FOLLOWER

Saturday, December 28, 2024

FASA UMUR 30an - 40an

Fasa 30an

adik dan sepupu yang dulu kecil pemalu
sekarang sedang melewati fasa menjadi remaja,

pakcik makcik yang kita pernah mengeluh keberadaannya pun sorang demi sorang mula pergi, tanpa sedar bilangan ahli keluarga yang tua mula berkurangan.

nak memasuki tahun baru,
sekarang, diusia 30an,
aku dah mula memasuki fasa umur kerap terflash back kenangan masa kecil. walaupun susah waktu tu, tetap kenangan.

Persoalan dalam minda aku dulu iaitu "kenapa nenek suka termenung memandang jalan hari2"
aku mula dapat jawapan, mungkin dia juga mengingat kembali segala kenangan silamnya. setiap masa yang dilaluinya.

yang pasti,
kita pun akan lalui,
cuma bagaimana WaAllahualam.



….
mungkin inilah yang dinamakan fasa perubahan umur (separuh umur),
ia akan membawa kita kepada yang lebih baik atau mungkar,

kita akan memilih samaada menikmati baki umur dengan kebaikan atau mensia-siakan umur.


with love,
fatinfashiekin

Wednesday, May 29, 2024

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki dinanti.


actually mommy nak sangat anak sulung lelaki, memandangkan mommy ni perempuan, rasa penat betul bila orang perempuan jadi anak sulung, kena jadi kuat walaupun cengeng haha. tapi, Allah lagi Maha Tahu, anak sulung mommy, anak ke2 mommy tetap perempuan.Ahmad furqan anak bongsu mommy bru lelaki. dan sekarang mommy nampak hikmahnya, kakak-kakak sangat sayangkan Ahmad Furqan, sangat sangat sangat, kakak tidurkan, kakak mandikan, kakak susukan, kakak jagakan. mommy ? main hp haha. Allah tahu, mommy perlukan kakak2, Allah tahu mommy penat jadi anak sulung, so Allah hantar mommy geng dlu.

SCAN SALAH JADI GIRL

Masa mommy 17w mommy cepat2 pergi scan secara sorok2 dari daddy, mommy ingat lagi, masatu birthday mommy tau, so mommy feeling2 yang birthday mommy dapat kejutan baby dalam perut boy adalah the best gift. tapi doktor klinik kata perempuan, siap tunjuk mommy 3 line, 1 jam tau scan, sampai mommy rasa bdosa bsalah pula dengan pesakit lain kat luar. huhu.

bila doktr kata girl, ye, mommy sedih, rasa mcm hampakan daddy (wpn tahu jantina dr daddy bkn mommy). utk birthday mommy tu, daddy bawa pergi makan seafood atas laut. lauk sedap pun rasa tawar, sbb mommy dalam fasa denied tapi pujuk diri.

haa nk th, since baru kawin sampailh mengandungkan Ahmad Furqan, doa mommy adalah "Ya Allah jadikan zuriat dalam kandunganku berjantina lelaki berketurunan adam yg akan kunamakan sebagai Muhammad semperna nama penghulu kami Nabi Muhammad SAW" sebabtulah nama Ahmad Furqan tapi mommy panggil Muhammad.

ok sambung lagi, then,,,,,, Allhamdulillah mommy redha dalam perut mommy baby girl, mommy minta maaf siap2 dah kat daddy bagitahu baby dalam perut girl, daddy mcm biasalah, dia sentiasa ok je. dia kata x berharap. ye ye je ek.


