FOLLOWER

Wednesday, November 13, 2019

SALE 11/11

Korang terselamat tak dari sale 11/11, ikutkan nafsu bergelora seminggu sebelum 11/11 sebenarnya puas saya godek, kononnya untuk persiapan raya (AAALAAAAASANNNNN) hahahaha

Tapi memandangkan saya ni jenis kedekut last minute, dari 30list, saya beli 5 item je, incik lalan pula 6 item. Jumlah 11 item.

Mula-mula saya tak nak beli, tapi incik lalan pagi-pagi call, "abang dah bankin — beli lah apa ayang nak beli" sebagai isteri yang solehah, saya jawab "tak payah lah, membazir je, nama je diskaun tapi diskaun benda yang saya tak perlu pun" pastu kena bebel2 dengan incik lalan, dia membebel la kata tengah free delivery so tang mana yang membazir, Then dia bebel lagi kalau beli benda yang tak digunakan baru selayaknya disebut membazir. Ish tak faham. Hellooo bini baik kot, berjimat, untung tau. Kan ????

Tapi, scroll juga lah shopee, lazada, tu je saya scroll kang masuk dalam fashionvalet kang terbabas tak keluar, so sedar diri, menghadap je lah shopee dan lazada.

Item yang saya beli, semestinya lah barang anak dan suami. Saya tak beli apa2 untuk diri sendiri, sebagai isteri yang bijak lagi solehah, duit yg incik lalan transfer baki nya adalah lebih baik masuk kedalam poket terus. HAHAHAHA sebagai bini ini lah dinamakan poket doremon ye kawan-kawan. Selain duit yang dijumpai dipoket ketika basuh baju, baki2 ini pn dikira blh diseludup dengan baik. Cume sebut "baki ayang ambil" suami buat derk je, halalan toyyiban lah kan 🙏


Memandangkan saya duduk dikawasan yang agak susah dhl nak masuk, segala barang dipos ke ofis incik lalan, semoga mereka yang menerime parcel saya berjumlah 11 item redha menandatangan penerimaan huhuhuhu

Isteri solehah dan mommy penyayang,
Fatinfashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...