FOLLOWER

Wednesday, November 23, 2011

PERANCANGAN PERCUTIAN

.........................................................................................

ME : hah !!!!!!!
KAK ANI : hah ?!!! (sambil pdg akuh dalam situasi tgh makan)
ME : ekin nak tulis entry ttg bcuti. sakit hati tgk semua pi bcuti. hahah
KAK ANI : haish. buat org tkejut je 

.............................................................................................


Assalamualaikum
fine, serius saya sangat jelouse bila semua orang pakat pi bercuti (-_-)
Kak Alai sure sedang bersuka ria di Hong Kong kan ?
melupakan kami di Farmasi Sihat ini,
bergembira di DisneyLand.

Actually, ada plan this disember nak bawa family ke 
Cameron Highland or genting highland
so dah suruh lah incik Lalan tengk2 kan hotel yg selesa kan ?
booking dulu ke.
saya lebih prefer Genting dan cmeron cuz for me lah,
saya suka cuaca dia & adik-adik sure suka. kan ?

TETAPI saya ada 2 halangan yang
tidak membolehkan kami ke sana. kot.

Halangan pertama,
tarikh yang saya plan nak bawa family ke Cameron@Genting
adalah tarikh pertunangan My cousin,
Mak long dah datang rumah minta kami sekeluarga
turut mhantr wakil pinangan ke
Bagan Serai, Perak.
hamboi ! jauh tuu (-_-)
mama kata
"kakak kena pergi, ingat, nanti akak lgi jauh, ke Kedah"
*aik ! isu ke Kedah pula terbabit. haha
so... saya memang kena pergi okeh.

Halangan kedua,
early of disember saya dah cuti lama,
so ssh lah kalau nk MC lagi.
asyik MC nanti kene fired baru tahu. seram kan ? hehe
eh x lah bos saya baik,
saya pun dah lama tak cuti tau.
cuma rasa tak sedap lah ambil MC byak kali,
harus lah mengekalkan momentum kerajinan. hehe

nantilah kot fikir2. 
cari masa sesuai, yg pting, tk mau myusahkan sapa2.
tgu incik Lalan settlekan hal dia uruskan kpulangan mak dia menunaikn haji,
then start planning balik.
boleh ajak incik lalan dan alisya sekli dgn my family. kan ?

aish, nak ajak pi setakat gunung ledang dan melaka,
sian pula adik-adik. sure dia bosan. hehe
kalau ajak pi genting mesti mereka suka









sabar ye. nanti kakak arrange kan :)

 with love,
FatinFashiekin




Tuesday, November 22, 2011

TITIK NOKHTAH DARI ALLAH SWT

ASsalamualaikum

22/11/2011 | 22.50pm

Kehadapan, my girlfriend yang sedang berduka dan bermasalah. Entry ni saya dedicate untuk kamu. Please, be strong ! Kamu ada saya, keluarga yang sentiasa disisi & Allah yang sentiasa memelihara dan Allhamdulillah membuka pintu rezeki kamu untuk berbakti kepada keluarga. Semoga entry ni dapat memberi semangat kepada kamu.

You can count on me ! And here, I'm for you ! Suka & duka. Always love u my friend *hugs

Read carefully & hayati :)
Setiap manusia itu mampu berubah dan apabila perubahan berlaku lebih ke arah negative, pasti lah kita tetap akan menanti kan sesuatu yang lebih baik tetapi jika dalam satu masa itu dia masih tidak berubah TETAPI kita tetap mampu bertahan, percaya lah itu semua kerana kita masih mengharapkan perubahan berlaku atau dalam erti kata mudah, kita masih memberi harapan. mungkin kerana jauh di dalam hati kita letakkan harapan & percaya & ingin kan semua nya mampu & boleh berubah boleh di ubah. 

Tetapi akan sampai satu masa hilang segala rasa untuk bertahan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. bukan kah Allah pencipta kita? DIA jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. 

Percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. kenapa kita nak menolak sesuatu hanya kerana rasa yang sementara padahal kadang kadang kehilangan sesuatu itu lah yang terbaik buat kita walaupun bukan di dunia tapi yang lebih penting itu di akhirat kelak. 

