ASsalamualaikum
22/11/2011 | 22.50pm
Kehadapan, my girlfriend yang sedang berduka dan bermasalah. Entry ni saya dedicate untuk kamu. Please, be strong ! Kamu ada saya, keluarga yang sentiasa disisi & Allah yang sentiasa memelihara dan Allhamdulillah membuka pintu rezeki kamu untuk berbakti kepada keluarga. Semoga entry ni dapat memberi semangat kepada kamu.
You can count on me ! And here, I'm for you ! Suka & duka. Always love u my friend *hugs
Read carefully & hayati :)
Setiap manusia itu mampu berubah dan apabila perubahan berlaku lebih ke arah negative, pasti lah kita tetap akan menanti kan sesuatu yang lebih baik tetapi jika dalam satu masa itu dia masih tidak berubah TETAPI kita tetap mampu bertahan, percaya lah itu semua kerana kita masih mengharapkan perubahan berlaku atau dalam erti kata mudah, kita masih memberi harapan. mungkin kerana jauh di dalam hati kita letakkan harapan & percaya & ingin kan semua nya mampu & boleh berubah boleh di ubah.
Tetapi akan sampai satu masa hilang segala rasa untuk bertahan itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. bukan kah Allah pencipta kita? DIA jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.
Percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. kenapa kita nak menolak sesuatu hanya kerana rasa yang sementara padahal kadang kadang kehilangan sesuatu itu lah yang terbaik buat kita walaupun bukan di dunia tapi yang lebih penting itu di akhirat kelak.
Allah Maha Mendengar. katakan apa sahaja dengan NYA. hati semakin tenang. kadang kadang kita terlalu menangisi sesuatu apabila hilang dari kita sebab kadang kadang kita terlalu lambat untuk tersedar dengan hikmah yang bakal kita rasai kemudian nya. jadi langkah terbaik ada lah sentiasa meminta petunjuk Allah dalam apa jua sekalipun.
setiap langkah kehidupan, setiap masalah, setiap dugaan, keinginan masa depan mahupun mengenai perhubungan sesama manusia. Insya Allah. moga ada jalan terbaik buat kita semua. pengalaman hidup setiap hari mengajar aku menjadi lebih kuat & tabah & tenang. sekarang aku semakin jelas dengan apa yang aku mahupun dalam hidup ini. Alhamdullilah. semoga Allah sentiasa bersama kita semua. Insya Allah.
" bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. relakan. bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "
With love,
FatinFashiekin
No comments:
Post a Comment