ITS BOYYYYY

masa 25w pregnant, eh mommy tetibe teringin nk ada gambar print out baby tu. masatu mmg dah yakin lah girl. Doktor Fika MHC jasin scan lah mommy, tetibe doktr kata "Eh puan ! betul ke girl? 99% boy ni, besarrr nii haaaa" fuh happy betul mommy !!!!! doctr print gambar bbird awak, mommy terus bagitahu kakak, kakak happy sangat2 hehe. mommy call daddy, mommy kata ada surprise, mommy suruh daddy balik awal. tapi hadoi daddy meeting laaaa.

pukul 5.30 daddy sampai rumah,
mommy get ready camera. suruh daddy duduk dn tadaaaaaaaa surprise its a boyyyy, gambar bbird awak. tapi alamak, jawapan daddy, "yeke",dia macam tak percaya wei… tapi kan mommy tak give up, mommy pergi 5 klinik tau buat scan, yes, its a boyyyyy. tu lah, masa scan girl tu mommy tipu daddy kata nk beli katil baby, mommy guna duit daddykan, kena lah minta duit dn menipu, padahal gi scan, sbb menipu, tu dlu scan kata girl. huhu.

walaupun dah tahu boy, mommy tak bagitahu sesapa selain family, atok nenek nangis happy tau dapat cucu boboi heheh.

22feb mommy checkin hospital, magrib induce, 23feb subuh induce lgi, zohor terus ada bukaan dn darah, yey ! mommy tak sabar jumpe Ahmad heheh. kakak hang lagi lah, asyik tanya mana baby mana baby mana baby. haa kakak pulak masa Ahmad Furqan nk bsalin, kakak2 chickenpox. sedih betul haih.

23feb 10malam mommy dibawa masuk bilik bsalin, tak lama, 30minit lepastu awak keluar. uih sakit btl kena induce, mommy non stop ucap "Allahu Allahu Allahu" ditakdirkan tempat mommy bsalin tempat letak kapas ke ape entah, sister lalu ulang kali dn kesian kt mommy, dia kata "mari saya tolong bukaan", mommy kata "nk push boleh ke".. dia kata boleh sbb mommy bsalin ank ke3, serius tau mommy tak ada rasa nk meneran macam masa dengan kakak2, dlu dengan kakak2 rasa lah juga nk tberak, dengan Ahmad Furqan, mommy hentam je push. tak tahan sakit oi. berbekalkan ilmu dari youtube, bila sakit datang, sekali nafas ja mommy push hahaha. tp nurse marah, nurse kata patutnya masa da keluar kepala, mommy kene stop. tapi yela, mana mommy nampak, tak ade cermin huhu. bila awak keluar, yang mommy rasa kebas je.

ok part best, keluarlah Ahmad Furqan hehehe, nurse suruh mommy tengk jantina, mommy kata "jap jap pakai spek jap," uish ada bbird lah haha. nurse letak Ahmad atas dada mommy, nurse kata "putih baby ni,bapaknya putih ke" .. eh eh, mak nye putih kan (dalam hati huhu)…dn tgk jam pukul 11.30 malam. wah tarikh cantik 23/2/23 Allhamdulillah. lepastu nurse ambil ahmad, mommy happy2 minum milo dan makan biskut.

pukul 12.30 mommy masuk semula wad, tapi Furqan tak dengan mommy, Furqan NICU sbb mommy GDM masa mengandung. ok jugalah juga mommy dapat tidur jap. mommy call daddy, mommy kata "cube teka jantina ape?".. daddy balas "kata lelaki..mommy pun kata, "tahniah daddy dah ada baby boy"… heheh.. pukul 1.30pagi daddy sampai wad ambil uri, (gigih tau, happy lah tu) hahahaha

24/2/23 magrib, dapatlah bawa balik Furqan ke rumah. Allhamdulillah. daddy jagakan daddy mandikan Ahmad. dan benda rare, woo baby boy sensitf woo x macam girl, nak pergi mandi je dia memancut. menjerit 1 rumah terutama kakak2 yela tak pernah nampk belalai 😆😆😆sampai sekarang kakak konfius, kakak kata "lelaki sunat potong bird dia nanti jadi macam kita ye mommy?" hahahahah


Allhamdulillah,
selamat semuanya.


Sent from my iPhone

Friday, December 3, 2021

DEK KERANA ANAK 😅


setahun 2 biji tv anak rosakkan,baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman.