Allah Maha Mendengar. katakan apa sahaja dengan NYA. hati semakin tenang. kadang kadang kita terlalu menangisi sesuatu apabila hilang dari kita sebab kadang kadang kita terlalu lambat untuk tersedar dengan hikmah yang bakal kita rasai kemudian nya. jadi langkah terbaik ada lah sentiasa meminta petunjuk Allah dalam apa jua sekalipun. 

setiap langkah kehidupan, setiap masalah, setiap dugaan, keinginan masa depan mahupun mengenai perhubungan sesama manusia. Insya Allah. moga ada jalan terbaik buat kita semua. pengalaman hidup setiap hari mengajar aku menjadi lebih kuat & tabah & tenang. sekarang aku semakin jelas dengan apa yang aku mahupun dalam hidup ini. Alhamdullilah. semoga Allah sentiasa bersama kita semua. Insya Allah.

" bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. relakan. bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "

With love,
FatinFashiekin

WANITA. STRESS & BOLA


Assalamualaikum

Tahniah kepada SKUAD HARIMAU MUDA (MALAYSIA)
 kerana berjaya menumpaskan SKUAD GARUDA (INDONESIA)
saya berbangga menjadi Warganegara Malaysia 
*over kan ??

statement di atas ni saya rasa kire over sikit tau,
kalau u all ada disisi saya menyaksikan plwann 
MALAYSIA vs INDONESIA
malam tadi sure rasa seolah-olah
saya ni girlfriend kepada Khairul Fahmie @ Badrol Bahtiar
cuz terlalu overrr ;p

semalam saya shift tengahari,
so farmasi tutup 9.30malam.
sepanjang drive balik rumah, jantung ni dah macam kene heart attack
rasa seram sejuk dan berdebar-debar
tapi still steady cuz mereka dah seri
saya cuma stress fikirkan seandainya Indonesia bjaya mjaringkan 1 lagi gol

sampai je rumah,
abah pula tak balik lagi, so means saya tak ada geng tgk bola,
mama memang tak minat,
 then saya oline dn baca reaksi kawan-kawan 
di news feed facebook.
tu pun saya rasa stress,
nak tgk bola live, masa panjang lagi
dan saya takut tak dapat menerima kenyataan kekalahan nnti

"hello, its not about MEDAL
but its all about our DIGNITY"
kan ?

Jiwa saya serious tak tenteram,
so jalan terakhir.
ALLAH KAN ADA :)
baru teringat yang saya still belum isya'
dari saya duk menjerit dan terkinja-kinja depan TV
baik settlekan solat dan doakan semoga dipermudahkan
so saya baca berulang kali ayat Kursi berulang kali
langsung saya tak gerak dari sejadah
UNTILL terdengar mama kata

"malaysia menang !!"

SUBHANALLAH

hanya Tuhan je tahu betapa tersentuhnya hati
melihat kemenangan Malaysia masa tu :)

yelah, spekulasi mengatakan mereka duk pakai Bomoh


ok. spekulasi bserta bukti. kan ? hehe

ALLHAMDULILLAH
KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA MALAYSIA

MALAYSIA BOLEH 

"Allah tiada yang Berhak disembah Melainkan DIA
Yang Hidup & Maha Kaya terus menerus menguruskan makhluknya.
Tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-NYA apa yang ada dilangit dan dibumi
tidak ada yang boleh memberi syafaat melainkan dengan izin-NYA
Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi dihadapan mereka
dan dibelakang mereka
 tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua ilmunya kecuali
yang dikehendaki-NYA
lebih luas kerusinya dilangit dan dibumi
tidak susah bagiNYA memelihara keduanya
Dia Maha Tinggi dan Maha Besar"

"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia..""Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"

- Ong Kim Swee -



with love,
FatinFashiekin

Monday, November 21, 2011

ALL EMOTIONS ARE BEAUTIFUL


This is your life
Do what you love and do it often

If you don’t like something,
CHANGED IT
If you don’t like your job,
QUIT
If you don’t have enough time,
 STOP WATCHING TV
If you are looking of the love for your life,
 STOP
They will be waiting for you 
when you start doing things you love.


