan kak Ani kata
"ekin, pergi solat, macammana nak masuk syurga sama-sama"
saya akan rasa terharu dan rasa dihargai :')
mereka adalah jam lonceng solat termahal saya,
abah akan kept warning di rumah,
kak Ani pula jam lonceng di tempat kerja.

6) Saya suka bila saya nampak something bewarna merah !
saya akan rasa fuhhh SEKSI NYA !
Azam 2020. nanti kalau saya kaya raya,
saya nak ada sebiji kerete mewah MERAH BEKILAU dan BERKILAT
dan didalam kereta mewah dan berkilat itu
akan keluar seorang ibu yang cantik bergaya ditempat memandu
memakai heels 5 inci. wahh ! tapi azam 2020 ye, bukan 2012.
berangan pula. PANG !

7) Saya suka bila drive, saya akan buka volume kereta kuat-kuat
dan menyanyi bibir ikut gaya artis.
bibir macam ning baizura then tangan pula gerakkan macam
NAJWA MAHAIDIN dalam video klip GOT TO GO
kemudian bila kereta memotong,
saya akan buat-buat tengah tengk HP padahal bengang (-_-)

8) Saya suka bila drive then ada selekoh tajam
mulut saya akan berbunyi
"vrooommm.. vroommmmmm"
fine, aku tahu, hodoh kan ? HAHA

antara perkara-perkara yang saya suka.
dan maaflah kalau u all tak suka. sebab saya suka.
:)
with love,
FatinFashiekin


A DAY

Assalamualaikum

nothing to say,
macam biasa, makan-makan-makan
dan ketam-ketam-ketam :)

 

incik lalan 
:)


mix vegetable !

 

crab-crab-crab !!


anything swim they have

Eat-Eat-Eat !!

then, tq kpd kak Alai for red velvet & choclate kek !

p/s : pagi tadi kak Ani salah hantar mesej untuk husband dia,
akuh pun balas "hati-hati sayanggggg. jaga diri sayangggg"
sambil gelakkan dia. then petang tengah mesej2 TERsalah hantar mesej kat Ita pula.
aduh ! betul kata orang, bila gelak berpada-pada. haha

truly me,
FatinFashiekin

Wednesday, January 18, 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ME TOO !

HAPPY CHINESE NEW YEAR !!!!
So hopefully tahun ni saya bersama rakan-rakan seangkatan dimurahkan rezeki untuk menerima angpau yang banyak serta berkotak-kotak limau dari uncle-uncle dan aunty-aunty yang selalu mendapatkan khidmat kami di Farmasi. Start dari minggu yang lepas setiap custemer cina yang datang ke farmasi akan disudahi dengan ayat :
"THankYou, jangan lupa makan ubat ye uncle/aunty dan jangan lupe angpau dan limau 1 kotak untuk saya" sambil senyum lebar2. Hahaha.

Saya suka Chinese New Year tahun ni sebab saya dapat MC. So kepada sahabat handai, ahli keluarga dan kekasih, jangan tayang muka riak sebab anda dapat cuti ye, sebab tahun ni saya pun dapat cuti. HAHA *ketawa riak sambil cekak pinggang. HAHA

TAPI, even cuti pun, sure lah saya akan memerap di rumah. Huh, boleh terbayang lah kesesakkan jalanraya or jalan kampung okeh (-_-")

DAN ESOK ! 6 hari lagi sebelum CNY, dan esok saya balik petang, dan esok terfikir nak jumpa incik lalan dan esok dengar2 khabar SpeedTrap bersepah sepah disana sini dan saya, tak suka bawa kereta perlahan-perlahan ! Dan saya bencikan lorong kiri ! Dan oleh itu :

Me : Esok SpeedTrap dah start
Him : so ?
Me : Yela esok kan kite plan nk jumpe sebab weeknd ni sure bsepah jalan jammed.
Him : so ?
Me : kamu datang lah sini, kite malas lah bawa kerete perlahan-perlahan ke sane. Kite buka radio ops sikap da start.
Him : eh mana ada, petang tadi kite pergi Cheras ok je.
Me : kamu mane tahu, kite lagi tahu, kamu datang lah sini, kamu kalau memandu kan bhemah.
Him : Eh. Eh. Eh. Takda, belajar memandu tu perlahan lah sikit. Cba drive lorong kiri je dan jangan masuk lorong kanan. Blh ?
Me : tak nak lah. Dah try tetap tk boleh, rasa diri macam tengah mengayuh basikal lah (-_-)
Him : Jom ! Esok kite makan ketam besar ! Nak ! Jom lah, kite belanje !
Me : point tak nak drive ke sini lah tu. Ceh .
Him : sana mana ada ketam besar-besar. Jom lah !

