FOLLOWER

Friday, January 29, 2021

DOCTOR THEMED BIRTHDAY



kaseh aneeqa farzana turns 5 ❤️
tema harijadi : doktor veterinar
.




yup, kaseh sangat menjadikan daddy dia sebagai idola, hari-hari tanya mengenai pekerjaan daddy dia, sangat sayangkan haiwan, sangat baik hati pada haiwan, tak takutkan apapun haiwan depan mata dia.

.
tapi dia kata juga “kakak nk jd doctor animal sbb nk cucuk daddy” HAHAHA tak kisah lah kaseh oi, ape yg mbawa kakak berjaya dunia akhirat, mommy daddy sokong.
.
mula2 plan nak sambut birthday dia kat pagoh dengan tok nenek dia, memandangkan atok dia tokey ayam, kt pagoh pn berlambak kucing, berlambak patung animal, so sesuai lah dengan tema kehaiwanan haha tapi tetiba PKP pulok ! hampa sungguh, sambutlah bsederhana kat melaka, 
.
plan nak sambut kat pagoh : cancel
plan nak checkin hotel : cancel
plan nk bpakaian vet kt taman burung : cancel
.
semua salah covid 😫
.
tapi demi sebuah kenangan, mommy still merancanh dengan baik untuk jadikan kenangan, Allhamdulillah sekolah dibuka, dapatlah kaseh celebrate dengan kawan2. part ni saya lega sungguh sbb dia selalu mengeluh “bila birthday kaseh?asyik birthday kawan jeeee—“


memandangkan tema harijadi adalah #temadoktor mommy plan, goodies pun kena something berkaitan dengan kesihatan, memang saya rancang nak yang terbaik dan mengembirakan kawan-kawan kaseh,
.
goodies tema doktor :
1) facemask cartoon
2) handsanitizer
4) appeton vitamin
5) kek chocolate
6) cupcake
7) cookies
8) air






kaseh nampak mommy dia beli appeton / facemask / handsanitizer kemain happy dia, sebab dia ada ciri2 belagak mcm mak dia hahahaha
.
rabu 27hb birthday kaseh, so kami ambil gambar bersama sebaiknya, gambar diprint pada goodies, 28hb siapkan goodies, jumaat 29hb bawa goodies ke sekolah.
.
masa jemput kseh,
senyuman lebar diwajah dia,
gembira sungguh sungguh !!
Allhamdulillah ❤️







No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...