Stop over analyzing.
All emotions are beautiful.
When you eat & Appreciate.
Life is simple.
Open your mind, arms and heart to new things.
And people, we are united in our differences
Ask the person you see what their passion is
And share your inspiring dream with them
Travel often, Getting lost will help you find yourself.
Some opportunities come once, seize them.
Life is about people you meet
And the things you create with them
So go out and start creating
Life is live your dream
And
share your passion


*Dalam setiap kehidupan setiap insan, 
Pasti ada dugaan, Kemarahan & kesedihan. 
Don’t blame or hate ur self. Lalui dengan Redha tetapi berusaha :)



With love,
FatinFashiekin


Saturday, November 19, 2011

SATURDAY (STRESS WEEKEND)

Assalamualaikum

Permulaan hari yang penuh kejutan hari ini ye wahai sahabat sekalian,
terjaga cuz mama masuk bilik dan mama kata
"kak, kereta akak rosak"
hah ! automatik terus terduduk saya okeh. terkejut.
hello, tengah2 bulan yang damai ni, kalau kereta bermasalah,
boleh menimbukn stress ye.
actually setiap pagi even saya masuk kerja 12.30pm,
abah lah yang akan panaskan enjin kereta saya *mjaga kereta
actually wif his car jugak lah.
nak harapkan saya ?
saya paling rasa sangat lecehhh apabila masuk kereta
then terpaksa tunggu 2minit untuk memanaskan enjin
rasa sangat membuang masa. hehe
ok. padahal cuz selalu lengahkan masa dan nak cepat.

Soooo, sambung story,
pagi tadi wake up je, saya bermenung,
nasi sudah menjadi bubur.
kereta memang perlu dirawat,
call abang jaki, then abg jaki kata around 10am dia datang rumah
(repair dirumah)

firstly ingat kan kecederaan kereta saya very the serius
kot-kot perlu sampi 7 hari kn.
planning bawa kereta my uncle (cik arie) pergi kerja
pagi tadi ke pasar lah guna kereta cik arie,
then 10am memang betul mekanik datang rumah,
tapi just 10minutes,
DONE
waaaa, excellent. sangat happy !
so bermakna plan saya untuk esok bjalan lancar ! ;)
totall bayaran adalah RM175 (betri) & RM15 (upah)
before pergi kerja, saya singgah bengel abg jaki
sebb buat bayaran.
actually guys, ade something happen juga,
tapi tak mahu share dengan u all.
sangat memalukan (-_-)

DAN

tak sabar tunggu esok !
this month BUSYYY sangat.
orang kahwin lah, datinglah, orang tunag lah.
haish. untungnya mereka,
hehe

this 26november2011
incik Aleng (Kamarul Ridhuan) bakal berkahwin,
member2 yang bujang pn habih ramai dah kahwin
Oh My God
sesungguhnya masa terlalu cepat berlalu
:)

thats all,
have a nice weekend guys 

with love,
FatinFashiekin



NASI PAPRIK SI ANAK DARA



Assalamualaikum

harini saya nak share pada u all masakan 
paling
RINGKAS & MUDAH tetapi KENYANG

RINGKAS : my lil sibling bukan lah seorang
yang gemarkan sayur-sayuran (like me) hehe
so nak memasak untuk mereka
memerlukan 'psikologi'
terutama si Daniel, ke dapur dan bertanya
"kakak masak apa harini ?"
kalau masak something yang bersayur,
sure die mencebik bibir. budk2 zaman sekarang kan ?

MUDAH : This is for me,
eh tipu kalau u all suka masak something yang difficult k.
kalau saya ? ada mama baru lah bersemangat.
so kalau sendiri masak,
untuk mulut sendiri,
simple-simple okey lah.
banyak2 penuh semeja membazir pula kan ?

KENYANG : Apabila start memasak,
sure kite akan tanya perut,
teringin makan apa eh ?
dan kadang2 perut orag lain.

so harini, cuti sekolah pun dah bermula,
wake up ke pasar,
mencari bahan2 membuat nasi paprik.

saya nak share sebab sangat mudah !
tak memerlukan u all menumbuk sambal sampi bpeluh peluh
mengupas bawang sampai pedih mata
menggoreng ayam sehingga garing selama 1 jam
atau merebus daging selama 2jam.

TAK PERLU.

