FOLLOWER

Sunday, November 24, 2019

MAAF TAK DAPAT BALIK KEDAH

Memandangkan bulan 10 haritu kami dah balik bercuti dikedah seminggu,
Bila pakcik cha buat doa slamat untuk beliau menunaikan umrah sekeluarga, tak dapat kami hadiri. Sebab next month bulan 12 kami akan balik ke kedah semula.

Tapi walaupun tak balik kedah,
Saya still siapkan buahtangan,
Mula2 plan nak bagi karipap/kuih pelita/kuih talam, tapi semua penjual yang saya tanya semuanya cuti, mungkin sebab 23novembr adalah hari pertama cuti sekolah so ramai mula balik kampung.

Survey punya survey,
Saya berminat bagi brownies yang cantik tu tapi incik lalan tak suke,
Incik lalan kata orang tua x makan brownies πŸ˜…incik lalan memilih kek marble macamtu, so saya masih dengan pendirian saya memilih brownies. Ok lah untuk doa selamat, 1brownies dn kek dipotong 80bahagian, tapi bila adik ipa sampai je rumah pakcikcha, mereka kata brownies da habis. Yeay ! Laku licin

Terima kasih kepada :
Ig : fleufyra
Lokasi : penaga
Servis anda tiptop 🌟

Allhamdulillah,
Lega saya semua berjalan lancar,
Risau jugk dbuatnye sesat ke mase cod, tak pun x sedap ke kn huhu. Allhamdulillah licinnnnn πŸ‘πŸ»

Isteri solehah,
Fatinfashiekin

Saturday, November 23, 2019

HIJAB WITH CAP

Aku : abang !! Ayang ada jawlineee jawline jawline jawwwww lineeeeeee

Incik lalan : bdepan hanya abang yang tahu, fake je tu

Aku : πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

Saturday, November 16, 2019

RUMAH KAMI DIRASMIKAN MENTERI DAN DAPAT LIPUTAN BERITA

Allhamdulillah,
Fasa 1 yang 4bilik / 5bilik (1tingkat setengah) semua dah dapat kunci,
So harini perasmian untuk bunglo fasa kami.

Diulang sekali lagi,
Gambar sebelum ini adalah gambar fasa 1. So harini punya saya sangat happy, fasa kami dah launchinggg, actually pembinaan berjalan dah, dinding pun dah naik, tapi ni launching more kepada rasmikan #rumahdigital pertama di melaka

Actually lokasi rumah kami ni antara ayer keroh-bemban, so lepasni akan wujud bandar baru dinamakan bandar gapam. Paling best, melalui badar baru tu, dari tol ayer keroh, sampai rumah kami 5minit je, wuuu best best

Kami kan dah beli rumah ni julai lepas, ejen pemaju ada kata "harga rumah masa launching nanti ada kenaikan ye, da siap nanti pun lain harga".. yes ! Beza 33ribu guys, ni baru launching, kalau siap nanti ? Haaaa— jimat banyak woo

Actually masa incik lalan nak beli rumah belum siap, saya nervouse guys, tapi incik lalan senaraikan bunglo2 mewah yang pemaju ni usahakan, contoh vista kirana, sebagai isteri, saya dengar lah apa nasihat suami, dan harini saya percaya, betul pemaju ni sgt bagus,
Hello dapat liputan sampai masuk berita kot (tapi tv1 lah) πŸ˜†dan menteri besar melaka sendiri launching..

Ok nak share deco dari ID nanti saya buat entry baru ye, harini nak share sekitar launching sahaja

Wednesday, November 13, 2019

SALE 11/11

Korang terselamat tak dari sale 11/11, ikutkan nafsu bergelora seminggu sebelum 11/11 sebenarnya puas saya godek, kononnya untuk persiapan raya (AAALAAAAASANNNNN) hahahaha

Tapi memandangkan saya ni jenis kedekut last minute, dari 30list, saya beli 5 item je, incik lalan pula 6 item. Jumlah 11 item.