.
TETAPI,
baru sebulan pindah rumah, ank pi baling barang ke screen, terusss double double warna screen, sedihnyaaaa
.
apapun,
benda dah jadi,
kena jugak la pejam mata utk membeli,
tiap kejadian pasti mbawa hikmah 😇






Sunday, October 31, 2021

HAPPY BIRTHDAY TO ME





 


happy birthday to me,
officially 31 tahun.
.
this year hadiah rare,
birthday incik lalan saya bagi dia mattress idaman dia yang tak logik dek akal saya nak melabur harga cenggitu utk tilam, apoo laaaa, nasib birthday HAHAHA 

so birthday saya,
saya minta dapur idaman hehe
kitchen cabinet europe style 🥰
then this year saya tak minta kek pn, 
memandangkan da dapat quotation da urk kitchen cabinet tu dan harga denyut dahi,
kenalah konon merendah diri kat somi dengan kata “tak payah kek yang, dapur baru jek” HAHAHAHHA

tapi,
macam biasa, 
pi makan kt restaurnt fav saya, “johnny”
.

incik lalan ; johnny je?tak besdy pn selalu makan
saya ; da nama pun makanan kegemaran, walaupun biasa biasa jek tapi masuk tekak tu nikmat luar biasa tau sebab favorite hehe
.
then, this year, bulan birthday saya,
saya buat perkara luar jangkaan,
1) ajak suami last minute buat kejutan pada mak ayah
2) renew refresh pendaftaran derma organ since 2009, minta kad baru
3) derma darah (saya takut jarum, tapi saya lawan)
.
terima kasih Allah,
atas segala nikmat kurnia,
Ya Allah, terimalah amalan baikku.
terimalah amal ibadahku.
Ya Allah, masukkan daku dalam syurgaMu,
haramkan daku dari terkena azab kuburmu,
matikan daku dalam keadaan Khusnul Khotimah 🥰


Sunday, September 26, 2021

TO MY DEAR HUSBAND


 My dear husband


I notice.


When you come home from work and run to our kids ready to play with them regardless of how tired you are. .


I notice. .


How you never leave the house without giving me a kiss, and never enter without greeting me with a kiss. .


I notice. .


When you don’t share your worries with me to spare me the pain. .


I notice.


When you look at me and admire me even though I may look like a hot mess. .


I notice. .


When you give me the world simply through your love for me. .


When you make me feel like a queen day and night. .


When you assure me always that everything will be ok, no matter the difficulty of the situation. .


I notice your devotion. .


I notice your sacrifice. .


I notice your pure and selfless love. .


I notice how your needs completely disappear when it comes to our little family. .


I pray you know just how much I value you existence, for these words are merely a drop of water in an ocean of praises I can sing for you.




Sunday, August 29, 2021

APA YANG SAYA NAK


 dah 31tahun ni,

saya cuma nak,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim
.
saya cakap kat incik lalan ;
“untung Allahyarhamah siti sarah, suami dia kata izinkan dia pergi halal kan segalanya untuk jadi bidadari syurga”
.
tapi buka facebook, ramai orang kata macammana nak jadi siti sarah kalau pasangan tak macam shuib. saya geleng kepala. saya ni pun bukan sempurna apatah lagi incik lalan, tapi seriously, kahwin kena ada tolak ansur. kita buat ja sehabis baik, pasangan pasti akan lembut hati,  kalau tak lembut hati pun, at least asbab pasangan tu kita dapat pahala. 
.
saya takut sebenarnya,
takut dunia ni da kat penghujung,
keliling saya ramai kenalan meninggal dunia dek covid.
sampai saya rasa “numb”..
sedih wei tgk anak kawan sambut birthday tanpa mama dia,
sedih wei tgk mak ayah kehilangan anaknya,
.
oleh itu,
jom,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim


Sunday, June 6, 2021

KERANA DIA IMAMKU

 

aku paling tak suka orang kata buruk ttg imam aku,

kalau kau cuba, 

bermakna kau bakal bermusuh dengan aku,

sebb dia berikatan dgn aku,

dn aku saksi bahawa dia ni memang segala benda dia sentiasa berusaha walaupun dia tak tahu, pasti akan menjadi tahu.