BAHAN-BAHANNYA

300g daging ayam (potong kecil)
2 bawang putih (dikisar)
4 bawang merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dimayang)
15biji cili (dititik)
2 biji serai
6 daun limau purut
5 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
1 cawan air

4biji tomato
3 helai kacang panjang
2 lobak merah




dan perkara penting
*minyak masak & garam & ajinamoto lah kan :)

CARA-CARANYA :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
2) masukkan daging ayam, serai, daun limau purut 
dan cili yang dititik sehingga naik baunya
3) masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis 
dan sedikit air.
4)masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong
5)masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa




with love,
FatinFashiekin

Thursday, November 17, 2011

SAYA GELAR MEREKA 'TEMAN'

Assalamualaikum,.

Entry kali ini memang dedikasi khas buat teman sejati iaitu sahabat yang saya boleh bergantung harap dan hargai mereka sampai akhirnya. mereka yang saya akan ingat & kenang selamanya biarpun sekiranya jodoh persahabatan kami tak di panjang kan Allah SWT. mereka akan sentiasa saya kenang dalam doa. kawan memang ramai. cuma yang di maksudkan di sini ialah mereka yang saya anggap lebih istimewa & sangat indah & sejati.

Okay. let's move further. mungkin ciri ciri or tanda tanda yang boleh saya tunjukkan bila saya anggap mereka kawan, sahabat & teman yang saya anggap istimewa & saya boleh percaya ialah bila :

1) saya boleh menangis depan mereka.
2)saya berkongsi setiap/separuh apa yang berlaku dalam hidup saya.
3)saya bagi tahu dia saya percayakan dia. 
dan saya benar benar maksudkan. 
 4)saya sangat susah nak percaya orang. jadi bila saya katakan, saya maksudkan. 
saya jadi diri saya yang sebenar benar. bukan bermaksud saya tidak real di depan yang lain tetapi saya hormati mereka yang mungkin sedikit berbeda. tak semua orang boleh terima cara kita bukan?
5)saya boleh berkongsi setiap berita gembira & sedih dengan mereka.
6)saya suka melawak & menyakat mereka. 
sehari tak kacau rasa tak complete hari itu.
7)saya akan sentiasa bertanya khabar tentang mereka 
walaupun sekecil mana effort itu.
8)saya selesa dengan mereka 1001%.
perangai 'keanak-anakan' dalam diri saya boleh terserlah bila bersama mereka.
9)saya tidak malu berkongsi kekurangan diri.
10)mereka sentiasa dalam ingatan saya walaupun di mana saya berada.setiap dari mereka sudah saya labelkan atau gambarkan dengan sesuatu agar setiap kali saya terlihat benda itu terus relate ingatan saya kepada mereka.
11)saya boleh menjadi 'hyper' & 'gila-gila' sehabis mungkin.
12)saya sentiasa ada masa untuk mereka walau sesibuk mana sekalipun.
13)saya looking forward untuk setiap pertemuan.
14)saya rasa sunyi, saya perlukan seseorang, mereka lah saya cari.
saya boleh berbual tanpa henti &sentiasa ada topic perbualan. 
15)saya boleh bercakap tanpa henti dengan mereka. kalau boleh tak nak berhenti bercakap bila setiap kali kami mula bercakap.
16)saya ingat setiap tarikh tarikh istimewa mereka &cuba sedaya upaya tidak pernah lupa.
17)saya mengambil berat bukan sekadar diri mereka tetapi juga ahli keluarganya.
saya terima mereka seadanya. bukan fizikal atau latar belakang mereka yang saya pandang. tapi hati mereka.
18)saya tidak pernah berkira dalam apa jua keadaan bersama mereka.
saya sentiasa ada plan untuk ber aktiviti/spend time bersama mereka.
19)saya dapat rasa kami saling melengkapi antara satu sama lain & boleh menjadi penyokong kepada satu sama lain. 
20)saya boleh menangis & ketawa BERSAMA mereka. 
21)saya boleh bergantung harap & saya rasa selamat bersama mereka.
22)mood di kongsi bersama. mereka sedih saya sedih. mereka gembira saya double gembira.
23)saya kadang kadang jadi tegas atau garang 'sedikit' dalam beberapa perkara sebab saya sayang mereka sangat sangat sangat.