Mula-mula saya tak nak beli, tapi incik lalan pagi-pagi call, "abang dah bankin — beli lah apa ayang nak beli" sebagai isteri yang solehah, saya jawab "tak payah lah, membazir je, nama je diskaun tapi diskaun benda yang saya tak perlu pun" pastu kena bebel2 dengan incik lalan, dia membebel la kata tengah free delivery so tang mana yang membazir, Then dia bebel lagi kalau beli benda yang tak digunakan baru selayaknya disebut membazir. Ish tak faham. Hellooo bini baik kot, berjimat, untung tau. Kan ????

Tapi, scroll juga lah shopee, lazada, tu je saya scroll kang masuk dalam fashionvalet kang terbabas tak keluar, so sedar diri, menghadap je lah shopee dan lazada.

Item yang saya beli, semestinya lah barang anak dan suami. Saya tak beli apa2 untuk diri sendiri, sebagai isteri yang bijak lagi solehah, duit yg incik lalan transfer baki nya adalah lebih baik masuk kedalam poket terus. HAHAHAHA sebagai bini ini lah dinamakan poket doremon ye kawan-kawan. Selain duit yang dijumpai dipoket ketika basuh baju, baki2 ini pn dikira blh diseludup dengan baik. Cume sebut "baki ayang ambil" suami buat derk je, halalan toyyiban lah kan πŸ™


Memandangkan saya duduk dikawasan yang agak susah dhl nak masuk, segala barang dipos ke ofis incik lalan, semoga mereka yang menerime parcel saya berjumlah 11 item redha menandatangan penerimaan huhuhuhu

Isteri solehah dan mommy penyayang,
Fatinfashiekin

Tuesday, November 12, 2019

TAK JADI PENCEN BLOG

Sebelum ni saya ada inform bahawasanya saya nak pencen dari blogspot dan akan beralih arah ke Instagram. Yes, saya cube realisasikan, tapiiii—— issh, tak ade blog pun tak boleh lah, meluap-luap rasa nak membawang ada dalam jiwa hahahah

Ok actually yang membuatkan saya get back couple semula dengan blogspot ni sebab saya memikirkan semula "untuk apa saya buat blog?" Then dari persoalan tu jawapan saya adalah "untuk tontonan anak sebagai kenangan mengenai keluarga kami"

then saya kata pada diri sendiri :
"wei kin, u kata blog untuk cucu cicit baca, tapi anak baru 2 orang dan belum setahun pun lagi, dah malas nak menaip,pilih kasih betul, dan blog ni semua pasal kaseh, kang kalau anggun tanya kenapa dia punya story tak ada, haa nak jawab apa ?"

Serius wei, rasa bersalah kat adik anggun sebab tak banyak entry pasal dia, "adik anggun !! Mommy update pasal adik kat instgram akaun fatinovela tu, adik tengk kat sana ye, mommy busy buat kerepek lah dik, malam nak taip story je kene berperang tidurkan adik, acaner mommy nak menaip dengan tenang kan" (alasan kan hahahaha)

Bulan depan adik dah setahun,
Tengah plan birthday adik punya sambutan, tu yg terfikir nak update blog.

Kalau tak update blog pun, kat atas sekali (refer header blog ada gambar2 kan ? Itu update dari instgram, so even tak update blog. Apa yang diupdate ke instgram akan diupdate ke blog juga. Ok lah kn daripada bersawang. Huhu

Ishh entry bulan lepas balik kedah buat kejutan kat mertua pun tak dan nak update lagi, nanti ada masa saya update. Bye bye


Isteri solehah mak penyayang,
Fatinfashiekin



Sent from my iPhone

Thursday, October 3, 2019

LEBIHKAN ANAK SULUNG

Daddy selalu sakat kata "mommy suka lebihkan kaseh" .