.

aku masih ingat masa dia jatuh terburuk,

dia seumpama bermula kembali,

tapi aku paut bahu dia,

aku tahu aku tak mampu,

tapi sekurangnya aku disisiny,

itu kan tugas sebagai isteri,

cukuplah sekadar tk mendatangkan masalah.

.

setiap masalah,

aku cari gali penyelesaian,

aku pastikan dia tk perlu runsing,

pasti aku akan berikan idea penyelesaian,

bahagianya bila melihat dia lega.

.

masa berganti masa,

sehingga susah berganti senang

.

mungkin kalian tak perasan,

“mana susahnya?”

kerana— 

dia ada aku penghiburnya,

dia ada aku perisainya,

dia ada aku pengubatnya,

dia ada aku si bijak yg pndai menyelesaikan masalah,

.

dan kini,

kami berpeluk,

tersenyum,

bersyukur,

berbahagia,

selamanya💝

.

betul,

fasa 5tahun perkahwinan, akan diduga dengan,

sanggup tak susah senang?

dan kerana  dia imamku,

semestinya, selamanya aku makmumnya,

aku sanggup 🤲🏻


Thursday, May 6, 2021

ANNIVERSARY PKP




video full : youtube lalan food


Anniversary ke 6,
hati dipenuhi cinta
hati dipenuhi sayang
hati dipenuhi bahagia

Allhamdulillah utk 6tahun indah ini,
sama2 sampai syurga ye,
ayang nak kite kat dalam syurga nanti,
bersiar-siar kat halaman istana kita disyurga,
sambil kata : “dulu kt dunia, apa pun cabaran kita harung bersama,Allhamdulillah masuk syurga kan yang?” 🥰

untuk 6 tahun berkahwin ni,
saya semakin matang,
saya tanya diri saya, saya nk suami macammana, so saya akan jawab :
-saya nak suami soleh
-saya nak suami funny
-saya nak suami pemurah
-saya nak suami manja dengan saya
-saya nak suami yg bsusah pyh dgn saya
-saya nak suami yg bkepit dgn saya

so, bila saya nak ciri2 suami seperti diatas,
cara untuk dapatkan adalah,
saya buat semua perkara diatas,
-usaha jd isteri solehah
-sentiasa funny dan kepoh
-tak bkire dengan suami
-manje gedik kt suami
-bile suami bmasalh sy positif 
-sentiasa bkeput dgn suami smpai suami fak biase kalu tak ada saya

HAHAHAHAH

dan, kesannya,
bila saya buat semua tu,
MasyaAllah, indahnya lahai perkahwinan ni,
hari2 jatuh cinte.

dear Ahmad Faizal Sulaiman,
ayang sayang abang sangt sangat sangat !
i love youuuuu

___________________________

kami celebrate di imperior residence melaka raya, kami checkin bilik tema hello kitty,
kami decide, happy kan anak, kami pun happy 😇




Wednesday, March 10, 2021

UNTUK KASEH ANGGUN

bulan 1 daddy belikan rantai, sekarang da berani tindik, so daddy belikan pula anting2 :)