See, taktik dia kotor, mentang2 lah saya ni sangat tergoda dengan liuk lentk badan ketam yang mengiurkan ! Oh ! What the Buncit. Haha

P/s : tq to blackbry sbb skg upload blog via BB dah btambah mudah ! Tq so much then kalau perenggan berterabr maaflh ye sbb via hp (email)

Tata,
FatinFashiekin

Tuesday, January 17, 2012

FULLHOUSE


Thanks to ita (adik incik lalan) sebab bagi pinjam DVD FULLHOUSE ni
even tanpe keizinan sbb incik lalan main ambil je.
Dan saya nak kata saya suka cerita ni dan
saya nak kata saya nak bunga macam cerita ni 
dan saya nak kata saya nk bf handsome macam rain ! Hahah. *pang !


OH BELOG !

Assalamualaikum

pssstttt.. psstttt..

saya FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR nak edit blog.
saya nak ubah wajah blog saya.
TAPI, saya tak reti lah (-_-")
banyak kali cuba, banyak kali try
*hoi ! cuba dan try kan same. haish !

ok. saya banyak kali berusaha untuk mengubahnya ke arah yang lebih
membawa nikmat pada setiap mata memandang
*ayat kau bajet kan ?

TAPI, setiap kali usaha saya seperti membuahkan hasil,
kemudian minda saya akan berlegar-legar caption 
"hodoh lah ! serabut ni ? kau ingat cantik ?"

ala !!!! siapa boleh edit kan ni ??
saya bayar. tapi tunggu awal bulan. haha 

p/s : kalini no entry tentang ape saya buat,
sebab saya hanya edit template dan delete. tu je saya buat.


truly love u,
FatinFashiekin



Monday, January 16, 2012

REAL LIFE | REALITI KEHIDUPAN


If Wealth Was The Secret Of Happiness,
 Then The Rich Would Be Dancing In The Streets.
 But The Poor Kids Do That...

If Power Could Give Security,
 Then Officials Would Walk Without Bodyguards.
 But Those Who Live Simply
 Sleep Peacefully...

If Beauty And Fame Could Bring Ideal Relationships
 Then The Celebrities Would Have The Best Marriages.
 But Its Not So...

Therefore.. 
LIVE SIMPLY, WALK HUMBLY, 
LOVE DEEPLY And ENJOY GOOD HEALTH.

FatinFashiekin

GEMERSIK KALBU (OBSESIKU)

Lirik lagu : AQASHA-OBSESIKU

Mata mu
Bibir mu
Pipi mu dan Juga Senyum mu
Membuat aku lebur hanyut di dalam Ghairah kernamu..

Tubuh mu
Harum mu
Hati mu Oh Semua Aku Mahu,  

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara disetiap Pagi hari mu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga Kau Tahu
Ku Gilakan mu,

Aura mu memujuk rayu hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu

--------------------------------------------------------

Oh ! Jatuh cinta dengan kesantaian lagu ini. Relax, santai, manja, mengoda, nakal, lembut, romantik dan charming !! 

Bila dengar je terus bbm incik lalan :
"Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu, Luahkan Perasaanku, Membisikan Aku Cinta Kamu, 
Asmara disetiap Pagi hari mu,
Dengan harapan agar kau tahu, 
Semoga Kau Tahu
KU GILA KAN MU"

Then dia balas :
"Tak malu ea nak gigit2 telinga orang ??"

Me :
(-_-") 

Drama GEMERSIK KALBU di TV3 pada pukul 7malam tu sebenarnya adaptasi dari novel dan saya ada novel tu ! So ending story semua dah tahu. 

Dulu, LAGENDA BUDAK SETAN then STANZA CINTA then KASIH YANG SUCI then OMBAK RINDU then GEMERSIK KALBU. Rasa sangat berbangga kerana semua novel tu saya ada, bila orang lain sibuk ke stationery mencari novel2 tersebut, saya tersenyum riak dan berkata dalam hati "dah tahu dah endingnye~" hehe ;p

With love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...