Alhamdullilah. rasa nya itulah antara tanda tanda yang menunjukkan saya sangat sangat selesa dengan mereka. haaa lepas ni korang boleh lah check eh saya macam ni tak dengan u all? hehe. *joking!

tapi saya tahu mereka tahu siapa mereka. yang saya care & ambil berat lebih lebih sikit tu haaa betul lah tu! ehem! aha!

kenapa mereka? senang je. sebab bila hati sama sama boleh membaca hati. sebab mereka terima saya seadanya. dan sebab mereka bukan sahaja sentiasa mengi-YA kan saya tapi juga berkata NO andai sesuatu itu tetap salah. sentiasa nasihat menasihati & ingat mengingati kepada yang lebih baik dan sentiasa be there untuk saya during my ups &downs.

saya tertarik pada ayat yg bbunyi :

"Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

betul kan? so u all, saya tahu korang tahu siapa u all kan? heee. kalau still nak buat buat tak tahu, haa pergi check dekat list atas tu. :P .. hehehe. so just nak cakap thank you to each one of you for everything. kita macam satu keluarga yang besar, hehe. comel kan?

from the bottom of my heart, thank you for everything. saya appreciate setiap perkara yang u all pernah buat untuk saya & appreciate everything pasal u all. sorry tau kalau ada yang saya TERsakitkan hati & menyusahkan semua. semua sumpah tiada niat. to be honest, I thank Allah SWT for having you guys in my life. one of those great things in my life. Alhamdullilah. 

May Allah bless our friendship till the end of time. InsyaAllah. and remember too, you can count on me because I can count on you. saya ada untuk u all macam mana u all sentiasa ada untuk saya. our love is endless. saya doakan & akan sentiasa doakan friendship kita selamanya. Insya Allah. doa saya sentiasa untuk u all. bahagia dunia &akhirat. 

FRIENDS FOREVER. 



da buka cerita ni,
so saya nak kenal kan pada u all,
MY PERMENENT BOYFRIEND & GIRLFRIEND


This is QYNA. glamour kan ?
dan nama sebenar SAKINAH ADON. haha
very very very talkative,
saya sentiasa risaukan dia.
eventhough skg kami jarang dating,
tapi, kept btanya khabar :)


FENDI. very the busier person !
selalu last minute,
kami berkawan baik sejak form1 untill now
sentiasa 1 kelas then duduk bersebelahan,
no wonder lah dia mengenali saya melebihi
my boyfriend :)



MAYA. seorang tomboy TETAPI sekarang 
seorang jururawat.
even dia really kasar tapi seorang yang memiliki hati yang baik,
suka membantu orang :)
*kami tk pernah myangka JURURAWAT akan mjadi
bidang pkerjaan nya ;p


NABILA FARHANA,
seorang gadis yang sensitive dengan apa jua yg berlaku,
dan sentiasa menjaga auratnya, batas-batasan
kalau kami buat something yang salah ke,
dun worry, dia akan mengingatkan kami.
seorang calon isteri yang baik. kot ;p


FIRDAUS,
you know what
even dia lelaki, tetapi dia seorang penasihat yg TERBAIK
just make a call,
sure rasa lega. dia juga suka bergosip ;p
segala rahsia dia ada dalam kocek saya
dan segala rahsia saya, ada dalam kocek dia :)



NORSYAHANI HAMSAN
the best sister !! serba boleh,
mempunyai banyak kepakaran
dan kalau saya kemana-mana kat dalam fikiran sure tfikir
"nanti nak cerita kat kak Ani" hehe
dalam erti kata lain,
kakak sulung saya :)



NORAINI SHARIAT
dia adalah kembar saya.
kembar yang kontra tetapi melengkapi. hehe
sure u all yg follow my blog dah kenal dia,
i love her so much !
anybody tk boleh sakitkn dia sebab
saya sangat melindungi dia :)

*sebilangan mereka,
saya mempunyai ramai lagi sahabat,
maaf kepada mereka yg saya tidak mention kan 
u all still my bestfriend~

SAYA SANGAT BERUNTUNG & BERBANGGA
MEMPUNYAI TEMAN SEISTIMEWA KALIAN
:)

with love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...