Saturday, February 13, 2021

SEMPURNA

Assalamualaikum,


menghampiri ramadhan,
saya sangat lah penat, permintaan pelanggan baru untuk test market meningkat (sebb nak raya),Allhamdulillah.
tapi saya agak struggle,
struggle nak uruskan masa antara perniagaan dan rumahtangga,
saya syukur cuma badan lenguh,
lepastu rasa diri gagal sebab tak perfect,
lepastu stress kalau urusan rumah terbengkalai, walhal basuh pinggan je pun,
sampai nangis kat suami “nak dishwasher”
bayangkan betapa gediknya saya bila penat.
.
tapi tadi sambil membasuh pinggan mangkuk, tiba-tiba tersenyum,
ingat balik, suami tolong hantar oder pelanggan, suami tolong tapaukn breakfast, suami buatkan air, suami bagi makan anak,
suami tidurkan ank sesi petang, suami ajar anak homework, suami tolong hat bisnes bahagian spin, suami tolong tapau makanan sesi malam, suami tolong gorengkan telur mata permintaan isteri gedik yg da ade nasi goreng tapi nak telur mata, dalam sehari pun tengok lah, macam2 suami buat, tetibe sis rasa sebak.
.
pandang pula hat anak,
anak saya baru 5tahun dan sorang lagi 2tahun2bulan, mereka tu kecik lagi, tapi MasyaAllah, tolong mommy mengemas bila siap bermain, si kecik pun beria menyapu rumah meniru gaya saya. si kakak terkenal dengan perfectionist, so mmg wajar dibanggakan, terus saya sebak lagi, Allah kurniakan apa yg saya perlu, bukan apa yang saya mahu. anak2 dara saya tu ringan tulang, pandai membantu saya, Allah hadirkan mereka menjadi pembantu saya uruskan rumah.
.
SubhanaAllah.
.
settle membasuh pinggan yang pada mulanya saya rungutkan, terus saya jadi bertenaga dan malu pada Allah, terus mengelap segala ceruk, terus ke toilet menyental segala perlu disental, perfect indah rumah 🌈 terus kekuatan datang, terua godaan syaitan penuh dengan rungutan tu hilang.
.
MasyaAllah, jahat sangat syaitan, saya minta pada Allah rezeki, Allah limpahkan saya dengan rezeki tapi syaitan goda saya supaya merungut letih, Allhamdulillah saya tersedar.
.
Maafkan saya Allah,
terima kasih Allah atas segalanya,
dan terima kasih abang dan anak2,
mommy sayang korang,



Wednesday, February 3, 2021

ANGANAN DAN AZAM

 anganan saya, akan tiba masanya :

1) bisnes i akan berjalan smooth tanpa i perlu ambil tahu,  
2) saya bos yg mmiliki pekerja amanah, soleh dan solehah
3) aset pun berganda rolling dari investment, 
4) kebajikan seperti derma tak terputus dari saya walaupun jasad tiada dibumi
.
so bila dah dapat freedom diatas, anganan paling i nak buat adalah, nak join team2 NGO kerja amal dan kelas-kelas agama, 
.
tak perlu pk tentang duit, duit tak putus, nak salurkan dengan kebaikan kebajikan ❤️ hopefully before 40 dapat semua ini 🌈



ISTERI PENYEJUK SUAMI


harini dengar lah live ustazh asma dgn lisa,
tajuk wanita solehah,
then ustazah kata, wanita bahagia ni apabila suami balik rumah gembira tgk isteri,
ustazah tanya lisa, “yusri gembira x tengk lisa”
.
oh, i pun cepat-cepat taip mesej tanya somi,
“abang gembire tak tengk ayang?”
then i forwad keratan live tu,
i tanya “ayang macamni kan?”
dia gelak-gelak,
then jawab “ye,happy”
nasib baik !
HAHAHAHAHAHAH
.
tapi misi dn visi i sebagai seorang isteri adalah, memastikan semasa ada dihargai,
apabila tiada dirindui hahaha, selalu ckp kat somi, “ayang mati, abang mesti sedih sbb tak ada perempuan sempurna macam ayang” HAHAHAHAH
.
yela,
mana nk dpt isteri pemurah, isteri romantis, isteri yang sentiasa ingtkn suami utk whatsapp anak2 dia dn belikn kejutan, isteri yg menjaga suami head to toe, isteri yang memanjakan suami, isteri yg mengemokkan suami hahahaha
.
kalau awak ada instagram,
dapat lah tgk video saya upload,
da follow lum saya kat ig hehe
.
meh la follow : fatinfashiekin


Friday, January 29, 2021

DOCTOR THEMED BIRTHDAY



kaseh aneeqa farzana turns 5 ❤️
tema harijadi : doktor veterinar
.




yup, kaseh sangat menjadikan daddy dia sebagai idola, hari-hari tanya mengenai pekerjaan daddy dia, sangat sayangkan haiwan, sangat baik hati pada haiwan, tak takutkan apapun haiwan depan mata dia.