.

mula-mula saya tak nak mengaku juga. Tapi last2 saya kata pada suami "kakak dah besar, dia da faham erti pujian, erti kena marah, mommy tak boleh buat kakak rasa bila ada adik, mommy da tak sayang dia"

.

Si adik pula, saya akan memuji adik tanpa kakak sedar, saya pun selalu minta maaf pada adik, saya kata "mommy minta maaf tak memuji adik sangat, mommy tak nak kakak cemburu"

.

Pada usia 3 tahun, kaseh sekarang tengah belajar tentang emosi, bila merajuk dia bawa diri ke penjuru rumah, bila gembira dia punya gembira sampai hampir hilang kat shopping complex sebab berlari-lari, bila insaf dia minta maaf kat mommy peluk tak nak lepas, dan bila berjanji dia dah ingat dan minta kita tunaikan janji.

.

Mommy bukan pilih kasih tapi mommy sedang cuba jadikan kakak seorang kakak yang penyayang dan bertanggung jawab pada adik.

.

Semoga kakak sayang kan adik sepenuh hati dan adik sayangkan kakak sepenuh jiwa. Mommy dan daddy sayang kalian ❤️







TADIKA ALIRAN CINA


TADIKA ALIRAN CINA UNTUK KASEH

.

1tahun-3tahun : playschool

4tahun : kindergarten .

.

Semoga kaseh dapat menguasai 3 language yang diajar, kalau sampai 6 tahun dia boleh adapt, kite forward ke SJKC, kalau tak, SK sahaja huhu

.
Saya berkenan masukkan kaseh ke MRC sebab adik saya teacher di MRC cawangan pagoh, hari-hari dia mengadu penat, dia suka cerita aktiviti sekolah dan ofcz lah saya sebagai emak-emak suka dengar tadika banyak aktiviti dan my lil sis kata chinese agak strict bab belajr dan mengajar, haa ! Lagi saya suka hehe
.
Then my mother in law mesej risau cucu dia masuk skolah aliran chinese (mak mertua i ustazah guys hehe) i jek menantu hantu huhu. Tapi actually tadika kasih sampai tenghari je, so sampai tengahari untuk akademi, sesi petang waktu asar macamtu kaseh belajar agama pula di albaghdadi, 
.
so 2 sekolah :
Pagi : MRC
Petang : Albaghdadi
.
Macam saya ada cerita mengenai pra sekolah SJKC, setelah ber bincang dengan incik lalan, eventho ada kekosongan dan kalau masuk SJKC ofcz la tak kelua banyak duit kn, tapi kami tak nak kaseh pressure, baru 4 tahun, so kami bagi kaseh 3 tahun untuk kuasai 3 bahasa yang diajar, kalau sampai usia 6 tahun dia ok kami forward ke SJKC tapi kalau nampak macam tak boleh adapt, masuk je SK, actually ada pro dan cont SJKC dan SK, dari segi permintaan utk future study untuk bumiputra SK lebih di utamakn, kecuali anak mmg bijak sungguh2 tu lain cerita la.  Apapun, lama lagi, kita tengok lah nanti macammana πŸ˜‡
.
Ni pun, actually entah sampai setahun ke tak kaseh kat mrc ni sebab kami kn nak berpindah. Suami da mula suruh survey english punya kindergarten juga area rumah baru tu. haih hopefully kaseh tak pening.
.
Perkara saya paling suka kat kaseh, dia peramah sebijik macam saya HAHAHA serius wei, ramah gile, kalau dia mengekor budak nk bkawan then budak tu tak nak layan dia, dia datang kt saya dn incik lalan Sambil kata "dia tak nak kawan kaseh ke?" Sambil buat muka sedih πŸ˜†
.
Ok. Tu je nak share.
Kaseh ! Mommy cari tbaik untuk kaseh tau, daddy pun da siap2 menabung utk pembelajaran kaseh, tapi daddy kata bukan free ye, da kerja kena ada potongan bulanan wajib, so kaseh buat pinjaman dengan mommy daddy je hahahah







PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...