.
tapi dia kata juga “kakak nk jd doctor animal sbb nk cucuk daddy” HAHAHA tak kisah lah kaseh oi, ape yg mbawa kakak berjaya dunia akhirat, mommy daddy sokong.
.
mula2 plan nak sambut birthday dia kat pagoh dengan tok nenek dia, memandangkan atok dia tokey ayam, kt pagoh pn berlambak kucing, berlambak patung animal, so sesuai lah dengan tema kehaiwanan haha tapi tetiba PKP pulok ! hampa sungguh, sambutlah bsederhana kat melaka, 
.
plan nak sambut kat pagoh : cancel
plan nak checkin hotel : cancel
plan nk bpakaian vet kt taman burung : cancel
.
semua salah covid 😫
.
tapi demi sebuah kenangan, mommy still merancanh dengan baik untuk jadikan kenangan, Allhamdulillah sekolah dibuka, dapatlah kaseh celebrate dengan kawan2. part ni saya lega sungguh sbb dia selalu mengeluh “bila birthday kaseh?asyik birthday kawan jeeee—“


memandangkan tema harijadi adalah #temadoktor mommy plan, goodies pun kena something berkaitan dengan kesihatan, memang saya rancang nak yang terbaik dan mengembirakan kawan-kawan kaseh,
.
goodies tema doktor :
1) facemask cartoon
2) handsanitizer
4) appeton vitamin
5) kek chocolate
6) cupcake
7) cookies
8) air






kaseh nampak mommy dia beli appeton / facemask / handsanitizer kemain happy dia, sebab dia ada ciri2 belagak mcm mak dia hahahaha
.
rabu 27hb birthday kaseh, so kami ambil gambar bersama sebaiknya, gambar diprint pada goodies, 28hb siapkan goodies, jumaat 29hb bawa goodies ke sekolah.
.
masa jemput kseh,
senyuman lebar diwajah dia,
gembira sungguh sungguh !!
Allhamdulillah ❤️







Tuesday, January 12, 2021

KASEH 5 TAHUN

 


happy birthday kakak kaseh
mommy hadiahkan basikal
daddy hadiahkan rantai utk kakak adik




sambutan masih lagi hold sbb PKP,
apelaa nasib, baru nk berseronok sambutan tema doktor, haih..

Dear Kaseh Aneeqa Farzana,
kenapa nama kakak “kaseh aneeqa farzana?”
1) kaseh : pilihan daddy, tanda kseh kami
2) Aneeqa Farzana : mewakili Ahmad Faizal

kakak dah 5 tahun,
kakak anak yang sangat baik,
pewatakkan kakak sama dengan mommy,
sangat sama !

sekarang kakak bertambah clingy,
senang kejut kakk bangun pagi ke sekolah,
tapi kakak mengadu yg kat sekolah kakk rindukan mommy, 
bile dengar luahan kakak, mommy senyum,
dulu mommy macam kakak,
tak suka kesekolah dengan alasan “rindu”

kakak seorang kakak yg baik,
tolong mommy tidurkan adik,
tolong mommy jagakan adik,
tolong mommy pujukkan adik,
senang sangat menjaga kakak,
bukan menjaga je,
bersalinkan kakk pun senang tnp sakit,

mommy daddy sayangkn kakak,
sangat sayang, dunia akhirat,

terima kasih jd anak mommy yg baik 🌸

mommy,
fatinfashiekin


Monday, January 4, 2021

INGATAN YE

 


Bila kita suruh simpan separuh gaji, 

merungut itu ini, mahu enjoy, mahu melaram..


Bila syarikat umum potong gaji 30%, kerja 4 hari, 

barulah celik mata celik hati.


Bila kita suruh live below your means, 

dia kata hidup muda hanya sekali. 

Bila lagi nak merasa makan2 hipster, travel keliling dunia.


Bila syarikat bagi surat VSS, barulah risau jadi muda tak bergaji.


Bila kita kata aset pelaburan perlu imbang antara real asset dan current asset yang cair..dia kata mahu kumpul trofi.


Bila ekonomi tak berapa baik, 

BR pun naik, risau pula jual rumah takde orang beli.


Bila kita kata takaful beli masa sihat, 

dia kata company cover semua.


Bila ekonomi tak baik, 

company boleh jer tarik sebahagian medical benefits tu..


Urus Wang Kalis Inflasi Kalis 


❤️❤️❤️❤️

Sunday, January 3, 2021

Tuesday, December 29, 2020

ISTERI SEBAGAI PENASIHAT KEWANGAN SUAMI

 


harini tbaca ask Fynnjamal ttg dia struggle 1st year kat kazakhstan utk bayar hutang dia,
da settle baru dia balik malaysia. 


eh teringat pula masa 1st year kawin dgn somi hahah. undang2 saya yang wajib incik lalan tunaikan pada 2015 masatu adalah “sila settlekan segala hutang yang tak ada kaitan dgn saya” yela kawin dgn duda, so segla yg bkaitan pembelian dgn ex dia, saya xnk ada lagi. buka buku baru with me la kan hehe


so da kwin dgn saya, secara automatik saya penasihat kewangan, saya rombak segalanya. bayr cash tau segala hutang dgn bank, incik lalan tu duit ada tapi follow beno dengan jadual pembayaran. Allhamdulillah juga la part barang2 incik lalan mmg sehelai sepinggang duduk rumah bujang lpas menduda, dia letgo everything, lega sgt2, so sebagai menteri kewangan, saya suruh dia bayar cash segala yg x bkaitan dgn hidup baru dgn saya haha settle wei 2016clean 👍🏻👍🏻 saya tanya dia “amacam? rasa best kan? rasa tenang kan?”


2016 kami invest pada kebun,
haa barulah buka buku baru “HARTA SEPENCARIAN BERSAMA FATIN FASHIEKIN” kihkih bijak tak saya ? bijakkan. dah kawin dgn saya, so kena lah segalanya berkaitan ada nama saya pulaks hehe


2016 :
terus kami invest ke kebun pula.
tu jadinya kebun pisang suami.
saya pun guna kemahiran kira duit saya dengan buka bisnes,
tu sampai sekarang ayat saya kat somi “untungkan ada bini macam ayang”
HAHAHAHA


Allhamdulillah,
selaku menteri kewangan dalam rumahtangga ni, incik lalan pun korang tengk lah, semakin membulat menandakan cukup segalanya 😆😆😆


isteri2 yang sedang baca dan rasa nak jadi menteri kewangan rumahtangga macam saya, nasihat saya,suami tu syurga kita, tetap taat, tetap minta izin, tetap lemah lembut dan manja dalam perbincangan,


saya sejenis wanita yang sayangkan suami dan anak2, saya sanggup berhenti kerja untuk mereka, saya mula berniaga pun untuk mereka, sehingga kini, dalam rumah kami, saya paling manja berbanding anak-anak haahhaahah


dan menteri kewangan yang dimaksudkan bukan la saya pegang duit suami 100% ye, TIDAK, tapi keseluruhan duit saya dn suami, dalam apa jua tindakkan, akan ada perbincangan, tiap hujung bulan kami akan meeting, saya amanah, dia amanah. ni contoh bini dapat keluar isinar 10k, bini tak sombong, bini bagi suami.. baik kan bini (tapi dia bonus cny kena bagi 2kali ganda lah) HAHAHAHAHAHA

mencintaimu dlm susah dn senang,
fatinfashiekin





Link

https://drive.google.com/file/d/1RquGQ9qzmYp3FxMAiOj_D5EJox-GCsq6/view?usp=drive_link